
(mungkin agak terlambat..tapi, aku nak jugak post)
Aku mengagumi mereka.. tanpa mereka..siapalah aku di dunia... aku pastinya menjadi insan yang tak berguna andainya mereka tidak wujud dalam kamus kehidupanku...
Bermula saat kelahiranku... sehingga saat aku menghirup dan menghembus nafas ketika ini... hidupku diterangi Ilmu yg diajarkan oleh guru-guru ini...
Sungguh...menjadi guru amat2 payah... memang menguji kesabaran..
Kadang-kala aku sendiri menjadi letih melihat susah payah guru-guru ini dalam mengajar anak muridnya hatta untuk mengenal 1 huruf sekalipun.
Aku yang seketika cuma pernah menjadi guru...mengajar anak-anak kecil mengaji, membetulkan andai ada yang tersalah...cukup2 menguji kesabaranku... ada yang merengek... ada pulak yang asyik2 bertanya itu ini..rimas jadinya... ada pulak yang tak betul-betul bacaannya...
Masya-Allah...inilah sebenarnya tugas guru... besar yang amat pahalanya andai ilmu yang diajarkan itu benar dan diamalkan oleh anak murid... dan itulah juga yang menjadi salah satu bekalan yang sentiasa berjalan apabila guru tersebut sudah tiada di dunia ini.
Teringat aku pada di zaman sekolah rendah...ketika darjah 5-darjah 6...
Asifah..aku tidak berapa ingat nama ustazah apa..tapi, Ustazah ini, amat-amat aku terhutang budi padanya dalam mengajarku Bahasa Arab...aku pernah di cubit dengan agak kuat oleh ustazah tatkala tersalah tasmi' hukum2 nahu...fi'il dan sebagainya...
Dan Ustazah memang agak strict kalau ada pelajar-pelajarnya yang buat kesalahan.
Alhamdulillah, hasilnya... meskipun aku menyambung persekolahan menengah ku di sekolah menengah biasa, Subjek Bahasa Arab mudah untukku faham dan score.( bukan nak berlagak...just nak berkongsi)
Sehingga...hatta tatkala menyambung pengajian di UIA, yang mana pada awal-awalnya, aku merasakan begitu rendah diri kerana aku bakal bercampur dengan budak-budak sekolah Arab.. tapi, tekaanku meleset... Alhamdulillah, berkat daripada Allah, aku tidak ketinggalan dalam subjek Arab ni. Syukran Ustazah.
Itu hanya satu perkongsian pengalaman dalam menimba Ilmu.. Ramai lagi guru-guru yang kuterhutang budi pada mereka.
Teringat aku pada pesanan kak Sylati padaku,
- dalam kelas, duduk barisan depan...supaya berkat guru tu sampai kat kita dulu... dan kita akan mudah untuk faham
- tengok je muka guru tu bila dia mengajar... supaya dia akan ingat muka kita ni yang bagi perhatian masa dalam kelas.
- Hormati guru, meskipun, kadang-kala ada guru yang buat perangai...











