8.17.2010

Masa itu Emas ke?

Bismillahirrahmanirrahim
Tatkala lama tidakku cotetkan kisah, kini aku ingin luahkan perasaan sikit sebanyak...


~MASA~


Ada ssesetengah orang dah lali bila dengar tentang perkataan ni...
Aku pun malas nak memperkatakannya..
Namun, aku sangat BENCI pada orang yang meremehkannya.
Lantas, aku sangat KAGUM pada orang yang memeliharanya.


SITUASI 1:
Tatkala aku mempersoalkan tentang masa, mereka melabel aku..."Atikah ni bab masa je"...sambil tersenyum sinis... Mungkin bagi sesetengah orang, masa orang lain adalah masa mereka... 
Ada suatu ketika, aku telah menghabiskan hampir 4-5 jam untuk menunggu meeting 2 jam... balik rumah dalam jam 12.30 pagi...sampai dalam pukul 1...Tawakkal pada Allah sahaja.
ya Allah...aku atau mereka telah menzalimi masa aku??? Inikah erti pengorbanan yang sepatutnya???


Aku juga bencikan meeting atau program yang tidak efektif. mengambil masa yang teramat panjang untuk membincangkan isu2 tertentu...aku memang mudah bosan hatta dalam kelas kalau terlalu panjang syarahannya.
Aku juga tak gemarkan orang2 yang bercakap ni terlalu menggoreng ayat sampai hangus...dan kadangkala mengulang isi yang sama walaupun menggunakan ayat yang agak berbeza.


SITUASI 2:
Buat pertama kali, aku mempunyai ketua yang sangat PUNCTUAL dan SENSITIF tentang masa!
hatta lambat 5 minit, dia akan mempersoalkan. dan pesanannya awal2, "saya tak nak lepas ni ada yang lambat lagi. kalau lambat, ketuk ketampi....saya tak boleh meeting lebih dari 1 jam 30 minit. dan, kalau dalam seminggu tu ada banyak meeting, saya akan memilih 3 meeting yang penting sahaja untuk pergi..."
Betapanya MASA DIA, dia yang MENGAWALNYA!. BUKAN ORANG LAIN.


Aku juga suka berketuakan seseorang yang betul2 set masa untuk sesuatu agenda dalam meeting...contoh, kalau kata 10 minit bentang perkembangan gerak kerja, maka 10 minit sahajalah yang diperuntukkan untuk dia. andaikata meeting hanya ambil masa 1 jam, maka dalam 1 jam jugalah dia akan cuba untuk menghabiskan meeting tu...
Pernah jugak aku conduct 1 meeting, tak sampai sejam pun...


Ya Allah, andainya semua manusia yang betul2 menjaga masa...pasti kita tidak berada dalam kerugian..
Pandanganku begini, andainya disebabkan si DIA datang lewat, meeting@ program terpaksa dimulakan lewat, aku memang sangat KESAL...tapi, kalau dia datang lewat dan tidak mengganggu perjalanan meeting @ program, aku tak berapa kisah sangat.


Acapkali kita tidak menghayati Ayat Allah ta'ala walaupun kita lancar membacanya tiap kali habis majlis:
"Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali mereka yang beriman & beramal soleh serta berpesan-pesan dalam kebenaran & kesabaran."


Wallahua'lam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...