bismillahirrahmanirrahim...
bosan aku membuang masa sambil menunggu hari esok..exam MUET..speaking lagi...
Allah..lancarkan percakapan ku dan cambahkan idea ku...AMIN..
dalam kebosanan tu, aku kembali menjadi insan biasa..umpamanya aku kosong dengan tugas-tugasan yang selama ini menyibukkan diriku..
semangatku pudar...mengingatkan sahabt-sahabat yang bakal meninggalka ku ke bumi gombak sana...doaku, moga kalian berjaya di dunia baru dan terus thabat di jalan ini..
mengimbau kembali kenangan2 sepanjang keberadaan ku di bumi cfs iium ni... indah kurasakan pabila aku melibatkan diri dengan kerja-kerja Islam... Allah... meskipun begitu, aku melihatkan diri ini masih belum berjaya sebagai pejuang agama Allah.. aku belum berjaya... untuk dikatakan sebagai pejuang Islam sahaja sudah kurasakan tidak layak... namun, apa yang kuisi untuk menjdikan aku layak?? umpamanya tiada apa2...
lemahnya diri ini... tapi, pabila diimbau-imbau balik, aku perlu untuk hidup di jalan ini.. inilah sumber kekuatanku sebagai seorang muslim..
aku kembali menjadi insan biasa.. yang pada masa-masa yang terluang diisi dengan perkara yang kurang berfaedah...termasuklah melayari frenster...
aku bukanlah insan yang baik seperti yang disangka... aku juga berjiwa remaja..namun, aku tahu, berjiwa remaja tidak salah.. tapi mesti dihiasi dengan tarbiyah Islam...
aku kecewa... kecewa....kecewa pabila menziarahi page kawan-kawan sekolahku...
gagalnya aku sebagai pelajar muslim dalam membentuk kawan-kawan ku... mungkin kerana beruniformkan baju sekolah, aku menganggap mereka adalh insan yang sudah terbentuk dengan nilai-nilai Islam dan budaya murni sebagai manusia...
namun, aku salah, terkejutnya aku...melihat gambar-gambar mereka tentang aktiviti-aktiviti luar mereka... merekla kah tu??? kawan-kawan yang dulunya aku rapat... aku bergurau senda, di samping aku nasihat sikit sebanyak...
meskipun kurang rapat, aku pernah mengenali mereka..mereka juga kenal aku...
mostly, kawan-kawan sekolah aku dah lost contact...hanya pada awal kemasukan matrik sahaja seperti hangat-hangat tahi ayam bertanyakan di mana mereka belajar.. kemudian.... bagaikan aku sudah tidak punyai teman belajar sekolah...
rupanya... aku gagal.. gagal dalam berkawan... apa maknanya ada kawan seperti aku?? aku tahu, aku mungkin boleh ubah sikit sebanyak beberapa orang dari mereka.. namun, kerana merasakan konsep 'hanya berkawan', kubiarkan mereka..biarkan mereka jauh, lalai dalam meniti kehidupan ni...jauh daripada landasan Islam yang sebenar..
betapa aku aktif dalam gerak kerja Islam...nak berdakwah kononnya terutamanya kepada umat Islam yang semakin lupa imej mereka sebagai seorang muslim..
apa yang aku buat??? umpamanya berada dalam dilema.. memikirkan gagalnya aku.. berdosanya aku kerana tidak berusaha membantu mereka ke arah jalan yang sama denganku...
pabila dimuhasabah balik... ada banyak kesilapanku sepanjang aku menjadi seorang manusia yang bergelar kawan..
aku selalu merasakan diri ini 'baik'... membuatkan ku kurang boleh 'masuk' dan bergaul dengan kawan-kawan sebegitu...
namun, sebenarnya aku punyai impian untuk mempunyai kawan-kawan rapat yang sebegitu...
konsep berukhwah aku begitu sempit.. sempit yang amat.. berkawan dengan jenis orang seperti aku sahaja...
wallaha'lam... kalau ada sambungan ada la.. kalau tak.. di sini sahaja pengakhiran untuk posting ni... hanya untuk meluahkan rasa kecewa yang terpendam di hati...
azan asar sudah beberapa minit dilaungkan...
Book Review.
5 months ago