10.28.2008

~AiDil FitRi~

beberapa hari lagi.. raya akan berlalu...kenangan yang indah kukecapi sepanjang raya ni meskipun seminggu sahaja sempat kukecap kebahagiaannya sebab after seminggu raya.. ada final exam..
alhamdulillah.. Allah mengurniakan aku keluarga yang menenangkan hati..penyejuk mata...
just kekurangan tahun ni..seperti tahun lepas..kakak tidak bersama...masih berada di Mesir... kakak aku tu macam xnak balik jer... siap ajak kami tinggal kat negara Arab lagi... apa-apapun.. kudoa.. semoga Allah masih memanjangkan umur kami sekeluarga untuk bersama-sama berkumpul pada hari raya tahun depan...
wallahua'lam..

~dakwah~

"oleh kerananya seorang daie hendaklah memerhatikan di celah-celah kebaikan yang ada pada orang lain kemudian memupuknya, sehingga celah-celah keburukan yang ada padanya tersingkir dan ia mahu bangkit berdiri melangkah di jalan Islam. tugas seorang da'i seperti tugas seorang pengajar dan doktor yang akan memberikan ubat yang sesuai dengan penyakit yang diderita oleh pesakitnya. tidak masuk akal kalau semua pesakit diberi ubat yang sama, kerana penyakit mereka tentu berbeze-beza satu sama lain."

pesanan seorang sahabat.... ya.. benar apa yang diperkatakan.. selalu yang menghalang segelintir daripada kita untuk berbuat dakwah apabila memandang keburukan pada mad'unya.. Allah.. takutnya untukku menuturkan kata2 pengucapan ini... kerana firman Allah:

"wahai orang yang beriman, kenapa kamu mengatakan apa yang kamu tidak kerjakan?"
itu sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan"
[as-Soff:2-3]

ya Allah.. pernahkah hati ku ini menghidupkan hati yang mati??
jangankan menghidupkan hati orang lain.. hatiku sendiri bagaimana??

acapkali sahabat2ku berpesan.. " hati yang mati x mampu menghidupkan hati yang mati"..
ya benar sekali kata2 itu..
namun.. kini kutemui jawapan yang lain..
tidak semestinya hati yang hidup itu mampu menghidupkan hati yang mati seandainya hati yang hidup itu TIDAK BER'GERAK'.. yakni, tidak menjalankan dakwah.
dan tidak mustahil hati yang mati, bisa menghidupkan hati yang mati, kerana hati yang mati itu BERGERAK melakukan dakwah.. kerana hidayah itu milik Allah.. bukan milik hati-hati ini...
Subhanallah.. aku berguru dengan seorang yang luas ilmunya... aku berusaha untuk tidak mensia-siakannya..
wallahua'alam..

wallahua'lam..

10.22.2008

kawan-kawan ku...

bismillahirrahmanirrahim...
bosan aku membuang masa sambil menunggu hari esok..exam MUET..speaking lagi...
Allah..lancarkan percakapan ku dan cambahkan idea ku...AMIN..

dalam kebosanan tu, aku kembali menjadi insan biasa..umpamanya aku kosong dengan tugas-tugasan yang selama ini menyibukkan diriku..
semangatku pudar...mengingatkan sahabt-sahabat yang bakal meninggalka ku ke bumi gombak sana...doaku, moga kalian berjaya di dunia baru dan terus thabat di jalan ini..

mengimbau kembali kenangan2 sepanjang keberadaan ku di bumi cfs iium ni... indah kurasakan pabila aku melibatkan diri dengan kerja-kerja Islam... Allah... meskipun begitu, aku melihatkan diri ini masih belum berjaya sebagai pejuang agama Allah.. aku belum berjaya... untuk dikatakan sebagai pejuang Islam sahaja sudah kurasakan tidak layak... namun, apa yang kuisi untuk menjdikan aku layak?? umpamanya tiada apa2...
lemahnya diri ini... tapi, pabila diimbau-imbau balik, aku perlu untuk hidup di jalan ini.. inilah sumber kekuatanku sebagai seorang muslim..

aku kembali menjadi insan biasa.. yang pada masa-masa yang terluang diisi dengan perkara yang kurang berfaedah...termasuklah melayari frenster...
aku bukanlah insan yang baik seperti yang disangka... aku juga berjiwa remaja..namun, aku tahu, berjiwa remaja tidak salah.. tapi mesti dihiasi dengan tarbiyah Islam...
aku kecewa... kecewa....kecewa pabila menziarahi page kawan-kawan sekolahku...
gagalnya aku sebagai pelajar muslim dalam membentuk kawan-kawan ku... mungkin kerana beruniformkan baju sekolah, aku menganggap mereka adalh insan yang sudah terbentuk dengan nilai-nilai Islam dan budaya murni sebagai manusia...

namun, aku salah, terkejutnya aku...melihat gambar-gambar mereka tentang aktiviti-aktiviti luar mereka... merekla kah tu??? kawan-kawan yang dulunya aku rapat... aku bergurau senda, di samping aku nasihat sikit sebanyak...
meskipun kurang rapat, aku pernah mengenali mereka..mereka juga kenal aku...

mostly, kawan-kawan sekolah aku dah lost contact...hanya pada awal kemasukan matrik sahaja seperti hangat-hangat tahi ayam bertanyakan di mana mereka belajar.. kemudian.... bagaikan aku sudah tidak punyai teman belajar sekolah...

rupanya... aku gagal.. gagal dalam berkawan... apa maknanya ada kawan seperti aku?? aku tahu, aku mungkin boleh ubah sikit sebanyak beberapa orang dari mereka.. namun, kerana merasakan konsep 'hanya berkawan', kubiarkan mereka..biarkan mereka jauh, lalai dalam meniti kehidupan ni...jauh daripada landasan Islam yang sebenar..

betapa aku aktif dalam gerak kerja Islam...nak berdakwah kononnya terutamanya kepada umat Islam yang semakin lupa imej mereka sebagai seorang muslim..

apa yang aku buat??? umpamanya berada dalam dilema.. memikirkan gagalnya aku.. berdosanya aku kerana tidak berusaha membantu mereka ke arah jalan yang sama denganku...

pabila dimuhasabah balik... ada banyak kesilapanku sepanjang aku menjadi seorang manusia yang bergelar kawan..
aku selalu merasakan diri ini 'baik'... membuatkan ku kurang boleh 'masuk' dan bergaul dengan kawan-kawan sebegitu...
namun, sebenarnya aku punyai impian untuk mempunyai kawan-kawan rapat yang sebegitu...
konsep berukhwah aku begitu sempit.. sempit yang amat.. berkawan dengan jenis orang seperti aku sahaja...

wallaha'lam... kalau ada sambungan ada la.. kalau tak.. di sini sahaja pengakhiran untuk posting ni... hanya untuk meluahkan rasa kecewa yang terpendam di hati...
azan asar sudah beberapa minit dilaungkan...

10.12.2008

Redha & Sabar

Bismillahirrahmanirrahim..

terbangkit aku tatkala jarum jam menghampiri jam 12.30am. Astaghfirullah... 'Aqidah', aku tak habis baca lagi ni... banyak lagi.. tajuk penting2 pulak tu.. aku gagahkan diri untuk bangun selak buku, baca semampu ku.. meskipun mungkin sekitar 1 jam sahaja baru aku tidur..memang sengaja aku layan rasa ngantukku untuk sekejap.. kalau tak, baca tak masuk otak takde maknanya...

dalam pada tu, terkandung tajuk " beriman dengan Taqdir"... terbahagi kepada 2...
1)apabila manusia berimana pada taqdir, dia tidak akan merasa takut pada makhluk lain selain Allah.. kerana dia tahu siapa yang mampu untuk beri manfaat dan mudharat kepadanya kecuali Allah sahaja yang berkuasa.( diterangkan secara ringkas. banyak lagi huraian sebenarnya.)

2) apabila seorang muslim ini, beriman pada taqdir, dia akan menghadapi segalanya dengan 'baik'.. di sini bermaksud, apabila mendapat sesuatu yang baik, dia akan bersyukur, dan apabila dia menghadapi musibah, dia akan SABAR & REDHA.

begitulah yang ingin kukongsikan...
Alhamdulillah, tajuk ni masuk jugak exam... boleh la skit sebanyak aku jawab.. tawakkaltu 'alaAllah..

tiba-tiba, aku diuji lagi dengan ujian yang pernah menimpaku baru-baru ni... sungguh, aku mendapati diriku sangat2 cuai... ini merupakan penyebab kepada musibah yang melanda ku... di sebalik tu, dalam tempoh aku tidak sedar diuji oleh Allah, hatiku lalai daripada mengingatiNya...

ya Allah...lantas kuingat padamu.. tapi, hatiku kurang merasakan gundah gelana, resah gelisah atas apa yang diuji ni, cuma takut apa pandangan umi abah padaku.. apakah aku akan dimarahi kerana mengulangi kecuaian ku ini??? macam mana dengan angah??? takut untukku memikirkan apa yang akan terjadi... hasratku, inginku selesaikan sendiri maslah ni, sembunyikan daripada pengetahuan mereka... tapi, kufikir, tak pelah bagi tahu.. nasiblah kalau kena ceramah lagi.. bersiap sedialah kau... tapi, berbeza dengan apa yang kufikirkan, abah begitu terbuka hati menerima berita kecuaian ku ini.. malah abahlah yang tolong settelkan masalah aku ni....syukran jazilan abah.. Alhamdulillah ya Allah.... saat aku telefon angah.. bagi tahu secara berkias-kias.. angah relex je.. tak marah pulak.. Wallahua'lam.. kenapa x marah.. pelik.. huhu~..aku bersyukur.. tak derla terlalu depress sangat perasaan aku disebabkan hal ni...

p/s.. nak tahu apa yang menimpa ku?? h/p hilang...dulu meninggal terus.. kali ni, aku tak tahu tang mana tercicir.. puas ku miscall.. tak der orang nak jawab.. musykil2....
"teruskan doamu dan pengaharapanmu pada Allah yang sentiasa mendengar.."
mungkin Allah nak menggantikan yang lebih baik dan memberi pengajaran yamg amat2 bermakna.. pastinya terkandung sejuta hikmah yang akan membantuku di hari2 yang mendatang..

Wallahua'alam..

"menang"kah aku di bulan ini???

bismillahirrahmanirrahim...

seumpamanya...aku bagaikan orang yang amat2 tidak layak untuk menyambut raya tahun ini...
apakah keluarnya aku dari bulan tarbiyah Ramadhan ini, aku telah dilahirkan sebagai orang yang bertaqwa???
apakah ada secebis rasa keTAQWAan dalam hatiku??
aku butuhkan kenikmatan itu... tapi, bagaimana hatiku?? bersiap sediakah kau untuk menerima kunjungan perasaan yang paling tinggi di sisi Allah???
bagaimana tidak masuknya kenikmatan itu kalau hatiku ini tidak kujaga??? tidak kupelihara??? tidak kubersihkan sebersih-bersihnya untuk kunjungan tetamu kehormat itu???
seorang sahabat pernah bercerita padaku...
" hati ini diibaratkan seperti gelas... seandainya terdapat najis dalam gelas tu... kemudian diisi air yang putih jernih... maka apakah yang akan terhasil air yang suci bersih untuk kita minum??? sudah tentu tidak..apakah kita sanggup nak minum air tu??? pastinya kita merasa jijik...
makanya...apakah penyelesaian yang patut diambil??? sudah tentu gelas tersebut perlu dibuang najis di dalamnya dan dibersihkan dengan sabun, bilas sesuci-sucinya... barulah apabila kita isi air yang suci murni akan terhasil air yang suci murni jugak... tetapi apabila direnung, difikir-fikir kembali,.... apakah kita sanggup minum air tu??? yang pernah terkandung najis di dalam tu sebelum ia dibersihkan??? sanggup??? mungkin ada sesetengah orang tidak kisah..dan ada sesetengah sanggup beli gelas baru... tetapi, tidak Allah... Allah sanggup menerimanya...walau bagaimanapun ia sebelumnya...Allah masih di sisi, menantikan hamba-hambaNya membersihkan diri dan hati mereka untuk Allah semata..."

Wallahua'lam...

9.18.2008

PUASA??

RAMADHAN..

LAPAR??

HAUS??

PENATT....LETIHH....

TIDO...
BILE NAK BERBUKE??

BAZAR RAMADHAN

JIMAT DUIT

RAYA..!!

atau sebaliknya..

MANISNYE IMAN

BERSEMANGAT .................... PENUH BERTENAGA

SEDEQAH..PEMURAH..

TILAWAH
TAQWA

SYUKUR ALHAMDULILLAH

10 MALAM TERAKHIR..... LAILATUL QADAR


RAHMAT ALLAH

MAGHFIRAH....
TARAWIH
SYURGA...



dan apabila tiba


SYAWAL
RAYA

-----------------------------

WOW!! YEA!! HUHU!!

BALIK KAMPUNG!!

DUIT RAYA

MAKAN SEPUAS-PUASNYE

SEMUA BARU

atau....

SEDIH.....
MENANGIS...
MENYESAL...............
TERHARU........
MENANG DARI DOSA.

MAAF-BERMAAFAN..
ZIARAH-MENZIARAH

9.11.2008

kak... semoga ALLAH merahmatimu...



كل النفس ذاءقة الموت. ال-عمران: 185



esok tarikh yang perlu kuhantar 'خطة' yakni proposal..untuk buat kajian.. tajuk pilihan kami sekumpulan.. 'استعداد الموت لدى الشباب.' sedang ayik sibuk menaip..dalam terangkak-rangkak mencari huruf-huruf arab ni... sahabatku talifon... wah..sape yang nak talifon aku ni?? dapat gak dengar ringtone h/p ni..huhu...
dengar bunyi suaranya.. aku menjadi hairan... kutanya..kenapa gembira semacam ni??
jawab sahabat tu..tengah sedih la....ha??? sedih?? mungkin ada masalah yg ingini dia luahkan.. lantas aku bangkit dari kerusi pergi ke tempat yang xde orang sangat..

lantaran..kutanya sebabnya... jawabnya... yg aku x leh percaya dan agak sukar untukku terima... " k.hajar dah pergi". pergi?? sememangnya perkara ni memang bukan main2.. aku tahu... ini pasti cerita benar.. tapi, mana mungkin..terasa sedetik lepas baru kubersamanya... Allah... baru aku teringat..k.hajar sakit. tapi... begitu sekali terukkah sampai menyebabkan dia meninggalkan kami??

tanpa dipaksa-paksa... hatiku menangis seiring dengan air mata.. dialah naqibah ku di uia ni...memperkenalkan aku dengan perjuangan sebenar di bumi cfs iium ni..
di saat aku ditaklif dengan 1 amanah yang berat..kak hajar la yang memelukku memberi kata-kata semangat..memberi peransang.. aku mampu membawanya...teresak-esak aku tika itu..merasa begitu diberi sepenuh kepercayaan dalam hal ni..

dalam pada tu jugak.. di saat aku mengadu pada k.hajar bahawa aku merasakan sudah tidak larat untuk meneruskan perjalanan ini yang aku campur-adukkan dengan pelbagai benda...dengan pelajaran yang agak terabai... lantas k.hajar menelefonku menasihatiku..memberi aku sekali lagi kata2 semangat.

Allah..begitu sayangnya Kau pada kakak ku ni... sedih tetap sedih...namun taqdir telah menetapkan. seiring dengan apa yang aku belajar dlm kelas `aqidah tadi, percaya pd qadha' dan qadar.dan perlu disertakan dengan rasa redha.

bertepatan pula dengan tajuk proposal ku.. "persediaan menghadapi mati di kalangan remaja"..memang, kadang-kala aku tak merasakan pun bahawa mati itu sering memanggil2 diri ini... namun, peristiwa ni memberiku seribu 1 makna..pengajaran.. ya..kita PASTI akan mati.. kita yakin kita akan mati... tapi, adakah benar2 kita merasakannya??? adakah benar2 hidup kita diisi untuk menghadapinya???
wallahua'lam.

9.07.2008

~DOA-DOA di bulan RAMADHAN~

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:"Sampaikanlah PesanKu Biarpun Satu Ayat..."

Hari Pertama
"Ya Allah, jadikanlah puasaku, puasa orang benar-benar berpuasa. Dan ibadah malamku, ibadah orang benar-benar mengerjakan ibadah. Dan jagalah aku dari tidurnya orang yang lalai. Hapuskanlah dosaku wahai Tuhan sekalian alam. Dan Ampunilah aku wahai Tuhan maha pengampun daripada segala dosa."

Hari Kedua
"Ya Allah, dekatkan aku kepada keredaan Mu dan jauhkan aku daripada kemurkaan serta balasan Mu. Berilah aku kemampuan membaca ayat-ayat Mu dengan rahmat Mu, wahai Tuhan Maha Pengasih"

Hari Ketiga
"Ya Allah limpahkan aku dengan kecerdikan fikiran dan kewaspadaan serta jauhkan aku daripada kebodohan dan kesesatan. Sediakan bahagian ku daripada kebaikan yang kau turunkan., demi kemurahan Mu, wahai Tuhan Maha Pemurah daripada segala dermawan.

"Hari Keempat
"Ya Allah berilah kekuatan kepada ku untuk melaksanakan perintah Mu dan berilah aku kemanisan berzikir. Berilah aku kekuatan melahirkan kesyukuran dengan kemuliaan Mu. Dan jagalah aku dengan jagaan dan perlindungan Mu, wahai Tuhan Maha Melihat."

Hari Kelima
"Ya Allah, tempatkan aku di kalangan orang yang sentiasa memohon keampunan. Jadikanlah aku hamba Mu yang saleh serta jadikanlah aku di kalangan auliya (orang yang mendapat keutamaan Mu) yang hampir di sisiMu dengan kelembutan Mu, wahai Tuhan yang Maha pengasih daripada segala pengasih"

Hari Keenam
"Ya Allah, janganlah aku dihina kerana perbuatan maksiat ku kepada Mu dan janganlah menyeksa ku dengan balasan Mu. Jauhkan aku daripada sesuatu yang boleh mendatangkan kemurkaan Mu, dengan anugerah dan bantuan Mu, wahai kemuncak keinginan orang yang berkeinginan."

Hari Ketujuh
"Ya Allah bantulah aku untuk mengerjakan puasa dan ibadah malamnya. Jauhkanlah aku daripada dosa-dosanya. Dan berilah aku zikir untuk mengingati Mu secara berterusan, dengan taufik (petunjuk) Mu wahai pemberi petunjuk kepada orang yang sesat."

Hari Kelapan
"Ya Allah, berilah aku rezeki berupa kasih sayang kepada anak-anak yatim, pemberi makanan, penyebar salam dan bergaul dengan mulia, dengan kemuliaan Mu tempat berlindung orang yang berharap."

Hari Kesembilan
"Ya Allah, sediakan bagi ku sebahagian daripada keluasan rahmat Mu. Berilah aku petunjuk dengan ajaran-ajaran Mu. Bimbinglah aku menuju keredaan Mu yang penuh dengan kecintaan Mu, wahai harapan orang yang merindu."

Hari Kesepuluh
"Ya Allah, jadikan aku di antara orang bertawakal kepada Mu dan jadikan aku di kalangan orang yang menang di sisi Mu. Ya Allah, jadikan aku di kalangan orang yang dekat di sisi Mu. Dengan ihsan Mu wahai tempat tuju orang yang memohon."

Hari Kesebelas
"Ya Allah, tanamkan dalam diri ku kecintaan melakukan kebaikan dan kebencian melakukan perbuatan maksiat serta fasik. Ya Allah jauhkan ku daripada kemurkaan Mu dan seksaan api neraka, dengan pertolongan Mu wahai Tuhan yang menolong orang memerlukan pertolongan."

Hari Kedua Belas
"Ya Allah, hiasilah diri ku dengan penutup dan kesucian. Tutuplah diri ku dengan pakaian kesederhanaan dan kerelaan. Tempatkan aku di jalan keadilan dan keikhlasan. Amankan diri ku daripada setiap perkara yang aku takut, dengan penjagaan Mu, wahai penjaga orang yang takut."

Hari Ketiga Belas
"Ya Allah, bersihkan diri ku daripada kekotoran dan kehinaan. Berilah kesabaran kepada ku untuk menerima segala ketentuan. Berilah kemampuan kepada ku untuk bertakwa dan bergaul dengan orang baik, dengan bantuan Mu wahai pengharap orang yang miskin."

Hari Keempat Belas
"Ya Allah, jangan aku dihukum disebabkan kekeliruan yang ku lakukan. Ampunkan aku daripada kesalahan dan kebodohan. Janganlah kau jadikan diri ku sasaran bala dan malapetaka, dengan kemuliaan Mu wahai kemuliaan kaum Muslimin."

Hari Kelima Belas
"Ya Allah limpahkan rezeki kepada ku berupa ketaatan orang yang khusyuk. Lapangkan dada ku dengan taubat orang yang menyesal, dengan keamanan Mu wahai keamanan orang yang takut."

Hari Keenam Belas
"Ya Allah, berilah kemampuan kepada ku untuk menjalani kehidupan seperti mana kehidupan orang baik. Jauhkan bagi ku kehidupan orang yang melakukan kejahatan. Lindungilah aku dengan rahmat Mu hingga ke alam akhirat, demi ketuhanan Mu wahai Tuhan sekalian alam."

Hari Ketujuh Belas
"Ya Allah, tunjukkan bagi ku amal kebajikan dan penuhilah hajat serta cita-cita ku, wahai Tuhan yang Maha Mengetahui segala keperluan tanpa ungkapan permohonan. Wahai yang Maha Mengetahui segala yang ada dalam hati sekalian makhluk. Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad dan keluarga baginda yang suci."

Hari Kelapan Belas
"Ya Allah, sedarkan aku untuk mencari keberkatan. Terangkan hati ku secerah cahaya dan bimbinglah aku serta anggota ku untuk mengikuti segala ajaran Mu, dengan cahaya Mu wahai penerang hati orang yang bijak."

Hari Kesembilan Belas
"Ya Allah, penuhkan bahagian ku dengan keberkatan dan mudahkan bagi ku menuju ke arah kebaikan. Jangan kau jauhkan aku daripada ketenteraman kebaikan, wahai pemberi petunjuk kepada kebenaran."

Hari Kedua Puluh
"Ya Allah, bukakan bagi ku pintu-pintu syurga dan tutupkan bagiku pintu-pintu neraka. Berilah kemampuan kepada ku untuk membaca ayat-ayat suci al-Quran, wahai pemberi ketenangan dalam hati orang beriman."

Hari Kedua Puluh Satu
"Ya Allah, berilah aku petunjuk untuk mendapat keredaan Mu. Janganlah engkau biarkan syaitan menguasai diri ku. Jadikan syurga tempat tinggal dan berehat bagi ku, wahai pelaksana keperluan orang meminta."

Hari Kedua Puluh Dua
"Ya Allah, bukakan bagi ku pintu kelebihan dan turunkan bagi ku keberkatan mu. Berilah kepada ku untuk melakukan sesuatu yang mendatangkan keredaan Mu dan tempatkan aku dalam syurga Mu yang luas, wahai penjawab doa orang dalam kesempitan."

Hari Kedua Puluh Tiga
"Ya Allah bersihkan aku daripada segala dosa dan jauhkan diri ku daripada keaiban serta tanamkan ketakwaan dalam hati ku, wahai pengampun kesalahan orang yang berdosa."

Hari Kedua Puluh Empat
"Ya Allah, aku bermohon kepada Mu perkara yang mendatangkan keredaan Mu. Aku berlindung dengan Mu daripada perkara yang mendatangkan kemarahan Mu dan aku bermohon kepada Mu kemampuan untuk mentaati Mu serta menghindari kemaksiatan terhadap Mu, wahai pemberi kepada yang meminta."

Hari Kedua Puluh Lima"
Ya Allah, jadikan aku orang yang menyintai auliya Mu dan memusuhi musuh Mu. Jadikan aku pengikut sunnah nabi Mu, wahai penjaga hati para Nabi."

Hari Kedua Puluh Enam:
"Ya Allah, jadikan usaha ku sebagai usaha yang sentiasa disyukuri, dosa-dosa ku sebagai dosa yang diampuni, kebaikan ku sebagai kebaikan yang diterima dan keaiban ku sebagai keaiban yang ditutupi, wahai Tuhan Maha Mendengar daripada semua pendengar."

Hari Kedua Puluh Tujuh
"Ya Allah, berilah rezeki berbentuk ganjaran Lailatul Qadar kepada ku, ubahkan perkara sulit menjadi mudah, makbulkan permintaan maaf ku dan hapuskan dosa serta kesalahan ku, wahai Tuhan Maha Penyayang kepada hamba soleh."

Hari Kedua Puluh Lapan
"Ya Allah, penuhkan hidup ku dengan amalan sunnah dan muliakan aku dengan diterimanya semua permintaan, wahai Tuhan yang tidak disibukkan oleh permintaan orang meminta."

Hari Kedua Puluh Sembilan
"Ya Allah, hiasilah aku dengan rahmat Mu dan berikanlah aku petunjuk serta penjagaan Mu. Bersihkan hati ku dengan fitnah, wahai pengasih kepada hamba yang beriman. "

8.25.2008

solat Jumaat




bismillahirrahmanirrahim..


Assalamu'alaikum w.b.t




sejuk hati memandang pabila melihatkan umat Islam yani kaum adam berpusu-pusu ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat...alangkah imarahnya masjid..alangkah indahnya suasana ini apabila hari tersebut dihidupkan dengan amal ibadah, seolah-olah syiarIslam itu begitu terpancar sinarnya..Subhanallah.




tapi, aku pelik...aku hairan, masih ada lagi umat Islam yang tidak mengambil pandang akan kepentingan solat ini.. yang mana antara syarat-syaratnya ialah mesti dilakukan di masjid, berjemaah, di waktu zohor dan yang pastinya hanya pada hari Jumaat.. aku memerhatikan suasana pada ketika itu..bukan bermaksud ingin cuci mata..tetapi ingin menghayati hikmah disbalik pensyariatan solat Jumaat..dalam ketika itu..aku melihatkan ada beberapa lelaki yang baru sampai ke masjid di kala saat imam sudah hampir memberi salam..ada yang apabila tak sempat, dengan agak selambanya, dan mungkin terselit sedikit rasa hampa..Wallahua'alam, menjejakkan kaki pulang... namun, ada juga yang terkocoh-kocoh berlari-lari anak ingin mengejar imam.. ntah sempat atau tidak..doaku semoga mereka sempat berimam..


dalam pada tu jugak, aku melihat seorang pak guard menaiki motorsikalnya..ntah baru pulang dari mana..tapi, orang masjid tak habis solat lagi..ya, hal ini acap kali aku lihat apabila berada di luar, ramai polis seenak-enaknya menjamu selera di kala orang ramai berpusu-pusu menuju masjid. ada pulak polis yang 'baik hati' menjaga lalu lintas..huh...ntahla...




aku merasa malu dengan kaum adam yang begini...di kala orang umat Islam menunaikan solat Jumaat, mereka terang benderang menunjukkan yang mereka tidak solat Jumaat..apa tidak ada sekelumit rasa MALUkah di hati?? mereka bukan lelaki kah?? cacat 3 anggota deria ke??


mungkin ini kerana hati itu sudah mati..wallahua'lam.


ada lagi yang kuperhatikan.. sehabis sahaja imam habis memberi salam.. kaum adam ini kebanyakannya meninggalkan imam berzikir dan berdoa keseorangan bersama makmum-makmumnya yang cintakan zikir dan doa bersama-sama imam.. kenapa ye begitu?? aku ingin mencari jawapannya.. apakah mereka begitu kesuntukan masa?? apakah mereka punyai hal yang lebih penting berbanding mengaminkan doa yang dibaca oleh imam?? aku cuba untuk husnuzzon..tapi, bagiku, berdoa sebentar, mengaminkan doa imam, bukanlah mengambil masa yang panjang..malah bagi diriku, aku suka angat nak mengaminkan doa imam. itu saat-saat yang ditunggu... asyik baca doa sendiri jerr selalunya... doa orang lain pastinya mendoakan perkara yang lain juga..




wallahua'alam... itu hanya luahan hati yang kurang berpuas hati dengan keadaan yang berlaku di depan mata..




8.18.2008

pondok al-Jenderami



















bismillahirrahmanirrahim..

pertama kali kumenjejakkan kaki ke tempat ini...hati ku lapang..sejuk melihatnya...Subanalah...tidak kusangka akan kewujudan tempat ini di bumi Sepang ini..

kanak-kanak dan para syabab yang berjubah putih, berserta serban putih...
si anak-anak gadis yang solehah, bertudung labuh putih dipadankan dengan jubah putih..
pokoknya...pakaian seragam di sini ialah bertemakan putih yang melambangkan kemurnian, kebersihan penghuninya..

boleh dikatakan ini adalah pondok moden,dalam masa yang sama masih mengekalkan konsep pempelajaran, iaitu belajar menggunakan kitab kuning... menurut makluman kenalan baruku di sana,Nani, orang luar juga ramai yang datang belajar. tidak terhad hanya pada pelajar pondok sahaja.

aku memang teringin nak belajar pondok selama ni.. insyaAllah, ada rezeki, aku ingin lagi menjejakkan kaki ke sana lagi..mungkin sebagai pelajar..atau mungkin sebagai petugs..Wallahua'alam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...