3.21.2009

0.001

Bismillah..
Alhamdulillah...result sem akhirku telah keluar.. sememangnya, hati berasa gundah gelana memikirkannya..
Allah... kudapat pengajarannya kali ini.
aku mungkin perlukan hanya 0.01 untuk mendapatkan yg lebih baik..
meskipun begitu, Alhamdulillah, aku lepas ke Gombak.. insya-Allah

Dimuhasabah balik, kenapa pihak CFS UIA tidak menaikkan lagi 0.001 pointerku untuk melayakkanku mendapat beberapa kelebihan..
lantas aku teringat pada kata-kata ustazah Mazlina pada suatu masa sehari selepas habisnya exam kami, lebih kurang mafhumnya begini, usai sahaja para pensyarah memeriksa kertas-kertas peperiksaan, mereka akan mengadakan 1 pejumpaan untuk selaraskan markah-markah pelajar2 ni...mungkin ada markah yang boleh dinaikkan bergantung pada consideration lecturer tu dan diri pelajar tu sendiri.. atas sebab apa nak naikkan markah pelajar tu??kerana markahnya macam2 hujung nyawa ikan.. ( tafsiranku sendiri)
makanya..di sini pentingnya solat Hajat dan Do'a pada Allah.. beserta Tawakkal.

Ya! aku sudah punya jawapan. itu semua salahku sendiri.. Aku tahu, perasaan Tawakkal ku tidak setinggi seperti yang sebelum2 ni.. kerna apa ya??? mungkin kerna di mindaku... aku boleh usahakan perkara lain sebelum sekadar berserah.. Allah.. tapi apa sebenarnya??
Mungkin juga di benak fikiranku terlalu asyik memikirkan hal2 lain sampai lupa bahawa aku akan mendapat keputusan peperiksaan beberapa minggu selepas habis menjawab exam. jadinya, aku tidak terpandangkan bahawa...( sudalah... tak perlu diceritakan lagi)

Bunyinya seperti kecewa... YA! aku kecewa degan diriku!!
Aku malu dengan Allah, dengan umi abah, Ustaz2 dan madam2, sahabat2 seperjuangan, M, classmate, dan khususnya kecewa sebagai seorang Muslim.
Aku minta ampun dan maaf atas ketidak kecemerlanganku dalam bidang akademik ini...Astaghfirullah. Bagaimana bisa aku lakukan ini ke atas diriku?? sejak sem 1 tahun 1 lagi Alhamdulillah pointerku di zon yang selesa kukira.. tapi kenapa tidak di akhir sem ini?? bak kata classmate ku, sem ni lain dengan sem2 lepas. ya.. betul2 sahabatku.. subjeknya banyak, matapelajarannya juga pelbagai, ada 3 subjek in Arabic, 3 subjek in English.. Allah.. sesak juga nafasku tatkala memikirkan hal ni..

tapi bukanlah bermakna aku tidak berasa bersyukur.. Alhamdulillah.. aku rasa bertuah kerana punyai pointer yang berada di zon selamat.
Namun, itu bukanlah diriku yang hanya tahu sekadar bersyukur dan berpuas hati dengan segala yang kudapat tanpa menilai sebaiknya apa sabab musabbab nya aku mendapat sebegitu.
itulah pentingnya muhasabah.

Sebagai penyejuk hati.. para senior berpesan, result di CFS ni hanya tinggal di sini sahaja. di Gombak kalian akan mulai kehidupan baru.. result exam yang baru. tiada kaitannya di sini..
Allah...meskipun begitu, aku punyai SATU matamat untuk kugunakan keputusan ini di Dunia Gombak sana... hmm.. lupakanlah wahai diri...kau perlu usahakan jalan lain.

Akhirul kalam.. ya Allah, kurniakanlah ku petunjuk-Mu ya Allah.. sebagaimana Firman Allah:
"Dan orang-orang yang mendapat petunjuk, Allah menambah petunjuk kepada mereka dan memberikan kepada mereka (balasan) ketaqwaannya."
( surah Muhammad : 17)

dan terlintas juga di hatiku, ini hanyalah keputusan kecil di dunia, bagaimana di Akhirat kelak?? dan janganlah kau wahai diri terlalu menangisi dan merasakan begitu sempit dada memikirkannya... kerna itu semua dugaan dan perhiasan sementara di dunia..

Firman Allah :
"Sesunguhnya kehidupan dunia hanyalah permainan dan senda gurau. Dan jika kamu beriman serta bertaqwa, Allah akan memberikan pahala kepadamu dan Dia tidak akan meminta hartamu."
( surah Muhammad : 36)

Wallahua'lam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...