4.15.2009

One Malaysia =/=PAS 4 ALL

ONE MALAYSIA =/= PAS 4 ALL


Kata Tok Guru Nik Aziz pada suatu ceramah semasa di Bukit Gantang...
Najib nak laksanakan One Malaysia.. kenapa baru sekarang??? sedangkan PAS dah mulakan dulu. "PAS 4 ALL"

ONE MALAYSIA
Pasti orang UMNO orang pertama yang akan membantah slogan ini, kerana mereka hanya mementingkan hal-hal MELAYU sahaja. tak gitu???

Apa yang ada pada Melayu??
Naiknya Melayu kerana Islam.
Andai ditinggalkan, apa yang ada???

Wallahua'lam.

4.14.2009

Duri Dalam daging UMNO

Bismillah..

dah lama kukira tak mencoretkan lakaran qalam yg berawang-awang di minda..

Inginku berkongsi sedikit pengalaman sepanjang kuturun ke po59 yg lepas... suatu pengalaman yg memberi byk pengajaran. "DURI DALAM DAGING"
agak menyampah tatkala melihat makcik2 dan beia2 UMNO melintas dihadapanku dengan payung UMNO, bendera dan sebagainya... tapi, kusorok perasaan tersebut dengan... " Assalamu'alaikum makcik... dah makan???" huhu... bajet baik arr... Sesekali...makcik tu berhenti di hadapanku, lantas, kubersembang sedikit sebanyak dengannya.. apa yang dapat kupetik secara kasarnya daripada persembanganku dengan makcik-makcik UMNO ni,makcik2 ni bertugas je, ada duit orang nak bagi, amik je kan... buat kerja.. tapi, di sebaliknya.. pandailah mereka menilai mana yang baik dan buruk, terutamanya masa mengundi nanti.. hua3... aku tergelak kecil dalam hati... Alhamdulillah... kubangga punyai petugas begitu dalam UMNO.. mabruk2 UMNO! kau telah ajar apa itu WANG di mata petugasmu... Namun, mereka tetap punya AKAL!!!

4.04.2009

Peristiwa perang Hunain

sumber: Darul Numan

Sudah merupakan kebiasaan Nabi, bilamana baginda menaklukkan suatu wilayah, secara peribadi baginda mempelajari keadaan politik dan agama penduduknya selama baginda tinggal di situ. Sebelum meninggalkan tempat itu, baginda melantik orang-orang yang sesuai untuk berbagai jawatan. Alasannya ialah bahawa orang-orang di wilayah itu, yang mengenali sistem lama yang batil, tidak mengenali sistem Islam yang menggantikannya. Islam adalah suatu sistem sosial, moral, politik, dan agama, yang hukum-hukumnya berasal dari wahyu.
Untuk mengenalkan hukum-hukum ini kepada manusia serta penerapannya dalam praktik diperlukan orang yang cekap, cerdas dan berpengetahuan. Ia harus mampu mengajarkan kepada mereka prinsip-prinsip Islam yang benar secara bijak, dan harus pula menerapkan sistem Islam di tengah-tengah mereka
Ketika Nabi memutuskan hendak berangkat dari Makkah menuju wilayah suku Hawazin dan Tsaqif, baginda melantik Mu’az bin Jabal sebagai guru dan mengajari umat, dan mengamanatkan pemerintahan kota itu dan imam masjid kepada ‘Atab bin Usaid yang cekap. Setelah tinggal di Makkah selama lima belas hari, Nabi berangkat menuju daerah suku Hawazin.

Tentera yang Tiada Tandingan
Pada saat itu ada 12,000 tentera di bawah panji Nabi. Dari jumlah itu, 10,000 orang menyertainya dari Madinah dalam pembebasan Makkah, sedang yang 2,000 berasal dari kaum Quraisy Makkah yang baru masuk Islam, dengan Abu Sufyan sebagai pemimpinnya.
Di masa itu, tentera sebesar itu hampir tak pernah ada di Tanah Arab. Namun, justeru kekuatan jumlah mereka inilah yang menjadi penyebab kekalahan awal mereka. Sebabnya, berlainan dengan di masa lalu, sekarang mereka membanggakan diri kerana jumlahnya yang besar. Akibatnya, mereka mengabaikan taktik dan prinsip-prinsip perang.
Ketika para sahabat melihat jumlah tentera yang besar itu ada di antara mereka yang berkata, “Sama sekali kita tak akan kalah, kerana jumlah tentera kita jauh lebih besar daripada musuh.” Namun, ia tidak menyedari bahawa keunggulan jumlah bukanlah satu-satunya faktor penentu kemenangan, dan sesungguhnya faktor itu malah kurang penting.
Al-Quran sendiri menyebutkan hal ini yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah telah menolong kamu (hai para mukmin) di medan peperangan yang banyak, dan (ingatlah) peperangan Hunain, iaitu di waktu kamu menjadi bongkak kerana banyaknya jumlahmu, maka jumlah yang banyak itu tidak memberi manfaat kepadamu sedikitpun, dan bumi yang luas ini telah terasa sempit olehmu, kemudian kamu lari ke belakang dengan bercerai-berai.”
(Al Qasas : 85)


Mencari Maklumat
Setelah pembebasan Makkah, api perlawanan menyala di daerah-daerah kediaman suku Hawazin dan Tsaqif. Mereka menjalin hubungan khusus di antara mereka. Mata rantai penghubung di antara mereka ialah seorang lelaki gemar berperang yang bernama Malik bin ‘Aufan Nasri. Hasil dari persekutuan mereka, sebelum tentera Islam sempat memberi perhatian kepada mereka, mereka sendiri telah datang menghadapi tentera Islam. Akibatnya, sebelum kaum Muslimin bergerak, mereka menyerang dengan keras melalui suatu taktik tentera. Mereka juga telah memilih seorang lelaki gagah berani berusia tiga puluh tahun untuk bertindak sebagai komando perang.
Selain dari kedua-dua suku di atas, suku Bani Hilal, Nasar, dan Jasyam juga ikut serta dalam pertempuran ini, dan semuanya menjelma sebagai pasukan pemukul yang padu.
Sesuai perintah panglima tertingginya, semua yang ikut dalam pertempuran itu menempatkan kaum wanita, anak-anak, dan hartanya dibelakang tentera. Ketika ditanya tentang alasan keputusannya itu, Malik, sang panglima mengatakan, “Kaum lelaki ini akan tetap teguh dalam pertempuran untuk melindungi keluarga dan hartanya dan sama sekali tak akan berfikir untuk melarikan diri atau mundur.”
Ketika Duraid bin Sammah, pejuang tua yang berpengalaman, mendengar ratapan kaum wanita dan anak-anak, ia mengecam Malik. Ia memandang tindakan Malik itu salah dari sisi prinsip perang, ia berkata kepada Malik, ”Dengan tindakan ini, apabila nanti kamu dikalahkan maka kamu akan menyerahkan semua wanita dan harta kamu kepada tentera Islam secara borong.”
Malik tidak mempedulikan kata-kata tentera berpengalaman itu. Ia mengatakan, “Kamu telah menjadi tua dan telah kehilangan kebijaksanaan dan pengetahuan tentang taktik berperang.” Peristiwa kemudian membuktikan bahawa orang tua itu benar. Kehadiran wanita dan anak-anak di medan perang, di mana orang harus menyerang dan lari, ternyata tak berguna, bahkan hanya mempersulit dan menghalangi gerak tentera.
Nabi mengutus Abdullah al-Aslami secara rahsia untuk menghimpun maklumat tentang peralatan, niat, dan rancangan gerakan musuh. Ia berkeliling di seluruh tentera musuh itu sambil mengumpulkan maklumat yang diperlukan, untuk kemudian menyampaikannya kepada Nabi. Sebaliknya, Malik juga mengirim tiga orang perisik kepada kaum Muslimin secara khusus untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan. Namun, mereka malah kembali kepada Malik dengan hati penuh takjub dan takut.
Panglima pasukan musuh itu memutuskan untuk menambah bilangan tentera dan berusaha mengatasi kelemahan moral tenteranya dengan tipu daya yang licik, yakni dengan melakukan serangan mengejut dan menimbulkan kekacauan di kalangan tentera Islam, agar tentera Islam porak-peranda.Untuk mencapai tujuan itu, Malik berkhemah di hujung lembah yang mengarah ke wilayah Hunain.
Kemudian ia memerintahkan semua tenteranya bersembunyi di sebalik batu-batu dan celah-celah bukit tinggi di sekitar lembah itu. Begitu tentera Islam tiba di lembah yang dalam dan panjang itu, mereka semua harus keluar dari tempat persembunyiannya lalu menyerang kesatuan-kesatuan tentera Islam dengan panah dan batu. Setelah itu, suatu kelompok khusus harus turun dari perbukitan secara teratur dan menyerang kaum Muslimin dengan pedang di bawah perlindungan pasukan pemanah.

Serangan Mengejut
Nabi menyedari kekuatan dan strategi musuh. Oleh itu, sebelum meninggalkan Makkah, baginda memanggil Shafwan bin Umayyah, lalu meminjam seratus baju perang sambil menjamin pengembaliannya. Baginda sendiri memakai dua baju perang dan pelindung kepala. Sambil menunggang keldai putih yang telah dihadiahkan kepadanya, baginda bergerak maju bersama tentera Islam.
Tentera Islam beristirehat malam hari dimulut lembah tadi. Sebelum fajar sepenuhnya muncul, pasukan Muslim dari suku Bani Salim tiba di jalur Lembah Hunain di bawah komando Khalid bin Walid. Ketika sebahagian besar tentera Islam masih di dalam lembah itu, tiba-tiba terdengar bunyi riuh desiran panah dan teriakan ramai pasukan musuh yang sebelumnya telah duduk menghadang di sebalik batu-batu. Ini menciptakan kegemparan luar biasa di kalangan kaum Muslimin.
Panah menghujani mereka, dan sekelompok musuh menyerang di bawah lindungan para pemanahnya. Serangan mengejut ini menyebabkan kaum Muslimin bertempiaran dan mereka segera mencari perlindungan. Kekacauan dan perpecahan pun timbul. Perkembangan ini sangat menggembirakan kaum munafik yang ada di antara tentera Islam. Sebahagian berkata, “Kaum Muslimin akan melarikan diri hingga ke pesisir laut.” Seorang munafik lain mengatakan, “Sihir telah terlawan.” Yang lain bertekad untuk menghabisi Islam dalam keadaan kacau itu dengan membunuh Nabi untuk menghancurkan keimanan kepada Allah Yang Maha Esa dan kenabian Islam sekaligus.

Ketabahan Nabi dan Sahabat
Nabi sangat terganggu oleh larinya para tentera yang merupakan penyebab utama segala kegemparan dan kekacauan itu. Baginda merasa bahawa apabila keadaan itu dibiarkan, walaupun hanya sebentar, jalannya sejarah mungkin menjadi lain; pasukan syirik akan menghancurkan tentera tauhid.
Oleh itu, sambil menunggang keldainya, baginda berseru dengan suara nyaring, “Hai pembela Allah dan Nabi-Nya! Aku hamba Allah dan Nabi-Nya.” Baginda mengucapkan kalimat ini lalu memalingkan keldainya ke medan pertempuran yang telah diduduki tentera Malik. Sekelompok orang siap berkorban, seperti Ali, Abbas, Fadhal bin Abbas, Usamah, dan Abu Sufyan bin Harits, yang tak sudi membiarkan Nabi sendirian tanpa perlindungan, juga maju bersama Nabi.
Nabi meminta Abbas, bapa saudaranya, yang suaranya amat keras, untuk memanggil kembali kaum Muslimin yang bertempiaran, “Hai Ansar yang menolong Nabi-Nya! Hai kaum yang membai’at Nabi di bawah pohon syurga! Kemana kamu akan pergi? Nabi berada di sini!” Kata-kata Abbas sampai ke telinga kaum Muslimin dan merangsang semangat dan ghairah keagamaan mereka. Mereka semua segera menyambut dengan mengatakan, “Labbaik! Labbaik!” Lalu kembali dengan gagah berani bersama-sama Nabi.
Seruan Abbas yang berulang-ulang, yang memberi khabar gembira tentang keselamatan Nabi, membuat orang-orang yang bertempiaran itu kembali kepada Nabi dengan rasa penyesalan dan mengatur lagi barisannya. Sesuai dengan perintah Nabi, dan untuk menghapus noda malu kerana melarikan diri itu, kaum Muslimin melakukan suatu serangan umum. Dan dalam waktu sangat singkat, mereka berhasil memukul musuh mundur atau melarikan diri. Untuk memberi semangat kepada kaum Muslimin, Nabi mengatakan, “Saya Nabi Allah dan tak pernah berdusta, dan Allah telah menjanjikan kemenangan kepada saya.”
Taktik perang ini berhasil membuat para pejuang Hawazin dan Tsaqif melarikan diri ke wilayah Autas dan Nakhlah dan ke benteng Tha’if, dengan meninggalkan kaum wanita dan harta mereka serta tenteranya yang mati di medan pertempuran.

4.03.2009

In-Team- Allahu Rabbi


Maklumat Produk
Inteam kembali lagi dengan album terbaru berjudul Allahu Rabbi. Atas permintaan ramai, album istimewa ini turut menampilkan Suhaimi dan Hisyam yang merupakan anggota asal kumpulan Inteam. Terdapat 10 buah lagu yang pasti hits iaitu:

01 Allahu Rabbi
02 Hamzah Asadullah
03 Hanya Takdir (dedikasi untuk Palestin)
04 Dia Muhammad
05 Kepastian
06 Kemuliaan Al Quran
07 Asy Syafie (duet bersama Ustaz Tahassan) 08 Redha
09 Asma Allah
10 Kasih Sayang (duet bersama Ustaz Asri Rabbani)

DAPATKAN CD INTEAM - ALLAHU RABBI DENGAN HARGA ISTIMEWA BERSERTA AUTOGRAF EKSKLUSIF BAGI PEMBELI 100 UNIT TERAWAL HANYA DI INTEAM MOBILE ONLINE MALL. SILA BUAT TEMPAHAN SEKARANG!

4.02.2009

Ku tahu Jawapannya

Bismillahirrahmanirrahim

Sedikit perkongsian pengalaman yang inginku kongsikan bersama dengan sahabat2 pelayar sekalian.

Postings sebelumku agak sudah terjawab sedikit sebanyak selepas aku turun ke P059.

Mengapa masih ada lagi orang-orang yang menyokong UMNO meskipun mereka tahu banyak corruption yang berlaku dalam tu.

Antaranya,


-Mereka terhutang budi sama itu Kerajaan yang bagi tanah untuk mereka dirikan rumah. Atas tanah tu la mereka hidup.
>>> aku terbaca dalam Harakah keluaran terbaru buat masa itu, yang mana baru diharamkan, jangan rasa terhutang budi, kerana ini sememangnya AMANAH & TANGGUNGJAWAB Kerajaan untuk berikan tanah pada rakyatnya untuk hidup... Kalau tak dipersoalkan sekarang, di Akhirat kelak di hadapan Allah. jadi, jangan gunakan isu budi dalam hal ni.


-sudah tawar hati untuk mengundi PAS kerana sudah bergabung dengan cina, india. tatkala pemimpin mereka berucap, mereka(non-muslim) memberi salam dan sebagainya( yang berkaitan dengan kalimah2 Arab) umpamanya mempermainkan Agama Islam.
>>> Ini masalahnya orang yang tidak luaskan pandangan dan pembacaan. Ini adalah salah 1 method dakwah sebenarnya, dalam masa yang sama ini adalah Tahaaluf Siasi.Juga untuk menjaga kebajikan rakyat.

banyak lagi isu-isu yang dimainkan demi memperoleh undian para pengundi.
Hari pertamaku turun ke kampung yang mempunyai ramai penyokong dan pendokong UMNO.
Aku terasa seperti sambutan penduduk Thoif terhadap Rasulullah s.a.w ketika Baginda datang ke negeri itu untuk berdakwah. Bagaimana Rasulullah s.a.w dicaci, diherdik, dihina, dilempar batu sehingga luka-luka.
Meskipun begitu, cubaan dan ujian yang Rasulullah s.a.w. alami amat-amatlah jauh tolok tandingnya nak dibandingkan dengan ujian dan cabaran yang kuhadapi.
Ya Rasulullah, kuatnya kau menghadapi ujian ini demi menyampaikan Risalah Allah ini.

Malu sebenarnya tatkala aku melihat akhlak-akhlak para penyokong pihak sana, tambah-tambah mereka ini rata-rata boleh untukku gelarkan sebagai "pakcik", terjerit-jerit, mengherdik-herdik tak tentu pasal... Allahu Rabbi... Perlu ke??
Ada pulak tu, nak bersalam secara baik pun ditolak, datang-datang terus sahaja disambut dengan keadaan yang marah-marah, herdikan dan sebagainya...
Kalau ye pon, tolaklah secara baik... tak perlu lakukan begitu.
Tak apalah... ni adalah ujian dan cabaran yang Allah nak bagi kepada kami.

Inginku ingatkan, kita mungkin nampak suasana menyebelahi PR, namun, apabila turun padang, buat sedikit sebanyak culaan, seumpamanya, ia tidak menggambarkan sedemikian.
Maka, di sini pentingnya pergantungan para penyokong dan pendokong kepada Allah. Jangan lupa untuk memohon dan bermunajat kepada Allah untuk kemenangan PR dalam pilihanraya ini.

Akhir kalam, aku ingin memetik kata-kata Allayarham Ustaz Dato' Haji Fadzil Mohd Noor dalam ucapan dasar Muktamar Tahunan PAS ke-44,
" Kita sekarang ini sedang bergerak dengan penuh yakin membawa misi dan visi menuju ke arah membebas dan menyelamatkan ummah. Dengan paras ketaatan yang tinggi, insya-Allah, kita akan mencapai kemenangan.
Firman Allah:
" Allah akan menolong sesiapa yang menolong (agama-Nya). Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa."
(al-Hajj: 40)

Wallahua'lam.


3.27.2009

Sebentar deh...


Iinsya-Allah, buat beberapa hari ini, aku akan berkampung dan berkempen di Bukit Gantang. Mungkin akan ada lagi saudara anonymous yang akan mempertikaikan itu ini.... Jawapannya, ikuti pesananku dalam posting 'menJaWaB'.

Doakan kemenangan PAS di sana.

Pakat2 ramai turun beri sokongan dan turut sama berkempen demi perjuangan Islam.

bak kata bakal mantan Presiden UMNO, " Hidup Melayu!!"
tapi, dalam perjuangan PAS ini, xmain la laungan2 tu... apa yang ada???

" HIDUP ISLAM!!!" itulah yang sepatutnya kerana janji Allah, Islam itu kekal hingga ke akhirnya... dan Islam itu pasti akan MENANG!

TAKBIR!!! ALLAHUAKBAR!


Wallahua'lam.

3.26.2009

menJaWaB


Bismillahirrahmanirrahim



Semoga Allah menggolongkan kita di kalangan hamba-hamba-Nya yang diberi TAUFIQ & HIDAYAH- Nya.. Amin.




Demi menjawab persoalan yang ditimbulkan oleh saudara anonymous,


-apakah dalam PAS tidak punya corruption?


kalau ada corruption, SPRM ada, dulu BPR, tambah2 PAS, mesti meletup




-adakah tanpa UMNO, Malaysia TIDAK MUNGKIN mencapai kemerdekaan??


yg kita dapat kemerdekaan, adalah hasil perjuangan Ulamak PAS yg tidak mahu tunduk di bawah pemerintahan Inggeris yg tidak Islam. Pembawakan PAS ini dari dulu hingga kini sama shj, iaitu mahu daulatkan Islam...berperit halau British untuk nak daulatkan Islam, maka beberapa buah negeri yg kuat pegangan Islam bermatian menghalau British, dan berjaya halau British..alih2 UMNO ni setuju nak merdeka dgn perlembagaan Lord Reid.


Inilah pukulan kekalahan UMNO.




-apakah PAS tidak boleh membangunkan negara?.


Bagilah PAS perintah, boleh bangun negara lebih baik dari UMNO.


Banyak yg PAS cadang telah dilaksanakan oleh PAS dan Kerajaan BN meniru dlm senyap. Kalau tengok yg baik2 Kerajaan announce...itu semua desakan PAS.


cth: penurunan harga minyak. Cuti Sabtu Ahad /Jumaat Sabtu , PAS Kelantan mulakan.




Banyak benda yg PAS buat lebih awal...UMNO selamanya lambat nak faham...




yg lain2 tu, x ingat apa soalannya




********************




ini adalah hasil drpd pengkajian dan fakta sejarah.. yang memang telah diakui. Maaflah Saudara anonymous...nampaknya saudara tak membaca dari dulu, kerana hal-hal ni dah lama dulu terbongkar.... atau tidak banyak keluasan bahan yg dibaca.




Rasanya tidak perlu panjang bicara, saudara gunakan aqal guna mencari fakta yg benar... gunakan masa guna mengkaji sejarah kemerdekaan dari sumber yg sohih


gunakan tenaga bagi menggali ilmu dan pembelajaran


gunakan wang untuk berbakti kpd Islam


gunakan sumber maklumat yg sohih untuk memandaikan diri.




gunakan waktu-waktu mlm untuk mohon Allah sayangi diri saudara. mohon petunjuk Allah agar saudara mendapat kebenaran yg hakiki.




Itu antara pesanan saya. Kalau inipun saudara fikir salah, baik gali lubang kubur dan mohon keampunan Allah.

3.23.2009

Politik Wang & UMNO

Bismillahirrahmanirrahim..
Kulihat kini, UMNO bagaikan tiada harapan untuk menang dalam pilihan raya... semua rakyat Malaysia dah tahu tentang sikap terkutuk mereka samada dalam parti mahupun di luar parti.. yang mana, RASUAH merupakan sebahagian daripada darah daging mereka.

tatkala kutonton berita, Ya Allah...malu benor aku tengok beberapa pimpinan UMNO ditangkap kerana dikaitkan dengan tuduhan RASUAH.. Lantaran itu, ada yang diberi amaran dan ada yang dilarang untuk bertanding dalam pemilihan sebagai pimpinan dalam Perhimpunan Agung UMNO pada 24 mac 2009.

Terfikir aku...bagaimana mereka puak-puak UMNO ni nak mentadbir parti ini, ramai yang mengamalkan amalan KOTOR ini sebagai salah 1 taktik bagi mendapatkan jawatan dalam parti ni. Apa yang ada pada jawatan dalam parti UMNO ni?? Pastinya, nama dan harta sudah menunggu di depan.. hmm.. adakah sebenarnya,punyai niat mulia di sebalik itu??? apakah mungkin ada yang ingin menegakkan kebenaran di tengah-tengah kebatilan??? Wallahua'lam.

Kalau nak dibandingkan dengan PAS, memang jauh langit dan bumi...

aku masih pelik...kenapa UMNO masih lagi punyai penyokong sedangkan semua tahu parti ini banyak mengamalkan salahlaku dan penyelewengan... sedangkan PAS begitu telus dalam memperjuangkan perjuangan Rasulullah s.a.w demi menegakkan Islam tercinta...

Semoga Allah membuka mata hati kalian.

Pilihan~ yang mana 1 ??

manakah akanku pilih??


Pengajian pondok di Kelantan

pengajian pondok di Baitul Qura'

kempen di Bukit Gantang

pergi cfs IIUM Nilai dan bermalam di situ

Halaqah Online- silibus Kitab pondok, lantas merealitikannya di dunia sebenar,buat di UKM.

cari kerja

dok rumah buat kerja-kerja rumah.


ke mana?? yang mana??

kalau boleh, aku nak SEMUA.tapi,agak mustahil.. semuanya akan berlangsung dalam tempoh2 yang terdekat. Keizinan umi abah lagi... aku ni pandai2 je nak buat keputusan sendiri... tak minta permission umi abah... Last2, bila ditanya, umi jawab.. dok rumah jelah..cuti2 ni la masanya nak duduk kat rumah.. hua..penat je merancang..

akanku usaha untuk mencari mana sebenarnya yang terbaik...

Ya Allah.. lorongi aku, yang mana adalah yang terbaik untukku pilih, dan cara yang terbaik untuk mendapatkannya dan melaksanakannya serta dipelihara daripada sebarang musibah dan perkara keji dan mungkar..



kerna ku tahu..sesungguhnya IMAN itu, yazid wa yanqus...yakni bertambah dan berkurang..

Aku mesti mengisinya dengan makanan-makanan rohani...

Makanya, sebab itulah aku merancang aktiviti-aktiviti di atas...

Namun, tidakku tahu, apakah akan tercapai impian dan apakah terlaksana apa yang ku rancang... Wallahua'lam.


Muslimat Dan Perjuangan

Bismillahirrahmanirrahim

tergesa-gesa kubersiap..nak ikut umi pergi Pejabat Agong PAS Pusat di Jalan Raja Laut.
Ya, apa tidaknya.. umi kata Dewan Muslimat Pusat menganjurkan (lebih kurang) wacana bersama isteri asy-Syahid Abdullah Aziz Rantisi yang merupakan pimpinan HAMAS yang telah syahid pada April 2004.

Apa yang mengagumkan, di saat berita mengenai pemergian asy-syahid syeikh Abdullah Azizi Rantisi digemparkan, isterinya ditanya oleh pemberita apakah perasaannya tatkala itu.. Beliau mengatakan bahawa beliau begitu terkilan... kerana apa??? kerana tak dapat SYAHID bersama-sama dengan suaminya.. kerana ketika suaminya hidup, beliau berkata mereka akan bersama-sama berjuang sehingga syahid.

SubhanAllah... Aku kagum mendengarnya.

Kini, aku berdepan dengan muslimat tersebut.. Pn Raiya..(xsilap)
begitu mesra ketika disambut oleh para muslimat yang hadir.. katanya, beliau bersama rombongannya baru pulang daripada perjumpaan bersama muslimat JIM. dan dengar kata lagi, pagi tu, bersama Aman Malaysia, masuk dalam tv9 kot..
huh...memang sibuk sungguh...

aku berusaha mendapatkan tempat di hadapan untuk mendapatkan zouq jihad tu...
berusaha untuk memahami Bahasa Arabnya... tapi, sapela aku... faham sikit2 je.. Alhamdulillah kak Fitri dijemput sebagai penterjemah dalam majlis tu.. faham dan sampai jugakla roh perjuangan tu pada diriku... insya-Allah.

Kini, terbuka mataku... muslimat begitu penting dalam perjuangan Islam. bukan semata pembantu, atau sayap kiri muslimin sahaja..
Muslimat juga merupakan one of the most important part in this 'perjuangan'.

Banyak yang kupelajari daripada ucapannya yang penuh bersemangat..
inginku kongsikan bersama kalian duhai pelayar yang budiman.. khususnya para muslimat agar bersama-sama kita merasai roh perjuangan untuk menegakkan Islam yang tercinta...


"Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.Segala pujian dipanjatkan kepada Allah swt dan solawat serta salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw.
Saya rasa begitu gembira dan rasa begitu dimuliakan atas jemputan dan sambutan kalian pada hari ini.Saya berdoa semoga Allah memberi kita peluang untuk menjejakkan kaki di bumi Aqsa dan sentiasa berada dalam lembayung rahmatNya.


Sebentar tadi,Timbalan Muslimat PAS telah menyentuh berkenaan Palestin,penderitaan yang kami lalui dan ingin mengetahui bentuk sumbangan apakah yang wajar dihulurkan oleh anda selain kewangan serta tidak lupa menyebut nama beberapa orang daripada syuhadak Palestin yang wajar ditauladani seperti Ummu Nidal,Fatimah An-Najjar dan Ukht Nusyaibah.
Namun,saya merasakan wanita pejuang Islam pada zaman dakwah Rasulullah SAW adalah lebih layak dijadikan suri tauladan oleh kita melihat kepada pengorbanan yang mereka curahkan untuk Islam.Antaranya adalah:

1) Sumayyah bintu Khoiyat
Beliau begitu tabah dan thabat mempertahankan kesucian kalimah tauhid لااله الاالله walaupun diseksa oleh musyrikin dan akhirnya mendapat martabah syahid di disisi Allah SWT sehingga Rasullah SAW sentiasa memuji-muji kesabaran yang ditonjolkan oleh Sumayyah dan keluarganya dengan mengungkapkan"صبران ال يسير" yang bermakna bersabarlah seperti keluarga Yaser.


2) Asma bintu Abu Bakar
Beliau telah diamanahkan oleh Rasulullah SAW untuk membawa makanan ke gua Tsur iaitu tempat persembunyian baginda dan Abu Bakar ketika peristiwa hijrah.Baginda sempat berpesan kepada Asma agar tidak sekali-kali membocorkan rahsia lokasi persembunyian baginda kepada sesiapapun.Dengan keikhlasan hati,Asma telah sanggup memikul tanggungjawab yang sungguh berat ini meskipun mengetahui risiko yang begitu tinggi menanti beliau.Beliau telah diberi keberanian oleh Allah untuk mempertahanhan rahsia meskipun ditampar oleh orang musyrikin ketika disoal siasat.


3)
Ummu Amarah
Nama sebenar beliau adalah Nusaibah bintu Ka'ab.Meskipun seorang wanita,beliau tidak ragu-ragu meminta izin daripada Nabi Muhammad SAW untuk turut sama menghunus pedang bersama kaum lelaki lain di medan perang demi membela Nabi Muhammad SAW dan perjuangan Islam.Nabi tidak mensia-siakan semangat yang ditonjolkan oleh beliau,jauh sekali untuk mengatakan,"Tempat perempuan hanyalah di rumah sahaja."Sebaliknya, Nabi Muhammad SAW telah memberikan kata perangsang dan motivasi kepada beliau.Ini membuktikan bahawa wanita juga tidak diperkecilkan dari menyahut tuntutan jihad fi sabilillah di dalam Islam.


4) Rufaidah Islamiyah
Beliau telah merawat para mujahid yang cedera ketika berperang di jalan Allah sehingga dinobatkan sebagai doktor pertama dalam Islam.

5)
Ummu Salamah
Ummu Salamah telah memberi cadangan yang bernas sebagai jalan keluar kepada Nabi Muhammad SAW dalam Peristiwa Hudaibiah ketika sahabat tidak bersetuju untuk kembali ke Madinah dan mengerjakan haji pada tahun berikutnya.


6) Khansa'
Beliau merupakan ibu yang telah menyuntik semangat jihad kepada kesemua anak beliau untuk terjun ke medan perang.Akhirnya,kesemua putera beliau mendapat syahid di sisi Allah.

Inilah barisan pejuang Allah di kalangan wanita yang sepatutnya kita hayati dan tauladani segala jerit-perih mereka dalam mempertahankan agama Allah SWT.Kami wanita Palestin pula menerima tarbiyah langsung daripada Assyahid Syeikh Ahmad Yasin.Memetik kalam beliau,
"Didiklah kaum wanita dengan thaqafah islamiyah.Maka dia akan mendapat syahid.Didiklah meraka melakukan gerakkerja Islam serta menceburi pelbagai skop kerjaya meskipun menjadi seorang guru,doktor,jurutera dan lain-lain"

Kami telah dilatih dengan tarbiyah Islam sejak 20 tahun lalu.Ada yang menyangka kami wanita Palestin menjadi kuat dan tabah hanya setelah diuji.Seandainya tiada peperangan berlaku di Palestin,nescaya kami tidak setabah ini.Saya menyangkal dakwaan ini kerana sebelum Palestin ditimpa musibah peperangan senjata lagi,kami terlebih dahulu diuji dengan perang saraf dari pihak luar.

Tetapi apa yang menguatkan kami adalah kerana menghayati firman Allah yang menyentuh tentang pertentangan di antara yang hak dan yang batil:

1) Ayat yang menjelaskan kebatilan,
يريدون ليطفئوا نورالله بافواههم والله متم نوره ولوكره الكافرون""
"Mereka sentiasa berusaha hendak memadamkan cahaya Allah (agama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tetap menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian)." (As-Sof: 8)

2) Ayat yang menjelaskan yang hak
وارسل رسوله بالهدى ودين الحق ليظهره على الدين كله ولوكره المشركون""
"Dia lah yang telah mengutus RasulNya (Muhammad s.a.w) dengan membawa hidayah petunjuk dan agama yang benar (agama Islam), supaya Ia memenangkannya dan meninggikannya atas segala agama yang lain, walaupun orang-orang musyrik tidak menyukainya." (As-Sof:9 )

Sesungguhnya Rasulullah SAW telah menyampaikan risalah Allah kepada kita dengan memperjelaskan pertentangan ketara di antara yang hak dan batil.Kita sebagai umat Islam seharusnya menzahirkan Islam itu dalam diri dan mencerminkan Islam pada perlakuan.Kita wajib berpegang dengan kuat kepada ajaran Islam untuk mendepani ujian getir dan cabaran.Janganlah kita hanya bercita-cita meraih redha orang-orang kafir laknatullah."


Alhamdulillah...tu baru sikit yang diucapkannya.. panjang lagi.. kalau ada kesempatan masa dan mood, insya-Allah akanku post kan dalam ni..Wallahua'lam..

** syukran buat kak Fitri atas terjemahannya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...