7.31.2008

exam...




"otak kak cik dah tepu la...malas nak belajar dah" itu kata2 yang terkeluar daripada mulut seorang anak yang bakal menduduki exam petang esok.

"kak cik...jangan keluarkan ayat macam tu...boleh jadi apa kalau kata-kata tu yang keluar??"

"doa banyak-banyak kat Allah..hanya Allah je yang boleh bantu buat masa sekarang... ingat Allah".. lantas hati yang kini tertekan, terasa lepas daripada bebanan lantaran setitik demi setitik air mata mengalir. " betapa selama ini aku terlupa bahawa Allah itu sentiasa bersama-sama hamba-hambaNya yang perlukannya.aku begitu alpa dalam mengingatiMu ya Allah...

"pergi relax jap... jangan asyik terlalu baca buku.."

si anak jawab.. " relax je yang banyak... belajar x banyak pun... tension la umi.."

tatkala itu, jarum jam sedang menuju ke jam 1..

"kak cik pergi tidur dulu, bangun awal esok pagi, tahajjud, doa pada Allah.. lepas tu baca buku awal2 pagi... k, pergi tidur dulu.."

subhanallah...Alhamdulillah...aku yakin padaMu Allah... syukran jazilan kepada umi yang tersayang...dikau amat memahami... siapa lagi yang akan meniupkan semangat tatkala semangat si anak sedang merudum jatuh..kalau bukan si ibu yang mengandungkan 9 bulan..yang melahirkan.. 

terfikir di hati dan benak fikiran... " anak apakah aku ni...pasti terluka hati umi abah seandainya tahu aku begini..malas nak belajar, kurang berusaha... untuk apa kau berada di sini kalau bukan untuk belajar?? balaslah jasa ibu bapa mu... hargai mereka sementara mereka masih ada... Allah...ampuni dosa-dosa mereka dan kasihani mereka sebagaimana mereka mengasihaniku sejak dari kecil." amin ya rabbal 'alamin...

wassalam

abah?? atau abang??

bismillahirrahmanirrahim...

seperti biasa..kelas tafsir... kami x kan kering gusi..ustaz selalu buat lawak...dalam masa yang sama, terselit banyak nasihat seiring dengan kami sebagai remaja dan pelajar pengajian Islam.

ustaz menimbulkan satu isu.."mak kamu panggil ayah kamu apa kat rumah??"

aku adalah orang pertama yg disoal..hmm...segan nak jawab..tapi, tak perla..jawab je..."hm..abang"

respon ustaz .." bagus2"

tanya kawan sebelah pulak.. dia x ingat maknye panggil apa ayahnya..klaka betul..

dan survey yg dibuat...semua mak kawan2 ku panggil ayah mereka dengan "ayah" , "abang", "awak"....

terfikir.apa rasionalnya ustaz tanya...

kemudian ustaz cakap...kat brothers yg hanya seramai 4 orang(ramai ponteng sebab exam petang tu..ni gabung 2 kelas ni)

(lebih kurang beginila mafhumnya daripada apa yang ustaz cakap)  kamu nanti, bila dah kahwin, jangan biar isteri panggil macam tu...bagi panggilan yang hormati kamu... kalau panggil ayah, tu, untuk ayah si isteri..

dan ayat terakhir yang amat menggerunkan ku... " derhaka dalam ketaatan"

na'uzubillahi min zalik...

wallahua'lam

7.30.2008

scholarship

bismillahirrahmanirrahim..

setelah hampir sebulan kami student cfs iium mengamalkan kais pagi, makan pagi, kais petang makan petang, Alhmadulillah, biasiswa akhirnya menjenguk juga ke dalam akaun Bank Muamalat kami...

lantaran itu, ramailah yang telah merancang-rancang..."bila biasiswa dah masuk ni, aku nak beli baju, beli stok makanan, nak beli kasut baru, nak tukar h/p.. n so on..."

suka kutujukan soalan ini pada kawan2... " awak nak beli apa nanti dengan duit biasiswa tu??"
ada sesetengahnya akan memberi jawapan seperti di atas... tapi, ada beberapa orang yang memberi jawapan yang telah menyedarkan ku tentang kegunaan sebenar duit biasiswa ni...

antara jawapannya :
- " nak bayar hutang orang"
- " nak bayar yuran"
- " nak beli kamus " -- jawapan ni yang amat ku kagumi...

Alhamdulillah, hari ni, sebahagian duit biasiswa ku telah selamat dilaburkan untuk tujuan yang amat memberi manfaat...meskipun agak berat pada awalnya..namun, demi kemudahan pembelajaran, dan untuk mengecap kejayaan, ujar abah, xperla...lagipun memang dah ada duit...huhu~ duit aku.... umi pulak, menimbang tara...apakah perlu??kan dah ada banyak kamus.. namun kupujuk jua umi, umi pun, bab2 belajar ni, on jerr...ok..dengan restu umi abah, dan demi sumbangan pada jalan Allah, insyaAllah....Alhamdulillah...telah selamat ku membeli mu'jam 'arabiyah...Nazri Johani duta nyerr.. at least, ada 1 kepuasan dalam diri ini, telah membeli sesuatu yang bermanfaat dan berharga...

bagaimana dengan sahabat2 pelayar blog sekalian???
rancang nak beli apa??
buka minda dan mata kalian...duit tu jangan dibazirkan camtu jerr.... berjasa la untuk diri sendiri sekurang2nya lebih2 lagi dalam tujuan pembelajaran ni...

wallahua'lam...sebarang kesilapan harap dimaafkan.

** nak ceritanya kat sini... hari 1st duit biasiswa masuk..dan2 tu jugak aku kena compound....huh...nasib badan**

7.24.2008

solat DHUHA

"Dari Muaz bin Anas al Juhani ra berkata bahawa Rasulullah saw telah bersabda; ‘Barangsiapa yang tetap duduk di tempat solatnya sesudah solat Suboh sedangkan dia tidak berkata apa-apa kecuali kebaikan, kemudian dia mengerjakan 2 rakaat solat Dhuha, maka dosanya diampunkan walaupun lebih banyak dari buih dilautan.’

(hari Abu Daud, bab solat Dhuha, hn 1287)



Dari Hasan bin Ali ra berkata, ‘Aku mendengar Rasulullah saw bersabda; ‘Barangsiapa telah selesai mengerjakan solat Suboh lalu dia berzikir kepada Allah ‘azzawajalla hingga matahari terbit, kemudian dia mengerjakan 2 rakaat atau 4 rakaat (solat Dhuha), nescaya api neraka tidak akan menyentuh kulitnya.’ (hari Baihaqi dalam Syu’bul Iman, iii/420)



Dari Anas bin Malik ra berkata, Rasulullah saw bersabda;‘Barangsiapa selesai mengerjakan solat Suboh berjemaah, lalu dia duduk sambil berzikir kepada Allah hingga terbit matahari kemudian dia mengerjakan solat 2 rakaat (solat Dhuha), maka dia memperolehi pahala seperti haji & umrah.’Anas ra melanjutkan bahawa Rasulullah saw bersabda;‘(Haji & umrah) Yang sempurna, Yang sempurna, Yang sempurna.’ (hari Tirmizi, katanya hadis ini hasan gharib, hn 586)



Dari Abu Darda ra, sesungguhnya Rasulullah saw bersabda;‘Sesungghhnya Allah ‘azzawajalla berfirman, “Wahai anak Adam! Janganlah kamu malas mengerjakan 4 rakaat solat pada permulaan hari (solat Dhuha), nescaya Aku akan mencukupkan (semua keperluan) mu hingga akhir hari itu.” ’(hari riwayat Ahmad & perawinya adalah tsiqat, Majmauz Zawaid, ii/492)



Dari Abu Hurairah ra berkata, ‘Rasulullah saw mengirim satu jemaah & dalam tempoh yang singkat mereka kembali dengan membawa ghanimah (harta rampasan perang) yang banyak. Seorang lelaki berkata; ‘Wahai Rasulullah, kami belum pernah melihat satu jemaah pun yang kembali begitu cepat sambil membawa ghanimah yang begitu banyak selain dari jemaah ini.’ Rasulullah saw bersabda; ‘Mahukah aku beritahu kepada kamu tentang seorang yang memperolehi ghanimah dengan waktu yang lebih singkat? Iaitu seorang yang berwuduk dengan sempurna di rumahnya lalu pergi ke masjid untuk mengerjakan solat Suboh, kemudian (setelah terbit matahari) dia mengerjakan solat Dhuha. Sesungguhnya dialah orang yang lebih banyak memperolehi ghanimah dalam waktu yang lebih singkat.’ (hari riwayat Abu Ya’lah & perawinya adalah sohih, Majmul Zawaid, ii/491)







sungguh, kurasai pengaruh solat Dhuha dalam hidupku..andainya, hari ini kutunaikannya, aku pasti akan merasakan kelapangan, rezeki ku luas...



tapi, pabila ku tidak dirikannya, pelbagai kesempitan kurasa...masa yang begitu panjang, kurasakan teramat singkat, wang yang jumlahnya kukira boleh kubelanjakan untuk 2,3 hari, habis dalam masa beberapa minit...sungguh pembazir diri ini..

sama2 kita tunaikannya...x boleh setiap hari, seminggu sekali, xleh smggu skali, sebulan sekali..
bukannya susah sgt nak buat.. 2 rakaat jerr..
sombongnya manusia bila fikir bahawa dirinya tidak perlu meminta-minta pd Allah.

teringat pada surah ar-Rahman...
" maka nikmat Tuhan kamu yg manakah kamu dustakan??"

jangankan nak balas segala kurniaan Allah(dengan beribadah w/pun mustahil untuk membayarnya), bersyukur pun tidak..

Astaghfirullah...kami hamba2 Mu yang amat2 hina, snts alpa...bimbinglah kami ya Allah..menuju redhaMu..amin.

7.21.2008

30% drpd 100%


" secara jujurnya...siapa di kalangan adik2, solat 5 waktunye x lgkap??"
soalan itu, kutujukan kepada pelajar sekolah rendah darjah6..buat kajian sdkit sbyk pabila kudiberi peluang utk menjadi faci dlm 1 prog motivasi UPSR...keputusan yg kudapat, rata2...drpd 100%..hanya 30% shj yang jaga solat mreka...

astaghfirullah...selamatkan adik2 kami...

sesaknyer hati..

1st time kulakukan begini..sesungguhnya...hatiku merasa sesak yg amat..aku mampu buat seandainya malu, segan kutolak tepi..namun, apa yang kubuat??lantaran ikutkan kata hati...aku biarkan saja ia berlalu...meskipun mahu kulawan arus gelodak hati ini..yang cintakan ilmu...xkisah..biar lambat..aku x kan mengalah..aku nak gak g kelas..x kan sesekali aku ponteng!!!!
tapi, apa yang dh trjadi..kelas 2 jam..aku lmbt 30, 40 minit..tapi, aku amik keputusan utk x g ke kelas..meskipun kutahu, ustaz akan menerima alasanku dan mengizinkanku mengikuti pengajarannya...
sdihnyerr....tensyenn...aku xnak biarkan diri ini dihimpit kekesalan...rs bersalah pd diri sndiri...
insyaAllah..aku akan cri jalan lain supaya pembelajaran tadi..aku dpt skit sebyk...
Allah..permudahkanlah urusanku...

7.04.2008

USTAZ -- TUDUNG


Bismillahirrahmanirrahim...

Kukagumi seorang lecturer ni… Ustaz ni amat famous di kalangan student IRK..tambah2, di kalangan sisters…meskipun ada sesetengahnya tidak pernah menemuinya dan x tahu bagaimana rupa ustaz ni.termasuklah penaip posting ni …sebabnya, sem ni x berpeluang berguru dengannya…

Alhamdulillah…beliau telah membawa satu arus perubahan yang hebat kukira sebab x semua lecterur mampu melakukan seperti apa yang beliau dh buat.dan kesan yang kulihat amat2 positif.. di kalangan para pelajarnya…
Subhanallah…seronok sangat perasaanku melihatkan perubahan yang berlaku di kalangan kawan2ku yang merupakan pelajarnya..

Nak tahu ke apa yang ustaz buat???
Ni kawan2 yang berguru dengan ustaz tula yang cerita..coz dorang yang perlu melaksanakannya..

Ujar ustaz tu, student nya, iaitu yang belajar dengannya, dikenakan syarat,yakni setiap kali kelas ustaz tu, kena pakai tudung labuh.. kalut kawan2 aku g Nilai Square beli kain buat tudung labuh..hehehe…

Maka di sini, terlihatlah 1 perubahan besar mostly di kalangan student IRK..
Dari yg bertudung biasa, bertukar ke tudung labuh…tapi, sebenarnya, mereka ni mmg dh biasa, semua dari sekolah agama…memang pakai tudung labuh pun zaman muda2 dulu..

Dan, Alhamdulillah…ada yang kulihat telah mengambilnya sebagai 1 langkah untuk
mengislahkan diri…untuk memakainya secara istiqomah dan ada jugak yang at least pakai tudung 3 segi besar berbidang 60 inci…

Alhamdulillah..suatu cara dakwah yang berkesan…ku amat bersyukur padaMu ya Allah krn telah mentaqdirkan sahabat2 ku itu untuk berguru dgn ustaz tu…w/pun aku x sendiri x berpeluang bersua dengan ustaz tu apatah lagi berguru dengannya …insyaAllah…ada rezeki, adala aku nak tengok wajah ustaz yang kukagumi tu…

Akhir kalam, semoga Allah menetapkan hatiku dan sahabat2 ku untuk istiqomah dalam melaksanakan amanahMu ini, mempamerkan imej wanita solehah..menepati semua landasan syariahMu…insyaAllah..

WAllahua’lam

lelaki KINI..


angah pernah cakap...
"lelaki kat Malaysia ni lemah2...x macam kt negara lain..kuat2.."
pelik..mula2..mcm geram.. apahal pulak cakap camtu kat pemuda negara sndiri??

dalam pada tu, kami sedang menuju ke suatu destinasi yg ku x ingat ke mana...dengan menaiki LRT...dan yang paling penting,kami berdiri...x der tmp duduk...x kisah pun..mmg dh biasa x duduk klu naik LRT ni..tpi, kadang2 kisah la jugak...penat gak oo asyik berdiri memanjang..

jawab angah...cuba perhatikan..sape yang tengah duduk skrg??org LELAKI...( mostly ) kadang2 tu...berebut-rebut dgn kita yg perempuan ni nak duduk...aku yang jadi malu... xperla..bagi la kat dorang..nak duduk sgt...sian..hehehe...

banyak kali aku jumpa perkara ni...sampaikn, 1 journey, dri kl central ke nilai naik KTM, dlm 1hour tu aku berdiri..malas nk berebut dengan lelaki2 yg lemah tu...
kdg2..lelaki2 ni buat2 x nmpak makcik2 yang mcm dh berusia...penat...n so on..
meskipun mcm tu...ada je laki2 yang gentleman bangun pelawa aku duduk...kt makcik2..
tapi...kdgkala aku menolak..aulakan org yg lebih memerlukan..(cehh.jual mahal la katakan..) kadang2, bukan sebab jual mahal, tapi, x mau la duduk sebelah lelaki...better berdiri..
kalau ada rezeki dapat duduk(diutamakan pada kerusi yg bersebelahan dengan kaum hawa)...aku duduk la...penat gak menahan berdiri ni.

nasihatku...wahai pemuda bangsa...bangkitlah dari kerusi!!! bagi kami duduk pulak..hehe...
tapi...mesej yang lbh penting, di mana pemuda2 yang gagah?? yang berhati prihatin dan mengambil berat terhadap kaum hawa yang sememangnya perlukan perlindungan kalian!!??
camne nak g jihad kalau berdiri pun x larat??

Ingatlah, sesungguhnya Allah lebih mencintai mukmin yang KUAT berbanding mukmin yang LEMAH.
mahukah kita dicintai Allah...indah nikmatnya x terkata...
asif andai ada yang x setuju tapi, itula hakikatnya...wallahu'alam...

6.28.2008

Ujian yang menimpa




Bismillahirrahmanirrahim
Allahumma soli `ala saiyyidina Muhammad
Assalamu'alaikum w.b.t

Ujian yang menimpa, meskipun berat, namun, ku kurang merasakan terbeban dengannya..

Hari itu, aku diuji dengan 2 kehilangan...satu, duit tercicir..x tau kat mana...sedihh...tula duit aku yang ada...huhuhu...tapi, ntah..aku meredhoi kehilangannya...sedeqah jela..meskipun jumlahnya agak banyak..(bagi aku la..x taula korang camne)
Then...kad matrik pulak hilang...ni yang buat aku risau..ada ic skali dengan kad matrik tu...rasa takut sangat...camne nk g kelas nnti...kena tahan kang dengan mak guard...then, kena buat baru...hasilnya kena la keluar duit..bayar...
Yang i.c pulak...kena g balai polis..jenuh la nak buat lain..kna kluar duit lagi...ish3...banyak nye nak kena guna duit...dah la duit dah hilang..

Dalam pada tu, aku mohon sangat2 ya Allah..temukan kedu2nya sekali...atau gantikan ku dengan yang lebih baik...murahkan rezeki ku ya Allah...

Dalam solat...terasa Allah tu amat dekat dengan diri ini...Allah bagaikan memegang bahuku memberiku pengharapan dan sokongan..Kaulah ya Allah tempat pergantunganku...Maha Pengasihnya Allah...menimpakan ujian pada hamba-hambaNya kerana rindu mendengarkan rintihan hamba-hambaNya..
Teringat kat lirik nasyid Mestica..Rahmat Ujian..

Harus ada rasa bersyukur,
Tiap kali ujian melanda,
Itu tanda membuktikan,
Allah mengasihimu setiap masa..
( camtu kot...ingat x ingat nasyid ni )


Kadangkala aku rindu untuk diuji...tapi, takut jugak...camne bentuk ujian tu...
Walaubagaimanapun...manusia tu sering diuji..diuji dengan hasutan nafsunya..mengajak ke arah kemungkaran.lihat sama ada dia dapat lawan ke x
Diuji dalam study...diuji susah nak bangun subuh...nak lihat pada usahanya... dan sebagainya...wallahua’alam..Allah lebih mengetahui..

Sedang aku bersedih2...mengenangkan kad matrikku yang hilang...seorang sahabat masuk ke dalam bilikku mencari2 diriku...nasib la aku menjengukkan kepala...kalau x dia dah nak kluar dah tengok aku macam xderr.. ” haa...ni pun awak..awak ada hilang apa2 x??”
Aku bermonolog... ’of course..perkara pertama aku teringat..my MONEYY... tapi, agak mustahil..aku x bagi tahu sape2 sgt tentang duit aku yang hilang tu...x lain dan x bukan mesti kad matrik’
”Ada2..kad matrik..”..then, kawan tu pun tunjuk depan ku...owh...my matrik card...katanya dia terjumpa kat blok B...(time tu aku tengah tunggu teksi kt situ).. aku lantas ucapkan trima kasih x terhingga...
Alhamdulillah...syukur pada-Mu ya Allah...syukur sangat2...

Itulah..banyak2 kan berdo’a...sesungguhnya, Allah tidak saja2 menguji hamba2Nya... pasti akan ada hikmah di sebaliknya..
**hikmah daripada ujian yang aku hadapi ni...memberi ku peringatan supaya...jaga barang tu hati2...jangan lalai...simpan elok2...

Alhamdulillah...Wallahua’alam..wassalam.

kegagalanku sebagai seorang DA`IE




Assalamu'alaikum

sebuah kata-kata ulama' masyhur :

"man qola LA ILAHA ILLALLAH fa huwa da'ie"
= barangsiapa yang mengucapkan " lailahaillallah" maka dia adalah seorang pendakwah.

daripada apa yang difahami daripada hadith di atas, smua umat Islam adalah seorang pendakwah. namun, drpd pemerhatian kasar kita sekarang, apakah itu yang terjadi?? jangankan jadi pendakwah tapi ada yang sesetengah menjadi penentang dan agen perosak kepada Islam tu sendiri meskipun dirinya bergelar seorang Muslim..

Umat Islam zaman sekarang teramat ramai berbanding dengan umat Islam pada zaman Rasulullah s.a.w. namun, jauh sekali beza kualiti kita dengan mereka..meskipun kita ramai.

bak kata Rasulullah s.a.w. umat Islam pada akhir zaman ni umpama buih di lautan.
itu yang dirisauan, tingi pada kuantitinya, tetapi kualiti di sebaliknya.

Bagaiman pula dengan diriku?? adakah diriku sudah berjaya sebagai seorang pendakwah?? beberapa persoalan berlegar-legar di benak fikiranku, adakah aku telah melaksanakan tugasku sebagai seorang pendakwah? apakah perkara yang telah kulakukan sebagai satu dakwah?? dan yang sebenar-benarnya, apakah diriku ni pantas dipanggil sebagai seorang pendakwah??

kadangkala, hatiku pilu melihatkan kawan-kawan di sekitarku yang hatinya ( wallahua'lam), tapi pada pemerhatianku, mereka kurang condong pada pengamalan ajaran Islam. sama ada dari segi pemakaian, gaya hidup, pergaulan dan sebagainya.
adakah hati ini hanya mampu berasa pilu? sedih? namun tiada apa-apa tindakan yang dilaksanakan??
itulah yang kukecewa dengan diriku. aku punya banyak fursoh (peluang) untuk melaksanakan dakwah. namun, ketidak yakinanku pada kemampuanku(keyakinan diri, kepimpnan, ilmu, dan sebagainya ) menyebabkan keinginanku untuk berdakwah terbenam.

ya Allah...apakah aku sedar bahawa tugas berdakwah itu adalh WAJIB??
Allah, hatiku kadangkala meronta, merintih kerana kegagalanku dalam melaksanakan amanah ini. ampuni hambaMu ini ya Allah.

segala-galanya pasti akan dipersoalkan tentang apa yang kulakukan dan apakah usaha ku dalam mengajak manusia ke jalanMu.

kurenungi, aku lebih selesa buat baik sorang-sorang atau bersama-sama sahabat-sahabat yang memang sudah faham, namun aku x berani nak ajak kawan-kawan yang kurang pengamatan ajaran islam dalam hidupnya.
mind set ku,pasti ajakanku akan ditolak, aku akan rasa malu, dan itu akan menambahkan jurang antara kami, kerana rasa kekok pulak lepas tu. tapi, apakah itu yang akan berlaku?? Wallahua'lam.
aku telah mengadili sebelum melaksanakannya. itulah masalahnya..

aku cemburu melihat sahabat-sahabat sefahaman denganku rapat dengan kawan2 yang kelihatan biasa2, ho-ha2,sosial, n so on.. tu adalah salah 1 lgkah dakwah. mereka boleh masuk dngan kwn2 tu, knp x aku??aku yang telah mencipta jurang dengan mereka. aku nak mendekati mereka namun aku tak mampu, x brani, x yakin, x tau nak cakap apa, nak mula camne...takut2 mereka tidak menerima kehadiranku.
tapi, sebenarnya, metod dakwah ni pelbagai, bergantung pada kemampuan dan kekreatifan seseorang.

wallahua'lam...ni sekadar luahan rasa yang terpendam...meskipun begitu, insyaAllah, akanku berusaha mengislahkan diri ini menjadi da'ie yang sebaik mungkin ntuk kucapai...
Allah...bantu hambaMu..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...