2.10.2009

Valentine's Day


HARI VALENTINE
mengikut sjrh dtg dri zaman pemerintah ratu isabella di sepanyol.... perkataan VALENTINE diambil sempena nama paderi besar kristian Saint Valentine,beliau amat disayangi oleh ratu isabella dan juga rakyat jelata kerana beliau berjaya menumpaskan kerajaan islam di cordava,sepanyol pada 14 feb(tarikh hari valentine) 270 masihi.
kejayaan beliau begitu bermakna bagi ratu isabella olh itu, 14 feb disambut setiap thun bagi merayakan kemenangan tersebut dengan menamakan hari valentine..
oleh itu,jikalau anda(umat islam) menyambut hari VALENTINE sama seperti anda gembira dengan menumpasan kerajaan islam di cordava..

HANYA ALLAH SAHAJA YG LAYAK DISEMBAH...

kita dan musuh


~RENDAH DIRI~

sahabatku berpesan, adakalanya, rendah diri ini perlu, adakalanya tidak..
perlu tatkala di hadapan Allah...
dalam masa yang sama, apabila kita merasa rendah diri, kita akan nampak kelemahan kita..

RENDAH DIRI ini.. boleh membakar SEMANGAT DIRI kita andainya mempergunakannya pada tempat yang salah..

Adakalanya.. kita mesti rasa akan YAKIN PADA DIRI.
aku agak kecewa tatkala melihat diriku dan sahabat2kumerasa begitu rendah diri dalam pelbagai aspek..
tahukah diri ini.. dan kalian semua.. pihak kuffar begitu berbangga dengan apa yang mereka ada dan merasa yakin akan potensi mereka demi untuk MELAWAN ISLAM!!

Kenapa begitu sekali umat Islam kini???
tidak mahu menangkah kita???

Peringatan untuk diri ini yang sering merasa rendah diri di kalangan orang lain yang hebat2...

Wallahua'alam
**nak g kelas**

HATI ini masih LEMAH


seakan-akan nasi di polisterin tak punya apa-apa makna... kusuap demi suap ke mulut.... umpamanya tak punya rasa...
sudah lah....aku tak selera. aku dah kenyang. lantas kututup bekas polisterin lantas kubuang nya jauh2 ke dalam tong sampah.

Allah.. perlukah aku memikirkan hal ini dalam2???
ramai berpesan.. hanya tinggal 2, 3 minggu je lagi... bersabarlah.. bertahanlah..
sedihnya ya Allah.. seakannya dalam tempoh 2,3 minggu ini sahaja nilai ukhwah kita.. selepas ni... aku terlepas.. bebas dengan sebarang ikatan..
apakah selepas ni.. kita bukan sahabat lagi?? sudah tidak bersama-sama lagi buat kerja selepas ni??

hati ini bercelaru.. banyak nyer tetiba pelbagai konflik diri yang timbul... kenapa mestiku yang mengungkitnya?? kenapa mestiku membangkitkannya??? kenapa aku buat semua ni dalam masa ini???

Seakannya tiada yang memahami...
namun, mestikah manusia yang memahamiku???
Allah.. hambaMu ini terlepas pandang akanMu.. aku tahu.. aku bisa peroleh tenangnya hati melalui jalan ini jika kukuhnya hubunganku denganMu...
Astaghfirullah..

Meskipun begitu.. hidupku ini bersama-sama dengan manusia juga.. apalah ertinya andai di sekelilingku.. ada yang memendam rasa tidak elok padaku..meskipun, masing2 sudah maaf-memaafkan.. tapi,..aku yang memulakannya.. itulah yang membuatkan ku terfikir-fikir... aku tahu.. tak perlu untukku memikirkannya sangat kerna tiada kepentingannya di situ... tapi.. apakan dayaku.. minda ini sering teringat-ingat hal itu..

inilah sebenarnya tarbiyah hati dari Allah...Allah sedang mengajarku sekarang.. bagaimana aku menghadapinya??? menyelesaikannya???
Aku sedang mengumpulkan kekuatan.. kerna kutahu.. selepas ini, pelbagai ujian akan menimpaku..
dalam menghadapi ujian.. HATI MESTI KUAT!!!

Wallahua'lam..
asif dalam segala tutur bicara..tindak tanduk..dan sebagainya..

~hujung mingguku~


Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah.. tak sia-sia kiranya bagiku mengahibiskan hujung mingguku dengan aktiviti2 ilmiyah yang mana sepatutnya aku boloeh balik ke rumah, bercuti bersama-sama keluarga tercinta terutamanya dengan kakakku yang telah pun berangkat ke Mesir semalam, 9Feb09...

Selama 4 hari berturut-turut, masaku dipenuhi dengan pelbagai aktiviti yang bagaikan diatur dan dirancang..

*Jumaat 6 Feb - Motivation Talk by....my Mom... and jamuan Ukhwah
*Sabtu 7 Feb - Seminar Pembinaan Ummah at Masjid Wilayah..
*Ahad 8 Feb - Bengkel Penulisan
*Isnin 9 Feb - LIPAN...(adala maknanya..~)

^^Kebanyakan program2 tu, aku rasa agak berat nak pergi... terlintas di hati.. tak perlu untukku pergi kesemua program, tapi, kugagahkan jua..kerna kutahu..pasti banyak manfaat yang akan kudapati..^^

Allah.. perbetulkan niatku..

2.08.2009

peringatan!!

ISLAM ITU MUDAH TAPI JANGAN PERMUDAH2KAN

tatkala timbul situasi ini.. akan timbullah pelbagai keringanan yang akan diambil oleh umat Islam sekarang.
sebagai contoh, nak solat Jama' di rumah, kerana nanti nak pergi kerja, jem, susah. ini kira bagusla ni solat. kalau tak solat???

manusia mentafsirkan "Islam itu mudah" dalam konteks yang salah.

Mereka ini yang mengambil Islam secara bermudah-mudah ni, hanyalah mengambil apa-apa yang selari dengan HAWA NAFSU mereka sahaja.

Islam itu memang Mudah, tapi ianya punya ضوابط yakni ikatan, peraturan, landasan yang ditetapkan.

sedikit peringatan dan perkongsian apa yang kudapat drpd seminar Pembangunan Ummah semalam.
Wallahua'lam.


Seminar Pembinaan Ummah

Asslamu'alaikum...

lama kiranya tidak kucoretkan lakaran mindaku yang berlegar2 di udara ni...
Alhamdulillah semalam Allah menganugerahkanku kesempatan untuk pergi ke Seminar Pembinaan Ummah di Masjid Wilayah, Jln Duta.

Seronok tatkala melihat sahabat2 PJ yang ramai datang tapi, dalam masa yang sama, rasa sedih tatkala mengingatkan sahabat2ku di Nilai yang tak sempat untuk melangkahkan kaki ke dalam bas, lantas ditinggalkan..tulah mpa sume... lambat sangat kot bersiapnyerr..=p.. hehe....
Allah menetapkan yang terbaek utk kalian d situ..

inginku kongsikan sikit sebanyak input yang kudapat drpd seminar tu... antaranya:

Kertas kerja Pertama :
PERANAN MAHASISWA DLM MEMAHAMI DAN MEMBANTERAS PENYELEWENGAN GEJALA MURTAD
oleh: Hj Zamihan Hj Mat Zin

SKOP2 PENYELEWENGAN DALAM ISLAM
antaranya dari segi :
  • Aqidah (paling besar dan bahaya sekali, membawa kepada kesesatan dan murtad)
  • Syariah (seperti halalkan y haram dan sebaliknya)
  • Kerohanian (ada ilmu2 tasawwuf yang menyeleweng)
  • Perubatan ( bersifat khurafat, tahyul, mistik dan sbgnya yang x diakui oleh Islam)
  • Akhlak ( tak ada lagi kini akhlak sebagai ahli sunni, yang kebanyakannya akhlak liberal)
  • Gerakan ( kebenyakannya ajaran2 sesat dan menyeleweng ni, bernaung di bawah NGO2 yang menyebabkan fahaman mereka boleh tersebar mengikut laluan yang diiktiraf)
KESAN2 PENYELEWENGAN:
  • Kufur dan Murtad- ( boleh berlaku secara dalaman dan luaran) kadang kala orang tak sedar akan hal ni, - dalaman > tajsimkan Allah( membayangkan zat Allah) , kufur akan peraturan Allah. -Luaran > tukar agama, sembah berhala.
  • Bid'ah dan Sesat- ( tokok tambah agama) sebagai contoh, boleh salam lelaki dan perempuan
  • Ekstremis- ( mudah panas, salahkan orang, sikit2 bid'ah, membid'ahkan itu, ini.)
  • jauh dari rahmat Allah- ( ada masalah yang tidak selesai2, doa tidak dikabulkan, harapan tidak jadi kenyataan)
jadi, apa peranan mahasiswa???
banyak, ni aku nyatakan beberapa sahaja.
  • berilmu pengetahuan yang matang (kenali ilmu Islam, belajar secara TALAQQI, ulama' sebagai rujukan)
  • dokong visi Agama
  • berjemaah
  • dakwah menuju Allah.
semoga, apa yang dikongsikan di sini, dapat diambil manfaatnya.. terutama buat sahabat2ku yang teringin sangat nak pergi, tapi, tak tercapaian. Wallahua'lam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...