12.19.2009
Menuntut ILMU itu Punya Ujian..
Aku yakin, semua orang punya ujiannya yang tersendiri..
Begitu juga aku.
Minggu pertama dan kedua pada Semester 2 ni, agak menyesakkan dada...tambahan dengan diuji beberapa mehnah yang membuatkanku tidak tenang dan hampir2 menyekatku daripada meneruskan perjuangan di UIAM ni.
Sungguh, nak belajar Agama Allah ni, perlu KUAT!
Allah...bantu aku.
~Nak meluah perasaan yang tak terlepas rasanya~
Wallahua'lam.
Telur Ayam Adalah Makanan Yang Berkhasiat???
Telur Ayam : Makanan Berkhasiat 7
Oleh : Dr. Haji Wan Ali Tuanku Madhi
Pengerusi JPN Sarawak
PADA setiap Persidangan Kebangsaan ANGKASA, salah satu makanan dalam menu untuk disajikan kepada para perwakilan dan pemerhati pastinya sebiji telur ayam rebus! Ini adalah suatu teladan baik yang mungkin kebanyakan orang terlepas pandang.
Telur ayam adalah satu-satunya makanan semulajadi yang sangat berkhasiat dan juga antara sumber protein yang paling baik di muka bumi. Dalam tiga daripada empat kaedah saintifik yang lazim diguna untuk mengukur kualiti protein, telur memperoleh skor yang jauh lebih tinggi daripada sumber-sumber protein lain seperti susu, daging lembu, whey dan soya. Kesemua sumber protein ini seri dalam kaedah pengukuran keempat sahaja.
Selain daripada mengandungi kesemua sembilan amino asid, 15 jenis vitamin dan kolestrol kuning telur mengandungi tujuh nutrien istimewa seperti rajah 1 di bawah.
Kebanyakan orang takut memakan telur kerana kolestrol tetapi sebenarnya choline dan phosphytidylcholine dalam kuning telur membantu mengelak longgokan kolestrol dan lemak dalam hati dan pembuluh darah. Choline juga membentuk metabolite dipanggil betaine yang berfungsi mengurangkan homocystin, salah faktor penyebab serangan sakit jantung. Menurut Harvard Medical School Guide to Healthy Eating tidak pernah ada penyelidikan yang menunjukkan bahawa orang memakan telur dengan banyak mendapat lebih banyak serangan sakit jantung daripada orang yang memakan sedikit telur.
Choline diperlukan untuk membentuk ‘neurotransmitter’ Acettylcholine yang sangat mustahak untuk daya ingatan (memory) dan pemikiran (thought) dan melindungi kita daripada nyanyuk termasuk penyakit Alzheimer. Jadi, telur, seperti ikan adalah makanan otak!
Oleh kerana phosphatidylcholine bahan asas membran sel dan kebanyakan metabolisma dalam hati berlaku di membran sel, ianya membantu melindungi hati daripada pelbagai jenis toksin.
Menurut pengarang buku Eye Care Naturally, Dr. Michael Geiger dari New York, Lutein yang terdapat dalam bahagian dalaman mata (retina) khususnya “macula” melindungi mata daripada kesan buruk high energy blue wavelengths dalam matahari dan lampu rumah.
Kandungan sulfur yang tinggi dalam kuning telur menyebabkan orang nampak anggun kerana rambut dan kuku mereka yang sihat dan cantik.
Satu kajian yang dimuatkan dalam Jurnal Cancer Epidemilogy Biomarkers and Prevention keluaran Januari 2005 tentang kanser payu dara di kalangan orang perempuan Cina yang berhijrah dari Cina ke Hong Kong dan seterusnya di Amerika Syarikat mendapati :
- Mereka yang memakan banyak sayur dan buah-buahan kurang mendapat kanser payu dara – tiada kejutan tentang fakta ini.
- Mereka yang memakan banyak telur ayam juga kurang kemungkinan mendapat kanser payu dara. Yang memakan enam biji telur seminggu dibanding dengan mereka yang memakan dua biji telur seminggu didapati merendahkan risiko kanser sebanyak 44 peratus!