1.17.2009

SYAHID!!!

Begitu bersemangat tatkala mendengar ceramah daripada wakil Hamas yakni SYED SEYAM, Menteri dalam Negeri, di Markaz Tarbyah PAS Taman melewar yang diterjemahkann oleh ust.Nasaruddin mat Isa beberapa tahun lalu.. beliau menceritakan tentang keadaan rakyat dan para pejuang Palestin di sana. dan harapan beliau kepada umat islam seluruhnya. antara isi-isi ceramahnya yang aku ingat, bunyi bom tu dah biasa sangat dorang dengar,dan tiada apa yang ditunggu oleh anak-anak muda di sana selain ingin MATI SYAHID. SubhanAllah.. besarnya MATLAMAT dan SEMANGAT mereka. Berbanding dengan remaja2 dan rakyat di Malaysia ni khususnya... jangankan nak g berjuang..hatta nak pergi demo pun takut2...

tapi.. tu bukan my main point.. my focus here is... wakil HAMAS yang kunyatakan di atas yakni Syed Seyam sudah MATI SYAHID!!! pada tanggal 16 Jan 2009. TAKBIR!!!

di sini kukepilkan bersama berita yang di'copy paste'kan dari www.palestinkini.com


Terkini : Menteri Dalam Negeri, Said Seyam terbunuh semalam.

Written by admin from on January 16th, 2009 | 1 Comment

Jumaat ,16/01/2009 - Said Seyam, salah seorang pemimpin Hamas dan Menteri Dalam Negeri yang dilantik kerajaan Ismail Haneyya, terbunuh pada petang Khamis semalam bersama dengan anak lelaki beliau , abangnya dan isteri abang beliau dalam satu serangan udara Israel di sebuah rumah dalam kawasan Yarmouk di pusat bandar raya Gaza.

Sumber-sumber Hamas berkata , Seyam terbunuh apabila jet pejuang Israel mengebom rumah Sheikh Eyad Seyam, abang kepada Said Seyam semasa lawatan beliau ke rumah abangnya. Pengawal peribadi Said Seyam turut terbunuh.

Said Seyam dilahirkan pada 22 Julai 1959 di kem pelarian Shati’ barat bandar Gaza setelah keluarga beliau diusir pada tahun 1948 daripada kampung Jura berdekatan bandar raya Askalan.

Beliau menamatkan pengajian di Maktab Perguruan di Ramallah pada 1980 dengan mendapat diploma mengajar sains dan matematik. Beliau memperolehi ijazah dalam Pengajian Islam daripada Jerusalem Open University pada 2000.

Beliau mengajar pada sekolah-sekolah UNRWA di Gaza daripada 1980 sehingga 2003. Akibat tekanan oleh majikan kerana keterlibatan beliau di dalam politik, beliau terpaksa berhenti mengajar. Beliau merupakan bapa enam orang anak.

************************************************


As-Syahid Syaikh Said Shiam, 50 tahun berjuang melindungi rakyat Palestin.

Written by admin from on January 16th, 2009 | 5 Comments

Jumaat ,16/01/2009 - Menteri Dalam negeri Palestin, pimpinan Ismael Haneya, Syaikh Said Shiam syahid bersama anak dan enam saudaranya digempur F16 Israel petang semalam (15/1). Ketika itu, beliau sedang berada di rumah saudaranya di Yarmuk Gaza City. Paling kurang tiga sanak saudara dan 30 yang lain meninggal dalam peristiwa tersebut.

Setengah Abad Berjuang dan Berkorban

50 tahun beliau berjuang dalam ketaatan pada Allah. Hidupnya dipenuhi pengabdian dan pengorbanan, berjihad dan berjuang serta membela nasib rakyat Palestin.

Syaikh Shiam lahir pada 22/7/1959 di kem tentera Shati Gaza, bahagian barat kota Gaza. Silsilah keluarganya berasal dari marga Jaurah dekat Eskelon, wilayah Palestin jajahan 48. Beliau merupakan lulusan diploma matematik dari Darul Mualimin Ramallah pada tahun 1980. Kemudian melanjutkan pelajarann di peringkat ijazah dalam bidang pendidikan Islam dari Universiti Al-Quds(tahun 2000).

Seorang Guru yang Soleh

As-Syahid pernah bekerja sebagai pengajar di beberapa sekolah dan badan bantuan sosial antarabangsa di Gaza dari tahun 1980 hingga tahun 2003. Kemudian beliau keluar dari badan tersebut kerana desakan akibat keterlibatanya dengan gerakan Hamas. Lalu beliau menjadi imam dan khatib sukarela di masjid Yarmuk Kota Gaza. BeliaU juga berperanan menjadi penasihat dan khatib di beberapa masjid di Semenanjung Gaza.

Syaikh Shiam bergabung dengan Jawatankuasa Rekonsiliasi yang dibentuk Syaikh As-Syahid Ahmad Yasin untuk menyelesaikan pertentangan antara pelbagai kumpulan pejuang Palestin sejak intifadhah pertama yang dikenal dengan “Intifadhah Masjid”. Beliau berkahwin pada tahun itu dan mempunyai enam orang putera.

Jawatan yang Pernah Disandang As-Syahid

Sepanjang hidupnya Asy-Syahid memegang banyak jawatan penting. Di antaranya sebagai ketua Jawatankuasa Guru di Gaza. Ahli Persatuan Pegawai Arab di perwakilan pertubuhan sosial antarabangsa. Pegawai pengurus hubungan luar negeri dalam Gerakan Pejuang Hamas, anggota pimpinan politik Hamas di Gaza. Beliau juga menyandang jawatan anggota Dewan Sekretariat Jenderal Universiti Isam di Gaza, Anggota Dewan Pendiri Center Research Future. Pada tahun 1980 As-Syahid memegang jawatan anggota Persatuan Mahasiswa, Darul Maualimin di Ramallah. Pada tahun 2006 beliau menjawat jawatan sebagai menteri dalam negeri dan urusan sivil.

sumber : COMES
penterjemah : osman


####### semoga beliau ditempatkan bersama-sama dengan para mujahid...amin#######

1.14.2009

USAHA KITA : PILIHLAH

USAHA KITA : PILIHLAH

Natijahnya, pilihlah salah satu atau lebih dari satu dari tindakan di bawah untuk membantu saudara kita di Palestin yang dijajah dan Palestin yang sedang cuba dijajah.

1) Bantuan tenaga dan diri ; Pergilah ke medan di Palestin, jika anda ada cara, kemampuan dan keikhlasan. Sama ada untuk membantu menghantar bantuan kemanusian, perubatan, psikologi atau yang lebih dahsyat dari itu dari segi fizikalnya..

2) Bantuan Harta : Bagi yang tidak mampu pergi ; sumbanglah bantaun kewangan atau pakaian dan lainnya kepada badan yang dipercayai lagi berwibawa di tempat anda. Agar bantuan tersebut boleh sampai kepada rakyat Palestin yang sedang menderita. Cuaca sejuk kini tidak menentu, di UK kami ditimpa cuaca sejuk luar biasa sehingga (negatif 10) atau -10 darjah celcius. Palestin juga berada dalam cuaca sejuk, sekitar di bawah 10 celcius di sebelah malam

3) Bantuan Doa ; Bagi yang tidak mampu memberi kedua-dua bantuan di atas, atau termasuk juga merkea yang mampu, teruskan berdoa untuk keselamatan rakyat Palestin, Iraq dan umat Islam, doakan bala bagi Yahudi, pemimpin Amerika dan rakyatnya yang menyokong, pemimpin Mesir dan sekutunya-sekutu mereka yang membuka jalan dan menyokong serangan pengganas Yahudi ini. Doa anda boleh bacanya sebagai :- a- Qunut Nazilah dalam setiap solat fardhu anda, anda dibenarkan untuk memegang kertas doa semasa qunut tersebut kerana tentunya sukar untuk menghafalnya. Itu tidak membatalkan solat dalam semua mazhab termasuk mazhab Syafie kerana andatidak bergerak besar berturut-turt sebanyak tiga kali. Hanya angkat sekali kertas doa, berhenti sebenar kerana membaca, kemduain terus turun sujud, tiada berturut-turut. b- Doa semasa sujud dalam setiap solat. Ia lebih maqbul berdasarkan nas yang sohih. c- Khatib bacalah doa untuk Palestin di hujung khutbah Jumaat. d- Dan banyak lagi waktu doa maqbul.

4) Solat Hajat ; Bagi mereka yang berpegang kepada bolehnya dilakukan solat hajat sama ada secara individu atau berjemaah. Anda turut boleh meneruskannya.

5) Menyertai Demonstrasi Aman : Sertailah ia dengan aman dan makmurkannya, namun jangan lupa juga memakmurkan masjid di kala Subuh dan waktu-waktu lain.

6) Menulis ; Tulislah di blog, web, forum anda, ruangan akhbar, majalah yahoogroup dan lainnya, buatkanlah kajian ringkas dan permudahkan penyampaian info kepada orang ramai berkenaan kezaliman Yahudi terhadap Palestin dan sekutu-sekutu mereka.

7) Ceramah ; anda mampu ceramah? berikanlah ceramah berkaitan isu ini atau hadirkanlah diri ke ceramah berkaitannya di tempat anda.Anda tidak semestinya seorang ustaz/ah untuk ceramah dalam bab ini, wartawan pun boleh.

8) Boikot : perkukuhkan boikot barangan Yahudi dan Amerika di ketika ini. Hantarlah surat dan bantahan, petition, memorandum kepada kedutaan Amerika, Mesir dan sekutu jahat mereka. Pelajar Al-Azhar, kami mendambakan tindakan dan usaha anda terhadap kerajaan Mesir.

TINGKATKAN KEPEDULIAN Tingkatkan kepedulian kita terhadap nasib saudara kita umat Islam. Jangan dirasakan usaha kita sangat kerdil, tidak mampu memberi sebarang kesan. Yakinilah bantuan Allah, sangka baiklah dengan Allah, nescaya Allah bersama hambaNya yang bersangka baik dan taatinya. Sebagai sebuah hadis qudsi ertinya: Allah menyebut : aku berada
di atas sangkaan hamba-hambaKu,

http://www.zaharuddin.net/content/view/789/72/

12.29.2008

Tok Guru Nik Aziz- sampai masanya hudud diterima- Malaysiakini

Kuala Terengganu – Suatu masa nanti, akan tiba masanya dimana semua pihak akan menerima perlaksanaan undang-undang Islam termasuk Hudud dan Qisas.

“Tak apalah, akan sampai masanya, kita tanam ubi kalau ubi setela kan, ubi keledek ni tiga bulan boleh makan, tapi kalau tanam kelapa sepuluh tahun boleh makan,

“projek besar kita tengok, Islam ni projek besar, sepuluh tahun dua puluh tahun, nabi Muhammad 23 tahun, saya ni dua puluh tahun doh, pelik apa kalau lambat sikit,” kata Mursyidul Am PAS Tuan Guru Dato Nik Abd Aziz Nik Mat kepada para wartawan selepas Majlis Pelancaran Jentera Bantuan dari Negeri Kelantan bagi Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu, di Masjid Hiliran, di sini semalam.

Beliau berkata setiap undi yang diberikan kepada PAS akan diberi ganjaran pahala oleh Allah SWT kerana PAS adalahsebuah parti yang memperjuangkan Islam berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah.

”Kita tak boleh beri pahala, pahala mari dari Allah, Allah berikan siapa yang ikhlas kepada dia (baca ayat Quran) berabdi dengan penuh ikhlas kalau abdi tidak ikhlas tak boleh pahala,

“UMNO awal-awal lagi tolak Islam, ambil kebangsaan, sudahlah begitu dia lawan pulak PAS parti yang terang-terang sebut al-Quran dan Hadis, macamana boleh pahala,

“Sebab itu dia bagi duit, dia ganti dengan duit, ganti duit dengan pahala,”katanya ketika menjelaskan kenyataan dalam ucapannya dalam majlis tersebut yang menegaskan bahawa paa pengundi yang mengundi PAS akan diberi ganjaran pahala.

Sehubungan dengan itu beliau berkata tidak ada sebab bagi orang-orang Melayu Islam mengundi calun UMNO kerana UMNO terlalu banyak kelemahan dan tidak patut wujud.

“Tentulah (UMNO beri duit untuk minta sokongan), kalau tak beri duit kerana apa nak sokong dia, (buat) pembangunan, PAS boleh buat pembangunan, Pakatan Rakyat boleh buat pembangunan, nak jaga Melayu, dia jaga PAS lebih jaga lagi, kerana PAS ni jaga (Melayu) dari dunia sampai akhirat,

“UMNO dia tolak Islam, dia tak sampai akhirat, dia jaga setakat dunia sahaja, ini kelemahan-kelemahan UMNO, dia tak patut wujud atas muka dunia ni,”kata beliau yang turut yakin dengan kemenangan PAS dalam pilihanraya kecil Kuala Terengganu.

Keyakinan beliau adalah berdasarkan kepada sokongan semua pihak yang semakinmeningkat kepada PAS kini berbanding dengan beberapa tahun lalu.

”Tentulah (menang), kalau menang kita boleh dua, pahala pun dapat, negeri kita memerintah, kalau tak menang, kita dapat pahala, tak apa tak rugi (baca ayat Quran) hei orang kafir, mu nak tunggu apa kami, tunggu satu daripada dua baik, kalau kita menang AlhamduliLlah, negeri kita perintah, kalau kita tak

menang, kita boleh pahala tak apa lah tahun depan kita dapat lain,”

“benda-benda hok (yang) PAS kata sekarang ni banyak dah orang terima, dulu, ni cerita (pasal) Hudud lah kan, terima Hudud, dulu usahkan Hudud, sebut kata politik Islam pun orang tak boleh terima, sekarang ni Melayu PAS pun terima, Melayu UMNO banyak sokong PAS dah sekarang ni, Cina pun sokong,”katanya.

Justeru beliau berharap semua warga Parlimen Kuala Terengganu akan mengundi calun PAS pada 17 Januari depan.

“Saya berdoa kepada Allah dan minta rakyat semua, Cina Melayu PAS dan UMNO sokong calun PAS, usahkan orang PAS, UMNO pun saya minta untuk sokong (calun PAS),”tambahnya

12.16.2008

Inginku kongsikan bersama sahabat-sahabat pembaca sekalian...yang mana kata-kata ini, menjadi obor pembakar semangatku...

" Bukanlah kita ingin menunjukkan diri ini HEBAT, tetapi, PEJUANG AGAMA ALLAH mesti menjadi orang yang HEBAT".

dan, ada seorang kakak berpesan,bagaimana kita nak tunjukkan ke'IZZAH an Islam andai hanya tahu berdiam diri dan tidak menonjolkan diri??

Wallahua'lam... nak g sambut besday kawan ni..

JanGan kAu teRlePas!

Bismillahirrahmanirrahim..
kubiarkan ianya bersawang lagi..

pabila hatiku merasa sesak..akanku coretkannya di sini...di samping Allah pendengar setiaku..insyaAllah.

inginku pesan pada diri ini... dan para pelayar sekalian... pabila kalian punyai peluang dan keinginan, janganlah dilepaskannya... seandainya dilepaskan dengan sengaja, tanpa berusaha, pasti penyesalan terbuku di hati, lantas, hati ini menjadi sesak dan kecewa dengan tindakan sendiri yang membeku seperti batu.

Aku ingin menjadi yang terbaik!! tetapi, apa usahaku ke arah itu?? selalu merasa "tak perlah", "nantilah", "orang lain la pulak".. huh...sesungguhnya, kejayaan itu tidak datang bergolek. pastinya mendambakan usaha dan kesungguhan di samping tawakkal.

Astaghfirullah...."kenapa tidak aku lakukan itu ketika itu??" persoalan ini acapkali menghantui diriku pada hari-hari yang dilalui... gerunku pabila seandainya faktor-faktor kejayaanku sedikit sebanyak turut dipengaruhi oleh perkara-perkara yang sepatutnya aku mampu lakukan, tapi, aku berfikir-fikir untuk lakukannya atau tidak...tetapi keputusan yang dicapai adalah tidak lakukannya.

Wallahua'lam.

12.05.2008

sem 2 tahun 2 ( FINAL @ NILAI)

Bismillahirrahmanirrahim..
lama sungguh rasanya tidak ku coretkan lakaran minda yang berterbangan sana sini...

meskipun mungkin agak terlambat untukku mengatakannya sekarang... tapi.. aku nak bagi tahu gak...

sem 2 tahun 2 telah beberapa minggu sudah kumulai..bersama sahabat2 perjuangan dan teman2 belajar.
doa-doakanlah kami...aku, sahabat2ku berjaya melepasi sem ni dan berlepas ke Gombak untuk melalui satu peringkat menuntut ilmu yang lebih mencabar dan menuju ke tingkat yang lebih tinggi.insyaAllah...tapi.. dalam masa yang sama..moga, 2 tahun foundation kami ni..tidak sia-sia.. dan insyaAllah ilmu yang didalami lekat di hati dan minda serta diamalkan, insyaAllah.

ustaz pernah mengingatkan.. kamu ni, belajar bukan untuk diri sendiri, tapi untuk orang lain..
sepertimana yang pernah disabdakan oleh Rasulullah s.a.w :
" sampaikanlah dariku walau 1 ayat."

APAKAH AZAMKU UNTUK SEM BARU NI??
- Aku nak tambahkan ILMU..bukan untuk dilepaskan atas kertas jerr.. kalau boleh.. apabila diminta untuk diberi tazkirah.. aku boleh berkongsi bersama sahabat2..kerana.. aku begitu merasai keseronokan dan ke'bertuah'an belajar ilmu agama ni... selain itu.. agarku merasa yakin untuk beramal..insyaAllah..

apa subjek yang aku belajar untuk sem ni?? ini dia..semuanya menarik~
1) Hadharah Islamiyyah- bukan Islam Hadhari..=) -- ustaz kata..kena baca 20, 30 x.. baru boleh faham.. kalau tak paham2 gak.. kamu kena balik sekolah menengah..
2)Fiqh wa Usuliha- susah skit nak faham..hmm..tapi.. best.. antara subjek yang aku selalu mengajukan soalan kat ustaz.. kalau tak tanya, rasa x puas..huhu~
3) Hadith wa Syarhiha - ni belajar banyak ilmu hadith.. dan tafsirannya.. baik hadis yang pernah kudengar.. atau tidak.. dan yang pasti..kena hafal...hmm.. meskipun aku ni bukan otak menghafal.. tapi, inilah masanya...huh.. akhirnya.. aku kena hafal gak..
4) computer - meskipun selalu menghadap komputer dan laptop.. tapi, ilmu ini amat2 luas..banyak benda yang perlu dipelajari.
5) Creative and Critical thingking(CCT) - ada sahabat yang mengumpamakannya- Critical Kerinting..huhu.. main2 pulak dia.. memang banyak yang perlu dipelajari..lebih2.. ilmu berfikir.. most of us ( Malay) are very LAZY to think..is it??
6) Introduction to Human Science - banyak cabang2nya.. meskipun hanya INTRODUCTION.. ni pun jenuh nak kena menghafal nota.. tapi, best.. coz apabila di akhir setiap tajuk, pasti akan dikaitkan dengan Islamic Perspective.. itulah UIA..

dan... boleh dikatakan.. aku ni cepat bangat sih mengantuk.. syaitan jeles aku belajar la tu ..Astaghfirullah... kawan2 lain.. tak derla nampak sekerap aku menguap.. gi mana sih?? Wallahua'alm.. sahabat aku nasihatkan.. " minumla kopi RADIX!! untuk kecerdasan.. ada 7 herba".. huh... sempat kempen lagi.. tapi.. takper2.. aku usahakan.. demi kejayaan di masa mendatang...

okeyh..ni posting ku untuk masa terdekat.. meskipun tiada sebarang ilmu yang dapat kukongsikan.. hanya ingin mencoretkan isi-isi minda agar blog ni tidak tinggal usang begitu saja..
Wassalam..

11.16.2008

24 jam itu banyak

bismillahirrahmanirrahim...

tatkala terbangun dari lena yang sementara..memulakan hari baru...aku terfikir...apa agendaku untuk hari ini??
apa yang inginku rancang untuk kejayaanku pada masa akan datang...

mari ya sahabat2 pembaca yang budiman.. kita teliti balik masa-masa anugerah Allah pada kita... apakah benar kita ini tak punya masa yang cukup...kalau nak dibandingkan dengan ulama'-ulama' yang mendahului kita...mereka punyai masa untuk menuntut ilmu, mengarang kitab-kitab,malah melibatkan diri dalam kerja-kerja Islam...

tapi...aku?? hmm... selalu merasakan masa itu amat-amat singkat... tiada masa kadang-kadang untuk diri sendiri...belajar pun selalunya tak pernah sampai 1 jam...huh...agak sukar tu...

namun...bersembangnya sampai 2, 3 jam...entah apalah yang aku borak-borak kosong dengan kawan-kawanku...

pernah kuutarakan masalah ku pada kakakku yang sememangnya mencintai ilmu di bumi sana yang di saat beliau dah graduate pun..taknak balik lagi.. nak spend setahun lagi, nak tuntut sebanyak ilmu yang boleh.. jeles aku dengar.. nasihat kakak... pergila cari kelas-kelas ilmu...tambah thaqofahnye.... huhu...alasanku...meeting banyak kak... tapi, ujar kakak...buat apa meeting banyak-banyak... sedangkan majlis-majlis agama macam tu susah orang macam kita ni nak g... betul2... aku teringin nak pergi..tapi, bila ada masa... hmm... sibok dok buat kerja lain pulak..itulah manusia...atau lebih tepat lagi.. itulah aku..

baik...beralih pada tajuk asal...
bahagikan masamu...
-tidur- max 6 jam
- makan,minum,segala-galanya yang berkaitan dengan diri > 5 jam
- ibadah - 3 jam
- meeting- 3 jam
- study - 2 jam
hmm... apa lagi yang x tersenarai??
kalau dikira-kira balik..masih berbaki 5 jam... di mana hanyutnya masa itu??
itulah... banyak pembuangan masa berlaku dalam hidup ni..

apa yang inginku rancangkan untuk sem terakhirku di bumi nilai ni???

AKU NAK BERJAYA... SEBAGAI HAMBA ALLAH YANG BERTAQWA....CEMERLANG DALAM STUDY....DALAM SEGENAP ASPEK... SEORANG KAWAN YANG BAIK...ANAK YANG TAAT....DAN BERMACAM-MACAM LAGI...

sekurang-kurangnya... aku menjadi lebih baik dari hari-hari yang sebelum..insyaAllah... doakan aku..

wassalam..

11.06.2008

tertarik aku dengan jalan cerita yang dimainkan dalam video ni... menggambarkan keadaan negara kita... pandai2la mengerti apa yang dimaksudkan... =)

10.28.2008

~AiDil FitRi~

beberapa hari lagi.. raya akan berlalu...kenangan yang indah kukecapi sepanjang raya ni meskipun seminggu sahaja sempat kukecap kebahagiaannya sebab after seminggu raya.. ada final exam..
alhamdulillah.. Allah mengurniakan aku keluarga yang menenangkan hati..penyejuk mata...
just kekurangan tahun ni..seperti tahun lepas..kakak tidak bersama...masih berada di Mesir... kakak aku tu macam xnak balik jer... siap ajak kami tinggal kat negara Arab lagi... apa-apapun.. kudoa.. semoga Allah masih memanjangkan umur kami sekeluarga untuk bersama-sama berkumpul pada hari raya tahun depan...
wallahua'lam..

~dakwah~

"oleh kerananya seorang daie hendaklah memerhatikan di celah-celah kebaikan yang ada pada orang lain kemudian memupuknya, sehingga celah-celah keburukan yang ada padanya tersingkir dan ia mahu bangkit berdiri melangkah di jalan Islam. tugas seorang da'i seperti tugas seorang pengajar dan doktor yang akan memberikan ubat yang sesuai dengan penyakit yang diderita oleh pesakitnya. tidak masuk akal kalau semua pesakit diberi ubat yang sama, kerana penyakit mereka tentu berbeze-beza satu sama lain."

pesanan seorang sahabat.... ya.. benar apa yang diperkatakan.. selalu yang menghalang segelintir daripada kita untuk berbuat dakwah apabila memandang keburukan pada mad'unya.. Allah.. takutnya untukku menuturkan kata2 pengucapan ini... kerana firman Allah:

"wahai orang yang beriman, kenapa kamu mengatakan apa yang kamu tidak kerjakan?"
itu sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan"
[as-Soff:2-3]

ya Allah.. pernahkah hati ku ini menghidupkan hati yang mati??
jangankan menghidupkan hati orang lain.. hatiku sendiri bagaimana??

acapkali sahabat2ku berpesan.. " hati yang mati x mampu menghidupkan hati yang mati"..
ya benar sekali kata2 itu..
namun.. kini kutemui jawapan yang lain..
tidak semestinya hati yang hidup itu mampu menghidupkan hati yang mati seandainya hati yang hidup itu TIDAK BER'GERAK'.. yakni, tidak menjalankan dakwah.
dan tidak mustahil hati yang mati, bisa menghidupkan hati yang mati, kerana hati yang mati itu BERGERAK melakukan dakwah.. kerana hidayah itu milik Allah.. bukan milik hati-hati ini...
Subhanallah.. aku berguru dengan seorang yang luas ilmunya... aku berusaha untuk tidak mensia-siakannya..
wallahua'alam..

wallahua'lam..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...