6.18.2008

kelas mula sudah....













Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum w.b.t

kelas bermula jam 9 hari ni..tidak seperti sem2 lepas..aku agak awl hari ni bersiap ke kelas..mungkin dengan azam dan semangat baru..namun begitu...rasa2nya, semangat dan azam dalam diriku tak seperti merasa perasaan minat yang mendalam dalam bidang ini seperti ketika umurku 16 tahun, yang mana menuntut di UIA dalam jurusan IRK merupakan salah 1 perkara yang aku amat-amat idamkan...zaman sudah berubah, umur kian meningkat, perasaan hati juga seringkali tidak tetap pada 1 pendirian.. begitulah diriku dalam bidang ni..kenapa ye?? kutemui sudah jawapannya...ada banyak sebab...namun, Allah lebih `Arif tentang segala hal-ehwal hamba-hambaNya..
ada satu hadith, sekiranya Allah menghendaki kebaikan bagi diri seseorang, maka "faqqihhu fiddin" , means, Allah memahirkannya dalam ilmu agama.. maka kuambil kata-kata itu sebagai peransang untuk kuteruskan perjuangan dalam bidang ni... insyaAllah..
pagi tadi, kelas BMW, (mesti certain person ingat kereta BMW kan) hehehe...enggak dong... tu subjek Basic Research Method nad Writing.. mind set ku b4 g kelas, ni subjek English and i hate English(quite).. malas dah nak blaja English...tapi, x eloknya fikir camni...tapi xperla...bukan selalu..
doaku, semoga kami mendapat lecturer yang terbaik bagi kami..

tetiba, seorang pensyarah lelaki masuk, dengan berkopiah putih lagi,...aik...agak pelik,tambah2 bila ustaz ni ber'speaking' `arab. aku bertanya pada kawanku, ni kelas english kan???
yang kawan tu pun angguk jerr...dia pun agak pelik..

never mind la, aku menumpukan perhatian bercampur dengan mengantuk...rupa-rupanya, subjek ni blaja dalam `arab...wahh..hebatnya...ada gak dalam arab... antara sub-topiknya, kena buat research(البحث),kaji selidikالاءستباعة, eksperimen تجربة, n so on..amat bermanfaat dan yang pentingnya, sebagai out-come daripada pembelajaran subjek ni, kita kena praktikkan apa yang kita blajar dalam subjek2 lain...dalam buat assignment, buat rujukan, research, and many more..
pesan ustaz, apa yang kamu kena buat sekarang ni??? dalam benak fikiranku, ermm...rilek la dulu, buku x beli lagi, blaja pun x msuk subjek apa2 lagi, just follow the flow...tapi, ustaz kata, kamu kena bersiap sedia..rujuk buku2 yang ada kat library, tengok nota2...
bagiku, subjek ni agak best,..namun, komen kawan2 lain, dorang macam takut...nampak macam susah...tapi, bagiku, aku x menganggapnya begitu, akanku ambil ia sebagai cabaran dan peluang untuk belajar arab dengan lebih mendalam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...