10.30.2009

namsihat Imam Syafie kepada PENUNTUT ILMU

ألنصيحة إمام الشافعي، في طلب العلم
-النية الإخلاص لله
-الصبر على جميع المحنات
- بذل الراية الجهد
- الإستعان من الله عز وجل

10.29.2009

Derhaka & Taat

ADAKAH ORANG YANG BERLAKU DERHAKA ITU MENDAPAT NIKMATNYA KETAATAN???

Orang yang membiarkan pandangan matanya tanpa kawalan:
- sehingga Allah mengharamkann segala hasil yang diperolehi mata hati, mahupun lisan.
-diharamkan kejernihan hati @ ditanamkan berbagai macam syubhah ke dalam makanannya.
-Allah tutup rahsia hatinya, mengharamkan Qiamullail baginya dan merasa manisnya bermunajat.

Sama2 bermuhasabah... Adakah itu diriku? Ya Allah, jangan Kau palingkanku dari, Hidayah dan Taufiq-Mu untuk beribadah pada-Mu. Ampuni segala dosa-dosaku ya Allah.

dia datang

Bismillahirrahmanirrahim.
Sambungan kejadian yang menimpa motorku dan aku di suatu malam selepas Isya'.

Belum sempat kuberbuat apa-apa untuk memeriksa keadaan motorku, sebuah motorsiakal yang baru melintasiku tadi berpatah balik menuju ke arahku sambil menegur, " pancit tu, tak boleh bawa."
Aku agak dah... Allah, apa yang sepatutnya kulakukan??? Aku sememangnya di saat itu sangat2 blurr...blank... dan tak tahu nak buat apa2...
Dia memberi cadangan, supaya meminta tolong kawan2 yang terdekat. yang berada di benakku hanyalah sahabat2ku yang ada motor. tapi, tak sampai hati rasanya nak menyusahkan mereka.
Last2, aku membalas, "tak apelah...saya try contact sape2" dengan niat, supaya dia tinggalkanku sendirian dan memberiku ruang untuk berfikir.
Namun, hajatku tak kesampaian... dia masih di situ, sambil melihat-lihat sedikit pada rodaku, dan bertanya serta memberi beberapa idea bagi menyelesaikan masalah tersebut.
Di hatiku, Allah, mungkin sememangnya Kau menghantar dia untuk membantuku. Alhamdulillah...
Dan akhirnya, jalan penyelesaian dicapai, dia akan membawa motorku ke bengkel Waqec esok pagi, selepas kelasnya. ya Allah, baiknya si dia ni..
Bukan setakat tu, dia memberiku pinjam motornya memandangkan Mahallah aku jauh.
Mulianya insan ni.

Keesokan harinya, aku berjumpa dengannya di tempat semalam. Sebelum tu, dia bertanya, mahu ganti tiub dengan Rm8 atau Rm12? Aku menjawab Rm12 supaya lebih tahan.
Aku bayar padanya Rm15( lebih 3 ringgit je) sebagai tanda terima kasihku.
Namun, dipulangkan kembali padaku Rm5. Ya Allah, serba salah aku rasa. Walaubagaimanapun, aku amat2 berterima kasih padanya dan bersyukur pada Allah kerana mempertemukan aku dengan insan yang berhati baik ni... terdetik di benak fikiran, andainya dia bukan orang baik2, bagaiman keadaanku?? Na'uzubillah min zalik...
Semoga Allah memeliharaku dan semua umat Islam. Amin.

Itulah sebenarnya Ukhwah Islamiyyah yang diajar dalam Islam. Bagaiman Kaum Ansar sangat2 membantu Kaum Muhajirin yang sehelai sepinggang apabila tiba di Madinah. Mereka sanggup memberi harta benda, tempat tinggal, apa2 keperluan hatta isteri mereka kepada Kaum Muhajirin. Sesungguhnya, manisnya ukhwah islamiyyah itu apabila disertai dengan rasa Ikhlas bersahabat kerana Allah...sama2 berada dalam suka dan duka. Alhamdulillah, Allah mempertemukanku dengan ramai sahabat yang berhati mulia dan hati mereka dilimpahi dengan kasih sayang dan mengambil berat terhadap sahabat2 mereka.Beruntungnya aku.

10.28.2009

Aina Quwwatuna???


Suatu pagi, Ustazah Sofiah mebuat survey ringkas dalam kalangan sahabat2 muslimin IRK( Islamic Revealed Knowledge) yang sekelas denganku, Ulum al-Quran.

Siapa pada pagi ni, dia SOLAT SUBUH BERJEMAAH???
Solat Subuhnya pulak, pada jam berapa??

Andainya jawapannya mengecewakan, bagaimana umat Islam nak KUAT???
Dan, dengan memperkuatkan dalaman, barulah di luar nak kuat.Itulah sebabnya menuntut ilmu, susah nak masuk, sebab dalaman tak bersih dan tak bersedia nak terima benda bersih.

Sama-sama kita bermuhasabah...
Wallahua'lam.

10.26.2009

Lengkapkah bajet 2010??

Bismillahirrahmanirrahim

kuperhati dan ku belek2... kukira, bajet yang dibawa oleh Tan Sri Najib, rata-ratanya menumpukan pada peruntukan untuk pembangunan dari segi material serta kebajikan rakyat... boleh lagi ada peruntukan untuk penggiat seni, ya, aku tak nafikan kepentingan mereka. Terima kasih PM.

Tapi, mana PERUNTUKAN UNTUK PEMBANGUNAN ROHANI???
at least, untuk aktiviti2 AGAMA yang lebih EFEKTIF & BERKESAN.

Wallahua'lam.

Exam....dan Hang Tuah

Video di atas sememangnya menggelikan hati..

tapi, ada pengajaran di sebaliknya... dalam cerita ni, aku tak tahu sape yang betul, sape yang bohong...tak kisah la...

Mengikut pengalamanku sebagai pelajar yang telah menduduki beberapa peperiksaan besar dalam hidupku, dapat kuambil iktibar dan ihtimam tentang betapa pentingnya KETAQARRUBAN kita dengan ALLAH. Hal inilah sebenarnya yang sangat2 membantu dalam mencapai keputusan yang cemerlang. Bagaimana kita berdoa dan mengharap kepada Allah... dan adakah kita meletakkan sepenuhnya PERGANTUNGAN pada Allah selepas tu?

Tapi ingat! Jangan kita hanya memerlukan Allah pada ketika kita susah...manakala di kala senang, kita melupakannya malah mengingkari perintah-Nya. Na'uzubillah.

Aku ingin petik nasihat Ustaz Zahrul Fata yang memberi peringatan kepada kami dalam kelas Hadis, Ustaz kata,kalau nak berjaya, kena ada perkara2 tersebut:

1- Niat Ikhlas kerana Allah

2- Ulangkaji dan muzakarah

3- berusaha bersungguh-sungguh

4- jaga ADAB.

ADAB sangat2 penting, dan guru2 boleh rasakan bahawa dia ni seorang pelajar yang beradab atau tak...sama ada dari segi kehadirannya, penumpuannya di dalam kelas, cara menjawab soalan dalam peperiksaan dan sebagainya. Dan sebenarnya, itulah sebahagian besar yang mempengaruhi pemberian markah untu kertas soalan nanti.

Dan mengikut Ustazah Sofiah, beliau TAK REDHA kalau ada students nya yang datang lewat ke kelas, dan secara terus dan pada waktu tersebut jugak Ustazah tegur, sebab kata Ustazah, if Ustazah diam je, bereti dia redha dengan kelewatan pelajarnya.

Teringat pada Ustazah Rasyidah, pendidik Ilmu `Aqidah, dia sangat-sangat kecewa bilamana dapat tahu ada pelajarnya yang meniru masa exam, walaupun beliau tak nampak, tapi mengikut pengalamannya, beliau tahu bahawa pelajar ni meniru. Dan ustazah kata, nak tengok kertas jawapan budak tu pon tak boleh.nak buang dalam tong sampah rasanya... Sebenarnya, guru-guru ni sangat2 sayang pada pelajarnya. Mereka nak tengok pelajar mereka berjaya...sedaya upaya akan mereka bantu anak didik mereka.

Begitulah....banyak benda yang mesti dijaga dalam menuntut ilmu ni...

Akhir kalam...SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN FINAL UNTUK SAHABAT2 UIAM & SEMUA SAHABAT2 YANG SAYA KENALI DAN MENGENALI SAYA. TAK LUPA, UNTUK ADIKKU, NURUL `IZZAH BT ABD RAHMAN di Ma'had Mahmud Aloq Setaq, buat exam sebaik-baiknya... Kaulah HARAPAN keluarga dan negara serta Agama dan bangsa...hehe..

Wassalam.

intipati Bajet 2010 '1Malaysia, Kemakmuran Bersama'

Berikut ialah intipati Bajet 2010 '1Malaysia, Kemakmuran Bersama':

1. Peruntukan wang berjumlah RM191.5 bilion yang meliputi RM138.3 bilion (72.2 peratus) untuk belanja mengurus dan RM53.2 bilion (27.8 peratus) untuk belanja pembangunan.

2. Bayaran khas RM500 kepada penjawat awam bagi Gred 41 hingga Gred 54 dan setaraf dengannya serta pesara wajib kerajaan pada bulan Disember ini.

3. Peningkatan pengecualian cukai pendapatan kepada penyedia perkhidmatan jagaan kesihatan daripada 50 peratus nilai peningkatan pendapatan eksport kepada 100 peratus sebagai galakan untuk menarik lebih ramai pelancong kesihatan.

4. Pelepasan cukai individu ke atas yuran langganan jalur lebar sehingga RM500 setahun mulai 2010 hingga 2012.

5. Pinjaman pembelian komputer ditawarkan kepada penjawat awam setiap tiga tahun sekali berbanding lima tahun sekali sekarang.

6. Subsidi, insentif dan bantuan hampir RM2 bilion untuk membela nasib golongan petani dan nelayan.

7. Peruntukan lebih RM9 bilion untuk projek infrastruktur termasuk pembinaan jalan, jambatan, bekalan air, perkhidmatan pembentungan, pelabuhan dan perkhidmatan laut serta projek lapangan terbang.

8. Peruntukan tambahan RM20 juta di bawah Tabung Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) untuk usahawan kecil kaum India (Peruntukan sedia ada RM15 juta).

9. Peruntukan RM3 juta sebagai geran pelancaran penubuhan Tabung Kebajikan Penggiat Seni bagi memastikan kebajikan warga seni sentiasa terbela dan diberi perhatian.

10. Peruntukan tambahan RM20 juta untuk memberi pengiktirafan Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) dengan sasaran 20 buah sekolah pada 2010.

11. Menganugerahkan Biasiswa Nasional kepada 30 pelajar terbaik di kalangan yang terbaik berasaskan kepada merit sepenuhnya. Penyandang Biasiswa Nasional ini akan melanjutkan pelajaran ke universiti tersohor di dunia.

12. Menukar pinjaman PTPTN kepada biasiswa bagi pelajar yang berjaya menamatkan pengajian ijazah sarjana muda kelas pertama atau setaraf dengannya bermula tahun 2010.

13. Diskaun tambang 50 peratus bagi perkhidmatan kereta api KTMB jarak jauh kepada pelajar berumur 13 tahun sehingga mereka masih bertaraf pelajar bermula 1 Jan, 2010.

14. Pakej "netbook", termasuk perkhidmatan jalur lebar percuma, kepada 100,000 pelajar universiti tempatan dengan bayaran RM50 sebulan untuk tempoh dua tahun bermula 1 Jan, 2010.

15. Peruntukan RM100 juta bagi pelaksanaan Program PERMATA, yang memberi penekanan terhadap kaedah pengasuhan dan pendidikan awal kanak-kanak secara bersepadu dan terancang.

16. Perlindungan insurans dan takaful mikro untuk peniaga kecil-kecilan mendapat manfaat perlindungan dalam lingkungan RM10,000 hingga RM20,000 dengan premium serendah RM20 sebulan.

17. Menubuhkan 14 lagi Mahkamah Sesyen Khas Rasuah dan empat Mahkamah Tinggi Khas Rayuan Kes Rasuah.

18. Cukai perkhidmatan sebanyak RM50 setahun ke atas kad kredit utama dan kad caj, termasuk kad yang diberi percuma dan cukai pendapatan RM25 setahun ke atas setiap kad kredit tambahan mulai 1 Jan, 2010.

19. Semua kementerian dan jabatan kerajaan diwajibkan untuk menyediakan pusat penjagaan harian dan pendidikan anak-anak dengan setiap kementerian dan jabatan diberi peruntukan RM200,000 untuk penubuhannya.

20. Kadar cukai pendapatan individu maksimum dikurangkan daripada 27 peratus kepada 26 peratus berkuatkuasa tahun taksiran 2010.

21. Pelepasan diri kepada pembayar cukai pendapatan individu dinaikkan kepada RM9,000 daripada RM8,000 mulai tahun taksiran 2010 bagi membolehkan pembayar cukai nikmati peningkatan pendapatan boleh guna sebanyak RM1,000.

22. Hampir 50,000 isi rumah miskin tegar yang berdaftar di bawah program eKasih dan 4,000 isi rumah Orang Asli yang telah dikenal pasti akan dibantu untuk mencapai matlamat sifar kemiskinan tegar. Peruntukan RM41 juta untuk meningkatkan kualiti hidup masyarakat Orang Asli.

23. Peruntukan RM48 juta bagi melaksanakan program pembasmian kemiskinan bandar meliputi bantuan kebajikan dan program bayaran sewa rumah dan Kementerian Wilayah Persekutuan ditukarkan nama kepada Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar.

24. Penyediaan 74,000 rumah kos rendah oleh Jabatan Perumahan Negara untuk disewa pada tahun 2010.

25. Pelancaran skim KWSP pada Januari 2010 bagi membolehkan pencarum mendapatkan jumlah pembiayaan lebih besar bagi pembelian rumah yang bernilai lebih tinggi atau bagi pembelian rumah tambahan.

26. Peruntukan RM224 juta kepada OKU untuk bantuan, melaksanakan Program Pemulihan Dalam Komuniti dan peruntukan RM174 juta untuk warga emas.

27. Kadar elaun kanak-kanak OKU di sekolah pendidikan khas kelolaan NGO dinaikkan daripada RM50 kepada RM150 sebulan bagi setiap orang mulai 1 Jan 2010.28. Penubuhan Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia yang diuruskan oleh KWSP.

29. Potongan caruman pekerja KWSP dinaikkan semula ke kadar 11 peratus secara sukarel
a berkuat kuasa serta-merta.

30. Membina jalan luar bandar sepanjang 510km dan jalan kampung sepanjang 316km dengan peruntukan RM857 juta termasuk jalan di Kapit, Lawas dan Simunjan di Sarawak serta Kinabatangan, Kota Belud dan Keningau di Sabah. BERNAMA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...