Bismillahirrahmanirrahim...
"Masa pasti tidak akan berundur..."
T"atkala punya masa dan peluang, bantulah orang, kerana itu adalah rezeki Allah padamu untuk mendapatkan pahala dan juga peluang untuk di lain masa orang membantu dirimu pula"
~ini adalah kata-kata seseorang semasa kumenghadiri suatu majlis ilmu.
Ada benarnya kata-kata ni... namun, kutolaknya dengan keadaan tidak berfikir panjang dan kini, terasa penyesalan yang meninggi dan rasa bersalah yang amat di dada kerana tidak menghulurkan tangan...
Kenapa aku tidak merasa mudah untuk membantu??? kesian si dia...mata yang melihat dah terasa berat, apatah lagi bahu yang memikul... aku tahu, kau punya tanggungjawab yang sangat berat, dan dahulu, kau pernah merayu agar shabat-sahabat sekeliling membantumu... Tapi, di saat tiba waktunya, aku tidak terasa nak membantu, dan sebenarnya aku melangkah dengan keadaan yang ragu-ragu...apakah benar tindakanku meninggalkannya seorang diri???
Di benakku, ada pro kontra andai ketika itu ku membantumu... Allah lebih mengetahui akan urusanku..
Di akhirnya, kadang-kala, kita perlu membantu orang tanpa berfikir panjang, kerna, pasti akan temui satu kepuasan di akhirnya berbanding menanggung penyesalan yang membukit andai berfikir panjang yang akhirnya menyebabkan kata akhir adalah "tidak".
Wallahua'lam.
Book Review.
5 months ago