3.23.2009

Politik Wang & UMNO

Bismillahirrahmanirrahim..
Kulihat kini, UMNO bagaikan tiada harapan untuk menang dalam pilihan raya... semua rakyat Malaysia dah tahu tentang sikap terkutuk mereka samada dalam parti mahupun di luar parti.. yang mana, RASUAH merupakan sebahagian daripada darah daging mereka.

tatkala kutonton berita, Ya Allah...malu benor aku tengok beberapa pimpinan UMNO ditangkap kerana dikaitkan dengan tuduhan RASUAH.. Lantaran itu, ada yang diberi amaran dan ada yang dilarang untuk bertanding dalam pemilihan sebagai pimpinan dalam Perhimpunan Agung UMNO pada 24 mac 2009.

Terfikir aku...bagaimana mereka puak-puak UMNO ni nak mentadbir parti ini, ramai yang mengamalkan amalan KOTOR ini sebagai salah 1 taktik bagi mendapatkan jawatan dalam parti ni. Apa yang ada pada jawatan dalam parti UMNO ni?? Pastinya, nama dan harta sudah menunggu di depan.. hmm.. adakah sebenarnya,punyai niat mulia di sebalik itu??? apakah mungkin ada yang ingin menegakkan kebenaran di tengah-tengah kebatilan??? Wallahua'lam.

Kalau nak dibandingkan dengan PAS, memang jauh langit dan bumi...

aku masih pelik...kenapa UMNO masih lagi punyai penyokong sedangkan semua tahu parti ini banyak mengamalkan salahlaku dan penyelewengan... sedangkan PAS begitu telus dalam memperjuangkan perjuangan Rasulullah s.a.w demi menegakkan Islam tercinta...

Semoga Allah membuka mata hati kalian.

Pilihan~ yang mana 1 ??

manakah akanku pilih??


Pengajian pondok di Kelantan

pengajian pondok di Baitul Qura'

kempen di Bukit Gantang

pergi cfs IIUM Nilai dan bermalam di situ

Halaqah Online- silibus Kitab pondok, lantas merealitikannya di dunia sebenar,buat di UKM.

cari kerja

dok rumah buat kerja-kerja rumah.


ke mana?? yang mana??

kalau boleh, aku nak SEMUA.tapi,agak mustahil.. semuanya akan berlangsung dalam tempoh2 yang terdekat. Keizinan umi abah lagi... aku ni pandai2 je nak buat keputusan sendiri... tak minta permission umi abah... Last2, bila ditanya, umi jawab.. dok rumah jelah..cuti2 ni la masanya nak duduk kat rumah.. hua..penat je merancang..

akanku usaha untuk mencari mana sebenarnya yang terbaik...

Ya Allah.. lorongi aku, yang mana adalah yang terbaik untukku pilih, dan cara yang terbaik untuk mendapatkannya dan melaksanakannya serta dipelihara daripada sebarang musibah dan perkara keji dan mungkar..



kerna ku tahu..sesungguhnya IMAN itu, yazid wa yanqus...yakni bertambah dan berkurang..

Aku mesti mengisinya dengan makanan-makanan rohani...

Makanya, sebab itulah aku merancang aktiviti-aktiviti di atas...

Namun, tidakku tahu, apakah akan tercapai impian dan apakah terlaksana apa yang ku rancang... Wallahua'lam.


Muslimat Dan Perjuangan

Bismillahirrahmanirrahim

tergesa-gesa kubersiap..nak ikut umi pergi Pejabat Agong PAS Pusat di Jalan Raja Laut.
Ya, apa tidaknya.. umi kata Dewan Muslimat Pusat menganjurkan (lebih kurang) wacana bersama isteri asy-Syahid Abdullah Aziz Rantisi yang merupakan pimpinan HAMAS yang telah syahid pada April 2004.

Apa yang mengagumkan, di saat berita mengenai pemergian asy-syahid syeikh Abdullah Azizi Rantisi digemparkan, isterinya ditanya oleh pemberita apakah perasaannya tatkala itu.. Beliau mengatakan bahawa beliau begitu terkilan... kerana apa??? kerana tak dapat SYAHID bersama-sama dengan suaminya.. kerana ketika suaminya hidup, beliau berkata mereka akan bersama-sama berjuang sehingga syahid.

SubhanAllah... Aku kagum mendengarnya.

Kini, aku berdepan dengan muslimat tersebut.. Pn Raiya..(xsilap)
begitu mesra ketika disambut oleh para muslimat yang hadir.. katanya, beliau bersama rombongannya baru pulang daripada perjumpaan bersama muslimat JIM. dan dengar kata lagi, pagi tu, bersama Aman Malaysia, masuk dalam tv9 kot..
huh...memang sibuk sungguh...

aku berusaha mendapatkan tempat di hadapan untuk mendapatkan zouq jihad tu...
berusaha untuk memahami Bahasa Arabnya... tapi, sapela aku... faham sikit2 je.. Alhamdulillah kak Fitri dijemput sebagai penterjemah dalam majlis tu.. faham dan sampai jugakla roh perjuangan tu pada diriku... insya-Allah.

Kini, terbuka mataku... muslimat begitu penting dalam perjuangan Islam. bukan semata pembantu, atau sayap kiri muslimin sahaja..
Muslimat juga merupakan one of the most important part in this 'perjuangan'.

Banyak yang kupelajari daripada ucapannya yang penuh bersemangat..
inginku kongsikan bersama kalian duhai pelayar yang budiman.. khususnya para muslimat agar bersama-sama kita merasai roh perjuangan untuk menegakkan Islam yang tercinta...


"Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.Segala pujian dipanjatkan kepada Allah swt dan solawat serta salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw.
Saya rasa begitu gembira dan rasa begitu dimuliakan atas jemputan dan sambutan kalian pada hari ini.Saya berdoa semoga Allah memberi kita peluang untuk menjejakkan kaki di bumi Aqsa dan sentiasa berada dalam lembayung rahmatNya.


Sebentar tadi,Timbalan Muslimat PAS telah menyentuh berkenaan Palestin,penderitaan yang kami lalui dan ingin mengetahui bentuk sumbangan apakah yang wajar dihulurkan oleh anda selain kewangan serta tidak lupa menyebut nama beberapa orang daripada syuhadak Palestin yang wajar ditauladani seperti Ummu Nidal,Fatimah An-Najjar dan Ukht Nusyaibah.
Namun,saya merasakan wanita pejuang Islam pada zaman dakwah Rasulullah SAW adalah lebih layak dijadikan suri tauladan oleh kita melihat kepada pengorbanan yang mereka curahkan untuk Islam.Antaranya adalah:

1) Sumayyah bintu Khoiyat
Beliau begitu tabah dan thabat mempertahankan kesucian kalimah tauhid لااله الاالله walaupun diseksa oleh musyrikin dan akhirnya mendapat martabah syahid di disisi Allah SWT sehingga Rasullah SAW sentiasa memuji-muji kesabaran yang ditonjolkan oleh Sumayyah dan keluarganya dengan mengungkapkan"صبران ال يسير" yang bermakna bersabarlah seperti keluarga Yaser.


2) Asma bintu Abu Bakar
Beliau telah diamanahkan oleh Rasulullah SAW untuk membawa makanan ke gua Tsur iaitu tempat persembunyian baginda dan Abu Bakar ketika peristiwa hijrah.Baginda sempat berpesan kepada Asma agar tidak sekali-kali membocorkan rahsia lokasi persembunyian baginda kepada sesiapapun.Dengan keikhlasan hati,Asma telah sanggup memikul tanggungjawab yang sungguh berat ini meskipun mengetahui risiko yang begitu tinggi menanti beliau.Beliau telah diberi keberanian oleh Allah untuk mempertahanhan rahsia meskipun ditampar oleh orang musyrikin ketika disoal siasat.


3)
Ummu Amarah
Nama sebenar beliau adalah Nusaibah bintu Ka'ab.Meskipun seorang wanita,beliau tidak ragu-ragu meminta izin daripada Nabi Muhammad SAW untuk turut sama menghunus pedang bersama kaum lelaki lain di medan perang demi membela Nabi Muhammad SAW dan perjuangan Islam.Nabi tidak mensia-siakan semangat yang ditonjolkan oleh beliau,jauh sekali untuk mengatakan,"Tempat perempuan hanyalah di rumah sahaja."Sebaliknya, Nabi Muhammad SAW telah memberikan kata perangsang dan motivasi kepada beliau.Ini membuktikan bahawa wanita juga tidak diperkecilkan dari menyahut tuntutan jihad fi sabilillah di dalam Islam.


4) Rufaidah Islamiyah
Beliau telah merawat para mujahid yang cedera ketika berperang di jalan Allah sehingga dinobatkan sebagai doktor pertama dalam Islam.

5)
Ummu Salamah
Ummu Salamah telah memberi cadangan yang bernas sebagai jalan keluar kepada Nabi Muhammad SAW dalam Peristiwa Hudaibiah ketika sahabat tidak bersetuju untuk kembali ke Madinah dan mengerjakan haji pada tahun berikutnya.


6) Khansa'
Beliau merupakan ibu yang telah menyuntik semangat jihad kepada kesemua anak beliau untuk terjun ke medan perang.Akhirnya,kesemua putera beliau mendapat syahid di sisi Allah.

Inilah barisan pejuang Allah di kalangan wanita yang sepatutnya kita hayati dan tauladani segala jerit-perih mereka dalam mempertahankan agama Allah SWT.Kami wanita Palestin pula menerima tarbiyah langsung daripada Assyahid Syeikh Ahmad Yasin.Memetik kalam beliau,
"Didiklah kaum wanita dengan thaqafah islamiyah.Maka dia akan mendapat syahid.Didiklah meraka melakukan gerakkerja Islam serta menceburi pelbagai skop kerjaya meskipun menjadi seorang guru,doktor,jurutera dan lain-lain"

Kami telah dilatih dengan tarbiyah Islam sejak 20 tahun lalu.Ada yang menyangka kami wanita Palestin menjadi kuat dan tabah hanya setelah diuji.Seandainya tiada peperangan berlaku di Palestin,nescaya kami tidak setabah ini.Saya menyangkal dakwaan ini kerana sebelum Palestin ditimpa musibah peperangan senjata lagi,kami terlebih dahulu diuji dengan perang saraf dari pihak luar.

Tetapi apa yang menguatkan kami adalah kerana menghayati firman Allah yang menyentuh tentang pertentangan di antara yang hak dan yang batil:

1) Ayat yang menjelaskan kebatilan,
يريدون ليطفئوا نورالله بافواههم والله متم نوره ولوكره الكافرون""
"Mereka sentiasa berusaha hendak memadamkan cahaya Allah (agama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tetap menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian)." (As-Sof: 8)

2) Ayat yang menjelaskan yang hak
وارسل رسوله بالهدى ودين الحق ليظهره على الدين كله ولوكره المشركون""
"Dia lah yang telah mengutus RasulNya (Muhammad s.a.w) dengan membawa hidayah petunjuk dan agama yang benar (agama Islam), supaya Ia memenangkannya dan meninggikannya atas segala agama yang lain, walaupun orang-orang musyrik tidak menyukainya." (As-Sof:9 )

Sesungguhnya Rasulullah SAW telah menyampaikan risalah Allah kepada kita dengan memperjelaskan pertentangan ketara di antara yang hak dan batil.Kita sebagai umat Islam seharusnya menzahirkan Islam itu dalam diri dan mencerminkan Islam pada perlakuan.Kita wajib berpegang dengan kuat kepada ajaran Islam untuk mendepani ujian getir dan cabaran.Janganlah kita hanya bercita-cita meraih redha orang-orang kafir laknatullah."


Alhamdulillah...tu baru sikit yang diucapkannya.. panjang lagi.. kalau ada kesempatan masa dan mood, insya-Allah akanku post kan dalam ni..Wallahua'lam..

** syukran buat kak Fitri atas terjemahannya.

3.21.2009

0.001

Bismillah..
Alhamdulillah...result sem akhirku telah keluar.. sememangnya, hati berasa gundah gelana memikirkannya..
Allah... kudapat pengajarannya kali ini.
aku mungkin perlukan hanya 0.01 untuk mendapatkan yg lebih baik..
meskipun begitu, Alhamdulillah, aku lepas ke Gombak.. insya-Allah

Dimuhasabah balik, kenapa pihak CFS UIA tidak menaikkan lagi 0.001 pointerku untuk melayakkanku mendapat beberapa kelebihan..
lantas aku teringat pada kata-kata ustazah Mazlina pada suatu masa sehari selepas habisnya exam kami, lebih kurang mafhumnya begini, usai sahaja para pensyarah memeriksa kertas-kertas peperiksaan, mereka akan mengadakan 1 pejumpaan untuk selaraskan markah-markah pelajar2 ni...mungkin ada markah yang boleh dinaikkan bergantung pada consideration lecturer tu dan diri pelajar tu sendiri.. atas sebab apa nak naikkan markah pelajar tu??kerana markahnya macam2 hujung nyawa ikan.. ( tafsiranku sendiri)
makanya..di sini pentingnya solat Hajat dan Do'a pada Allah.. beserta Tawakkal.

Ya! aku sudah punya jawapan. itu semua salahku sendiri.. Aku tahu, perasaan Tawakkal ku tidak setinggi seperti yang sebelum2 ni.. kerna apa ya??? mungkin kerna di mindaku... aku boleh usahakan perkara lain sebelum sekadar berserah.. Allah.. tapi apa sebenarnya??
Mungkin juga di benak fikiranku terlalu asyik memikirkan hal2 lain sampai lupa bahawa aku akan mendapat keputusan peperiksaan beberapa minggu selepas habis menjawab exam. jadinya, aku tidak terpandangkan bahawa...( sudalah... tak perlu diceritakan lagi)

Bunyinya seperti kecewa... YA! aku kecewa degan diriku!!
Aku malu dengan Allah, dengan umi abah, Ustaz2 dan madam2, sahabat2 seperjuangan, M, classmate, dan khususnya kecewa sebagai seorang Muslim.
Aku minta ampun dan maaf atas ketidak kecemerlanganku dalam bidang akademik ini...Astaghfirullah. Bagaimana bisa aku lakukan ini ke atas diriku?? sejak sem 1 tahun 1 lagi Alhamdulillah pointerku di zon yang selesa kukira.. tapi kenapa tidak di akhir sem ini?? bak kata classmate ku, sem ni lain dengan sem2 lepas. ya.. betul2 sahabatku.. subjeknya banyak, matapelajarannya juga pelbagai, ada 3 subjek in Arabic, 3 subjek in English.. Allah.. sesak juga nafasku tatkala memikirkan hal ni..

tapi bukanlah bermakna aku tidak berasa bersyukur.. Alhamdulillah.. aku rasa bertuah kerana punyai pointer yang berada di zon selamat.
Namun, itu bukanlah diriku yang hanya tahu sekadar bersyukur dan berpuas hati dengan segala yang kudapat tanpa menilai sebaiknya apa sabab musabbab nya aku mendapat sebegitu.
itulah pentingnya muhasabah.

Sebagai penyejuk hati.. para senior berpesan, result di CFS ni hanya tinggal di sini sahaja. di Gombak kalian akan mulai kehidupan baru.. result exam yang baru. tiada kaitannya di sini..
Allah...meskipun begitu, aku punyai SATU matamat untuk kugunakan keputusan ini di Dunia Gombak sana... hmm.. lupakanlah wahai diri...kau perlu usahakan jalan lain.

Akhirul kalam.. ya Allah, kurniakanlah ku petunjuk-Mu ya Allah.. sebagaimana Firman Allah:
"Dan orang-orang yang mendapat petunjuk, Allah menambah petunjuk kepada mereka dan memberikan kepada mereka (balasan) ketaqwaannya."
( surah Muhammad : 17)

dan terlintas juga di hatiku, ini hanyalah keputusan kecil di dunia, bagaimana di Akhirat kelak?? dan janganlah kau wahai diri terlalu menangisi dan merasakan begitu sempit dada memikirkannya... kerna itu semua dugaan dan perhiasan sementara di dunia..

Firman Allah :
"Sesunguhnya kehidupan dunia hanyalah permainan dan senda gurau. Dan jika kamu beriman serta bertaqwa, Allah akan memberikan pahala kepadamu dan Dia tidak akan meminta hartamu."
( surah Muhammad : 36)

Wallahua'lam.

2.28.2009

Tarbiyah Bukan Untuk Menjadikan Kita Lebih Lemah


"Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keridhaan) Kami, benar- benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik." (Al Ankabut : 69)


Forest Gump adalah seorang anak yang cacat kaki dan harus berjalan tertatih-tatih dengan menggunakan alat bantu. Di sisi lain, ia menjadi seorang anak yang terbelakang mental dan sulit untuk berbicara. Kondisi ini membuat Forest menjadi minder di kalangan teman-temannya dan selalu menjadi bahan cemoohan.

Suatu saat, karena hal yang tidak diduga-duga, sekelompok ‘bandit’ anak-anak mencoba untuk melukai dan meneror Forest Gump. Forest dilempar batu, dan ia terpaksa harus tertatih-tatih berlari supaya tidak dihajar oleh anak-anak tadi. Dengan kaki kesakitan, ia terus berlari ..... berlari ...... dan.....berlari, tak peduli cemoohan orang-orang yang ada di belakangnya. Ia bisa memotivasi diri sendiri, sehingga ‘keajaiban’ pun terjadi. Kakinya yang cacat dan harus mengenakan alat bantu, menjadi sembuh dan seketika itu juga, ia mampu berlari karena ia percaya bahwa motivasi melebihi segalanya, bahkan cacat fisik sekalipun. Bahkan sejak saat itu, ia tidak berhenti berlari, sampai orang mengenalnya sebagai manusia dengan kecepatan lari yang luar biasa. MOTIVASI telah mengubah kehinaan menjadi kemuliaan.

Syaikh Ahmad Yasin, adalah seorang pejuang keadilan sejati bagi rakyat Palestina. Ia bukan apa-apa, selain seorang tua renta yang hanya duduk di kursi roda. Ia cacat kaki, tangan dan pendengarannya sedikit terganggu, karena siksaan yang harus ia terima dari penjajah Israel akibat keteguhan sikapnya memperjuangkan kemerdekaan rakyat Palestina. Tapi cacatnya bukan halangan bagi dia untuk beralasan mundur dari da’wah dan jihad. Syaikh Ahmad Yasin percaya, bahwa perjuangannya membebaskan rakyat Palestina dari penjajahan adalah bagian dari ibadahnya kepada Allah SWT. Dengan tertatih-tatih duduk di kursi roda, ia mampu menggerakkan hampir 2 juta hati pemuda belia Palestina, untuk bergabung dengan gerakan perlawan Islam yang dimotori oleh HAMAS. Perjuangannya dan sumbangsihnya untuk Islam ia akhiri dengan kemuliaan sebagai seorang syuhada, saat rudal helikopter Apache menghancurkan jasadnya, selepas ia menunaikan shalat subuh di kota Gaza.

Itulah sekelumit orang-orang yang tidak pernah merasa putus asa dengan dirinya sendiri. Masih banyak cerita sukses orang lain yang tak jauh berbeda. Tapi, bagaimana dengan kita ? Saat ini, kondisi kita jauh lebih nyaman, lebih mapan dan lebih sehat dari Forest Gump atau Syaikh Ahmad Yasin. Namun, apakah sumbangsih yang telah kita berikan untuk orang lain ? Untuk da’wah Islam, terutama. Pertanyaan-pertanyaan ini harusnya menjadi motivasi bagi kita, untuk lebih bersungguh-sungguh dalam menjalani Tarbiyah Islamiyah berikut segala hal yang mendukung keberhasilannya. Kita tidak harus berpeluh-peluh berlari untuk menghindari ancaman rudal Apache saat akan berangkat liqo’, karena Indonesia sampai saat ini masih aman-aman saja. Kita juga tinggal men-starter motor kita saat amanah memanggil kita, tanpa harus berjalan tertatih-tatih menghindari keroyokan anak-anak nakal, sebagaimana Forest Gump. Kita juga tidak harus bersusah-susah mencari penghasilan tambahan, karena segala kebutuhan kita masih bisa dicukupi oleh orang tua kita. Dan kita masih bisa beristirahat dan tertidur nyenyak, tanpa gangguan dari suara peluru dan butiran-butiran bom cluster yang dijatuhkan Amerika di Irak dan Afghanistan. Apa artinya ? Artinya, kita punya modal awal yang JAUH LEBIH BESAR, LEBIH BANYAK DAN LEBIH BERKUALITAS dari yang dimiliki oleh seorang Forest Gump atau Syaikh Ahmad Yasin. Lalu, apa yang membuat kita menunggu untuk menjadi orang yang lebih sukses dari mereka ? Bisakah kita menjadi orang yang lebih hebat dari mereka ? Tentu bisa ! Dengan terus menjalani tarbiyah dan beramal. Tarbiyah tanpa amal akan berujung pada kebosanan (jumud), dan amal tanpa tarbiyah akan berujung pada futur (melemah semangat keislamannya). Tarbiyah bukanlah sebuah beban. Seharusnya, tarbiyah menjadikan seorang muslim menjadi lebih hebat, karena ia mampu mengoptimalkan semua potensi yang ia miliki dan meminimalisir kelemahan yang ada pada dirinya. Sebagaimana Bilal yang menjadi andalan Rasulullah, padahal ia seorang budak. Sebagaimana Umar yang menjadi khalifah kedua, padahal tadinya ia preman yang kejam. Dan sebagaimana Abu Dzar Al Ghifari yang menjadi penasihat khalifah, padahal ia seorang yang zuhud dan miskin. Sudahkah menjadi renungan bagi kita ?

~d copy paste~ x ingat dari mana.

2.24.2009

PERLUNYA BERJEMAAH

tergesa-gesa ku mengorak langkah... ' aku kena pulang awal...nanti dorang dah start, melepas aku...tambah-tambah dah ada yang miscall ni...' hati kecilku berkata-kata...sesampainya ku ke bilik...huuh... x mula lagi.. Alhamdulillah..

teringatku peristiwa sebelum asar tadi, rancangnya 2nd year ni nak wat perjumpaan sikit dengan semua adik-adik junior.. seumpamanya ingin balas kembali jasa mereka susah payah rancang 'slumber party' untuk kami.

namun, di sebaliknya, kami punya agenda tersendiri... yakni, ingin menegur sedikit sebanyak tentang ibadah adik-adik ni... rupa-rupanya... setelah lama diperhati, ada yang ibadahnya tak sempurna waktu...
ada yang sudah perasan, ada yang langsung tak tahu... maka, timbul di hati kecil beberapa orang di antara kami untuk menegur, tapi macam takut2... termasukla aku...
lantas, terlintas di fikiranku, kenapa kita takut?? kerana kita tak bersatu dalam mengumpul kekuatan bersama..

Alhamdulillah... petang tu, kami buat perjumpaan 1 bilik, berkumpul beramai-ramai, masing-masing diberi peluang untuk berucap.. 1st year didahulukan... sesampainya di saat 2 nd year pulak bercakap..tertunggu-tunggu aku...sapela yang nak sentuh pasal solat ni??? haihh... musykil... masa bincang tadi komain wat koplot.. la ni... semua yang bercakap, semua xsentuh bab ni... main-main mata gak la aku ni bagi reminder... Last2...dorang ni semua lepas kat akuu...

Alhamdulillah..kupunya kekuatan untuk mengungkapkan teguran tersebut... sebagaimana yang kupelajari dalam 'Critical Thingking', from general argument to specific argument...
Jangan terus melulu pergi ke bab ni... harus dimulai secara umum dulu...dan sedikit demi sedikit baru kita pergi kepada fokus...
after that baru ada yang mencelah, back up apa yang diperkatakan... akhirnya... baru masing-masing berani nak perkatakan apa yang terpenda selama ni..
SubhanAllah... itulah bagiku kuasa berJEMAAH.. hatta di bilik sendiri perlukan JEMAAH...

Wallahua'lam.. sekadar perkongsian pengalaman. harap sama-sama dapat ambil manfaat.

2.21.2009

~NIKMAT~

Bismillahirrahmanirrahim
Sem ni hampir menutup tirainya...exam final beberapa hari lagi..
makanya...di saat inilah ramai yang mengambil peluang untuk meraikan teman2 yang akan pergi melanjutkan pelajaran ke Gombak..
Termasuklah diriku...
Minggu ni sahaja ada 3 AGD(Annual Grand Dinner) menjemputku... ( tapi, orang lain myb ada yang nk dekat 10 kowt..)
huhu..bukanlah AGD apa sangat..
Aku terasa seronok...umpanya diraikan.. yerr... biasalah, pada waktuku, kamilah yang bertungkus lumus untuk menganjurkan sesebuah program... tapi, kini, apabila dah ada junior2 yang menggantikan tempat kami, mereka pulakla yang buat kerja..

AGD pertama- Anak Negeri
AGD kedua- "Slumber Party"...by my Junior Roomate..untuk kakak2 Senior depa
AGD ketiga - Entrepreneur's Club..


Seronok...bahagia tatkala dilayan umpama orang besar...berdarjat tinggi..huhu... senior je pon nak katanya.... di saat melangkahkan kaki ke majlis AGD ni...ditunjukkan tempat duduk... makanan sudah sedia terhidang di depan mata... ada tu pulak... diberi topi party untuk dipakai sempena malam tu...slide show sudah tersedia pasang. tinggal nak main jer... SubhanAllah...nikmatnye....nikmat... di akhirnya pulak...diberi cenderahati lagi...huuhh...

di sini, inginku relatekan dengan kenikmatan di dunia dengan kenikmatan di SYURGA nanti.. tidakkah segala-galanya di dunia ni teramat3 sedikit berbanding di akhirat sana??? tapi, itulah yang sering mengalpakan manusia daripada mengingati Tuan kepada nikmat tersebut... Firman Allah:
" maka, nikmat tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?"
(ar-Rahman : 16) Firman Allah lagi dalam surah Ali Imran : 14-15
" dijadikan terasa indah dalam pandangan manusia cinta terhadap apa yang diinginkan, berupa perempuan-perempuan, anak-anak, harta benda yang bertumpuk dalam bentuk emas dan perak, kuda pilihan, haiwan ternakan, dan sawah ladang. Itulah kesenanggan hidup di dunia dan di sisi Allah lah tempat kembali yang baik." " Katakanlah, mahukah aku khabarkan kepadamu apa yang lebih baik dari yang demikian itu? bagi orang-orang yang bertaqwa (tersedia) di sisi Tuhan mereka syurga-syurga yang engalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya, dan pasangan-pasangan yang suci, serta redha Allah. Dan Allah Maha Melihat hamba-hamba-Nya."


SubhanAllah.... seronok tatkala membaca ayat-ayat al-Quran yang menceritakan tentang keadaan dan nikmat syurga.. namun, hati ini tertanya-tanya.. ya Allah.. layakkah aku masuk ke syurga-Mu?? hati ini acapkali lalai... apakah ibadahku selama ini...iIKHLAS?? adakah diterima Allah?? itu belum dikira dengan DOSA-DOSA ku yang menggunung tinggi... Astaghfirullah... betapa kusedar, hinanya hamba ini.... tapi kenapa masih lagi tercalit rasa sombong diri daripada Tuhan Pemilik segala-galanya?? Allah.. Alangkah kotornya diri ini... berdiri di depan-Mu sahaja sebenarnya tidakku layak...
Sesungguhnya.. pintu TAUBAT Allah masih terbuka luas sebelum nyawa ditarik ke kerongkongan... Allah..kurniakan kami kesempatan untuk menghadap-Mu dalam keadaan yang "HUSNUL KHOTIMAH" yakni punyai kesudahan yang baik... AMIN.


*hanya gambar hiasan sahaja*

2.10.2009

Valentine's Day


HARI VALENTINE
mengikut sjrh dtg dri zaman pemerintah ratu isabella di sepanyol.... perkataan VALENTINE diambil sempena nama paderi besar kristian Saint Valentine,beliau amat disayangi oleh ratu isabella dan juga rakyat jelata kerana beliau berjaya menumpaskan kerajaan islam di cordava,sepanyol pada 14 feb(tarikh hari valentine) 270 masihi.
kejayaan beliau begitu bermakna bagi ratu isabella olh itu, 14 feb disambut setiap thun bagi merayakan kemenangan tersebut dengan menamakan hari valentine..
oleh itu,jikalau anda(umat islam) menyambut hari VALENTINE sama seperti anda gembira dengan menumpasan kerajaan islam di cordava..

HANYA ALLAH SAHAJA YG LAYAK DISEMBAH...

kita dan musuh


~RENDAH DIRI~

sahabatku berpesan, adakalanya, rendah diri ini perlu, adakalanya tidak..
perlu tatkala di hadapan Allah...
dalam masa yang sama, apabila kita merasa rendah diri, kita akan nampak kelemahan kita..

RENDAH DIRI ini.. boleh membakar SEMANGAT DIRI kita andainya mempergunakannya pada tempat yang salah..

Adakalanya.. kita mesti rasa akan YAKIN PADA DIRI.
aku agak kecewa tatkala melihat diriku dan sahabat2kumerasa begitu rendah diri dalam pelbagai aspek..
tahukah diri ini.. dan kalian semua.. pihak kuffar begitu berbangga dengan apa yang mereka ada dan merasa yakin akan potensi mereka demi untuk MELAWAN ISLAM!!

Kenapa begitu sekali umat Islam kini???
tidak mahu menangkah kita???

Peringatan untuk diri ini yang sering merasa rendah diri di kalangan orang lain yang hebat2...

Wallahua'alam
**nak g kelas**

HATI ini masih LEMAH


seakan-akan nasi di polisterin tak punya apa-apa makna... kusuap demi suap ke mulut.... umpamanya tak punya rasa...
sudah lah....aku tak selera. aku dah kenyang. lantas kututup bekas polisterin lantas kubuang nya jauh2 ke dalam tong sampah.

Allah.. perlukah aku memikirkan hal ini dalam2???
ramai berpesan.. hanya tinggal 2, 3 minggu je lagi... bersabarlah.. bertahanlah..
sedihnya ya Allah.. seakannya dalam tempoh 2,3 minggu ini sahaja nilai ukhwah kita.. selepas ni... aku terlepas.. bebas dengan sebarang ikatan..
apakah selepas ni.. kita bukan sahabat lagi?? sudah tidak bersama-sama lagi buat kerja selepas ni??

hati ini bercelaru.. banyak nyer tetiba pelbagai konflik diri yang timbul... kenapa mestiku yang mengungkitnya?? kenapa mestiku membangkitkannya??? kenapa aku buat semua ni dalam masa ini???

Seakannya tiada yang memahami...
namun, mestikah manusia yang memahamiku???
Allah.. hambaMu ini terlepas pandang akanMu.. aku tahu.. aku bisa peroleh tenangnya hati melalui jalan ini jika kukuhnya hubunganku denganMu...
Astaghfirullah..

Meskipun begitu.. hidupku ini bersama-sama dengan manusia juga.. apalah ertinya andai di sekelilingku.. ada yang memendam rasa tidak elok padaku..meskipun, masing2 sudah maaf-memaafkan.. tapi,..aku yang memulakannya.. itulah yang membuatkan ku terfikir-fikir... aku tahu.. tak perlu untukku memikirkannya sangat kerna tiada kepentingannya di situ... tapi.. apakan dayaku.. minda ini sering teringat-ingat hal itu..

inilah sebenarnya tarbiyah hati dari Allah...Allah sedang mengajarku sekarang.. bagaimana aku menghadapinya??? menyelesaikannya???
Aku sedang mengumpulkan kekuatan.. kerna kutahu.. selepas ini, pelbagai ujian akan menimpaku..
dalam menghadapi ujian.. HATI MESTI KUAT!!!

Wallahua'lam..
asif dalam segala tutur bicara..tindak tanduk..dan sebagainya..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...