10.19.2010

Kemunduran Melayu dengan BERTANYA?

Bismillahirrahmanirrahim.


Terasa amarah memenuhi ruangan hati dan perasaan, tatkala itu juga hatiku sedikit tercalar, ahirnya kulepaskan dengan tangisan usai solatku. 
Namun, amarah itu masih berlegar-legar di hati menyebabkan hampir setiap orang yang berhubung denganku dapat merasakan aku dalam keadaan tertekan.


Ini semua gara-gara kerana ditegah untuk bertanya tatkala tak faham dengan ilmu agama yang sedang disampaikan pleh sahabat sekelas yang ditugaskan untuk buat presentation. Aku akan angkat tangan usai sahabat tu habis menyampaikan isi untuk bahagian tersebut. dan tatkala aku memulakan ayat, "Ustaz(sebagai tanda menghormatinya mengajar di depan- w/p pelajar juga), kaif iza.....tatkala itu juga Ustazah menegah dan suruh simpan soalan tersebut dan tanya di akhir presentation.
Allahuakbar, tatkala itu juga mood untukku lebih faham terbantut. Mana mungkin aku akan berasa lega bilamana ada bahagian ilmu tersebut aku tak faham, pendam buat-buat faham dulu, kemudian cuba fahamkan bahagian yang lain pulak. 


Apalah salahnya andai soalan itu terus ditanya dan dijawab dengan serta-merta supaya jelas dan mudah untuk faham input setrusnya. 
hatiku memberontak...ahh, bosannya dengan presentation student ni! ingin saja aku melangkah keluar dari kelas supaya hatiku lebih tenteram. Namun aku masih lagi mengawal hati dan perasaan ni supaya bersabar dan kutip jugak ilmu yang disampaikan.


ya Allah, sememangnya aku simpan soalan tersebut, namun, pelajar tersebut present sampai terlebih masa kelas, mana ada sudah waktu untuk bertanya, dan mereka pun tak membuka ruang bertanya.
Sememangnya aku sangat kecewa dengan pembawakan sebegini...


Pada kelas seterusnya pulak, kami membuat praktikal Haji, Alhamdulillah cubaan bertanya pada kali pertama dan kedua lepas, dijawab oleh Ustazah. Namun pada soalan ketiga, perkara yang sama berulang seperti yang sebelum ni. BERTANYA DI AKHIR KELAS.


Aku tak rasa apabila bertanya ni mengganggu sesi pembelajaran dan pengajaran. apatah lagi kami sedang mempraktikkan apa yang diajar. apa yang tak faham terus tanya supaya terus faham. bukan aku sorang je yang boleh faham, insya-Allah sahabat lain pun dapat manfaatnya.
selepas2 tu, kawan-kawan semua bertanya sesama sendiri apabila tak faham, ada jugak yang bertanya padaku, di saat itu juga kami membuat andaian itu dan ini...dan di akhirnya, kami tinggalkan saja persoalan tersebut tanpa jawapan.
Dan perkara sama berulang juga, praktikal Haji diakhiri dengan tayangan video Tabung Haji tentang perjalanan haji...dan masa habis terlebih dari masa yang sepatutnya.
Dan seolah-olahnya, slot untuk bertanya tidak pernah dijanjikan seperti yang diperkatakan sebelum ni...


Aku menilai student melayu ni agak pasif berbanding dengan student foreigner, mereka lantang berbicara dan berani bertanya.
Mungkin hal ni adalah akibat daripada didikan ibu bapa yang menegah anak-anak untuk meluahkan isi hati dan pandangan mereka.
Selain itu jugak mungkin di sekolah, budaya bertanya tidak diterapkan. hanya budaya dengar dan buat dititik-beratkan. 
Mungkin juga disebabkan seperti keadaan yang aku hadapi. 
Lantaran itu, pelajar ni berasa malu andai dilayan sebegitu dan dilihat seolah-olah tidak pandai.


Aku mengkagumi Ustaz Ijtihad wa Ifta', Ustaz Husamuddin assofi, beliau berkata : "Tanyalah! sesungguhnya TIADA istilah MALU dalam MENUNTUT ILMU"


Wallahua'lam...entri ku kali ni untuk melepaskan rasa beban dan pedih yang kupendam. jadi minta maaf andai banyak kesilapanku.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...