7.21.2008

30% drpd 100%


" secara jujurnya...siapa di kalangan adik2, solat 5 waktunye x lgkap??"
soalan itu, kutujukan kepada pelajar sekolah rendah darjah6..buat kajian sdkit sbyk pabila kudiberi peluang utk menjadi faci dlm 1 prog motivasi UPSR...keputusan yg kudapat, rata2...drpd 100%..hanya 30% shj yang jaga solat mreka...

astaghfirullah...selamatkan adik2 kami...

sesaknyer hati..

1st time kulakukan begini..sesungguhnya...hatiku merasa sesak yg amat..aku mampu buat seandainya malu, segan kutolak tepi..namun, apa yang kubuat??lantaran ikutkan kata hati...aku biarkan saja ia berlalu...meskipun mahu kulawan arus gelodak hati ini..yang cintakan ilmu...xkisah..biar lambat..aku x kan mengalah..aku nak gak g kelas..x kan sesekali aku ponteng!!!!
tapi, apa yang dh trjadi..kelas 2 jam..aku lmbt 30, 40 minit..tapi, aku amik keputusan utk x g ke kelas..meskipun kutahu, ustaz akan menerima alasanku dan mengizinkanku mengikuti pengajarannya...
sdihnyerr....tensyenn...aku xnak biarkan diri ini dihimpit kekesalan...rs bersalah pd diri sndiri...
insyaAllah..aku akan cri jalan lain supaya pembelajaran tadi..aku dpt skit sebyk...
Allah..permudahkanlah urusanku...

7.04.2008

USTAZ -- TUDUNG


Bismillahirrahmanirrahim...

Kukagumi seorang lecturer ni… Ustaz ni amat famous di kalangan student IRK..tambah2, di kalangan sisters…meskipun ada sesetengahnya tidak pernah menemuinya dan x tahu bagaimana rupa ustaz ni.termasuklah penaip posting ni …sebabnya, sem ni x berpeluang berguru dengannya…

Alhamdulillah…beliau telah membawa satu arus perubahan yang hebat kukira sebab x semua lecterur mampu melakukan seperti apa yang beliau dh buat.dan kesan yang kulihat amat2 positif.. di kalangan para pelajarnya…
Subhanallah…seronok sangat perasaanku melihatkan perubahan yang berlaku di kalangan kawan2ku yang merupakan pelajarnya..

Nak tahu ke apa yang ustaz buat???
Ni kawan2 yang berguru dengan ustaz tula yang cerita..coz dorang yang perlu melaksanakannya..

Ujar ustaz tu, student nya, iaitu yang belajar dengannya, dikenakan syarat,yakni setiap kali kelas ustaz tu, kena pakai tudung labuh.. kalut kawan2 aku g Nilai Square beli kain buat tudung labuh..hehehe…

Maka di sini, terlihatlah 1 perubahan besar mostly di kalangan student IRK..
Dari yg bertudung biasa, bertukar ke tudung labuh…tapi, sebenarnya, mereka ni mmg dh biasa, semua dari sekolah agama…memang pakai tudung labuh pun zaman muda2 dulu..

Dan, Alhamdulillah…ada yang kulihat telah mengambilnya sebagai 1 langkah untuk
mengislahkan diri…untuk memakainya secara istiqomah dan ada jugak yang at least pakai tudung 3 segi besar berbidang 60 inci…

Alhamdulillah..suatu cara dakwah yang berkesan…ku amat bersyukur padaMu ya Allah krn telah mentaqdirkan sahabat2 ku itu untuk berguru dgn ustaz tu…w/pun aku x sendiri x berpeluang bersua dengan ustaz tu apatah lagi berguru dengannya …insyaAllah…ada rezeki, adala aku nak tengok wajah ustaz yang kukagumi tu…

Akhir kalam, semoga Allah menetapkan hatiku dan sahabat2 ku untuk istiqomah dalam melaksanakan amanahMu ini, mempamerkan imej wanita solehah..menepati semua landasan syariahMu…insyaAllah..

WAllahua’lam

lelaki KINI..


angah pernah cakap...
"lelaki kat Malaysia ni lemah2...x macam kt negara lain..kuat2.."
pelik..mula2..mcm geram.. apahal pulak cakap camtu kat pemuda negara sndiri??

dalam pada tu, kami sedang menuju ke suatu destinasi yg ku x ingat ke mana...dengan menaiki LRT...dan yang paling penting,kami berdiri...x der tmp duduk...x kisah pun..mmg dh biasa x duduk klu naik LRT ni..tpi, kadang2 kisah la jugak...penat gak oo asyik berdiri memanjang..

jawab angah...cuba perhatikan..sape yang tengah duduk skrg??org LELAKI...( mostly ) kadang2 tu...berebut-rebut dgn kita yg perempuan ni nak duduk...aku yang jadi malu... xperla..bagi la kat dorang..nak duduk sgt...sian..hehehe...

banyak kali aku jumpa perkara ni...sampaikn, 1 journey, dri kl central ke nilai naik KTM, dlm 1hour tu aku berdiri..malas nk berebut dengan lelaki2 yg lemah tu...
kdg2..lelaki2 ni buat2 x nmpak makcik2 yang mcm dh berusia...penat...n so on..
meskipun mcm tu...ada je laki2 yang gentleman bangun pelawa aku duduk...kt makcik2..
tapi...kdgkala aku menolak..aulakan org yg lebih memerlukan..(cehh.jual mahal la katakan..) kadang2, bukan sebab jual mahal, tapi, x mau la duduk sebelah lelaki...better berdiri..
kalau ada rezeki dapat duduk(diutamakan pada kerusi yg bersebelahan dengan kaum hawa)...aku duduk la...penat gak menahan berdiri ni.

nasihatku...wahai pemuda bangsa...bangkitlah dari kerusi!!! bagi kami duduk pulak..hehe...
tapi...mesej yang lbh penting, di mana pemuda2 yang gagah?? yang berhati prihatin dan mengambil berat terhadap kaum hawa yang sememangnya perlukan perlindungan kalian!!??
camne nak g jihad kalau berdiri pun x larat??

Ingatlah, sesungguhnya Allah lebih mencintai mukmin yang KUAT berbanding mukmin yang LEMAH.
mahukah kita dicintai Allah...indah nikmatnya x terkata...
asif andai ada yang x setuju tapi, itula hakikatnya...wallahu'alam...

6.28.2008

Ujian yang menimpa




Bismillahirrahmanirrahim
Allahumma soli `ala saiyyidina Muhammad
Assalamu'alaikum w.b.t

Ujian yang menimpa, meskipun berat, namun, ku kurang merasakan terbeban dengannya..

Hari itu, aku diuji dengan 2 kehilangan...satu, duit tercicir..x tau kat mana...sedihh...tula duit aku yang ada...huhuhu...tapi, ntah..aku meredhoi kehilangannya...sedeqah jela..meskipun jumlahnya agak banyak..(bagi aku la..x taula korang camne)
Then...kad matrik pulak hilang...ni yang buat aku risau..ada ic skali dengan kad matrik tu...rasa takut sangat...camne nk g kelas nnti...kena tahan kang dengan mak guard...then, kena buat baru...hasilnya kena la keluar duit..bayar...
Yang i.c pulak...kena g balai polis..jenuh la nak buat lain..kna kluar duit lagi...ish3...banyak nye nak kena guna duit...dah la duit dah hilang..

Dalam pada tu, aku mohon sangat2 ya Allah..temukan kedu2nya sekali...atau gantikan ku dengan yang lebih baik...murahkan rezeki ku ya Allah...

Dalam solat...terasa Allah tu amat dekat dengan diri ini...Allah bagaikan memegang bahuku memberiku pengharapan dan sokongan..Kaulah ya Allah tempat pergantunganku...Maha Pengasihnya Allah...menimpakan ujian pada hamba-hambaNya kerana rindu mendengarkan rintihan hamba-hambaNya..
Teringat kat lirik nasyid Mestica..Rahmat Ujian..

Harus ada rasa bersyukur,
Tiap kali ujian melanda,
Itu tanda membuktikan,
Allah mengasihimu setiap masa..
( camtu kot...ingat x ingat nasyid ni )


Kadangkala aku rindu untuk diuji...tapi, takut jugak...camne bentuk ujian tu...
Walaubagaimanapun...manusia tu sering diuji..diuji dengan hasutan nafsunya..mengajak ke arah kemungkaran.lihat sama ada dia dapat lawan ke x
Diuji dalam study...diuji susah nak bangun subuh...nak lihat pada usahanya... dan sebagainya...wallahua’alam..Allah lebih mengetahui..

Sedang aku bersedih2...mengenangkan kad matrikku yang hilang...seorang sahabat masuk ke dalam bilikku mencari2 diriku...nasib la aku menjengukkan kepala...kalau x dia dah nak kluar dah tengok aku macam xderr.. ” haa...ni pun awak..awak ada hilang apa2 x??”
Aku bermonolog... ’of course..perkara pertama aku teringat..my MONEYY... tapi, agak mustahil..aku x bagi tahu sape2 sgt tentang duit aku yang hilang tu...x lain dan x bukan mesti kad matrik’
”Ada2..kad matrik..”..then, kawan tu pun tunjuk depan ku...owh...my matrik card...katanya dia terjumpa kat blok B...(time tu aku tengah tunggu teksi kt situ).. aku lantas ucapkan trima kasih x terhingga...
Alhamdulillah...syukur pada-Mu ya Allah...syukur sangat2...

Itulah..banyak2 kan berdo’a...sesungguhnya, Allah tidak saja2 menguji hamba2Nya... pasti akan ada hikmah di sebaliknya..
**hikmah daripada ujian yang aku hadapi ni...memberi ku peringatan supaya...jaga barang tu hati2...jangan lalai...simpan elok2...

Alhamdulillah...Wallahua’alam..wassalam.

kegagalanku sebagai seorang DA`IE




Assalamu'alaikum

sebuah kata-kata ulama' masyhur :

"man qola LA ILAHA ILLALLAH fa huwa da'ie"
= barangsiapa yang mengucapkan " lailahaillallah" maka dia adalah seorang pendakwah.

daripada apa yang difahami daripada hadith di atas, smua umat Islam adalah seorang pendakwah. namun, drpd pemerhatian kasar kita sekarang, apakah itu yang terjadi?? jangankan jadi pendakwah tapi ada yang sesetengah menjadi penentang dan agen perosak kepada Islam tu sendiri meskipun dirinya bergelar seorang Muslim..

Umat Islam zaman sekarang teramat ramai berbanding dengan umat Islam pada zaman Rasulullah s.a.w. namun, jauh sekali beza kualiti kita dengan mereka..meskipun kita ramai.

bak kata Rasulullah s.a.w. umat Islam pada akhir zaman ni umpama buih di lautan.
itu yang dirisauan, tingi pada kuantitinya, tetapi kualiti di sebaliknya.

Bagaiman pula dengan diriku?? adakah diriku sudah berjaya sebagai seorang pendakwah?? beberapa persoalan berlegar-legar di benak fikiranku, adakah aku telah melaksanakan tugasku sebagai seorang pendakwah? apakah perkara yang telah kulakukan sebagai satu dakwah?? dan yang sebenar-benarnya, apakah diriku ni pantas dipanggil sebagai seorang pendakwah??

kadangkala, hatiku pilu melihatkan kawan-kawan di sekitarku yang hatinya ( wallahua'lam), tapi pada pemerhatianku, mereka kurang condong pada pengamalan ajaran Islam. sama ada dari segi pemakaian, gaya hidup, pergaulan dan sebagainya.
adakah hati ini hanya mampu berasa pilu? sedih? namun tiada apa-apa tindakan yang dilaksanakan??
itulah yang kukecewa dengan diriku. aku punya banyak fursoh (peluang) untuk melaksanakan dakwah. namun, ketidak yakinanku pada kemampuanku(keyakinan diri, kepimpnan, ilmu, dan sebagainya ) menyebabkan keinginanku untuk berdakwah terbenam.

ya Allah...apakah aku sedar bahawa tugas berdakwah itu adalh WAJIB??
Allah, hatiku kadangkala meronta, merintih kerana kegagalanku dalam melaksanakan amanah ini. ampuni hambaMu ini ya Allah.

segala-galanya pasti akan dipersoalkan tentang apa yang kulakukan dan apakah usaha ku dalam mengajak manusia ke jalanMu.

kurenungi, aku lebih selesa buat baik sorang-sorang atau bersama-sama sahabat-sahabat yang memang sudah faham, namun aku x berani nak ajak kawan-kawan yang kurang pengamatan ajaran islam dalam hidupnya.
mind set ku,pasti ajakanku akan ditolak, aku akan rasa malu, dan itu akan menambahkan jurang antara kami, kerana rasa kekok pulak lepas tu. tapi, apakah itu yang akan berlaku?? Wallahua'lam.
aku telah mengadili sebelum melaksanakannya. itulah masalahnya..

aku cemburu melihat sahabat-sahabat sefahaman denganku rapat dengan kawan2 yang kelihatan biasa2, ho-ha2,sosial, n so on.. tu adalah salah 1 lgkah dakwah. mereka boleh masuk dngan kwn2 tu, knp x aku??aku yang telah mencipta jurang dengan mereka. aku nak mendekati mereka namun aku tak mampu, x brani, x yakin, x tau nak cakap apa, nak mula camne...takut2 mereka tidak menerima kehadiranku.
tapi, sebenarnya, metod dakwah ni pelbagai, bergantung pada kemampuan dan kekreatifan seseorang.

wallahua'lam...ni sekadar luahan rasa yang terpendam...meskipun begitu, insyaAllah, akanku berusaha mengislahkan diri ini menjadi da'ie yang sebaik mungkin ntuk kucapai...
Allah...bantu hambaMu..

6.18.2008

kelas mula sudah....













Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum w.b.t

kelas bermula jam 9 hari ni..tidak seperti sem2 lepas..aku agak awl hari ni bersiap ke kelas..mungkin dengan azam dan semangat baru..namun begitu...rasa2nya, semangat dan azam dalam diriku tak seperti merasa perasaan minat yang mendalam dalam bidang ini seperti ketika umurku 16 tahun, yang mana menuntut di UIA dalam jurusan IRK merupakan salah 1 perkara yang aku amat-amat idamkan...zaman sudah berubah, umur kian meningkat, perasaan hati juga seringkali tidak tetap pada 1 pendirian.. begitulah diriku dalam bidang ni..kenapa ye?? kutemui sudah jawapannya...ada banyak sebab...namun, Allah lebih `Arif tentang segala hal-ehwal hamba-hambaNya..
ada satu hadith, sekiranya Allah menghendaki kebaikan bagi diri seseorang, maka "faqqihhu fiddin" , means, Allah memahirkannya dalam ilmu agama.. maka kuambil kata-kata itu sebagai peransang untuk kuteruskan perjuangan dalam bidang ni... insyaAllah..
pagi tadi, kelas BMW, (mesti certain person ingat kereta BMW kan) hehehe...enggak dong... tu subjek Basic Research Method nad Writing.. mind set ku b4 g kelas, ni subjek English and i hate English(quite).. malas dah nak blaja English...tapi, x eloknya fikir camni...tapi xperla...bukan selalu..
doaku, semoga kami mendapat lecturer yang terbaik bagi kami..

tetiba, seorang pensyarah lelaki masuk, dengan berkopiah putih lagi,...aik...agak pelik,tambah2 bila ustaz ni ber'speaking' `arab. aku bertanya pada kawanku, ni kelas english kan???
yang kawan tu pun angguk jerr...dia pun agak pelik..

never mind la, aku menumpukan perhatian bercampur dengan mengantuk...rupa-rupanya, subjek ni blaja dalam `arab...wahh..hebatnya...ada gak dalam arab... antara sub-topiknya, kena buat research(البحث),kaji selidikالاءستباعة, eksperimen تجربة, n so on..amat bermanfaat dan yang pentingnya, sebagai out-come daripada pembelajaran subjek ni, kita kena praktikkan apa yang kita blajar dalam subjek2 lain...dalam buat assignment, buat rujukan, research, and many more..
pesan ustaz, apa yang kamu kena buat sekarang ni??? dalam benak fikiranku, ermm...rilek la dulu, buku x beli lagi, blaja pun x msuk subjek apa2 lagi, just follow the flow...tapi, ustaz kata, kamu kena bersiap sedia..rujuk buku2 yang ada kat library, tengok nota2...
bagiku, subjek ni agak best,..namun, komen kawan2 lain, dorang macam takut...nampak macam susah...tapi, bagiku, aku x menganggapnya begitu, akanku ambil ia sebagai cabaran dan peluang untuk belajar arab dengan lebih mendalam.

6.09.2008

maafkanlah...


seseorang menegurku....masih ingatkah aku padanya??? ingin sahaja kujawab "x kenal,dan untuk apa saya kenal kamu??" namun, setelah kufikir2kan... tak ada manfaatnya untuk kuteruskan perasaan marah dan benci padanya...turunkanlah egomu agar Allah mengangkatmu ke darjat yang lebih tinggi.. maafkanlah, sesungguhnya nabi Muhammad s.a.w sendiri seorang yang pemaaf..sape aku untuk tidak memaafkan.lebih2 lagi...aku ni insan yang amat hina dan bertambah hinalah diriku jika aku berkelakuan sebegitu.. Allah...peliharalah diriku daripada mempunyai akhlak mazmumah sebegitu..bantulah daku mencontohi akhlak Rasulullah s.a.w..

Firman Allah:
" Dan berkatalah kepada sesama manusia itu dengan kata-kata yang baik." (al-Baqarah : 83)

sesungguhnya...Islam menganjur ke arah percakapan dan perkataan yang baik, mulia. yang mana semua manusia suka padanya.hati pasti damai bilamana mendengar kata2 sebegini. tiada siapa sebenarnya yang gemarkan kata2 celaan, hinaan, cemuhan, tohmahan dan yang sewaktu dengannya.semua ni pasti akan menyesakkan hati dan perasaan seseorang yang bergelar manusia.

"setiap perkataan anak Adam(manusia) adalah sia-sia* melainkan ia menyuruh berbuat ma'ruf(baik), melarang daripada munkar atau berzikir kepada Allah Taala." (Hadith Hasan Gharib- Ibn Majah) * maksudnya : menjadi sia-sia dan tidak bermanfaat padanya.
Tarmizi daripada Ibn Mas'ud daripada Rasulullah s.a.w : "Bukanlah sifat orang mukmin itu pencaci, tidak juga pelaknat, tidak juga(*1) dan tidak juga busuk mulut(*2).
*1 : maksudnya : mengeluarkan kata-kata lucah

*2 : maksudnya : mengeluarkan perkataan yang kotor seperti memaki orang, mencarut dan sebagainya.

dunia sekarang, kuperhatikan, mudah untuk mengeluarkan kata-kata kesat, celaan dan macam2 lagi. kadangkala perkataan2 tu menjadi sebati dengan mereka dan tidak merasa jijik atas kata2 yang dikeluarkan.mengapa begitu?? knp bukan zikrullah yang meniti di bibir mereka?? termasuk daku...renung2kanlah..

fi khulosotil kalam..diri ini maafkanmu wahai teman...kerana kau telah mengajarku suatu pengajaran besar yang membuatku sentiasa berjaga2 dan bersiap sedia dengan cabaran akan datang meskipun is amat pahit semasa ku mengalaminya..wallahua'alam...

6.06.2008

minyak naik..

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamu'alaikum...

sesungguhnya...kenaikan minyak kali ni amat meningkat..pasti terasa di setiap golongan
hatta kanak2 kecik skalipun coz nak beli gula2 pun kna berjimat...nak beli mainan kena mintak kat parents...parents pulak sumber kewangan utama keluarga...xlehla nak melabur duit kat bnda2 yang kurang berfaedah wahai anak2 dalam dunia sekaang....smua harga naik bila minyak naik...

di suatu petang yang sepoi2 bahasa...mendung skit2...
Alhamdulillah...exam telah selamat ku titipkan noktah terakhir pada kertas "kitabah".. perjuangan menuntut ilmu utk shortsem tamman(sempurna) kat situ...akhirnya~..
ku pasti merindui mu wahai bahasa Arab..next sem...blaja core course pulak...arab dh habis level dah...bkn nak brlagak...saja mengkhabarkan..hehe..

tak sabar rasanya untuk pulang ke kampung halaman..meskipun baru 2 hari lepas jasadku berada di rumah...mana tidaknya...semua ahli kluarga except my eldest sis..ada kt rumah.besala..cuti sekolah...bukn senang nk kumpul ramai...msg2 bw diri mnuntut ilmu.
ni baru muqaddimah...bila nak masuk isu naik minyak ni...hmm??sat na..

nak balik rumah...kali ni...hatiku riang..coz x payah mlabur duit pada kos pengangkutan..mana x beratnya hati ni..setiap kali nak balik..at least..nak dkt RM10 gak habis..hu~gawat deh..bankrup nnti...dahla baru ulang alik nilai-gombak je beberapa hari lps...

kali ni..tidak ku lepaskan peluang untuk tumpang abang kawanku...Alhamdulillah..Allah permudahkan urusanku...rajin2 kita doa " allahumma yassir wa la tu'assir" = "ya Allah, permudahkan urusanku..jangan susahkan" AMIN...

dalam kereta yang selesa tu,(dah lama xku rasa nikmat naik kreta g balik rumah)..dengan keadaan lalu lintas yang amat sesak(jam).. kufikir itu perkara biasa petang2 camni..orang balik kerja..tapi, yang peliknya,banyak bnor kreta beratur msuk stesen minyak.....sambil mendengar radio...xtau radio stesen apa...tetiba, terkejut x terkata..dikhabarkan bahawa minyak naik dari RM 1.92 ke RM2.70 seliter start tengah malam ni...astaghfirullah..banyaknye naik...tara aku pun student ni pon dh trasa knaikan harga minyak yg amat berkait rapat dgn kenaikan kprluan asas harian manuisa....apalagi org yang punya kreta...padanla banyak kreta klua isi minyak...dan2 brother tu isi minyak lepas bayar tol kat sg.besi... mmg bratur panjang...berebut dgn lori bsr lagi.huu...isi kat stesen minyak "mobile"..katanya..mobile pon mobile la...huhu...x kira apa dah..janji dpt isi minyak dengan harga yg lgi murah..b4 terpaksa bayar dgn harga yang mahal...
memang dlm kreta tu...habis brother tu telefon kwn2 n kaum krabat...khabar ttg brita yang amat menyakitkan hati ni...katanya...naik 30sen pun dah terasa...nak isi minyak motor..apatah lagi org yg ada kreta bsr2.. lps ni naik ktm jela...hmm...dalam benakku...xde chance la aku nak tumpang lagi...huhu...xper2..

habisla Pak Lah...mmg gali kubur sndiri..tggu PRU akan dtg..jatuh arr nnti...
my mum said...x bolh jadi gak kalau hanyak tampuk pmrintahan bawah je yang Pakatan Rakyat pegang...yang paling pnting, kita kna ubah pmrintahan PUSAT tu sndiri....rakyat yang tampung kos hidup dorang...teringat ku pada iklan kt TV... " berhermah dalam berbelanja"...hmm... dalam benak fikiranku..kita je la yg kna berjimat... depa tu seghonok dok blanja bli barg mahal2..brkualiti..ish3...wahai pmeintah...itulah akibatnya kalau x pilih pemerintah yang nak laksanakan Islam...

jangan disamakan harga minyak di Malaysia ni dengan ngara bukan pengeluar minyak..
nak banding harga minyak kita dgn ngara s'pura n thailand...umpama mmbandungkan antara motor dgn kreta..

Sekadar mencoret untuk tatapan umum, betapa selama ini harga minyak mengalami kenaikan yang semakin mendadak dan tidak ketahui sampai bila rakyat sanggup bertahan dengan situasi ini apabila melihat dan mendapat kesan kenaikannya selama hampir 18 tahun :-

(dalam masa 16 tahun - sejak 1990)


1.sebelum tahun 1990 - RM 0.89
2.tahun 1990 - RM 1.10 (kenaikan RM 0.21)
3.01/10/2000 - RM 1.20 (kenaikan RM 0.10)
4.20/10/2001 - RM 1.30 (kenaikan RM 0.10)
5.01/05/2002 - RM 1.32 (kenaikan RM 0.02)
6.31/10/2002 - RM 1.33 (kenaikan RM 0.01)
7.01/03/2003 - RM 1.35 (kenaikan RM 0.02)
8.01/05/2004 - RM 1.37 (kenaikan RM 0.02)
9.01/10/2004 - RM 1.42 (kenaikan RM 0.05)
10.05/05/2005 - RM 1.52 (kenaikan RM 0.10)
11.31/07/2005 - RM 1.62 (kenaikan RM 0.10)
12.28/02/2006 - RM 1.92 (kenaikan RM 0.30)
13. 4/06/2008 - RM2.70 (kenaikan RM0.78)

Berdasarkan maklumat berikut adalah perbandingan harga minyak Malaysia berbanding negara luar:-


UAE: RM1.19/liter
Eygpt: RM1.03/liter
Bahrain: RM0.87/liter
Qatar: RM0.68/liter
Kuwait: RM0.67/liter
Saudi Arabia: RM0.38/liter
Iran:RM0.35/liter
Nigeria: RM0.32/liter
Turkmenistan: RM0.25/liter
MALAYSIA: RM2.70/liter


Wallahua'lam...segala salah silap dalam berbicara jgn segan2 tegur ana...dan ana dahulukan dengan ucapan asif jiddan...(MAAF)..
WASSALAM.

4.28.2008

daripada Ustaz Zamri mari mengaji :

komen tentang post ana pasal surah Al-fatihah.

Betul ke ayat sirotollazi...........kena/wajib baca tanpa waqaf....tak boleh waqaf?"Kalau begitu ramai la pula imam kat seluruh dunia ni sesat belaka termasuk pakar-pakar quran dan qari2 imam mekah dan madinah dan seumpamanya sebab berhenti pada fatehah yang dibahaskan tadi..
  • Apabila kita memberhentikan dan terus menyambung pada tempat tadi dari sudut makna langsung tidak mencacatkannya sambil tidak menafikan bahawa yang afdhalnya sambung terus.
  • Permasalahan yang timbul ekoran daripada menyambung terus adalah:-
  • a) Tak sampai nafas maklumlah kurang bersenam dan jaga pemakanan
  • b) Melanggar hukum mad lazim kalimi muthaqqal "wa la Dhollin" yang sepatutnya 6 harkat jadi hanya 4 atau 3 harakah sahaja.Justeru daripada melanggar hukum yang lebih besar mudharattnya maka haruslah kita berhenti pada tempat tadi dan terus menyambungnya sehingga habis."(Ustaz Zamri mari mengaji. www.ustaz-zamri.com)

syukran jazilan.ana sedia menerima teguran dengan tangan yang terbuka. ; )

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...