8.05.2011

RAMADHAN KAREEM

Bismillahirrahmanirrahim...
lama yang amat tidak kucoretkan kata hati dalam blog ni..~

Ramadhan, ia datang lagi, bulan yang penuh BAROKAH, KEAMPUNAN, JANJI ALLAH MELEPASKAN HAMBA-HAMBANYA YANG TERPILIH DARIPADA SEKSA API NERAKA.

semoga kita tergolong dalam golongan tersebut..

Sangatlah rugi orang yang mana Ramadhan telah datang kepadanya, namun, ia keluar tanpa diampunkan dosa sedikitpun...

Jom kita bersama-sama doa
اللهم إنك عفو كريم تحب العفو فاعف عني


beberapa hal yang kuperhatikan dalam bulan Ramadhan ni..
1- dalam tv, budak2, org dewasa, remaja, dok bagi pesanan: " puasa tau, kalau x puasa, BERDOSA..." Alhamdulillah, mereka tahu HUKUMnya..tapi, yang aku pelik, kenapa mereka tak tutup aurat???
ada yang buat dialog camni :


Ali : Awak puasa?
Minah : Yela..
Ali : Kenapa awak puasa?
Minah : Bodohnya awak..kan ALLAH suruh puasa, saya puasa la..
Ali : Kenapa tak tutup aurat?
Minah : Eh, suka hati sayala..hak masing2..
Ali : Owh..tp kan ALLAH yg suruh kita tutup aurat
''Janganlah menjadi hamba kpd PUASA semata-mata, tetapi jadilah hamba kepada ALLAH SWT. Semoga kita terpilih mnjadi slh seorg hamba yg mendapat hidayah di bulan tarbiah yg penuh berkat & rahmat"
~copy from Maher Zain Fan Club FB





2- di soff muslimat, ketika solat, SOFF TIDAK DIRAPATKAN....makcik2 tak nak mengalah, ada beberapa andaian kubuat, mungkin nak sujud kat sejadah dia, @ selesa dok di tempat tu, @ nak space besaq ble duduk tahiyyat akhir nanti...(andainya mereka tahu, SOF YANG LURUS & RAPAT TU MENYEMPURNAKAN SOLAT)


3-  Adik-adik yang bertugas menyiapkan juadah berbuka puasa untuk para jemaah masjid, ketika para jemaah sedang solat maghrib, mereka sibuk mengemas & menyediakan juadah...kenapa itu yang lebih diutamakan??? kenapa x solat berjemaah sekali dik??? aku sangat solute kat dorang, banyak pahala buat amal macam ni...tapi, solat tu jangan dilengah-lengahkan...~


4- Masih ada lagi insan-insan yang mengejar-ngejar kepelbagaian juadah berbuka...sehingga perbelanjaan mengalahkan bulan tak puasa...walhal, bagi aku, pada bulan ni lah paling berjimat perbelanjaan...


5- aku jugak hairan, manusia sanggup bangun bersahur, namun meninggalkan QIAMULLAIL..walhal waktu itulah antara waktu MUSTAJAB DOA...


6- masih ada lagi orang yang berkira-kira nak menambahkan amal ibadat dalam bulan ibadah ni...


~semua tu ditujukan PERTAMA-TAMANYA UNTUK AKU!...dan semoga menjadi teguran bersama...sama2 muhasabah~



Mencintai Dia Dalam Diam



Ketika cinta kini hadir tidaklah untuk Yang Maha Mengetahui..
Saat secercah rasa tidak lagi tercipta untuk Yang Maha Pencipta..
Izinkanlah hati bertanya untuk siapa ia muncul dengan tiba-tiba..
Mungkinkah dengan redhaNYA atau hanya mengundang murkaNYA..




Jika benar cinta itu kerana ALLAH..
Maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH..
Kerana hakikatnya..
Ia berhulu dari ALLAH..
Maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH..


"Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran ALLAH."
~Surah Adz Dzariyat: Ayat 49~

"Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian diantara kamu, dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin ALLAH akan memampukan mereka dengan kurniaNYA."
~Surah An Nur: Ayat 32~

"Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNYA ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNYA di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir."
~Surah Ar Ruum: Ayat 21~

Tetapi jika kelemahan masih nyata dipelupuk mata..
Maka bersabarlah..
Berdoalah..
Berpuasalah..


"Wahai kaum pemuda, siapa saja di antara kamu yang sudah sanggup untuk menikah, maka menikahlah, sesungguhnya menikah itu memelihara mata, dan memelihara kemaluan, maka bila di antara kamu belum sanggup untuk menikah.. berpuasalah, kerana sesungguhnya puasa tersebut sebagai penahannya."
~Hadis~

"Dan janganlah kamu mendekati zina.. Sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk."
~Surah Al Israa': Ayat 32~

Cukup cintai dia dalam diam...
Bukan kerana membenci hadirnya.. tetapi menjaga kesuciannya..
Bukan kerana menghindari dunia.. tetapi meraih syurgaNYA..
Bukan kerana lemah untuk menghadapinya.. tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus dan menyelusup..

Cukup cintai dia dari kejauhan...
Kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkannya dari ujian..
Kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan..
Kerana mungkin sajakan membawa kelalaian hati-hati yang terjaga..


Cukup cintai dia dengan kesederhanaan...
Memupuknya hanya akan menambah penderitaan..
Menumbuhkan harapan hanya akan menyemai kebahagiaan parasyaitan..

Maka cintailah dia dengan keikhlasan...
Kerana tentu kisah Fatimah dan Ali Bin Abi Talib diingini oleh hati..
Tetapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi..??

".. boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
~Surah Al Baqarah: Ayat 216~

"Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezeki yang mulia (syurga)."
~Surah An Nuur: Ayat 26~


Cukup cintai dia dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan dan keikhlasan..
Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan..
Mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan..
Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan..
Serahkan rasa yang tiada sanggup dijadikan halal itu pada Yang Memberi dan Memilikinya..
Biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya..

"Barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga ."
~Umar Bin Khattab ra~



Secebis kisah Saidina Ali dan Saidatina Fatimah Az-Zahra..

Usai mereka bernikah..
Fatimah ada mengatakan kepada suaminya (Saidina Ali)..
"Kanda..dulu, adinda ada mengagumi seorang lelaki..
Dan adinda ingin sentiasa bersamanya.."
Maka jawab Saidina Ali:

"Adakah adinda menyesal kerana telah berkahwin dengan kekanda?"
Maka jawab Fatimah:

"Tidak..kerana insan yg dinda kagumi itu adalah kanda.."

P/s:

Tidak salah bukan untuk mencintai..
Biarlah hanya sekadar dalam diam..
Biarlah hanya dari kejauhan...
Biarlah menjadi rahsia hamba dan Tuhannya...
Semoga rahmat Allah menaungi kita selalu..

Selamat beramal..
Wallahualam... =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...