(gambar hiasan)
Bismillahirrahmanirrahim...
Usai kuparkir motorku di bawah teduhan bumbung sekolah, pak Guard menegurku...ya, kuakui, meskipun baru 3 hari pak cik tu bertugas di sekolah ni, kelihatannya boleh dikatakan macam dah kenal lama, sebab aku acapkali meringankan mulutku menegurnya....hari sebelumnya, sempat la jugak ber"ta'aruf" dengan pakcik tu...tentang tempat tinggal, keadaan kampung dan sebagainya.... kebetulan aku datang awal jadi punyai masa yang lebih sebelum jam loceng sekolah berbunyi....Sehingga di akhir kata-kata pakcik tu padaku, beliau ingin berjumpa denganku masa balik sekolah nanti...
Terfikir-fikir jugak dalam kepala ni...apala urusan pakcik ni nak jumpa aku... nak tanya pasal hal2 agama ke???-kotla kan....gitu Alhamdulillah la... tak sia-sia jugak aku rajin tegur pakcik ni...
Sehinggalah saatnya untuk kupulang...dalam jam 6 petang, aku melilau-lilau juga mata mencari-cari kelibat pakcik ni...tak ada pon...kata nak jumpa...
Aku ambil keputusan untuk pulang saja...mungkin tak ada rezeki...namun kubuat lambat-lambat jugak...manala tahu..kot2 pakcik tu datang...
yer...panjang umur pakcik ni....terus muncul kelibatnya dari arah di hadapanku...
Aku terus bertanyakan tentang kenapa nak jumpa aku....kemudian, pakcik tu pun menyusun ayatnya....
"pakcik segan sikit nak cakap dengan cikgu2 lain...tapi dengan kamu bolehla pakcik nak cakap benda ni.."
aku dalam kepala ni dok fikir...masalah pelajar2 kah ya???
Kemudian pakcik tu pun meleraikan persoalan yang membelengguku..."pakcik punya motor tayar pecah, pergi hantar ke bengkel, tukar tayar dan tiub...kena bayar RM27...tapi, pakcik nak pinjam RM30 la senang sikit nak kira...boleh ke pakcik nak pinjam??? hari Sabtu ni nanti pakcik ganti semula...sebab baru dapat advance hari tu..."...tambah pakcik tu lagi...."nak berjalan tak berapa nak larat..agak jauh la jugak, ni dari tengahari pakcik tak makan nasi"
Wujud rasa simpati di hati pada pakcik ni....Aku membuat penilaianku...eh, takkan pakcik ni tak ada duit langsung???kesiannya...tapi, secara jujurnya aku memang tak bawa duit...rumah dekat je..buat apala nak bawa duit banyak2...
Sejujurnya aku menjawab " saya tak ada duit la pakcik...tak boleh nak bagi pinjam."
Mungkin saya boleh masuk pejabat guru, tanya mana2 guru ada duit...boleh pinjamkan...
Pakcik tu membalas "eh, ustazah, jangan bagi tahu cikgu2 lain kata saya nak pinjam..."
aku hanya mengangguk...tapi, dalam pejabat, aku beritahu secara terus-terang tentang situasi pakcik tu dan permintaannya pada 3orang guru yang kebetulan masih belum balik lagi...
Namun.ustazah Syuhada memberi peringatan, jangan mudah percaya dengan orang macam tu...entah2 dia nak tipu, Ustaz Zul pun menyokong, sebab dia pernah kena, tapi dengan orang lain, namun kuceritakan situasi pakcik tu...supaya mereka faham tentang keadaan pakcik tu yang mungkin terdesak...
DI akhirnya, aku keluar dari pejabat tanpa bawa sesen pun wang untuk diberi pinjam pada pakcik tu...
dan dibenak kepalaku...apalah nak bagi alasan kat pakcik ni...macam sangat kesian...ku perlukan kekuatan untuk meluahkan penyelesaian bagi masalah pakcik ni...
antara jawapan yang kuberi :
-pakcik ada anak tak??? tinggal dengan mereka ke??? mungkin boleh minta anak2 ambil dan hantar..
-guru2 dalam pejabat pun tak da duit.
-pakcik cuba minta dengan bos pakcik...
Aku ditemani oleh kak Aisyah...kebetulan beliau pun nak balik jugak...dan kak ni sangat lembut hati, dan beliau memberi RM10 kepada pakcik ni....
Tapi, pakcik ni masih lagi sepertinya mahu menuntut hutang denganku..."adik nak balik rumah ye??? boleh ke nanti....." aku faham maksud pakcik ni...laju kujawab " kat rumah saya tak ada sape2 pakcik.."
Lantas kuminta izin untuk berlalu dan pulang..agar perasaan kecewa dan bersalah tidak terus membelenggu jiwa raga ku...