16 November 2010 Selasa bersamaan 9 Zulhijjah, kita pakat-pakat puasa sunat hari afarah. Para jamaah haji pada tarikh ini akan melaksanakan ibadah wuquf.
Sabda Nabi SAW : “Puasa pada hari arafah dapat menghapus dosa tahun lalu dan yang akan datang”(HR Muslim)
Hari raya idul fitri didahului dengan puasa sebulan Ramadhan. Begitu juga hari raya qurban didahului dengan berpuasa juga.
Berpuasa pada sepuluh hari pertama bulan Zulhijjah, terutamanya pada hari Arafah. Lebih-lebih lagi, puasa di antara amalan yang afdal dan amat disukai Allah sendiri.
Rasulullah bersabda bermaksud: Puasa pada hari Arafah dengan penuh pengharapan keredaan Allah akan menghapuskan (dosa) setahun yang lalu dan setahun yang mendatang.
(Hadis riwayat Muslim)
Diriwayatkan dari Ibn Abbas ra:
Rasulullah SAW bersabda: “Tiada amal yang soleh yang dilakukan pada hari-hari lain yang lebih disukai daripada hari-hari ini (sepuluh hari pertama dalam bln Dzulhijjah).” (Hadith Riwayat al-Bukhari)
Dalam hadith yang lain yang diriwayatkan dari Hunaidah bin Khalid, dari isterinya, dari beberapa isteri Nabi SAW:
Sesungguhnya Rasulullah SAW melakukan puasa sembilan hari di awal bulan Dzulhijjah, di hari ‘Asyura dan tiga hari di setiap bulan iaitu hari Isnin yang pertama dan dua hari Khamis yang berikutnya. (Hadith Riwayat Imam Ahmad dan an-Nasa’ie)
Adapun berpuasa pada hari Aidiladha (10 Dzulhijjah) dan hari-hari tasyrik (11, 12 dan 13 Dzulhijjah) adalah diharamkan berdasarkan hadith yang diriwayatkan dari Umar ra:
Bahawasanya Rasulullah SAW melarang berpuasa pada dua hari, iaitu ‘Eid al-Adha dan ‘Eid al-Fitr. (Hadith Riwayat Imam Muslim, Ahmad, an-Nasa’ie, Abu Dawud)
Serta hadith yang diriwayatkan dari Abu Hurairah ra:
Rasulullah SAW telah mengirimkan Abdullah Ibn Huzhaqah untuk mengumumkan di Mina: “Kamu dilarang berpuasa pada hari-hari ini (hari tasyrik). Ia adalah hari untuk makan dan minum serta mengingati Allah.” (Hadith Riwayat Imam Ahmad, sanadnya hasan) [2]
Allahu a’lam bisshawab..