1.07.2011

Zina itu BUKAN JENAYAH, di Malaysia

Bismillahirrahmanirrahim

Sem ni aku mengambil subjek Fiqh Jinayat. Sangat menarik...tapi mungkin sedikit mengecewakan kerana hukum2 Islam, yakni hukum Hudud, Qisas, dan Ta'zir tidak dapat dilaksanakan di Malaysia.

Berbalik pada tajuk post ku kali ini, qawaid usuliah dalam menetapkan sesuatu itu adalah jenayah dan hukumannya ada 3:

1- "لا حكم لأفعال العقلاء قبل ورود النص"
tidak dijatuhkan hukuman kepada si pembuat yang berakal sebelum turunnya nas tentang pengharaman melakukan perbuatan tersebut.

2- "الأصل في الأشياء الإباحة"
asal sesuatu perbuatan itu adalah HARUS.

3- "لا جريمة ولا عقوبة إلا بالنص"
tidak dianggap sebagai jenayah dan hukuman ke atasnya kecuali dengan ada NAS.

Begitu juga dengan hukum-hukum Kanun, sesuatu perkara tidak akan dianggap sebagai jenayah andai tidak terkandung di dalam Kanun tersebut..

Maka, persoalan di sini, apakah hukuman bagi orang yang berzina dalam hukum undang-undang Kanun, di Malaysia??? - Ustaz Basri-

Ada beberapa sahabat menjawab :
- sebat
- penjara
-- NIKAH-- > jawab ustaz, ini akan lebih menggalakkan zina sebab dapat Nikah FREE...

Jawapannya : TIDAK ADA HUKUMAN BAGI ORANG YANG BERZINA DI DALAM UNDANG-UNDANG KANUN MALAYSIA.
.:. ini membawa maksud, ZINA itu BUKAN SATU JENAYAH di Malaysia.:.

Maka, persoalan di sini, bagaimana mahu menghukum SI PENZINA????

>> JAWAPANNYA : TUKAR PEMERINTAH <<
PEMERINTAH YANG NAK MELAKSANAKAN HUKUM2 ISLAM. 'La Budda' (MESTI) kena ada ULAMA' ISLAM YANG MEMERINTAH!.

Wallahua'lam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...