SUNGAI DI BAWAH LAUTAN

on 1.29.2010


J ika anda seorang penyelam, maka anda harus mengunjungi Cenote Angelita, Mexico. Disana ada sebuah gua. Jika anda menyelam sampai kedalaman 30 meter, airnya air segar (tawar), namun jika anda menyelam sampai kedalaman lebih dari 60 meter, airnya menjadi air asin, lalu anda dapat melihat sebuah "sungai" di dasarnya, lengkap dengan pohon dan daun daunan.
SUBHANALLAH!



Namun pengkaji mengatakan, itu bukanlah sungai biasa, itu adalah lapisan hidrogen sulfida, namun nampak seperti sungai... luar biasa bukan? Lihatlah betapa hebatnya ciptaan Allah s.w.t.


~dipetik dari email~

KCB : dari BUDI bertukar CINTA

on 1.28.2010


Bismillahirrahmanirrahim...
lama kiranya aku tak mencoretkan awangan minda ku dalam blog ni..

Kehangatan filem Ketika CInta Bertasbih, makin reda bagi pihakku. cuma, ada 1 analogi yang boleh kupetik dari kisah ni, yang mana di saat saudara Khairul Azzam menolong saudari Anna Altafunnisa', di saat itulah bermula segala macam perasaan, terutamanya, CINTA kukira, bermula dari hati budi yang baik, yang sanggup membantu seseorang yang berada dalam kesempitan, di akhirnya terbit rasa suka dan cinta, lantas mengimpikan untuk menjadi pasangan hidup.
Isu yang ingin kutimbulkan, kadangkala, kita hanya memandang budi yang dicurahkan oleh manusia kepada kita, dan berasa sangat berterima kasih padanya, namun, adakah dengan mudah perasaan cinta dan kasih itu wujud dalam hati kita pada segala budi dari Pemberi Rezeki setiap hari dalam hidup kita???? Amat susah untuk lahir perasaan tu... kenapa??? jawapannya, kerana manusia itu sikapnya tidak bersyukur.

Wallahua'lam..peringatan untuk diriku jua.

Penarikan Sijil Halal

on 12.20.2009


Minatku yang agak tinggi dalam bab2 HALAL ni membawaku kepada satu berita ni...dan sangat penting kukira untuk pengetahuan umat Islam..


Panel Pengesahan Halal JAKIM telah menarikbalik Sijil Halal Malaysia kepada 3 syarikat yang telah melanggar syarat-syarat pensijilan 3 syarikat berkenaan ialah:


1. Syarikat BB Hailam Chicken Rice

Bukit Bintang, Kuala Lumpur.


2. Bestmark Food Sdn Bhd

Taman Perindustrian KIP, Kuala Lumpur.


3. Pimpinan Emas Sdn Bhd

Jalan Pudu, Kuala Lumpur.
(ni aku xjumpa pulak maklumat company ni)

Menuntut ILMU itu Punya Ujian..

on 12.19.2009

Bismillahirrahmanirrahim..
Aku yakin, semua orang punya ujiannya yang tersendiri..
Begitu juga aku.
Minggu pertama dan kedua pada Semester 2 ni, agak menyesakkan dada...tambahan dengan diuji beberapa mehnah yang membuatkanku tidak tenang dan hampir2 menyekatku daripada meneruskan perjuangan di UIAM ni.
Sungguh, nak belajar Agama Allah ni, perlu KUAT!
Allah...bantu aku.
~Nak meluah perasaan yang tak terlepas rasanya~
Wallahua'lam.

Telur Ayam Adalah Makanan Yang Berkhasiat???


Telur Ayam : Makanan Berkhasiat 7
Oleh : Dr. Haji Wan Ali Tuanku Madhi
Pengerusi JPN Sarawak

PADA setiap Persidangan Kebangsaan ANGKASA, salah satu makanan dalam menu untuk disajikan kepada para perwakilan dan pemerhati pastinya sebiji telur ayam rebus! Ini adalah suatu teladan baik yang mungkin kebanyakan orang terlepas pandang.

Telur ayam adalah satu-satunya makanan semulajadi yang sangat berkhasiat dan juga antara sumber protein yang paling baik di muka bumi. Dalam tiga daripada empat kaedah saintifik yang lazim diguna untuk mengukur kualiti protein, telur memperoleh skor yang jauh lebih tinggi daripada sumber-sumber protein lain seperti susu, daging lembu, whey dan soya. Kesemua sumber protein ini seri dalam kaedah pengukuran keempat sahaja.

Selain daripada mengandungi kesemua sembilan amino asid, 15 jenis vitamin dan kolestrol kuning telur mengandungi tujuh nutrien istimewa seperti rajah 1 di bawah.

Kebanyakan orang takut memakan telur kerana kolestrol tetapi sebenarnya choline dan phosphytidylcholine dalam kuning telur membantu mengelak longgokan kolestrol dan lemak dalam hati dan pembuluh darah. Choline juga membentuk metabolite dipanggil betaine yang berfungsi mengurangkan homocystin, salah faktor penyebab serangan sakit jantung. Menurut Harvard Medical School Guide to Healthy Eating tidak pernah ada penyelidikan yang menunjukkan bahawa orang memakan telur dengan banyak mendapat lebih banyak serangan sakit jantung daripada orang yang memakan sedikit telur.

Choline diperlukan untuk membentuk ‘neurotransmitter’ Acettylcholine yang sangat mustahak untuk daya ingatan (memory) dan pemikiran (thought) dan melindungi kita daripada nyanyuk termasuk penyakit Alzheimer. Jadi, telur, seperti ikan adalah makanan otak!

Oleh kerana phosphatidylcholine bahan asas membran sel dan kebanyakan metabolisma dalam hati berlaku di membran sel, ianya membantu melindungi hati daripada pelbagai jenis toksin.

Menurut pengarang buku Eye Care Naturally, Dr. Michael Geiger dari New York, Lutein yang terdapat dalam bahagian dalaman mata (retina) khususnya “macula” melindungi mata daripada kesan buruk high energy blue wavelengths dalam matahari dan lampu rumah.

Kandungan sulfur yang tinggi dalam kuning telur menyebabkan orang nampak anggun kerana rambut dan kuku mereka yang sihat dan cantik.

Satu kajian yang dimuatkan dalam Jurnal Cancer Epidemilogy Biomarkers and Prevention keluaran Januari 2005 tentang kanser payu dara di kalangan orang perempuan Cina yang berhijrah dari Cina ke Hong Kong dan seterusnya di Amerika Syarikat mendapati :

  1. Mereka yang memakan banyak sayur dan buah-buahan kurang mendapat kanser payu dara – tiada kejutan tentang fakta ini.
  2. Mereka yang memakan banyak telur ayam juga kurang kemungkinan mendapat kanser payu dara. Yang memakan enam biji telur seminggu dibanding dengan mereka yang memakan dua biji telur seminggu didapati merendahkan risiko kanser sebanyak 44 peratus!

RAGU DALAM KESEMPURNAAN??

on 11.22.2009

Bismillahirrahmanirrahim.
Andai diperhatikan pada diri-diri Umat Islam, terutamanya KAUM MELAYU, terutama lagi ORG2 YANG FAHAM AGAMA, seringkali menuturkan
"tidak layak untuk aku mencapai KESEMPURNAAN, malah dikatakan tak mampu untuk menuju ke arah KESEMPURNAAN ini"

Bacalah kata2 di bawah sahabat2:

TAK ADA ISTILAH RAGU DALAM MENCARI KESEMPURNAAN
- orang yang selalu mengaktifkan fikiran jernihnya menandakan bahawa ia mempunyai komitmen untuk mencari kedudukan yang terhormat, sekali gus menghalanginya untuk begitu saja terima segala kekurangan.

Abu ath-Thayyib al-Mutanabbi berkata dalam syairnya:
" Tidak aku lihat aib yang bererti pada diri manusia selama ini seperti kekurangan. Juga sebenarnya mampu mencapai kesempurnaan.''

.:. Ini bererti, bagi yang memiliki AKAL harus berbuat semaksimum untuk MENCAPAI TARGET YANG MUNGKIN MASIH DAPAT DICAPAI! insya-Allah.

Wallahua'lam.

Aku Rela...Demi Cinta ini..

on 11.02.2009

Bismillahirrahmanirrahim...
kerna cinta, manusia bisa buat apa2 sahaja...
Namun, apakah aku Rela demi CINTA ini?

-sepertimana CINTAnya RASULULLAH S.A.W pada Allah dan umatnya, sehingga sanggup berjuang bermati-matian walau dicaci, dihina, dilempar tuduhan, makian, seksaan Musrikin
demi menyampaikan ajaran Islam.

-Sepertimana CINTAnya ZAID BIN THABIT kepada al-Quran, dalam usahanya membukukan al-Quran bersama sahabat2 yang lain, yang mana, andainya dipikul Bukit Uhud, lebih ringan berbanding dengan amanah ini.

-Sebagaimana CINTAnya IBNU `ABBAS dalam berusaha menimba Ilmu Agama Allah, sehingga menjadi FAQIH, dalam memberikan asbab nuzul surah al-Masad, meskipun dia belum lahir lagi ketika turunnya surah tersebut.

Allah, kurniakanku CINTA ini. Sebagaimana mereka yang Kau redhai untuk berjuang demi Agama-Mu.

CINTA UNTUK MENDALAMI ILMU-MU, CINTA BERJUANG DEMI AGAMA-MU, DAN CINTA UNTUK MELAKSANAKAN PERINTAH-MU.

video

namsihat Imam Syafie kepada PENUNTUT ILMU

on 10.30.2009

ألنصيحة إمام الشافعي، في طلب العلم
-النية الإخلاص لله
-الصبر على جميع المحنات
- بذل الراية الجهد
- الإستعان من الله عز وجل

Derhaka & Taat

on 10.29.2009

ADAKAH ORANG YANG BERLAKU DERHAKA ITU MENDAPAT NIKMATNYA KETAATAN???

Orang yang membiarkan pandangan matanya tanpa kawalan:
- sehingga Allah mengharamkann segala hasil yang diperolehi mata hati, mahupun lisan.
-diharamkan kejernihan hati @ ditanamkan berbagai macam syubhah ke dalam makanannya.
-Allah tutup rahsia hatinya, mengharamkan Qiamullail baginya dan merasa manisnya bermunajat.

Sama2 bermuhasabah... Adakah itu diriku? Ya Allah, jangan Kau palingkanku dari, Hidayah dan Taufiq-Mu untuk beribadah pada-Mu. Ampuni segala dosa-dosaku ya Allah.

dia datang

Bismillahirrahmanirrahim.
Sambungan kejadian yang menimpa motorku dan aku di suatu malam selepas Isya'.

Belum sempat kuberbuat apa-apa untuk memeriksa keadaan motorku, sebuah motorsiakal yang baru melintasiku tadi berpatah balik menuju ke arahku sambil menegur, " pancit tu, tak boleh bawa."
Aku agak dah... Allah, apa yang sepatutnya kulakukan??? Aku sememangnya di saat itu sangat2 blurr...blank... dan tak tahu nak buat apa2...
Dia memberi cadangan, supaya meminta tolong kawan2 yang terdekat. yang berada di benakku hanyalah sahabat2ku yang ada motor. tapi, tak sampai hati rasanya nak menyusahkan mereka.
Last2, aku membalas, "tak apelah...saya try contact sape2" dengan niat, supaya dia tinggalkanku sendirian dan memberiku ruang untuk berfikir.
Namun, hajatku tak kesampaian... dia masih di situ, sambil melihat-lihat sedikit pada rodaku, dan bertanya serta memberi beberapa idea bagi menyelesaikan masalah tersebut.
Di hatiku, Allah, mungkin sememangnya Kau menghantar dia untuk membantuku. Alhamdulillah...
Dan akhirnya, jalan penyelesaian dicapai, dia akan membawa motorku ke bengkel Waqec esok pagi, selepas kelasnya. ya Allah, baiknya si dia ni..
Bukan setakat tu, dia memberiku pinjam motornya memandangkan Mahallah aku jauh.
Mulianya insan ni.

Keesokan harinya, aku berjumpa dengannya di tempat semalam. Sebelum tu, dia bertanya, mahu ganti tiub dengan Rm8 atau Rm12? Aku menjawab Rm12 supaya lebih tahan.
Aku bayar padanya Rm15( lebih 3 ringgit je) sebagai tanda terima kasihku.
Namun, dipulangkan kembali padaku Rm5. Ya Allah, serba salah aku rasa. Walaubagaimanapun, aku amat2 berterima kasih padanya dan bersyukur pada Allah kerana mempertemukan aku dengan insan yang berhati baik ni... terdetik di benak fikiran, andainya dia bukan orang baik2, bagaiman keadaanku?? Na'uzubillah min zalik...
Semoga Allah memeliharaku dan semua umat Islam. Amin.

Itulah sebenarnya Ukhwah Islamiyyah yang diajar dalam Islam. Bagaiman Kaum Ansar sangat2 membantu Kaum Muhajirin yang sehelai sepinggang apabila tiba di Madinah. Mereka sanggup memberi harta benda, tempat tinggal, apa2 keperluan hatta isteri mereka kepada Kaum Muhajirin. Sesungguhnya, manisnya ukhwah islamiyyah itu apabila disertai dengan rasa Ikhlas bersahabat kerana Allah...sama2 berada dalam suka dan duka. Alhamdulillah, Allah mempertemukanku dengan ramai sahabat yang berhati mulia dan hati mereka dilimpahi dengan kasih sayang dan mengambil berat terhadap sahabat2 mereka.Beruntungnya aku.