4.21.2008

short sem..

Umar ibn Aziz pernah berkata:"Orang yang bergurau akan dipandang rendah. Orang yang banyak mengetahui sesuatu akan lebih dikenali. Orang yang banyak bercakap akan banyak melakukan kesalahan. Orang yang banyak kesalahan akan kurang sifat malunya. Orang yang kurang sifat malunya akan kurang sifat waraknya. Orang yang kurang sifat waraknya akan mati hatinya."

begitu kah daku di kala short sem ni???lantaran kerana kurang pentarbiyahan diri ketika musim cuti yang lebih kurang sebulan...
sesungguhnya...aku ni, hamba yang amat-amat kerdil...hina..namun, mengapa jarang untuk kurasakan begitu meskipun ku tahu hakikatnya, bahawa mati itu PASTI..
hatiku amat-amat kotor.. bantulah daku Ya Allah...

time cuti short sem lepas, Nisa' Wilayah ada menganjurkan sambutan Maulidur Rasul di KLCC.tajuknya, "JEJAK RASUL : KURINDUI SUNNAHMU "
peceramah jemputannya ialah ustaz Azhar Yaakub.
apa yang menarik perhatian ana dalam ceramahnya, ustaz tu cakap, ramai ibu bapa yang datang berjumpa dengannya, mengadu anak mereka macam x taat pada mereka.jadinya mereka minta ustaz bacakan doa pada air untuk anaknya minum, untuk jadikan anak mereka anak yang soleh...
satu pendekatan yang terbaik yang ust tu cakap, untuk mengislahkan anak tersebut, kaedah yang cepat dan berkesan, iaitu, dengan membawa anak tu pergi ke kubur, tengah2 malam, macm dalam pukul 3, 4 pagi...ikat dia kat kubur...esok pagi ambil dia balik...sah2, insyaAllah, jadi anak yang mendengar kata. tak berani nak melawan dah...ayat-ayat tu adalah ana tokok tambah skit...

selain tu jugak, bagi seorang muslim, yang ingin memberi kesan kepada hatinya mengenai rasa kehambaan, kehinaan, rasa ingin bertaubat dengan perasaan yang sebenar-benarnya, eloklah mengambil langkah ni...yakni, g kubur tengah2 pagi, lihat, bahawa dulu, orang-orang di kubur ni, pada dahulunya, ramai kawan. tapi, apabila sudah meninggal dnia, siapa yang temankan mereka.begitulah jugak pada akan datangnya.

tapi, ana rasa, ana masih x mampu lagi nak buat macam ni.
buatlah semampu mu...
wallahua'alam.

4.20.2008

filem FITNA

Assalamu'alaikum w.b.t
filem FITNA yang menarik reaksi ramai umat islam di seluruh dunia yang amat tidak berpuas hati dengan Geert Wilders yang membikin filem ni. namun begitu, ada pelbagai reaksi yang dapat diperhatikan memandangkan hati sama lain, cara pemikiran sama lain. antara reaksi-reaksinya :




  • Hakikatnya kita lupa, bahawa Belanda hari ini bukan Belanda yang itu. Belanda hari ini mempunyai sekurang-kurangnya sejuta penduduk Muslim. Siapakah Muslim itu? Saudara kita sendiri. Hatta jika tiada Muslim di Belanda sekali pun, di manakah rasionalnya untuk rakyat Belanda dihukum atas perbuatan sebiji pisang busuk dalam setandan pisang itu?
    Malah ia seakan-akan sikap jahiliyyah Arab yang menyerang seluruh qabilah atas jenayah seorang ahli keluarga berkenaan!--- dipetik dari www.saifulislam.blogspot.com


---- daripada pemahaman saya, bila mana kita memboikot barangan Belanda, umpamanya kita sedang menganiayai saudara-saudara muslim kita sendiri walhal yang melakukannya hanyalah seorang yang tidak bertanggungjawab.dan sebenarnya dia telah berjaya memecah belahkan umat Islam.adakah kita ingin ini yang berlaku? ada hadis yang mafhumnya, apabila seseorang melakukan salah/penganiyaaan dengan tangannya, maka balasan yang dikenakan juga mesti kepada tangannya atau yang setimpal dengannya. maaf, kalau ana tersalah. kalau ada yang pakar2 hadith tu, bolehla bagi sanad dan matan hadith tu skali.syukran. maknanya kat sini, bilamana diterbitkan suatu filem, maka mestilah ada di kalangan kita sebagai umat Islam yang `arif dalam bab2 pembikinan filem ni ambil inisiatif untuk buat filem..membuktikan bahawa Islam itu jauh sekali daripada apa yang ditayangkan dalam filem Fitna tu. Wallahua'lam.sebarang komen atau teguran ana amat2 alu-alukan.

  • manakala reaksi kedua pula, ana ada bertanya seorang kenalan ana, mengapa kita memboikot barangan Belanda?? kerana, apabila kita bertindak sedemikian, biar negara itu, atau kerajaan Belanda tu rasa bahawa jangan sewenang-wenangnya menghina Islam. Ajar rakyat mereka agar tahu menghormati agama lain. bila mana juga dilakukan sekatan ekonomi begini, mereka akan rasa terdesak lantas akan mengambil tindakan ke atas Geert Wilders.dan dengan begini, negara lain akan turut mengambil pengajaran daripada hal ni dan berfikir sebelum bertindak.ikut contoh negara Indonesia, mereka melarang, atau dengan kata yang lagi enak, mereka MENGHARAMKAN Geert Wilders menjejakkan kaki ke bumi Indonesia.

ana ada mendengar satu ceramah time demonstrasi, kata ustaz tu, Geert Wilders ada bercakap " seandainya Muhammad ( rasulullah s.a.w ) masih hidup dan tinggal di negara Bwlanda, aku akan halau dia! "

tidakkah kita merasa panas dan sakit hati apabila mendengar kata-kata ni???Wallahua'lam. tepuk dada tanya IMAN. ana ni hamba yang sedang belajar menambah ilmu.

sebenarnya, filem2 Malaysia sendiri banyak menghina Islam.cuma kita yang x prasan.

4.05.2008

mati..sesuatu yang pasti





"seseorang itu hanya akan masuk syurga seyakin2nya..sekiranya ada nas..yakni AlQuran atau hadis yang menyebut tentang itu."

"orang2 awam macam kita ni...kata nak masuk syurga...yakni merupakan ganjaran terbesar..tapi..kalau nak dibandingkan dengan amalan kita yang kecil..sikit...mungkinkah itu terjadi??" -tazkirah-





Astaghfirullah Al'Azim...terdetik di hatiku..hanya ada 2 sahaja tempat tinggal di akhirat sana..hanya syurga atau neraka...kalau tidak di syurga tempatku...di mana lagi???? na'uzubillahi min zalik.takutnya...Allah...bantulah hambaMu...ampunilah hambaMu yang amat3 hina..



sambil2 dengar tazkirah yang disampaikan oleh seorang ustaz kat masjid jami' kampung baru..aku perhatikan jemaah di sekitar ruang solat muslimat..ramai nenek2 yang solat kat situ...Alhamdulillah..bagusnya...apakah di hari tuaku(ntah aku sempat ke x nak sampai ke zaman tu) aku akan berkemampuan untuk berjalan??dan seandainya mampu..apakah aku akan menuju ke masjid??" ya Allah...tetapkan hatiku dalam nikmat Islam dan Iman..amin...Ya Allah..berilah daku kesudahan yg baik..(husnil-khotimah)



dalam pada tu..ada sorang nenek yang amat2 uzur berjalan dengan membongkok sambil membawa telekung yang disangkut pada hanger...aku perhatikan nenek tu...dia berjalan dengan perlahan-lahan...sambil senyum kepada jemaah muslimat..dari satu muka ke satu muka dia pandang...tapi..x pandang aku pun la..coz duduk jauh belakang darinya..then..nenek tu pun sampai kat satu port...kat sejadah permaidani..that the main port jemaah solat kat situ..nenek tu pun melabuhkan dirinya...duduk bersimpuh...sambil tu..dia menarik telekung tu daripada pautan hanger ...alangkah perlahannya tindakan nenek tu..kesiannya aku tengok..tapi aku hanya memerhati...terdetik di hati nak tolong...tapi aku masih membeku di tempatku..

then..nenek tu nak pakai telekung pulak...lagilah lemah aku tengok..nenek tu berdiri nak pakai telekung..aku tengok macam nak jatuh jer..risau den.tapi..nampaknya nenek tu masih teguh..Alhamdulillah..



terlintas di mindaku..hayat kita...lahir ke dunia ni...sebagai seorang bayi..then..kanak2...budak..remaja...dewasa..dan tua...tapi....sebenarnya..masa tua kita adalah sama macam keadaan kita seperti bayi..jalan macam reti x reti...cakap macam boleh xleh cakap...mandi...buang air...mungkin orang yang kena uruskan....itulah..ibarat roda...kita seumpama akan melalui zaman tu balik..

tapi..yang bezanya cuma...pada mula hayat kita..kita dilahirkan..dan penghujung hayat kita..kita PASTI MATI...



bantah filem fitna

"HIDUP!! HIDUP!!"
"HIDUP ISLAM!"
"HANCUR!! HANCUR!!"
"HANCUR BELANDA!!"
"HIDUP!! HIDUP"
"HIDUP ISLAM!!"
"HANCUR!! HANCUR!!"
"HANCUR FITNA!!"
teramat bersemangat para mahasiswa Islam melaungkan kata2 di atas...dalam demonstrasi di depan masjid Ar-Rahman, Universiti Malaya.
mana tidaknya...filem ini amat2 menghina Islam.mereka(belanda) menggambarkan dlm "fitna" ini...Islam adalah agama yang menyuruh kepada keganasan..kepada pembunuhan...islam bukan agama yang "salam"..dan banyak lagi...
ana dah tengok skit..xsampai habis...saat2 dipertayangkan "fitna" ini...yang mula2 kluar ialah bacaan ayat alQuran...
ayat2 ini..yang sebenar2nya....Allah memerintahkan umat Islam untuk memerangi orang2 kafir dalam konteks PEPERANGAN..kalau dalam perang...takkan kita hanya berpeluk tubuh??tak lawan balik??? umat Islam bukan lemah wahai dunia..Islam itu mencakupi segalanya..
lain pula dalam konteks KEAMANAN..kita menghormati agama mereka..tidak memerangi mereka..
sebaliknya..apa yang kita lihat dunia sekarang???siapa tindas siapa??siapa perangi siapa dalam konteks tidak berperang???siapa??!! nah..apabila kita lawan balik...kita digelar pengganas..pembunuh...sedangkan mereka???mereka lah penyelamat dunia...
apakah ini keadilan??apakah ini yang sebenarnya??
kalau kita perhatikan...di negara islam...seperti Malaysia..(err...negara islam mungkin)..rakyat bukan islam mendapat tempat dalam pemerintahan..terbukti bilamana samy vellu pegang jawatan sebagai menteri kerja raya selama beberapa dekad dan akhirnya beliau sendiri yang letak jawatan.( huhu~ akhirnya..)
dan banyak lagi jawatan2 lain yang dipegang oleh non-muslim dalam tampuk pemerintahan negara.
tetapi...perhatikan..di negara amerika..mana ada dia nak bagi kuasa kat orang islam...adake???
tambah2...mereka menyekat,menyerang umat islam lagi adala..
jadi...bersama2 kita membBOIKOT produk2 keluaran BELANDA...
barang2nya..
  • dutch lady
  • ferero roche
  • planta
  • lady's choice
  • lipton
  • shell
  • knorr
  • dove
  • sunlight
  • radiant
  • rexona
  • ponds
  • biskut danone

3.27.2008

hembusan nafas~~

Bismillah...
setelah sekian lama...aku x mencoretkan lakaran mindaku dlm blog ni....pasti sudah lama ia menyepi...asyik terkholas kat wanita berpurdah tu jerr..hhmm...
Baiklah...time tgh cuti sem ni..amatlah baik aku amik pluang ni utk update...jeles gak tgk sahabat2 lain yg banyak idea yg dicurahkan dlm blog dorang..bkn cam aku...asyik ciplak dr website org je...huhu~..skrg..aku ada formula baru utk isi blog aku ni...yakni...bak nasihat seorang rakan cyber...amik isi dlm buku yg aku baca..then..ulas ikut kefahaman aku...insyaAllah..i'll try..
skrg ni...aku dlm belenggu...camne nk luaskan pemikiran?..nk brfikir luar drpd kotak fikiran...bayangkan rakan2 pembaca sekalian..ada sebuah kotak..dan kita berada di dalamnya..persoalan yang ingin saya timbulkan di sini...bagaimana utk kita melihat apa yang ada di luar kotak tu.
banyak caranya...mungkin kita boleh buat lubang..intai apa yang ada kat luar...or..timbulkan persoalan...contoh...apa yg ada di luar kotak?kenapa benda tu yang ada di luar kotak?bukan benda lain?sebab apa benda tu di luar kotak?
and banyak lagi yg boleh ditimbulkan...aku ada tanya soalan ni pada sahabat2 aku..
antara jwpn mreka:
  • anggap awk x tahu apa2..then..banyakkan membantu org...

~pandangan saya...mungkin dgn kita menganggap kita x tahu apa2...kita akan berusaha untuk mengetahui tentang suatu perkara..then...dengan banyak menolong orang...kita boleh lihat banyak aspek..kalau dari aspek diri sendiri,kita mengajar diri kita sifat tadhhiyah..yakni berkorban...kita korbankan sikit keperluan kita..insyaAllah...Allah akan menggantinya dengan yang lebih berharga..saya pernah merasainya...dan indah x terkata nikmatnya...tapi..apa kena mengena dengan berfikiran jauh?luar kotak?inilah dia...dengan sedikit pertolongan yang kita hulirkan..yang mungkin pada fikiran kita akan merugikan kita...tapi...jika kita berfikiran jauh..akan lebih menguntungkan..banyak yang kita akan dapat..termasuklah kepuasan hati..

  • ingat mati..kerana mati itu pasti..dengan mengejar akhirat...insyaAllah dunia akan ikut kita..(hadith)

~pandangan saya...bilamana kita ingat mati..kita akan lebih berfikiran jauh..apakah akibat dan faedahnya daripada perbuatan kita..dan juga kita akan menjadi orang yang bijaksana...sepertimana kata hadith... yang mafhumnya seperti ini.."orang yang paling bijak ialah orang yang sentiasa mengingati mati dan mempersiapkan diri menghadapinya". apa rationalnya daripada hadith tadi?? first..seperti yang saya kata, kita akan berfikir dahulu sebelum buat sesuatu..jadinya ia menjamin kita untuk melakukan sesuatu yang baik..then..keduanya..bagaimana tidak bijaknya orang yang mengingati mati ni...dia dapat memikirkan sesuatu yang dia tidak nampak dan tidak ramai orang mengetahuinya..contohnya..mereka memikirkan tentang syurga, neraka, hisab, padang mahsyar, and so on...sedangkan perkara2 semua tu semua orang belum melaluinya.

  • fikir hal2 yang berkaitan di sekitar suatu perkara tu dan masukkan nilai2 islam.

~(sahabat cyber punya pendapat)seperti contoh poligami...ramai wanita,bila ditimbulkan isu ni..akan berfikir yg -ve.jadi...dlm hal ni..ada baiknya kita lihat pelbagai aspek.poligami,dalam bahasa melayunya..bermadu..madu ni apa sifatnya?manis,berkhasiat,and so on.dan di sebalik yang tersirat nye...fikir2 kanlah...huhu...

oklah...semoga dapat pelajaran drpd posting saya hari ni...wassalam.

1.12.2008

Dunia & Wanita Berpurdah






dihantar oleh: sprstr_saff
Suatu kisah... Kisah ini berlaku sewaktu aku di Madinah. Suatu hari aku berjalan melalui pasar. Sebaik saja muazzin melaungkan azan, aku terlihat seorang wanita. Wanita itu ganjil cantiknya. Dia berpaling kepadaku seolah-olah tahu bahawa aku merenungnya. Malah dia memberikanku anggukan kecil penuh bermakna sebelum wanita itu berpusing di satu sudut menuju ke lorong penjual sutera.Bagaikan terkena panahan halilintar, aku serta-merta tertarik, hatiku terpukau dengan wanita itu. Dalam kepayahan aku berdebat dengan hatiku, memberikan satu demi satu alasan untuk meneruskan langkahku ke masjid memandangkan masanya telah tiba untuk solat, namun perdebatan ternyata gagal. Aku memutuskan untuk mengikut wanita tersebut. Aku bergegas mengejar wanita itu, nafasku pantas dan mengah manakala wanita itu tanpa disangka mempercepatkan langkahnya. Dia telah berada jauh beberapa kedai di hadapan. Dia memaling wajahnya seketika padaku, terasa kudapat melihat cahaya senyuman nakal wanita itu dibalik purdah hitamnya. "Adakah ini khayalanku sahaja?" bisik hatiku. Akalku seolah-olah tidak berfungsi pada waktu itu."Siapakah wanita itu?" Aku memantaskan langkahku dan memasuki lorong dimana wanita itu dilihatku masuk. Dan seterusnya wanita itu mengimbau aku, sentiasa dihadapan, masih tidak dapat dikejar, semakin jauh dan jauh dari mana kami mula-mula bersua. Perasaanku tambah membuak. "Adakah wanita itu orang gila?"Semakin jauh nampaknya wanita itu berjalan hingga ke penghujung bandar. Mentari turun dan tenggelam, dan wanita tersebut masih berada jauh di hadapanku. Sekarang, kami berada di tempat yang tidak disangka, sebuah perkuburan lama. Kalaulah aku siuman seperti biasa, pasti aku akan merasa gementar, tapi aku terfikir, tempat yang lebih ganjil dari ini biasa dijadikan tempat pasangan kekasih memadu asmara. Dalam 60 langkah di antara kami aku melihat wanita itu memandang ke arahku, menunjuk arah, kemudian turun ke tangga dan melalui pintu bangunan sebuah kubur tua. Kalaulah aku tidak diamuk senyuman wanita itu tadi, pasti aku berhenti sebentar dan memegun masa, tapi sekarang tiada guna berpaling arah, aku menuruni tangga tersebut dan mengekori wanita itu ke dalam bangunan kubur itu. Di dalam bilik bangunan kubur itu, kudapati wanita itu duduk di atas ranjang yang mewah, berpakaian serba hitam masih berpurdah, bersandar pada bantal yang diletak pada dinding, diterangi cahaya lilin pada dinding bilik itu. Di sebelah ranjang itu, aku terpandang sebuah lubang perigi. "Kuncikan pintu itu," kata wanita itu, dengan suara yang halus gemersik seumpama berbisik, "dan bawakan kuncinya. " Aku akur. "Buangkan kunci tersebut ke dalam perigi itu," kata wanita itu. Aku tergamam sebentar, kalaulah ada saksi di situ, pasti saksi itu dapat melihat gamamku. "Buang-lah," ujar wanita itu sambil ketawa, "tadi kau tidak berfikir panjang untuk meninggalkan solatmu untuk mengekoriku kemari?" Tempelak wanita itu lagi. Aku diam. "Waktu maghrib sudah hampir selesai," kata wanita itu bernada sedikit menyindir . "Apa kau risaukan? Pergilah buangkan kunci itu, kau mahu aku memuaskan nafsumu, bukan?" Aku terus membuang kunci pintu tersebut ke dalam perigi, dan memerhatikan kunci itu jatuh. Perutku terasa bersimpul tatkala tiada bunyi kedengaran ketika kunci itu jatuh ke dalam lantai perigi. Aku berasa kagum, kemudian takut. "Tiba masanya untuk melihat aku," kata wanita tersebut, dan dia mengangkat purdahnya untuk mendedahkan wajah sebenarnya. Bukan wajah segar seorang gadis remaja, tapi kehodohan wajah yang mengerikan, jijik, hitam dan keji, tanpa satu zarah cahaya kelihatan pada alur kedut ketuaannya. " Pandang aku sungguh-sungguh," kata wanita itu lagi. "Namaku Dunia. Aku kekasihmu. Kau habiskan masamu mengejarku , sekarang kau telah memiliki diriku . Didalam kuburmu. Mari. Mari." Kemudian wanita itu ketawa dan ketawa, sehingga dia hancur menjadi debu, dan lilin itu padam satu demi satu, dan kegelapan menyelubungi suasana.

-------------------------------


Dalam sebuah hadis riwayat Abu Daud yang bermaksud:"Hampir-hampir seluruh umat mengeliling kamu sepertimana orang-orang yang kelaparan mengelilingi hidangan mereka.' Ada yang bertanya, 'Apakah itu disebabkan bilangan kita kurang?' Nabi s.a.w menjawab: 'Bilangan kamu pada ketika itu ramai tetapi seperti buih. Allah mencabut dalam hati seteru kamu perasaan gerun terhadap kamu dan meletakkan perasaan al-wahn dalam hati kamu.' Ada yang bertanya: 'Apa al-wahn itu wahai Rasulullah?' Jawab Baginda: 'Cintakan dunia dan bencikan mati.' "

1.11.2008

Nama Syaitan Dalam Al-Fatihah

Semoga boleh dimanfaatkan Al-Fatihah adalah satu rukun dalam solat,apabila cacat bacaannya maka rosaklah solat. Oleh itu perbaikilah bacaannya dengan ilmu tajwid. Bukan setakat bacaannya saja rosak malahkita menyebut nama syaitan di dalam solat kita. Berikut diperturunkannama syaitan laknat yang wujud didalam Al-Fatihah, sekiranya kita tidakberhati-hati.Nama syaitan
1. DU LI LAH (bila dibaca tiada sabdu)sepatutnya DULILLAH
2. HIR ROB (bila dibaca dengan sabdu)sepatutnya
HI ROB
3. KIYYAU (bila dibaca dengan sabdu)sepatutnya
KI YAU
4. KANNAK (bila dibaca dengan sabdu)sepatutnya KA NAK
5. KANNAS (bila dibaca dengan sabdu)sepatutnya
KA NAS
6. Iya (disebut tanpa sabdu) sepatutnya Iyya. Iya bermaksud 'matahari'Dalam ayat ke 5,jika salah bacaannya akan bermaksud "kepada mataharilah yang kami sembah dan kepada matahari kami memintapertolongan"!!!!
7. SIROTHOLLAZI............. sehingga habis hendaklah dibaca tanpahenti.
8. AMIN .hendaklah mengaminkan Al-Fatihah dengan betuliaitu AA...dua harakat, MIN.... 3 harakat, semoga Amin kita bersamaan dengan Amin malaikat Insya-Allah.
semoga kita menjadiorang yang sentiasa membaiki bacaannya.
Perhatian ;Sebarkan hukum Allah walaupun satu ayat semoga kita mendapatrahmatNya,Insya-Allah.wassalam

d you want Allah love You??



by: norayhunt

Allah loves Muhsineen (Good Doers)[2:195, 3:134, 3:148, 5:13, 5:93]

Allah loves Tawwabeen [2:222][Those whoturn to rightfulness and recourse muchto Him and His Guidance]

Allah loves Mutahhareen [2:222, 9:108][Those who keep their bodies free fromfilth, minds distant from dirty thoughtsand conduct clean from unseemly acts]

Allah loves Muttaqeen [3:76, 9:4, 9:7][Those who guard themselves against eviland preserve themselves from theinevitable harmful consequences forviolating Allah’s Commands by carefullyabiding by His Guidance, not exceedingHis Prescribed Limits and not deviatingor departing from His Right Path; thosewho render service and obedience to Himalone

Allah loves Sabireen (Being Patient)[3:146][Those who have capacity toendure hardship, difficulty, orinconvenience with calmness andself-control; those who can exhibittolerance and restraint in the face ofprovocation; those who have calm andtranquil state of mind; those who canexhibit composure, equanimity,self-constraint, self-control,steadfastness, determination,perseverance and endurance; those whosteadily adhere to the statutes ofQuran; those who maintain constancy withAllah; those who show patience,endurance, equanimity and adherence to the Laws of Allah in harm, injury,mischief damage, poverty, bodilyaffliction, distress, lack of means ofsubsistence, misfortune, calamity, fear,hunger, a state of pressing want, lossof money, loss of life or loss of fruitsof their toil (2:177, 2:155, 22:35)

Allah loves Mutawakkileen [3:159] [Thosewho put their trust in Allah and HisLaws after seeking His Guidance,deliberation, consultation, decisionmaking, resolution and determination]Allah loves Muqsiteen [5:42, 49:9,60:8][Those who act equitably andjustly, and judge and makereconciliation among people with equity,fairness and justice]

nilailah dgn mata hatimu..

1st of all..aku nk minta maaf...ssgghnya...penilaian awal x smstinya betul..spt yg prnah aku crita kan dlm post lps...aku kurang sronok dgn klas arab aku...tapi..skrg lain..aku rasa best sgt2..hehe..sbb apa???coz ada byk sbb..antr nya...aku dh agk rapat n knal dgn kwn2 klas arab...best kwn dgn dorang..pndai2...brani...dan ni pun mmbuatkan aku pun x segan silu nk ckp arb dlm klas..tanya soalan kt ustaz..then...ustaz2 yg mngajar pun aku rasa ustaz yg bgus dan sronok...Alhamdulillah...Ya Allah...smg hatiku IKHLAS dlm mnuntut ilmuMu...

Tahun Baru Hijrah 1429

Bismillahirrahmanirrahim...Alhamdulillah..bermulanya tahun baru islam..yakni Awal Muharram...bersamaan peristiwa hijrah Rasulullah s.a.w. ke Madinah.....
Semoga hari-hari yang mendatang kita semakin tabah menghadapi segala dugaan & yakin akan keKuasasan Allah s.w.t. Yang senang tak mungkin selama nya senang yang susah tak mungkin selama nya susah. Berdoalah& berusaha untuk sesuatu yang baik.Diiringi doa semoga dikurniakan Allah(SWT) iman yang semakin bertambah, ilmuyang bermanfaat, kesihatan yang terbaik,keluasan rezeki yang halal, kecukupandari segala keperluan, ketenangan hakiki, rahmat juga barakah yangberterusan sehingga ke akhir hayat. Saya berdoa kita sentiasa dalam taufik,hidayah, perlindungan & pemeliharaanAllah (SWT). Ameen Ya Rabbal Aa’lamin.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...