11.13.2010

Pelihara daku~


Ujian kerana kejayaan lebih berbisa dari kegagalan. Sangat berpotensi membawa hati keras, tinggi diri & sukar menerima nasihat. Adakalanya dirasa doa tidak lagi diperlukan, hanya ‘kehebatannya ‘ diperlukan, maka tersungkurlah ia. Kegagalan pula berpotensi lunakkan hati, rendah diri, menambah fikir tapi berbisa dalam, hingga boleh membawa putus asa & bersangka buruk terhdp Allah. Awasilah kedua ujian itu wahai diri.
- Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman-

~SEM 2 TAHUN 2~

Perancangan hidupku setakat ni sudah dirangka untuk sem akan datang.
Semoga perancangan ini tidak merosakkan aku dan menjauhkan aku dari Hidup berTuhan, bahkan sekaligus menjadikan aku insan yang lebih kuat dan tegar mempertahankan Agama-Mu dan mengecap manisnya BERJUANG di Jalan-Mu ya Allah.

Bimbing daku agar sentiasa DEKAT DENGAN-MU YA ALLAH.

REMEBER THIS :

- ALWAYS TRUST ALLAH
- ALLAH IS ALWAYS THERE FOR YOU

11.11.2010

Tatkala pemimpin dari kalangan orang yang tidak berilmu

Bismillahirrahmanirrahim

jom tengok video kat bawah...perhatikan sendiri beza kualiti seorang pemimpin BARISAN NASIONAL @ UMNO dengan pimpinan PAKATAN RAKYAT.

mana anda lebih YAKIN DAN PERCAYA???
Berhujah atas DASAR EMOSI ATAU FAKTA??
hanya tahu MEMBACA TEKS tapi apabila ditanya TAK TAHU MENJAWAB???

Kesiannya RAKYAT berpemimpinkan pemimpin sebegini~

video video

11.10.2010

6 "Abu" pada pandangan mereka~

Naib Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata antara "enam Abu" yang terdapat di zaman Rasulullah, terdapat juga Abu Lahab dalam parti itu.


NONE




  • Abu Bakar yang taat kepada perjuangan. Abu jenis ini didambakan oleh Umno.
  • Abu Talib yang di barisan hadapan mempertahankan Rasulullah tetapi "belum mendaftar". Golongan ini hendaklah dipastikan menjadi ahli dan pengundi.
  • Abu Suffian yang bersungguh-sungguh memperjuangkan Islam setelah memeluk agama itu. Abu ini umpama anggota parti pembangkang yang kembali ke pangkuan Umno. Abu jenis ini hendaklah didekati.
  • Abu Hurairah yang menulis hadis. Golongan ini diumpamakan golongan media dan penulis blog dalam Umno.
  • Abu Jahal yang mengakui kebenaran tetapi enggan mengikutinya. Golongan ini diumpamakan sebagai orang yang mengiktiraf Malaysia sebagai negara maju hasil kerja Umno dan BN tetapi tetap enggan menerima Umno.
  • Abu Lahab. Golongan ini ada di kalangan kita dan juga di pihak pembangkang. Mereka akan menentang apa sahaja kebaikan yang kita lakukan. 
    "Mereka tetap keras hatinya tidak menerima apa yang kita bawa walaupuan ia baik dan membawa faedah kepada rakyat,"



---> ..kesiannya...<---

Puasa Zulhijjah


16 November 2010 Selasa bersamaan 9 Zulhijjah, kita pakat-pakat puasa sunat hari afarah. Para jamaah haji pada tarikh ini akan melaksanakan ibadah wuquf.
Sabda Nabi SAW : “Puasa pada hari arafah dapat menghapus dosa tahun lalu dan yang akan datang”(HR Muslim)
Hari raya idul fitri didahului dengan puasa sebulan Ramadhan. Begitu juga hari raya qurban didahului dengan berpuasa juga.
Berpuasa pada sepuluh hari pertama bulan Zulhijjah, terutamanya pada hari Arafah. Lebih-lebih lagi, puasa di antara amalan yang afdal dan amat disukai Allah sendiri. 
Rasulullah bersabda bermaksud: Puasa pada hari Arafah dengan penuh pengharapan keredaan Allah akan menghapuskan (dosa) setahun yang lalu dan setahun yang mendatang.
(Hadis riwayat Muslim)
Diriwayatkan dari Ibn Abbas ra:
Rasulullah SAW bersabda: “Tiada amal yang soleh yang dilakukan pada hari-hari lain yang lebih disukai daripada hari-hari ini (sepuluh hari pertama dalam bln Dzulhijjah).” (Hadith Riwayat al-Bukhari)

Dalam hadith yang lain yang diriwayatkan dari Hunaidah bin Khalid, dari isterinya, dari beberapa isteri Nabi SAW:
Sesungguhnya Rasulullah SAW melakukan puasa sembilan hari di awal bulan Dzulhijjah, di hari ‘Asyura dan tiga hari di setiap bulan iaitu hari Isnin yang pertama dan dua hari Khamis yang berikutnya. (Hadith Riwayat Imam Ahmad dan an-Nasa’ie)

Adapun berpuasa pada hari Aidiladha (10 Dzulhijjah) dan hari-hari tasyrik (11, 12 dan 13 Dzulhijjah) adalah diharamkan berdasarkan hadith yang diriwayatkan dari Umar ra:

Bahawasanya Rasulullah SAW melarang berpuasa pada dua hari, iaitu ‘Eid al-Adha dan ‘Eid al-Fitr. (Hadith Riwayat Imam Muslim, Ahmad, an-Nasa’ie, Abu Dawud)

Serta hadith yang diriwayatkan dari Abu Hurairah ra:

Rasulullah SAW telah mengirimkan Abdullah Ibn Huzhaqah untuk mengumumkan di Mina: “Kamu dilarang berpuasa pada hari-hari ini (hari tasyrik). Ia adalah hari untuk makan dan minum serta mengingati Allah.” (Hadith Riwayat Imam Ahmad, sanadnya hasan) [2]

Allahu a’lam bisshawab..

Zuriat ~ seumpama menternak lembu kah?

Bismillahirrahmanirrahim...


Alhamdulillah, sempat menonton "Tanyalah Ustaz" TV9, bertajuk "Zuriat", dikupas oleh ustaz Syed Norhisyam, Mursyid Imam Muda Astro Oasis.
Nak punya zuriat yang Qurratul Aini (penyejuk mata), bukanlah baru bermula di saat ibu itu mengandungkan anaknya, bahkan kena bermula dari saat pemilihan pasangan lagi.




Aku mengenang kisah bagaimana umi dan abah disatukan.
Segalanya dengan jalan yang suci.
Menggunakan jalan Baitul Muslim.
Naqib dan naqibah menjadi orang tengah.
Tidak ada jalan singkat untuk terus berhubung berdua.
Hatta, pada majlis kahwin, Umi pakai baju pengantin warna merah, abah warna cream kuning-kuning..
hehe...how sweet~
Alhamdulillah, kini melahirkan zuriat-zuriat (adik-beradikku) yang kukira berjaya dididik dengan tarbiyah Islam.
Diacu dan dicorak dengan kefahaman Islam dan akhlak-akhlak Islam.


Kembali pada rancangan "Tanyalah Ustaz", banyak yang dikupas, namun, aku terkesan dengan pesanan ustaz di saat penghujung rancangan.
Di saat ditanya, kenapa nak ada zuriat
Adakah disebabkan orang lain ada zuriat kita pon nak?
atau supaya bila di hari tua, anak tu boleh jaga kita?
atau nanti bila si anak sudah besar, dia boleh bagi duit pada kita???
Samalah diumpamakan anak itu seperti menternak lembu,
kita ternak lembu sampai besar, dan apabila umurnya sudah cukup, kita jual dan dapat duit.






Ingatlah, anak ini AMANAH DARI ALLAH.
Itu yang utama. Amanah ini, jangan dimain-main.
Andai kita terabai, boleh mengundang kita ke Neraka, Nauzubillahi min zalik.
Andai kita berjaya menjaga amanah ini, insya-Allah boleh menarik kita ke Syurga-Nya.Amin.


Dan yang penting lagi, Berdasarkan hadith Rasulullah s.a.w yang memang kita biasa dengar,
"Apabila mati anak adam itu, maka terputuslah amalannya di dunia kecuali 3 perkara:
1- Doa anak yang soleh
2- ilmu yang bermanfaat
3- Amal jariah


DOA ANAK YANG SOLEH
Rasulullah s.a.w tidak mengatakan doa seorang anak, bahkan menuruti selepasnya isim sifat, yakni SOLEH. Makanya, didiklah zuriat supaya menjadi anak yang soleh.
Mudahkah untuk melahirkan zuriat yang soleh solehah???
Kena banyak menuntut ilmu tentang ni...dalam masa yang sama membentuk diri sendiri menjadi soleh solehah jugak...


dan juga Sama-sama menuntut ilmu tentang Fiqh Usrah.
Insya-Allah sem depan bakal menjadi subjekku di UIAM.


Wallahua'lam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...