7.04.2010

Meluntur Buluh

Bismillahirrahmanirrahim..
di sini ingin kukongsikan sedikit sebanyak pengalamanku mengajar budak-budak sekolah rendah..
pada awalnya, aku memang tertunggu-tunggu waktu untuk berakhirnya menjadi "ustajah" ni... ada kala rasa tension, penat, masa untuk diri sendiri xberapa nak ada, banyak kerja tertangguh dan sebagainya.

Namun, kutemui kepuasan dan keseronokan tatkala melihat anak-anak muridku mengalami perubahan yang positif sedikit sebanyak dalam mengenal al-Quran dan ilmu2 agama...
Alhamdulillah..

Ingin kukongsikan, ada sesetengah guru suka menggunakan pendekatan 'GARANG DAN MARAH' dalam sesi pembelajaran dan pengajaran...
Namun, berdasarkan kajian dr.Fadzilah Kamsah, dalam mendidik anak2 secara berkesan, 80% melalui pendekatan puji-pujian dan ganjaran, manakala hanya 20% pendekatan marah dan denda.

ada kelas darjah 1 ni, asal aku masuk je mesti bising sambung kedatanganku...
yea yea..ustazah Atikah...then, masing2 nak tarik perhatian aku...boleh pengsan den...
nak tahu apa sebabnya??? sebab, guru sebelum tu memangla sangat garang, budak2 sangat takut...
jadi, bila aku masuk, seolah-olah penghibur dan penyelamat mereka...hehe..

Tapi, perhatian ye...budak2 ni, jangan selalu sangat manjakan dan buat muka baik, kena beberapa ketika jadi tegas dan garang, sebab nanti naik kepala pulak.

 di bawah ni, ada beberapa gambar semasa sesi pengajaranku di sekolah, ada juga masa ajar mengaji pada waktu malamnya.. Alhamdulillah, beruntung si anak-anak ni punya ibubapa yang inginkan anak2 mereka kenal dan celik al-Quran.

aku tak reti la nak rotate...x jumpa kat mana.
 
Kiri : umar aziz ( bijak sangat, tapi aktif)
kanan: muhd zharif ( suara plg kuat, pandai kalau rajin..hehe)

aku lebih kurang sama tinggi je dengan budak2 ni...anak2 murid darjah 2 Siddiq, aku jadi guru kelasnya. dorang semua sayang sama aku..hihihi


ni gambar anak2 murid aku di malam hari, belajar mengaji dan fardhu ain..

Kini, aku dah berhenti, sedang mempersiapkan diri untuk masuk sem baru pulak..tak sabar rasanya untuk menuntut ilmu...untuk menjadi anak murid semula..
Aku pasti akan mengingati anak2 muridku dan merindui mereka.
semoga Allah mempermudahkan kehidupan mereka dalam menuju ma'rifat-Nya..
dan semoga hidup mereka sentiasa dalam bimbingan dan pemeliharaan Allah..
Terakhirnya, semoga mereka menjadi hamba Allah yang soleh/ah dan berjaya di Dunia dan di Akhirat.

Wallahua'lam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...