5.25.2010

"Emak Ingin Naik Haji..."Aku?


Indonesia sudah maju dalam menghasilkan filem2 Islamic...
yang baru aku tonton, filem "Emak Ingin Naik Haji"...ceritanya sangat menyentuh sanubari, menghayat hati....betul2 melahirkan perasaan yang membuak2 merindui Baitullah di Makkah..
Tontonlah...

Baru-baru ni, aku ada bersembang dengan seorang sahabat, aku bekerja, dia pun bekerja, sama2 mencari duit... akhirnya, terbit persoalan, kenapa kita sibuk mencari duit di usia masih belajar ni?? sedangkan bukannya desperate sangat nak guna duit...lagipun, ada PTPTN dan PAMA...=) sampaikan kekadang rasa penat sangat kuar bekerja sambil belajar ni..

Namun, Alhamdulillah, Allah memberiku Hidayah-Nya, bahawa, jangan kau fikir kerja itu untuk mencari duit untuk disimpan dan dibelanjakan untuk kegunaan seharian, tapi, fikirlah untuk Duniawi dan Ukhrawi..
Rukun Islam yang ke-5 belum kulangsaikan...aku mesti berusaha untuk mengumpul wang menunaikannya, dan simpanlah perancangan untuk menunaikannya pada usia berapa seiring dengan jumlah pendapatan yang ingin disimpan untuk perbelanjaan Haji nanti...

Doa2kanlah aku dapat tunaikan Haji sebelum ditarik nyawa...seboleh-bolehnya, aku target untuk tunaikannya sebelum umur 30 insya-Allah... Semoga Allah mengekalkan Hidayah-Nya dalam hati ni untuk dilaksanakan...amin.

Antara Kelas Tambahan atau Solat Asar

Bismillahirrahmanirrahim..

Setiap hari Isnin, aku akan bertugas untuk mengajar kelas tambahan Penghayatan Cara Hidup Islam...darjah 5...
Aku lebih senang solat Asar dulu, habis sekolah 5.15pm, kelas tambahan 5.30pm..selalunya aku akan masuk 5.40pm, solat asar dulu dan aku habis dalam 6.10pm...kira halal la kan.
Rupa-rupanya, sebenarnya mula jam 5.20pm...

Dalam mindaku, kita mengajar bab2 Agama, tapi solat Asar lewat, dalam masa yang sama jugak terpenyakit kat pelajar2 ni...itu kira baik kalau mereka solat balik2 sekolah tu...entah ada yang tak solat langsung.

Yang seeloknya, sekolah Agama ni ajarla solat secara praktikal...sekolah pun dekat dengan surau... tak ada masalah...sistem siapa la ni???

Yang kukagum, usai habis sekolah jam 5.15pm tu, anak-anak muridku yang darjah 2 Siddiq, Umar Aziz, Muhairis, dan Zahrif bergegas ke surau mengambil wudhu' dan menunaikan solat Asar... Alhamdulillah, seronoknya tengok ana2 murid macam ni..

Dari kecil la sepatutnya dibiasakan untuk solat...dan solat itulah yang mencorak akhlak budak2 ni....dan akan dibawa sampai besar...

Wallahua'lam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...