5.16.2011

ISLAMIC REVEALED KNOWLEDGE & HERITAGE STUDENTS' SOCIETY

Bismillahi Allahuakbar..



Impianku dalam Islamic Revealed Knowledge & Heritage Students' Society (IRKHSS) ada beberapa perkara...namun x tahu adakah mampu untuk dilaksanakan atau tidak...kerana banyak perkara bergantung kepada kewangan...andai kewangan tidak mencukupi dan menghadapi kekangan yang kritikal, memang agak susah...tapi, kita kena berjiwa besar dan bercita-cita tinggi dalam menerajui organisasi...

Antaranya :
1- nak buat International Conference yang menampilkan Dr.Yusof Qardhawi & Dr. Wahbah Zuhaily. Membincangkan dan mengupas isu-isu utama umat Islam dan kupasan ilmu-ilmu teras agama..
2- Nak jemput Asyraf Muslim bagi special talk sempena turning point dalam bidang dakwah ni.
3- Aplikasi perlaksanaan Dakwah ala-ala rancangan IMAM MUDA.

~setakat ni la dulu...suka benar merancang...tapi tak fikir siapa yang akan melaksanakannya...hmm~
Semoga Allah bimbing dan tunjuki jalan yang terbaik dalam menerajui organisasi ni...

Wallahua'lam.

5.15.2011

nafas~

Bismillahi Allahuakbar...
lama yang amat saya tidak mencoretkan catatan di blog ini...asyik teringat-ingat pada blog saya ni...tapi berat pulak rasa nak menitip satu 2 kata.... busy sangat kah???



by the way, untuk permulaan bagi 'nafas baru' pada blog ni...saya bawakan 1 ayat al-Quran :


إِنَّ الَّذِينَ قَالُوا رَبُّنَا اللَّهُ ثُمَّ اسْتَقَامُوا تَتَنَزَّلُ عَلَيْهِمُ الْمَلَائِكَةُ أَلَّا تَخَافُوا وَلَا تَحْزَنُوا وَأَبْشِرُوا بِالْجَنَّةِ الَّتِي كُنْتُمْ تُوعَدُونَ

. Sesungguhnya orang-orang Yang menegaskan keyakinannya Dengan berkata: "Tuhan Kami ialah Allah", kemudian mereka tetap teguh di atas jalan Yang betul, akan Turunlah malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham): "Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian Yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita, dan Terimalah berita gembira Bahawa kamu akan beroleh syurga Yang telah dijanjikan kepada kamu.


teringat semasa mendirikan solat Subuh(kalau x silap) di Masjidil Haram, imam yang mengetuai solat ni, membacakan ayat ni kemudian menangis teresak-esak...SubhanAllah...mendalam pemahamannya pada ayat ni...
Semoga kita tergolong dalam golongan hamba-hamba Allah yang BERIMAN & TETAP ISTIQOMAH.

Wallahua'lam...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...