5.13.2009
~Hafaz Quran~
Sedang asyik menonton "Mari Bertarannum" TV9, 2 orang sister foreigner datang duduk di sebelah.. ketika itu, adik Muhammad sedang memperdengarkan bacaannya.
Kelihatan keduanya seperti ta'jub melihat adik itu sedang mengaji.
kata salah seorang daripadanya " hazattifl" yg memberi makna, itu adalah budak2..
Seketika, aku merasa Alhamdulillah...agak bangga.
Aku menegur mereka, dlm arab la gak kononya...yg bermaksud, kanak2 ini adalah hafiz 30 juzu'.
Sister tersebut macam dengar tak dengar lantas bertanya..."thalathah au thalatatu 'ashar??" = 3 atau 13??
aku menjawab, "la la, Thalathun" = 30.
"How old is he?" soal sister tu... aku menjawab, "erm...around 13"
Agak bangga aku pada adik tu kerana umurnya yang masih muda tapi sudah menghafaz 30 juzu' Quran.
Tetapi, apa yang dijawab oleh sister tu, "he is BIG. At my country, child around 7 years old has start hafaz Quran"
SubhanAllah.. aku terkagum seketika...
Last2, aku tanya pada sisters tu," do you hafaz Quran??" jawabnya, "no" . tapi sister yang sorang lagi tu hafaz...
Teringat dialogku pada kakak pada suatu ketika, "kak, takutla nak hafaz Quran ni.."
Jawab kakak, " lagi takut kalau tak hafaz"
"ye tak ye jugakkan.." Jawabku dalam hati.
Alhamdulillah aku ditempatkan di UIA.. adala jugak pakej menghafaz Quran.. tapi ada temuduga.. Insya-Allah, andai ada peluang, aku nak cuba.
Seketika, aku mendapat mesej daripada roomate ku... " Salam.. malam ni akan bermula kelas tahfiz pukul 8 bertempat d LR9.. sape2 yang duduk Asiah n Aminah, boleh pergi bersama-sama dengan akak. Reply ASAP.=)"
5.10.2009
~Ummi~

Di saat ini, umi tak ada di sisi...ada di Sabah...meneruskan perjuangan yang sememangnya mendambakan pengorbanan...meskipun terpaksa meninggalkan suami dan anak-anak untuk beberapa hari, dikau tetap tabah dan tekad, bahawa jalan ini tak pernah kau sesali kerna memilihnya..
Dalam diam kukagumimu Ummi, meskipun, anakmu ini, jarang untuk mengiyakan sembarangan pujian padamu..(hehe..terukkan aku)
Ketiadaanmu beberapa hari di rumah cukup dirasai...
Kami merinduimu...
Sebentar lagi penerbangan Ummi akan bertolak...doakan Ummiku selamat sampai..AMIN.
Banyak yang amat Ummi korbankan demi anak2mu...
Di saat kami nak pergi beli barang2 keperluan, Ummilah peneman kami...
Melayan kerenah kami nak membeli itu dan ini..ke sana ke mari andai tiada barang yang dikehendaki di kedai tersebut.
Ummi lah pendengar setia sebagai tempat luahan masalah dan suka duka kami..
Rumah pasti akan berseri dengan adanya Ummi...
Ummi amat kukagumi dalam bab2 kebersihan..meskipun sibuk dengan pelbagai program dan mesyuarat di sana sini, Ummi pasti tidak akan meninggalkan rumah kecuali rumah dalam keadaan yang selesa dan kemas. tu yang kelam kabut kami ni adik beradik kemas rumah kalau Ummi nak balik...~hehe..bocor rahsia.
Ummi lah pembakar obor semangat kami di kala kami dalam perasaan lemah semangat..
Banyak sangat pengorbanan Ummi... aku nak ikut jejak Ummi...Umi berjaya dalam segenap bidang... dalam pelajaran memang cemerlang, di tempat kerja juga begitu, dalam rumah tangga juga sebagai Isteri&Ibu Mithali, dalam perjuangan juga umi tak keciciran.
Itulah Umiku~ Alhamdulillah ya Allah, Kau kurniakan wanita ini sebagai ibuku.
Umi, Kak Cik minta ampun, sebab kak cik tahu, kak cik banyak sangat dosa kat Umi.
Jasamu umi, sememangnya tak mampu untuk dibalas.
Kak cik ingin hadiahkan kejayaan kepadamu Umi...pada Abah, adik-beradik dan semua...
Umi, kak cik doakan agar umur umi dalam keberkatan... sentiasa sihat, ditetapkan hati dalam IMAN dan PERJUANGAN, dimurahkan rezeki dan urusan, berjaya di Dunia & Akhirat. AMIN..
Anakmu,
..............
~`Atikah~
The Two Secrets to Success in College
2. Study at least two hours outside of class for each hour you spend in class.
3. Read each chapter or reading assignment twice.
4. Study for each test in at least two sessions.
5. Study in two's--have a study buddy.
6. Go to bed before 2:00 am.
7. Arrive two minutes early to every class.
8. Find at least two sides to the issue before you speak or write anything on one side.
9. Write two drafts of each paper before you write the final version.
10. Exceed the minimum requirements by two: two extra examples, quotations, pages, sources.
11. Finish your papers two days before they are due.
12. Remember that many statements have two interpretations--that's the secret of the title.
from www.virtualsalt.com
cHild~CreAtiVe

" the more you become CHILDish,the more you be CREATIVE "
Said Mdm Asiah Jusoh in her 1st class... Creative Thingking subject.
Children are more creative during they are around 6 years old.
and Creative people always see problems as a solution, as a CHALLENGES!!
Therefore, Mdm Challenged us, to do a part of baby's attitude...that is.." you go to your bed toningt, by CRAWLING!" "Get the FEEL"
huh...I never think to do like that before. and I suggest to you all to do too. let feel the moment..in order to be a CREATIVE people..
Di bawah ni gambar anak-anak Ustaz Jailani, Ustaz sekolah belakang rumahku, Sek Ren. Ibnu Kathir, sekolah ku jua dulu.. comel2 anak-anaknya...tapi, main pasir la adik-adik ni well..biasala tuh..budak-budak.. in order to being creative =D.. but, kuman tetap kuman dik yer..


Best nye kawan dengan budak2...seronok, hati yang gundah pon bisa terlupa akan masalah2nya bila layan kerenah kanak-kanak ni..
Kalau dulu, aku agak dikenali dengan seorang yang agak anti dengan budak2..hehe.. itu zaman muda-muda dulu~ agak menyampah pada yang suka merengek dan takde perasaan bila tengok budak2 meskipon comel..tapi, apatah lagi pada yang comot..huhu..
Hmm...sekarang ni, rasa kasih dan sayang pada budak2 makin membiak...tapi, myb depends kat jenis budak2 gak kot..hihi...aku dah tak ada adik kecil, kena tunggu anak sedara la pulak.. tapi, cam lambat lagi.. kakak-kakak aku ni sorang pon x kawen lagi... bila la??? Wallahua'lam...

New Life

Assalamu'alaikum w.b.t
Lama rasanya tidakku coretkan rasa hatiku dalam ni..
ku telah berpindah ke dunia baru.. banyak sungguh bezanya.
Alhamdulillah, Allah telah memilihku dan beberapa sahabat lain untuk buat short sem di Gombak.
Aku yakin, insya-Allah, dengan daftarnya aku pada sem pendek kali ni, adalah untuk beriku sedikit sebanyak persediaan demi pemerkasaan diri pada sem2 akan datang yang mana pastinya akan lebih sibuk dengan subjek2 yang padat dan aktiviti2 yang mendambakan komitmen..

Minggu kedua ku selepas Ta'ruf Week, diuji degan demam ringan.. tapi cukup tidak menyelesakan.. dengan hidung yang tersumbatnye..hehe...sedikit terasa berat kepala, sakit tekak.. makan ubat klinik UIA pun terasa tidak mengubah apa2...(hehe...baru 2 hari makan ubat) udahnyer, demam hampir melarat nak dekat seminggu...
ok, dah pasal ni.
Aku menantikan diriku yang baru...lebih2 dari segi fizikal..hehe.. mana taknyer... dok UIA Gombak ni, aku terasa setiap hari aku beriadhah.. pergi kelas, balik kelas, insya-Allah toksik2 keluar la..berjalan agak jauh.. tambah2, aku ditempatkan di Mahallah di tingkat 4.. fuhh.. Bak kata adikku `Izzah, "ada hikmahla kak cik dapat tingkat 4 tu" huhu~ aku faham sungguh maksudmu..memang kuat peghli itu punya budak.. xpe2... ini adalah salah 1 wasilah drpd impianku.. Alhamdulillah..

Alhamdulillah lagi, roomate ku juga baik2 orangnya... sorang satu kos,IRK gak, dan sorang budak Brunei.. satu lagi compartment kosong.. sepatutnya ada sorang budak foreigner level tu gak kena pindah bilik kami.. tapi, dia x pindah2 pon... xpela..hmm..tapi..xde can aku nak slalu speaking..cewah.
tapi, jangan tak tau..bilik sebelah aku budak2 foreigner oo..tapi, setakat ni, tak tegur lagila..segan.hehe..
ok... aku nak posting yang lain pulak.. Wassalam.
4.16.2009
Yang manakah aku???
Dalam kehidupan ini terdapat tiga jenis orang.Orang yang pertama adalah orang yang digelar sederhana.Mereka ini golongan yang mahu hidup dalam keadaan sederhana sahaja.Mereka tidak takut akan kegagalan.Mereka takut kepada kemenangan
Golongan ini sebenarnya tahu apa yang dimaksudkan kemenangan.Mereka tahu apa yang perlu diberi untuk mendapatkannya.Mereka tahu mereka perlu memberi usaha yang lebih daripada sepatutnya dalam mencapainya.Ini menyebabkan mereka menjadi penakut
Kalau mereka inginkan sesuatupun mereka akan berhenti di pertengahan jalan kerana telah penat dengan apa yang telah diberikan.Mereka sekadar memulakan dan tidak meneruskannya.
Golongan ini juga mudah terpengaruh dengan persekitaran.Walaupun pada awalnya mereka begitu inginkan kejayaan,tetapi lama kelamaan persekitaran telah menghilangkan semangat mereka.Semangat mereka semakin pudar untuk mencapai apa yang mereka mahu sebenarnya.Mereka terlalu sensitif dengan cakap orang.
Mereka lebih mementing apa yang dikatakan oleh persekitaran.Mereka takut jika mereka bertindak dan berjaya persekitaran tidak dapat menerima mereka.Mereka akan dianggap sebagai orang yang ganjil.Oleh itu,akhirnya mereka memilih untuk hidup secara sederhana sahaja.
Golongan kedua pula ialah golongan kalah.Mereka menerima apa yang berlaku pada mereka begitu sahaja.Mereka menyalahkan keadaan sekeliling yang menyebabkan mereka menjadi sebegitu.Mereka tidak bertanggungjawab terhadap tindakan yang diambil oleh mereka.
Golongan ini mudah dikenalpasti.Kita boleh melihat mereka daripada cara mereka melemparkan kritikan mereka terhadap pemenang.Kita boleh melihat betapa cemburunya mereka terhadap pemenang.
Kebanyakan masa kita boleh mengenalpasti golongan ini berdasarkan cara mereka menghadapi masalah.Golongan ini akan bertindak berdasarkan pemikiran negatif sahaja.Mereka lebih suka melihat kepada masalah daripada melihat kepada jalan penyelesaiannya.
Golongan ketiga adalah golongan pemenang.Pemenang adalah golongan yang mengunakan bakat mereka dengan sepenuhnya.Walaupun bakat mereka hanya sedikit sahaja.walaupun mereka dilahirkan mereka lahir dengan kekurangan bakat itu bukan masalahnya.
Golongan ini sentiasa menambah kemahiran lain mereka.Sedikit demi sedikit mereka dapat menutup kekurangan yang ada pada diri mereka.
Pemenang meletak matlamat dan berusaha untuk mencapainya.Mereka memberi segalanya untuk merealisasikannya.
Anda jenis yang mana? Yang pasti masa untuk untuk berubah kepada yang lebih baik..
di copy paste drpd blog dr.Inspirasi.com
4.15.2009
10 wakil BN kembali ke DUN T'ganu

Tiga daripada mereka awal pagi semalam membuat aduan polis apabila menerima mesej SMS berbunyi: "baik jangan teruskan niat YB, YB tak sayang nyawa?".
Ugutan tersebut, didakwa daripada seorang pegawai kanan kerajaan negeri, dipercayai berkaitan dengan ura-ura membawa usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besar, Datuk Ahmad Said.
ADUN Ajil, Datuk Rosol Wahid, Zakaria Abdullah (Paka) dan Abdul Halim Jusoh (Permaisuri) kembali menghadiri hari terakhir persidangan yang bermula Isnin walaupun pada awalnya bertegas tidak mahu berbuat demikian atas alasan keselamatan nyawa masing-masing.
Selain mereka bertiga, turut hadir bersama jam 9.30 pagi ini: Muhammad Ramli Noh (Tepoh), Mohd Zawawi Ismail (Kuala Berang), Datuk Din Adam (Bukit Besi), Alias Abdullah (Alor Limbat), Ramlan Ali (Jabi), Datuk Seri Idris Jusoh (Jertih) dan Mohd Pehimi Yusof (Kota Putera).
Walaupun menafikan berniat membawa usul undi tidak percaya terhadap menteri besar, kumpulan ini tetap mendakwa mereka hilang keyakinan terhadap Ahmad.
Datuk Seri Najib Razak mengarahkan kesemua ADUN itu kembali menghadiri sidang dewan dan juga menafikan pemulauan tersebut satu krisis di Terengganu.
Dalam sidang media, Ahmad memaklumkan bahawa beliau telah berhubung dengan Najib mengenai isu terserbut dan akan bertemu timbalan perdana menteri dalam masa terdekat.
Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam berkata beliau ingin menemui Ahmad untuk mendapat gambaran sebenar mengenai kemelut politik yang melanda kepimpinan BN negeri itu sekarang.
Ahad lalu, Muhyiddin menerima rombongan sekumpulan ADUN BN negeri itu yang tidak berpuas hati pada menteri besar mereka.
Malaysiakini
****** mereka (BN) mendakwa kerajaan PR Perak telah dibubarkan kerana punyai unsur tidak percaya antara Dun. Tapi, itu semua tidak berlaku.
****** Nah!!! Amik wahai BN!! Kini org dalam sendiri buat sebegitu,bergaduh dan ugut sesama sendiri... ini baru hal dalam rumah tangga... Kat luar dgn orang luar apa cite pulak??? Wallahua'lam.
~POLITIK itu HELAH~
One Malaysia =/=PAS 4 ALL


Kata Tok Guru Nik Aziz pada suatu ceramah semasa di Bukit Gantang...
Najib nak laksanakan One Malaysia.. kenapa baru sekarang??? sedangkan PAS dah mulakan dulu. "PAS 4 ALL"
ONE MALAYSIA
Pasti orang UMNO orang pertama yang akan membantah slogan ini, kerana mereka hanya mementingkan hal-hal MELAYU sahaja. tak gitu???
Apa yang ada pada Melayu??
Naiknya Melayu kerana Islam.
Andai ditinggalkan, apa yang ada???
Wallahua'lam.
4.14.2009
Duri Dalam daging UMNO
dah lama kukira tak mencoretkan lakaran qalam yg berawang-awang di minda..
Inginku berkongsi sedikit pengalaman sepanjang kuturun ke po59 yg lepas... suatu pengalaman yg memberi byk pengajaran.

agak menyampah tatkala melihat makcik2 dan beia2 UMNO melintas dihadapanku dengan payung UMNO, bendera dan sebagainya... tapi, kusorok perasaan tersebut dengan... " Assalamu'alaikum makcik... dah makan???" huhu... bajet baik arr... Sesekali...makcik tu berhenti di hadapanku, lantas, kubersembang sedikit sebanyak dengannya.. apa yang dapat kupetik secara kasarnya daripada persembanganku dengan makcik-makcik UMNO ni,makcik2 ni bertugas je, ada duit orang nak bagi, amik je kan... buat kerja.. tapi, di sebaliknya.. pandailah mereka menilai mana yang baik dan buruk, terutamanya masa mengundi nanti.. hua3... aku tergelak kecil dalam hati... Alhamdulillah... kubangga punyai petugas begitu dalam UMNO.. mabruk2 UMNO! kau telah ajar apa itu WANG di mata petugasmu... Namun, mereka tetap punya AKAL!!!
4.04.2009
Peristiwa perang Hunain
Sudah merupakan kebiasaan Nabi, bilamana baginda menaklukkan suatu wilayah, secara peribadi baginda mempelajari keadaan politik dan agama penduduknya selama baginda tinggal di situ. Sebelum meninggalkan tempat itu, baginda melantik orang-orang yang sesuai untuk berbagai jawatan. Alasannya ialah bahawa orang-orang di wilayah itu, yang mengenali sistem lama yang batil, tidak mengenali sistem Islam yang menggantikannya. Islam adalah suatu sistem sosial, moral, politik, dan agama, yang hukum-hukumnya berasal dari wahyu.
Untuk mengenalkan hukum-hukum ini kepada manusia serta penerapannya dalam praktik diperlukan orang yang cekap, cerdas dan berpengetahuan. Ia harus mampu mengajarkan kepada mereka prinsip-prinsip Islam yang benar secara bijak, dan harus pula menerapkan sistem Islam di tengah-tengah mereka
Ketika Nabi memutuskan hendak berangkat dari Makkah menuju wilayah suku Hawazin dan Tsaqif, baginda melantik Mu’az bin Jabal sebagai guru dan mengajari umat, dan mengamanatkan pemerintahan kota itu dan imam masjid kepada ‘Atab bin Usaid yang cekap. Setelah tinggal di Makkah selama lima belas hari, Nabi berangkat menuju daerah suku Hawazin.
Tentera yang Tiada Tandingan
Pada saat itu ada 12,000 tentera di bawah panji Nabi. Dari jumlah itu, 10,000 orang menyertainya dari Madinah dalam pembebasan Makkah, sedang yang 2,000 berasal dari kaum Quraisy Makkah yang baru masuk Islam, dengan Abu Sufyan sebagai pemimpinnya.
Di masa itu, tentera sebesar itu hampir tak pernah ada di Tanah Arab. Namun, justeru kekuatan jumlah mereka inilah yang menjadi penyebab kekalahan awal mereka. Sebabnya, berlainan dengan di masa lalu, sekarang mereka membanggakan diri kerana jumlahnya yang besar. Akibatnya, mereka mengabaikan taktik dan prinsip-prinsip perang.
Ketika para sahabat melihat jumlah tentera yang besar itu ada di antara mereka yang berkata, “Sama sekali kita tak akan kalah, kerana jumlah tentera kita jauh lebih besar daripada musuh.” Namun, ia tidak menyedari bahawa keunggulan jumlah bukanlah satu-satunya faktor penentu kemenangan, dan sesungguhnya faktor itu malah kurang penting.
Al-Quran sendiri menyebutkan hal ini yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah telah menolong kamu (hai para mukmin) di medan peperangan yang banyak, dan (ingatlah) peperangan Hunain, iaitu di waktu kamu menjadi bongkak kerana banyaknya jumlahmu, maka jumlah yang banyak itu tidak memberi manfaat kepadamu sedikitpun, dan bumi yang luas ini telah terasa sempit olehmu, kemudian kamu lari ke belakang dengan bercerai-berai.”
(Al Qasas : 85)
Mencari Maklumat
Setelah pembebasan Makkah, api perlawanan menyala di daerah-daerah kediaman suku Hawazin dan Tsaqif. Mereka menjalin hubungan khusus di antara mereka. Mata rantai penghubung di antara mereka ialah seorang lelaki gemar berperang yang bernama Malik bin ‘Aufan Nasri. Hasil dari persekutuan mereka, sebelum tentera Islam sempat memberi perhatian kepada mereka, mereka sendiri telah datang menghadapi tentera Islam. Akibatnya, sebelum kaum Muslimin bergerak, mereka menyerang dengan keras melalui suatu taktik tentera. Mereka juga telah memilih seorang lelaki gagah berani berusia tiga puluh tahun untuk bertindak sebagai komando perang.
Selain dari kedua-dua suku di atas, suku Bani Hilal, Nasar, dan Jasyam juga ikut serta dalam pertempuran ini, dan semuanya menjelma sebagai pasukan pemukul yang padu.
Sesuai perintah panglima tertingginya, semua yang ikut dalam pertempuran itu menempatkan kaum wanita, anak-anak, dan hartanya dibelakang tentera. Ketika ditanya tentang alasan keputusannya itu, Malik, sang panglima mengatakan, “Kaum lelaki ini akan tetap teguh dalam pertempuran untuk melindungi keluarga dan hartanya dan sama sekali tak akan berfikir untuk melarikan diri atau mundur.”
Ketika Duraid bin Sammah, pejuang tua yang berpengalaman, mendengar ratapan kaum wanita dan anak-anak, ia mengecam Malik. Ia memandang tindakan Malik itu salah dari sisi prinsip perang, ia berkata kepada Malik, ”Dengan tindakan ini, apabila nanti kamu dikalahkan maka kamu akan menyerahkan semua wanita dan harta kamu kepada tentera Islam secara borong.”
Malik tidak mempedulikan kata-kata tentera berpengalaman itu. Ia mengatakan, “Kamu telah menjadi tua dan telah kehilangan kebijaksanaan dan pengetahuan tentang taktik berperang.” Peristiwa kemudian membuktikan bahawa orang tua itu benar. Kehadiran wanita dan anak-anak di medan perang, di mana orang harus menyerang dan lari, ternyata tak berguna, bahkan hanya mempersulit dan menghalangi gerak tentera.
Nabi mengutus Abdullah al-Aslami secara rahsia untuk menghimpun maklumat tentang peralatan, niat, dan rancangan gerakan musuh. Ia berkeliling di seluruh tentera musuh itu sambil mengumpulkan maklumat yang diperlukan, untuk kemudian menyampaikannya kepada Nabi. Sebaliknya, Malik juga mengirim tiga orang perisik kepada kaum Muslimin secara khusus untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan. Namun, mereka malah kembali kepada Malik dengan hati penuh takjub dan takut.
Panglima pasukan musuh itu memutuskan untuk menambah bilangan tentera dan berusaha mengatasi kelemahan moral tenteranya dengan tipu daya yang licik, yakni dengan melakukan serangan mengejut dan menimbulkan kekacauan di kalangan tentera Islam, agar tentera Islam porak-peranda.Untuk mencapai tujuan itu, Malik berkhemah di hujung lembah yang mengarah ke wilayah Hunain.
Kemudian ia memerintahkan semua tenteranya bersembunyi di sebalik batu-batu dan celah-celah bukit tinggi di sekitar lembah itu. Begitu tentera Islam tiba di lembah yang dalam dan panjang itu, mereka semua harus keluar dari tempat persembunyiannya lalu menyerang kesatuan-kesatuan tentera Islam dengan panah dan batu. Setelah itu, suatu kelompok khusus harus turun dari perbukitan secara teratur dan menyerang kaum Muslimin dengan pedang di bawah perlindungan pasukan pemanah.
Serangan Mengejut
Nabi menyedari kekuatan dan strategi musuh. Oleh itu, sebelum meninggalkan Makkah, baginda memanggil Shafwan bin Umayyah, lalu meminjam seratus baju perang sambil menjamin pengembaliannya. Baginda sendiri memakai dua baju perang dan pelindung kepala. Sambil menunggang keldai putih yang telah dihadiahkan kepadanya, baginda bergerak maju bersama tentera Islam.
Tentera Islam beristirehat malam hari dimulut lembah tadi. Sebelum fajar sepenuhnya muncul, pasukan Muslim dari suku Bani Salim tiba di jalur Lembah Hunain di bawah komando Khalid bin Walid. Ketika sebahagian besar tentera Islam masih di dalam lembah itu, tiba-tiba terdengar bunyi riuh desiran panah dan teriakan ramai pasukan musuh yang sebelumnya telah duduk menghadang di sebalik batu-batu. Ini menciptakan kegemparan luar biasa di kalangan kaum Muslimin.
Panah menghujani mereka, dan sekelompok musuh menyerang di bawah lindungan para pemanahnya. Serangan mengejut ini menyebabkan kaum Muslimin bertempiaran dan mereka segera mencari perlindungan. Kekacauan dan perpecahan pun timbul. Perkembangan ini sangat menggembirakan kaum munafik yang ada di antara tentera Islam. Sebahagian berkata, “Kaum Muslimin akan melarikan diri hingga ke pesisir laut.” Seorang munafik lain mengatakan, “Sihir telah terlawan.” Yang lain bertekad untuk menghabisi Islam dalam keadaan kacau itu dengan membunuh Nabi untuk menghancurkan keimanan kepada Allah Yang Maha Esa dan kenabian Islam sekaligus.
Ketabahan Nabi dan Sahabat
Nabi sangat terganggu oleh larinya para tentera yang merupakan penyebab utama segala kegemparan dan kekacauan itu. Baginda merasa bahawa apabila keadaan itu dibiarkan, walaupun hanya sebentar, jalannya sejarah mungkin menjadi lain; pasukan syirik akan menghancurkan tentera tauhid.
Oleh itu, sambil menunggang keldainya, baginda berseru dengan suara nyaring, “Hai pembela Allah dan Nabi-Nya! Aku hamba Allah dan Nabi-Nya.” Baginda mengucapkan kalimat ini lalu memalingkan keldainya ke medan pertempuran yang telah diduduki tentera Malik. Sekelompok orang siap berkorban, seperti Ali, Abbas, Fadhal bin Abbas, Usamah, dan Abu Sufyan bin Harits, yang tak sudi membiarkan Nabi sendirian tanpa perlindungan, juga maju bersama Nabi.
Nabi meminta Abbas, bapa saudaranya, yang suaranya amat keras, untuk memanggil kembali kaum Muslimin yang bertempiaran, “Hai Ansar yang menolong Nabi-Nya! Hai kaum yang membai’at Nabi di bawah pohon syurga! Kemana kamu akan pergi? Nabi berada di sini!” Kata-kata Abbas sampai ke telinga kaum Muslimin dan merangsang semangat dan ghairah keagamaan mereka. Mereka semua segera menyambut dengan mengatakan, “Labbaik! Labbaik!” Lalu kembali dengan gagah berani bersama-sama Nabi.
Seruan Abbas yang berulang-ulang, yang memberi khabar gembira tentang keselamatan Nabi, membuat orang-orang yang bertempiaran itu kembali kepada Nabi dengan rasa penyesalan dan mengatur lagi barisannya. Sesuai dengan perintah Nabi, dan untuk menghapus noda malu kerana melarikan diri itu, kaum Muslimin melakukan suatu serangan umum. Dan dalam waktu sangat singkat, mereka berhasil memukul musuh mundur atau melarikan diri. Untuk memberi semangat kepada kaum Muslimin, Nabi mengatakan, “Saya Nabi Allah dan tak pernah berdusta, dan Allah telah menjanjikan kemenangan kepada saya.”
Taktik perang ini berhasil membuat para pejuang Hawazin dan Tsaqif melarikan diri ke wilayah Autas dan Nakhlah dan ke benteng Tha’if, dengan meninggalkan kaum wanita dan harta mereka serta tenteranya yang mati di medan pertempuran.