5.13.2013

kalah dan menang

Ungkapan Tuan Guru Hj Salleh Sik yang menghuraikan satu ayat dari surah Ibrahim, "Jika kamu bersyukur, jaga elok-elok Kedah ni maka Allah akan tambah lagi nikmat dengan diberi Putrajaya. Namun jika kamu kufur, tak jaga elok-elok Kedah ni maka nantikan azab, Allah ambil balik nikmat." Kata-kata sewaktu amanat sebelum pilihanraya.



Alhamdulillah Selangor masih lagi dipegang oleh Pakatan Rakyat.
Namun, aku mencadangkan pada kerajaan negeri terutamanya Adun-Adun, berikan penerangan tentang manifesto kalian tentang pendidikan percuma, hapus tol, harga petrol turun dan sebagainya, masih tidak dapat dilaksanakan dek kerana tidak mendapat kuasa pemerintahan di peringkat pusat.

jangan menjadi backfire oleh masyarakat untuk mengatakan kerajaan negeri tidak melaksanakan manifestonya kerana tidak faham sistem negara dalam mengubah sesebuah polisi dan pelan tindakan dalam pentadbiran.

Bilakah Kemenangan Itu???


Alhamdulillah PRU 13 sudah berlalu. namun tampuk pemerintahan Pusat masih lagi kekal. 
Pelik aku. kenapa rakyat masih memilih mereka.
Andai saja rakyat tahu bahawa mereka banyak merosakkan negara dan merompak khazanah negara.

Kebanyakan rakyat ini, mata duitan. serta tidak celik maklumat. maka mereka itulah penyokong tegar UMNO BN. 
Apalah disalah ertikan peranan kerajaan pada rakyatnya dengan wang parti dalam merayu undi rakyat.

terlalu banyak penyelewengan yang dilakukan oleh pihak ini.

beli undi
black out
larikan peti undi
bawa masuk peti undi yang bukan dai pusat mengundi
pengundi dari negara bangladesh, indonesia
undi pos yang meragukan

apa yang mereka ketagih sangat pada kuasa memerintah negara andai saja sudah tidak mampu mentadbir dengan baik??

serahkan lah pada yang layak. janganlah dilaksanakan pelbagai muslihat dan tipu daya untuk dapat seboleh2nya kuasa memerintah.

andai sahaja mereka tahu hukum menipu dalam sesuatu perkara. apatah lagi dalam pemilihan pemimpin sesebuah negara. 

Para pejuang kebenaran semua husnuzzon pada percaturan Allah.
pasti punya hikmah di sebalik segalanya.
dan juga saatnya untuk bermuhasabah.
mungkin saja dek kerana dosa para pejuang menyebabkan kemenangan ditangguhkan.

Makanya, Allah menangguhkan kemenangan bagi kita. kerana Allah Maha Mengetahui bilakah kita sudah mampu untuk merasai kemenangan itu atas segala usaha, serta pergantungan kepada-Nya.

Mendengar taujihat Tuan Guru Presiden PAS, Tok Guru Haji Hadi Awang, bahawasanya, kemenangan itu dekat bilamana besarnya ujian.
seolahnya bila si ibu sudah sakit yang amat untuk melahirkan, maka saat itulah kelahiran bayi yang ditunggu-tunggu.

Semoga aku berkesempatan bekerja bersama-sama pejuang Agama ini dan menikmati saat indahnya kemenangan itu. ALLAHUAKBAR!!!

Bismillahirrahmanirrahim

coretan yang sudah lama kutinggalkan...bertahun mungkin...
kali ini aku mungkin lebih banyak mencoretkan pengalaman hidup di saat ini agar ianya menjadi kenangan dan pengajaran buatku di hari tua kelak.


Tahun 2013, saat ini, tinggal seminggu sahaja untuk aku menghadiri kelas pengajian di UIAM sebagai pelajar Ijazah Tahun Akhir.
Allah.. tahun ini, sem ini sangat berharga..pelbagai yang kutempuh...
sangat aku tidak tersangka akan percaturannya begini..
Alhamdulillah, mematangkan diri ini..

Allah mentaqdirkan aku memegang beberapa taklifat, antaranya Timbalan Exco Majlis Dakwah & Kebajikan GAMIS 2012/2013, subcom SI SRC (PIC Dakwah Council), APM Usrah Muzikal, Raisah PR UPTA.
Aku juga mengambil peluang mengajar di beberapa tempat bagi menampung pembelanjaan sepanjang pengajianku ini memandangkan aku sudah tidak mengambil pinjaman PTPTN... bila dikira-kira balik, ada lah dalam 5 tempat.

Perancanganku untuk menyertai pengajian pendek di Mesir bersama sahabatku Masturah kini hanya kusimpan dalam hati.. meskipun perancangan itu sudah dirangka sebelum menjadi pelajar tahun akhir lagi. Kuakui, amanahku di Malaysia ini masih banyak lagi, terutamanya pada GAMIS. sudahnya, Masturah pergi bersama batch adik-adik.. sedih la jugak.. T_T

Sungguh aku berdoa, semoga Allah mentaqdirkan yang terbaik utk kehidupan ini, baik dari segi pengajianku, kerjayaku, rezekiku, jodohku, dan terutamanya IMANku.

sampai sini dulu.


4.07.2012

Minggu MEHNAH

Bismillah...saja nak meluah,
Minggu yang dirasakan penuh dengan ujian...
ujian fizikal, ujian harta, ujian kesihatan, ujian hati, ujian minda, ujian emosi..


namun, aku merasakan NIKMATnya akan saat ini..
dikurniakan hati yang kuat
dikurniakan ibu bapa yang memahami
dikurniakan sahabat2 yang sentiasa mendokong, membantu, memotivasi, menghiburkan
dikurniakan masa-masa yang penuh dengan pengajaran








dan yang penting, aku dikurniakan perasaan berTUHAN yang merasai nikmatnya akan sifat Allah itu sangat2 menyayangi hamba-hamba-Nya, mendengar rintihan, rayuan, dan permintaan hamba yang sangat-sangat memerlukan...
Semua tu dikurniakan oleh Dia, Yang Maha Pengasih.


Alhamdulillah...nikmatnya merasai kehadiran-Nya dalam setiap nafas
memandang segalanya sebagai 1 percaturan yang terbaik daripada Allah
mencatur dan membawa hidup ke arah yang lebih diberkati-Nya
mengurniakan keTENANGan yang ditunggu setelah sekian lama ianya dicari


Alhamdulillah...
Semoga Allah mengekalkan keTENANGan ini..
menjadikan aku hamba yang sentiasa BERSYUKUR, POSITIF akan setiap ujian yang menimpa, dan melihat segalanya dengan pandangan kasih-sayang daripada Allah...


:: Semoga kita menjadi INSAN YANG SENTIASA MENDEKATKAN DIRI KEPADA ALLAH ::

4.03.2012

Motivasi HATI


Seandainya cinta itu ikhlas kerana Allah Ta'ala, tidak perlu bertemunya jiwa, tidak perlu berbicaranya kata-kata.. 


Tidak seharusnya mengungkap janji setia, tidak seharusnya hati bermadah cinta, jika ikatan halal masih tidak terbina... 


Cukuplah jiwa dan hati mengingati Yang Maha Esa, merindui RasulNya kerana menanti sunnahnya, tanda keikhlasan bergantung harap hanya kepadaNya.. 


Hati dan jiwa itu sifatnya unik dan indah, kerana ia sepenuhnya milik Allah. 


Jika ia dihamparkan pada cara yang hina, pasti ia akan juga menjadi hina. Namun jika ia dihiasi dengan cara yang mulia, pasti ia akan turut menjadi mulia.


Jangan meletakkan harapan terlalu tinggi di jiwa, kerana pengetahuan masa depan dalam kekuasaanNya. Jika tingginya harapan tersimpan, hingga tidak terjangkau oleh fikiran, kelak akan binasanya kehidupan, seandainya ia tidak menjadi kenyataan..


"Umpama melompat terlalu tinggi, pasti risiko untuk cedera pastilah juga tinggi.."


Tidak salah ingin menyimpan impian, namun biarlah ia sekadar hanya harapan, asalkan di dalam hati meyakini Allah lah yang menentukan... agar kita dapat mendidik jiwa akan redha dengan segala ketentuan..~ insyaAllah.

Kalam Imam al-Ghazali kpd PENUNTUT ILMU!


jom kita baca kalam Imam Al Ghazali skali, satu per satu, macamana rasanya? :


"Ketahuilah ~ Wahai saudaraku yang sangat berminat dan mempunyai perhatian dalam mencari ilmu, yang telah menunjukkan cita-cita yang tinggi dan rasa sangat dahaga terhadap ilmu pengetahuan ~ 

Seandainya engkau berniat dengan mencari ilmu ini untuk berlumba-lumba dan mendapatkan kemegahan dan terkemuka di kalangan kawan-kawan dan untuk menarik perhatian orang ramai terhadap dirimu dan menghimpunkan akan kekayaan dunia, 

maka sebenarnya engkau telah berusaha menghancurkan agamamu dan membinasakan dirimu sendiri dan menjual akhiratmu untuk mendapatkan harta dunia, maka perjualanmu adalah rugi dan perniagaanmu porak-peranda..."

Bidayatul Hidayah oleh Imam Al Ghazali, diterjemahkan oleh Syaikh Fahmi Zamzam.






Semoga Allah memelihara kita daripada  mempunyai sifat dan keinginan ini..


Menuntut Ilmu satu amalan fardhu yang dituntut, bahkan Rasulullah s.a.w meletakkannya sebagai SYARAT bagi sesiapa yang menginginkan DUNIA mahupun AKHIRAT.


Namun, ikatlah diri kita dengan PANDUAN & AMALAN yang syar'ie agar sentiasa dalam pemeliharaan-Nya..amin

~insan yang diimpikan~




Jika ALLAH tak memberimu seseorang yg kamu impikan,
Semoga Dia menghadirkan seseseorang yg memimpikanmu.

Bila ALLAH tak memberimu seseorang yg kamu rindukan,
Semoga Dia menghadirkan seseorang yg merindukanmu.

Bila ALLAH tak memberimu seseorang yg kamu dambakan,
Semoga Dia memberimu seseorang yg mendambakanmu.

Bila ALLAH tak menyatukanmu dgn seseorang yg kamu cintai
Semoga Dia menghadirkan seseorang yg Mencintaimu.

Yg bukan HANYA karena apa yg ada padamu ....
tapi apa adanya dirimu !!!

Sujudkan Hati & jiwamu,,
Semoga ALLAH memberi yg TERBAIK
Dengan segala Keindahan hati & ketakwaannya..

4.01.2012

UMUR yang DIRUGIKAN

"Aku tidak pernah rasa sedih ketika matahari terbenam kecuali kerana aku 
risau umurku ini makin meningkat tapi amalku masih belum bertambah.."
- (Imam Al-Ghazali)

3.30.2012

Jarak & Rindu

Bismillah...ada orang post ni kat fb...saja nak share kat sini...

♥ Jika RINDUKAN SESEORANG , PEJAMKANLAH MATA dan UCAPKANLAH :

" Ya Allah Aku rindukannya keranaMu Ya Allah , Jauhkanlah daku dari perkara yang membuatkan aku lupa kepadaMu . Aku semakin mengerti, ‘JARAK’ ini bukan untuk menghukumku..tetapi ‘JARAK’ ini untuk MENJAGA aku dan dia..

✿~ Dengan ‘JARAK’ ini aku dan dia berjanji untuk BERUBAH menjadi yang lebih baik..
✿~ Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MEMPERBAIKI cinta kepada Ilahi..
✿~ Dengan jarak ini aku dan dia berjanji untuk MENCINTAI Pencipta kami lebih dari segalanya..
✿~ Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MENDALAMI Islam hingga ke akar umbi..
✿~ Dan Dengan JARAK ini jua aku dan dia yakin andai tiba saatnya nanti, aku dan dia akan LEBIH BERSEDIA untuk melayari semua ini dengan jalan yang diredhai..

p/s : Terima kasih ya Allah kerana memberi PELUANG kepadaku melalui jalanMu ini..terima kasih kerana memberikan JARAK itu kepada aku dan dia..♥♥"


~RINDU LA DENGAN RASULULLAH S.A.W...RINDU SANGAT...~ 



3.29.2012

nikmat ILMU


Alhamdulillah,  SYUKUR kepada Allah atas nikmat manisnya ilmu…sambil2 makan nasi, aku ambil kesempatan membelek kitab al-wajiz fi usulil fiqh karangan dr. abd Karim Zaidan…Barokallahufih… 

subhanallah, kita yang cukup hebat, menyampaikannya dengan bahasa yang mudah difahami dan jelas atur susunnya… Alhamdulillah atas nikmat kefahaman ilmu agama yang sangat cetek pada hamba kerdil ini… kenikmatan yang besar apabila membaca kitab Arab, dapat difahami maknanya… Alhamdulillah..sangat2 kubersyukur…

Jom, aku nak berkongsi sikit sebanyak apa yang telah kudapat meskipun beberapa helaian muqaddimah mengenai tajuknya…

Kugunakan kitab ni untuk 2 subjek yang sangat kugemari…
1-      Mabahith Hukum
2-      Mabahith Turuq

Kebetulan, aku mengambil kedua-dua subjek ini secara serentak pada sem ni…kedua-duanya saling berkait dengan hukum dan cara mengistinbat hukum..

Dalam kitab al-Wajiz ni, syeikh membahagikannya kepada 2 bahagian, iaitu seperti yang kunyatakan di atas… bahagian pertama tentang hukum-hukum Islam yakni Hukum Taklifi (Wajib, Sunat, Harus, Haram, Makruh) serta rukhsah dan `azimah, Hukum Wadh’I (sabab, mani’, syarat) dan ada beberapa pecahan lagi  dan sumber-sumbernya.

Manakala, pada bahagian ke-2 pulak, aku nak tulis dlm arab sikit..(boleh yer) harapnya faham..=)



طرق الاستنباط وقواعده، تقوم على :
-          العلم بالقواعد الأصولية اللغوية
-          مقاصد التشريع العامة
-          كيفية رفع التعارض بين الأدلة وترجيح بعضها على بعض
-          معرفة الناسخ والمنسوخ

Terasa cam nak wat peta minda je lukis kat sini…sebab best arr blaja…
susah x susah nya nak menjadi seorang mujtahid dalam nak mengistinbat sesuatu hukum,( antara ilmu2 yang mesti dikuasainya ialah 4 ilmu di atas yang kutulis dalam Tulisan Arab tu…setiap tu pulak, ada cabang-cabang ilmu yang lain..) sehingga Allah akan mengurniakannya 1 pahala meskipun salah dalam ijtihadnya berbanding dengan seorang mujtahid yang berijtihad dan ijtihadnya betul, maka baginya 2 pahala…

okey, setakat ni dulu… sungguh, niatku menulis entri ini bukan ingin berlagak pandai dalam bidang ilmu agama ni…(malah itulah kelemahanku yang inginku perbaiki) tetapi niatku ingin berkongsi ilmu bersama-sama sahabat2 surfer sekalian… andai ada kesilapan, mohon diperbetulkan dan dimaafkan… syukran.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...