12.20.2009

Penarikan Sijil Halal


Minatku yang agak tinggi dalam bab2 HALAL ni membawaku kepada satu berita ni...dan sangat penting kukira untuk pengetahuan umat Islam..

Panel Pengesahan Halal JAKIM telah menarikbalik Sijil Halal Malaysia kepada 3 syarikat yang telah melanggar syarat-syarat pensijilan 3 syarikat berkenaan ialah:


1. Syarikat BB Hailam Chicken Rice

Bukit Bintang, Kuala Lumpur.


2. Bestmark Food Sdn Bhd

Taman Perindustrian KIP, Kuala Lumpur.


3. Pimpinan Emas Sdn Bhd

Jalan Pudu, Kuala Lumpur.
(ni aku xjumpa pulak maklumat company ni)

12.19.2009

Menuntut ILMU itu Punya Ujian..

Bismillahirrahmanirrahim..
Aku yakin, semua orang punya ujiannya yang tersendiri..
Begitu juga aku.
Minggu pertama dan kedua pada Semester 2 ni, agak menyesakkan dada...tambahan dengan diuji beberapa mehnah yang membuatkanku tidak tenang dan hampir2 menyekatku daripada meneruskan perjuangan di UIAM ni.
Sungguh, nak belajar Agama Allah ni, perlu KUAT!
Allah...bantu aku.
~Nak meluah perasaan yang tak terlepas rasanya~
Wallahua'lam.

Telur Ayam Adalah Makanan Yang Berkhasiat???


Telur Ayam : Makanan Berkhasiat 7
Oleh : Dr. Haji Wan Ali Tuanku Madhi
Pengerusi JPN Sarawak

PADA setiap Persidangan Kebangsaan ANGKASA, salah satu makanan dalam menu untuk disajikan kepada para perwakilan dan pemerhati pastinya sebiji telur ayam rebus! Ini adalah suatu teladan baik yang mungkin kebanyakan orang terlepas pandang.

Telur ayam adalah satu-satunya makanan semulajadi yang sangat berkhasiat dan juga antara sumber protein yang paling baik di muka bumi. Dalam tiga daripada empat kaedah saintifik yang lazim diguna untuk mengukur kualiti protein, telur memperoleh skor yang jauh lebih tinggi daripada sumber-sumber protein lain seperti susu, daging lembu, whey dan soya. Kesemua sumber protein ini seri dalam kaedah pengukuran keempat sahaja.

Selain daripada mengandungi kesemua sembilan amino asid, 15 jenis vitamin dan kolestrol kuning telur mengandungi tujuh nutrien istimewa seperti rajah 1 di bawah.

Kebanyakan orang takut memakan telur kerana kolestrol tetapi sebenarnya choline dan phosphytidylcholine dalam kuning telur membantu mengelak longgokan kolestrol dan lemak dalam hati dan pembuluh darah. Choline juga membentuk metabolite dipanggil betaine yang berfungsi mengurangkan homocystin, salah faktor penyebab serangan sakit jantung. Menurut Harvard Medical School Guide to Healthy Eating tidak pernah ada penyelidikan yang menunjukkan bahawa orang memakan telur dengan banyak mendapat lebih banyak serangan sakit jantung daripada orang yang memakan sedikit telur.

Choline diperlukan untuk membentuk ‘neurotransmitter’ Acettylcholine yang sangat mustahak untuk daya ingatan (memory) dan pemikiran (thought) dan melindungi kita daripada nyanyuk termasuk penyakit Alzheimer. Jadi, telur, seperti ikan adalah makanan otak!

Oleh kerana phosphatidylcholine bahan asas membran sel dan kebanyakan metabolisma dalam hati berlaku di membran sel, ianya membantu melindungi hati daripada pelbagai jenis toksin.

Menurut pengarang buku Eye Care Naturally, Dr. Michael Geiger dari New York, Lutein yang terdapat dalam bahagian dalaman mata (retina) khususnya “macula” melindungi mata daripada kesan buruk high energy blue wavelengths dalam matahari dan lampu rumah.

Kandungan sulfur yang tinggi dalam kuning telur menyebabkan orang nampak anggun kerana rambut dan kuku mereka yang sihat dan cantik.

Satu kajian yang dimuatkan dalam Jurnal Cancer Epidemilogy Biomarkers and Prevention keluaran Januari 2005 tentang kanser payu dara di kalangan orang perempuan Cina yang berhijrah dari Cina ke Hong Kong dan seterusnya di Amerika Syarikat mendapati :

  1. Mereka yang memakan banyak sayur dan buah-buahan kurang mendapat kanser payu dara – tiada kejutan tentang fakta ini.
  2. Mereka yang memakan banyak telur ayam juga kurang kemungkinan mendapat kanser payu dara. Yang memakan enam biji telur seminggu dibanding dengan mereka yang memakan dua biji telur seminggu didapati merendahkan risiko kanser sebanyak 44 peratus!

11.22.2009

RAGU DALAM KESEMPURNAAN??

Bismillahirrahmanirrahim.
Andai diperhatikan pada diri-diri Umat Islam, terutamanya KAUM MELAYU, terutama lagi ORG2 YANG FAHAM AGAMA, seringkali menuturkan
"tidak layak untuk aku mencapai KESEMPURNAAN, malah dikatakan tak mampu untuk menuju ke arah KESEMPURNAAN ini"

Bacalah kata2 di bawah sahabat2:

TAK ADA ISTILAH RAGU DALAM MENCARI KESEMPURNAAN
- orang yang selalu mengaktifkan fikiran jernihnya menandakan bahawa ia mempunyai komitmen untuk mencari kedudukan yang terhormat, sekali gus menghalanginya untuk begitu saja terima segala kekurangan.

Abu ath-Thayyib al-Mutanabbi berkata dalam syairnya:
" Tidak aku lihat aib yang bererti pada diri manusia selama ini seperti kekurangan. Juga sebenarnya mampu mencapai kesempurnaan.''

.:. Ini bererti, bagi yang memiliki AKAL harus berbuat semaksimum untuk MENCAPAI TARGET YANG MUNGKIN MASIH DAPAT DICAPAI! insya-Allah.

Wallahua'lam.

11.02.2009

Aku Rela...Demi Cinta ini..

Bismillahirrahmanirrahim...
kerna cinta, manusia bisa buat apa2 sahaja...
Namun, apakah aku Rela demi CINTA ini?

-sepertimana CINTAnya RASULULLAH S.A.W pada Allah dan umatnya, sehingga sanggup berjuang bermati-matian walau dicaci, dihina, dilempar tuduhan, makian, seksaan Musrikin
demi menyampaikan ajaran Islam.

-Sepertimana CINTAnya ZAID BIN THABIT kepada al-Quran, dalam usahanya membukukan al-Quran bersama sahabat2 yang lain, yang mana, andainya dipikul Bukit Uhud, lebih ringan berbanding dengan amanah ini.

-Sebagaimana CINTAnya IBNU `ABBAS dalam berusaha menimba Ilmu Agama Allah, sehingga menjadi FAQIH, dalam memberikan asbab nuzul surah al-Masad, meskipun dia belum lahir lagi ketika turunnya surah tersebut.

Allah, kurniakanku CINTA ini. Sebagaimana mereka yang Kau redhai untuk berjuang demi Agama-Mu.

CINTA UNTUK MENDALAMI ILMU-MU, CINTA BERJUANG DEMI AGAMA-MU, DAN CINTA UNTUK MELAKSANAKAN PERINTAH-MU.

video

10.30.2009

namsihat Imam Syafie kepada PENUNTUT ILMU

ألنصيحة إمام الشافعي، في طلب العلم
-النية الإخلاص لله
-الصبر على جميع المحنات
- بذل الراية الجهد
- الإستعان من الله عز وجل

10.29.2009

Derhaka & Taat

ADAKAH ORANG YANG BERLAKU DERHAKA ITU MENDAPAT NIKMATNYA KETAATAN???

Orang yang membiarkan pandangan matanya tanpa kawalan:
- sehingga Allah mengharamkann segala hasil yang diperolehi mata hati, mahupun lisan.
-diharamkan kejernihan hati @ ditanamkan berbagai macam syubhah ke dalam makanannya.
-Allah tutup rahsia hatinya, mengharamkan Qiamullail baginya dan merasa manisnya bermunajat.

Sama2 bermuhasabah... Adakah itu diriku? Ya Allah, jangan Kau palingkanku dari, Hidayah dan Taufiq-Mu untuk beribadah pada-Mu. Ampuni segala dosa-dosaku ya Allah.

dia datang

Bismillahirrahmanirrahim.
Sambungan kejadian yang menimpa motorku dan aku di suatu malam selepas Isya'.

Belum sempat kuberbuat apa-apa untuk memeriksa keadaan motorku, sebuah motorsiakal yang baru melintasiku tadi berpatah balik menuju ke arahku sambil menegur, " pancit tu, tak boleh bawa."
Aku agak dah... Allah, apa yang sepatutnya kulakukan??? Aku sememangnya di saat itu sangat2 blurr...blank... dan tak tahu nak buat apa2...
Dia memberi cadangan, supaya meminta tolong kawan2 yang terdekat. yang berada di benakku hanyalah sahabat2ku yang ada motor. tapi, tak sampai hati rasanya nak menyusahkan mereka.
Last2, aku membalas, "tak apelah...saya try contact sape2" dengan niat, supaya dia tinggalkanku sendirian dan memberiku ruang untuk berfikir.
Namun, hajatku tak kesampaian... dia masih di situ, sambil melihat-lihat sedikit pada rodaku, dan bertanya serta memberi beberapa idea bagi menyelesaikan masalah tersebut.
Di hatiku, Allah, mungkin sememangnya Kau menghantar dia untuk membantuku. Alhamdulillah...
Dan akhirnya, jalan penyelesaian dicapai, dia akan membawa motorku ke bengkel Waqec esok pagi, selepas kelasnya. ya Allah, baiknya si dia ni..
Bukan setakat tu, dia memberiku pinjam motornya memandangkan Mahallah aku jauh.
Mulianya insan ni.

Keesokan harinya, aku berjumpa dengannya di tempat semalam. Sebelum tu, dia bertanya, mahu ganti tiub dengan Rm8 atau Rm12? Aku menjawab Rm12 supaya lebih tahan.
Aku bayar padanya Rm15( lebih 3 ringgit je) sebagai tanda terima kasihku.
Namun, dipulangkan kembali padaku Rm5. Ya Allah, serba salah aku rasa. Walaubagaimanapun, aku amat2 berterima kasih padanya dan bersyukur pada Allah kerana mempertemukan aku dengan insan yang berhati baik ni... terdetik di benak fikiran, andainya dia bukan orang baik2, bagaiman keadaanku?? Na'uzubillah min zalik...
Semoga Allah memeliharaku dan semua umat Islam. Amin.

Itulah sebenarnya Ukhwah Islamiyyah yang diajar dalam Islam. Bagaiman Kaum Ansar sangat2 membantu Kaum Muhajirin yang sehelai sepinggang apabila tiba di Madinah. Mereka sanggup memberi harta benda, tempat tinggal, apa2 keperluan hatta isteri mereka kepada Kaum Muhajirin. Sesungguhnya, manisnya ukhwah islamiyyah itu apabila disertai dengan rasa Ikhlas bersahabat kerana Allah...sama2 berada dalam suka dan duka. Alhamdulillah, Allah mempertemukanku dengan ramai sahabat yang berhati mulia dan hati mereka dilimpahi dengan kasih sayang dan mengambil berat terhadap sahabat2 mereka.Beruntungnya aku.

10.28.2009

Aina Quwwatuna???


Suatu pagi, Ustazah Sofiah mebuat survey ringkas dalam kalangan sahabat2 muslimin IRK( Islamic Revealed Knowledge) yang sekelas denganku, Ulum al-Quran.

Siapa pada pagi ni, dia SOLAT SUBUH BERJEMAAH???
Solat Subuhnya pulak, pada jam berapa??

Andainya jawapannya mengecewakan, bagaimana umat Islam nak KUAT???
Dan, dengan memperkuatkan dalaman, barulah di luar nak kuat.Itulah sebabnya menuntut ilmu, susah nak masuk, sebab dalaman tak bersih dan tak bersedia nak terima benda bersih.

Sama-sama kita bermuhasabah...
Wallahua'lam.

10.26.2009

Lengkapkah bajet 2010??

Bismillahirrahmanirrahim

kuperhati dan ku belek2... kukira, bajet yang dibawa oleh Tan Sri Najib, rata-ratanya menumpukan pada peruntukan untuk pembangunan dari segi material serta kebajikan rakyat... boleh lagi ada peruntukan untuk penggiat seni, ya, aku tak nafikan kepentingan mereka. Terima kasih PM.

Tapi, mana PERUNTUKAN UNTUK PEMBANGUNAN ROHANI???
at least, untuk aktiviti2 AGAMA yang lebih EFEKTIF & BERKESAN.

Wallahua'lam.

Exam....dan Hang Tuah

video

Video di atas sememangnya menggelikan hati..

tapi, ada pengajaran di sebaliknya... dalam cerita ni, aku tak tahu sape yang betul, sape yang bohong...tak kisah la...

Mengikut pengalamanku sebagai pelajar yang telah menduduki beberapa peperiksaan besar dalam hidupku, dapat kuambil iktibar dan ihtimam tentang betapa pentingnya KETAQARRUBAN kita dengan ALLAH. Hal inilah sebenarnya yang sangat2 membantu dalam mencapai keputusan yang cemerlang. Bagaimana kita berdoa dan mengharap kepada Allah... dan adakah kita meletakkan sepenuhnya PERGANTUNGAN pada Allah selepas tu?

Tapi ingat! Jangan kita hanya memerlukan Allah pada ketika kita susah...manakala di kala senang, kita melupakannya malah mengingkari perintah-Nya. Na'uzubillah.

Aku ingin petik nasihat Ustaz Zahrul Fata yang memberi peringatan kepada kami dalam kelas Hadis, Ustaz kata,kalau nak berjaya, kena ada perkara2 tersebut:

1- Niat Ikhlas kerana Allah

2- Ulangkaji dan muzakarah

3- berusaha bersungguh-sungguh

4- jaga ADAB.

ADAB sangat2 penting, dan guru2 boleh rasakan bahawa dia ni seorang pelajar yang beradab atau tak...sama ada dari segi kehadirannya, penumpuannya di dalam kelas, cara menjawab soalan dalam peperiksaan dan sebagainya. Dan sebenarnya, itulah sebahagian besar yang mempengaruhi pemberian markah untu kertas soalan nanti.

Dan mengikut Ustazah Sofiah, beliau TAK REDHA kalau ada students nya yang datang lewat ke kelas, dan secara terus dan pada waktu tersebut jugak Ustazah tegur, sebab kata Ustazah, if Ustazah diam je, bereti dia redha dengan kelewatan pelajarnya.

Teringat pada Ustazah Rasyidah, pendidik Ilmu `Aqidah, dia sangat-sangat kecewa bilamana dapat tahu ada pelajarnya yang meniru masa exam, walaupun beliau tak nampak, tapi mengikut pengalamannya, beliau tahu bahawa pelajar ni meniru. Dan ustazah kata, nak tengok kertas jawapan budak tu pon tak boleh.nak buang dalam tong sampah rasanya... Sebenarnya, guru-guru ni sangat2 sayang pada pelajarnya. Mereka nak tengok pelajar mereka berjaya...sedaya upaya akan mereka bantu anak didik mereka.

Begitulah....banyak benda yang mesti dijaga dalam menuntut ilmu ni...

Akhir kalam...SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN FINAL UNTUK SAHABAT2 UIAM & SEMUA SAHABAT2 YANG SAYA KENALI DAN MENGENALI SAYA. TAK LUPA, UNTUK ADIKKU, NURUL `IZZAH BT ABD RAHMAN di Ma'had Mahmud Aloq Setaq, buat exam sebaik-baiknya... Kaulah HARAPAN keluarga dan negara serta Agama dan bangsa...hehe..

Wassalam.

intipati Bajet 2010 '1Malaysia, Kemakmuran Bersama'

Berikut ialah intipati Bajet 2010 '1Malaysia, Kemakmuran Bersama':

1. Peruntukan wang berjumlah RM191.5 bilion yang meliputi RM138.3 bilion (72.2 peratus) untuk belanja mengurus dan RM53.2 bilion (27.8 peratus) untuk belanja pembangunan.

2. Bayaran khas RM500 kepada penjawat awam bagi Gred 41 hingga Gred 54 dan setaraf dengannya serta pesara wajib kerajaan pada bulan Disember ini.

3. Peningkatan pengecualian cukai pendapatan kepada penyedia perkhidmatan jagaan kesihatan daripada 50 peratus nilai peningkatan pendapatan eksport kepada 100 peratus sebagai galakan untuk menarik lebih ramai pelancong kesihatan.

4. Pelepasan cukai individu ke atas yuran langganan jalur lebar sehingga RM500 setahun mulai 2010 hingga 2012.

5. Pinjaman pembelian komputer ditawarkan kepada penjawat awam setiap tiga tahun sekali berbanding lima tahun sekali sekarang.

6. Subsidi, insentif dan bantuan hampir RM2 bilion untuk membela nasib golongan petani dan nelayan.

7. Peruntukan lebih RM9 bilion untuk projek infrastruktur termasuk pembinaan jalan, jambatan, bekalan air, perkhidmatan pembentungan, pelabuhan dan perkhidmatan laut serta projek lapangan terbang.

8. Peruntukan tambahan RM20 juta di bawah Tabung Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) untuk usahawan kecil kaum India (Peruntukan sedia ada RM15 juta).

9. Peruntukan RM3 juta sebagai geran pelancaran penubuhan Tabung Kebajikan Penggiat Seni bagi memastikan kebajikan warga seni sentiasa terbela dan diberi perhatian.

10. Peruntukan tambahan RM20 juta untuk memberi pengiktirafan Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) dengan sasaran 20 buah sekolah pada 2010.

11. Menganugerahkan Biasiswa Nasional kepada 30 pelajar terbaik di kalangan yang terbaik berasaskan kepada merit sepenuhnya. Penyandang Biasiswa Nasional ini akan melanjutkan pelajaran ke universiti tersohor di dunia.

12. Menukar pinjaman PTPTN kepada biasiswa bagi pelajar yang berjaya menamatkan pengajian ijazah sarjana muda kelas pertama atau setaraf dengannya bermula tahun 2010.

13. Diskaun tambang 50 peratus bagi perkhidmatan kereta api KTMB jarak jauh kepada pelajar berumur 13 tahun sehingga mereka masih bertaraf pelajar bermula 1 Jan, 2010.

14. Pakej "netbook", termasuk perkhidmatan jalur lebar percuma, kepada 100,000 pelajar universiti tempatan dengan bayaran RM50 sebulan untuk tempoh dua tahun bermula 1 Jan, 2010.

15. Peruntukan RM100 juta bagi pelaksanaan Program PERMATA, yang memberi penekanan terhadap kaedah pengasuhan dan pendidikan awal kanak-kanak secara bersepadu dan terancang.

16. Perlindungan insurans dan takaful mikro untuk peniaga kecil-kecilan mendapat manfaat perlindungan dalam lingkungan RM10,000 hingga RM20,000 dengan premium serendah RM20 sebulan.

17. Menubuhkan 14 lagi Mahkamah Sesyen Khas Rasuah dan empat Mahkamah Tinggi Khas Rayuan Kes Rasuah.

18. Cukai perkhidmatan sebanyak RM50 setahun ke atas kad kredit utama dan kad caj, termasuk kad yang diberi percuma dan cukai pendapatan RM25 setahun ke atas setiap kad kredit tambahan mulai 1 Jan, 2010.

19. Semua kementerian dan jabatan kerajaan diwajibkan untuk menyediakan pusat penjagaan harian dan pendidikan anak-anak dengan setiap kementerian dan jabatan diberi peruntukan RM200,000 untuk penubuhannya.

20. Kadar cukai pendapatan individu maksimum dikurangkan daripada 27 peratus kepada 26 peratus berkuatkuasa tahun taksiran 2010.

21. Pelepasan diri kepada pembayar cukai pendapatan individu dinaikkan kepada RM9,000 daripada RM8,000 mulai tahun taksiran 2010 bagi membolehkan pembayar cukai nikmati peningkatan pendapatan boleh guna sebanyak RM1,000.

22. Hampir 50,000 isi rumah miskin tegar yang berdaftar di bawah program eKasih dan 4,000 isi rumah Orang Asli yang telah dikenal pasti akan dibantu untuk mencapai matlamat sifar kemiskinan tegar. Peruntukan RM41 juta untuk meningkatkan kualiti hidup masyarakat Orang Asli.

23. Peruntukan RM48 juta bagi melaksanakan program pembasmian kemiskinan bandar meliputi bantuan kebajikan dan program bayaran sewa rumah dan Kementerian Wilayah Persekutuan ditukarkan nama kepada Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar.

24. Penyediaan 74,000 rumah kos rendah oleh Jabatan Perumahan Negara untuk disewa pada tahun 2010.

25. Pelancaran skim KWSP pada Januari 2010 bagi membolehkan pencarum mendapatkan jumlah pembiayaan lebih besar bagi pembelian rumah yang bernilai lebih tinggi atau bagi pembelian rumah tambahan.

26. Peruntukan RM224 juta kepada OKU untuk bantuan, melaksanakan Program Pemulihan Dalam Komuniti dan peruntukan RM174 juta untuk warga emas.

27. Kadar elaun kanak-kanak OKU di sekolah pendidikan khas kelolaan NGO dinaikkan daripada RM50 kepada RM150 sebulan bagi setiap orang mulai 1 Jan 2010.28. Penubuhan Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia yang diuruskan oleh KWSP.

29. Potongan caruman pekerja KWSP dinaikkan semula ke kadar 11 peratus secara sukarel
a berkuat kuasa serta-merta.

30. Membina jalan luar bandar sepanjang 510km dan jalan kampung sepanjang 316km dengan peruntukan RM857 juta termasuk jalan di Kapit, Lawas dan Simunjan di Sarawak serta Kinabatangan, Kota Belud dan Keningau di Sabah. BERNAMA

10.22.2009

Motorku


Bismillahirrahmanirrahim


laju kubawa merentasi lautan kereta menuju ke UIAM tercinta....Alhamdulillah Allah memberiku kemudahan ini...ni hadiah daripada Abah sempena Hari Raya...

Aku berkira-kira untuk pulang ke Mahallah selepas Solat Isya' di Masjid, berjumpa Majdah, dan menjemput kakakku dari kelas Mandarinnya...dalam jam 10pm kakak suruh ambil kat tangga besar..

Kebetulan di siang harinya, panas terik, masuk ke petang, hujan yang sangat2 lebat...
Tatkala ku menuju ke motorku, sebahagian daripadanya berada dalam takungan air...
Tanpa melengahkan masa, aku berusaha mengalihkannya dan menghidupkannya... dan aku menunggangnya...
Aku bercadang untuk melawan arus lalu lintas,(UIAM melaksanakan 'jalan sehala') untuk jimat minyak katakan...

Sepanjang penungganganku, kuterasa sedikit lain dengan motorku...kenapa ya??? rasa cam bergetar-getar roda di belakang...tapi, bila aku berhenti dan cuba memeriksa tayar, rasa tak pancit pun...
Aku meneruskan penunggangan kerana cik Majdah sedang menunggu...
Aku masih berhati-hati dan membawanya perlahan-lahan.

Setibanya aku di bulatan Iqra', ingin menuju ke jalan besar, aku rasa sangat tak selesa dengan motor ni...takut2 ada yang tak kena...Aku ke tepi untuk memberi laluan kepada motor di belakangku.
Belum sempat berbuat apa-apa...tiba2....
~to be continued~


10.18.2009

~Sian kt dia...=(

Bismillahirrahmanirrahi

Suatu ketika semasa berada di masjid UIA, sedang aku menikmati makanan tengahari ku di lewat petang, seseorang menegurku....
" Tikah, makan sorang-sorang je ke???"
~" ehh....x lah. Ramai lagi ni.."
hehe...sebenarnya memang sorang2 pon...
beliau pon berkata: " sian nya dia"
aku menjawab dengan senyuman.

TAPI, aku lagi KESIAN pada ORANG YANG SOLAT BERSENDIRIAN & MENINGGALKAN SOLAT JEMAAH!!!

Sangat2 kesian pada GOLONGAN YANG RUGI ni. Allah menyediakan GANJARAN SEBANYAK 27 PAHALA, yang dicari hanya 1GANJARAN.

Wallahua'lam

10.03.2009

Bola : SUmber kebahagiaan???

~"kamu, jomla dudk rumah kiter"
kataku pada saudaraku, Sufi yang berumur 7 thn...
jawab dia..." Xnak"
~"kenapa?
"x best"
~"sbb apa?"
" takde BOLA"
ceh...xde bola ker??? kau tak nampak lagi bola kt rumah ni...bisik hatiku.
~" kalau ada bola, nak dok sini??"
"nak??"

Mudahnya nak memujuk kanak2...sebenarnya, memang aku nak suruh dorang tinggal kat umah ni...nak main2 dengan dorang, nak usik2..hehe...best!
--(saudara2 aku yang sumenya budak2 laki yang comel, anak mak Usu...insyaAllah, besar2 mesti hensem punya!)

itu bagi budak2 punya pemikiran, tapi bagi kita...apa sumber kebahagian???
-kejayaan Akademik??
-ramai kawan??
-cinta kekasih???
ATAU...IMAN???

Wallahua'lam.

Budak kecik dengan Bibiknyerr~

Bismillahirrahmanirrahim..

berkata seorang adik yang berusia 9 tahun pada bibiknya suatu hari...
"kak, kenapa pakai baju lengan pendek? kenapa tak tutup aurat??"
Bibik menjawab " kamu tu budak-budak lagi"
Lantas terdiam si adik kecil ni...

Adik ni pon tahu tentang kewajipan menutup aurat... katanya padaku, " Ustazah kata kan... kalau tak pakai tudung, nanti kt Akhirat, Allah bakar rambut dia.."

Alhamdulillah...kesedaran yang tinggi pada adik tu...aku doakan dia menjadi wanita solehah dan mendapat tarbiyah yang tinggi sepanjang hidupnya...serta berjuang untuk Islam sebagai hasilnya..amin..

Lepas2 tu pulak...dok sambung cerita tentang hamster dia(adik 9thn td) yang jeles dengan baby hamster yang baru dilahirkan oleh ibunya kerana dimanjakan...lantas menggigit leher adiknya-bayi hamster dengan memasukkan kepala adiknya ke dalam mulutnya~ ala-ala nak makan adik sendiri~ aku pon mula2 faham tak faham je ceritanya...last2 buat2 faham dan akhirnya baru faham..hehe...well..kawan dengan budak2..kena la layan.

~anak murid kakak aku datang beraya dengan family nya ke rumah...~

9.23.2009

Salam Aidilfitri


Alhamdulillah...aku diberi nafas dan kesempatan oleh Allah untuk menyambut raya tahun ini bersama-sana keluarga tercinta..

Sekali lagi, aku terpana dengan khutbah Raya tahun ini seperti tahun2 lepas, yang mana begitu menyedarkanku.
Persoalan yang sering timbul di benakku, "apakah raya tahun ni untuk aku?" "benar-benar layakkah aku untuk menyambutnya?''

Kata Khatib yang membaca khutbah usai menunaikan solat Hari Raya berjemaah, Hari Raya ini adalah hadiah daripada Allah untuk hamba-hamba-Nya yang siangnya berpuasa, bersedeqah, manakala malamnya berQiamullail, bertilawah al-Quran, dan melaksanakan ibadah yang lain... pendek kata, bulan Ramadhan ini memang dimanfaatkan sungguh2 oleh si hamba ini untuk mentaqarrubkan dirinya pada Allah...Maka, Hari kemenangan ini adalah untuknya.

Berbeza pula dengan sesetengah golongan yang begitu beriya-iya meraikan dan menyambut hari raya ni dengan begitu meriah sedangkan dia TIDAK BERPUASA...atau paling kurang, MELAKSANAKAN MAKSIAT, maka, HARI RAYA ini TIDAK LAYAK untuk disambut oleh mereka. Kalaupun mereka meraikan hari Kemenangan ni, sesungguhnya, mereka sambut dengan keadaan TIDAK BERMARUAH, dikenali sebagai AHLI MAKSIAT, dan TIDAK MENGHORMATI ALLAH..

Kalian sendiri boleh melihat orang-orang yang dimaksudkan di kaca tv...Sungguh-sungguhla tak malu puak2 ni.
Tapi, itu yang kita boleh nampak dan nilai secara terang-terang...sedangkan DIRI KITA??? macam mana??? adakah kita tergolong dalam golongan yang LAYAK??? atau TIDAK LAYAK???

~bersama-sama memuhasabah diri~

*~Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin~*

Perutusan Hari Raya Mursyidul Am PAS-Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik

Assalamu'alaikum wa Rahmatullah,
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih. Firman Allah S.W.T yang bermaksud: "Dan hendaklah kamu menyempurnakan bilangan puasa (pada Bulan Ramadhan) dan hendaklah kamu bertakbir mengagungkan Allah (apabila berhari raya) kerana Allah berikan hidayah kepada kamu." (Surah Al Baqarah : 185)

Setelah kita berpuasa, bertarawikh, berqiyamullail, bertadarus, bersedekah, berzikir dan sebagainya sepanjang Ramadhan, Allah S.W.T menyuruh kita bertakbir dalam berhari raya.
Takbir ialah sebutan Allahu Akbar yang bermaksud "Allah Adalah Yang Terbesar". Manakala yang lainnya adalah yang paling kecil dan mesti dipinggirkan apabila bertembung dengan Kehendak Allah S.W.T.

Malangnya ramai orang yang menyebut Allahu Akbar sebagai satu tradisi sahaja. Inilah masalah besar yang berlaku di kalangan umat Islam sejak kebelakangan ini.
Hari Raya bukanlah tradisi ciptaan orang Arab, bukan juga tradisi ciptaan orang Melayu. Bahkan ia merupakan kehendak agama.

Antara nikmat berhari raya ialah kita boleh makan dan minum setelah sebulan penuh tak boleh makan harta sendiri. Nikmat ini tak dapat dirasai oleh orang yang tidak berpuasa. Orang yang perutnya kenyang sepanjang tahun, tak terasa sedikit pun kemanisan nikmat ini.
Apabila disebut hari raya, buka saja anak kecil bahkan orang tua dan orang sakit pun turut berseronok sama. Islam minta kita bersukaria dengan amalan ziarah dan bermaafan antara satu sama lain.

Pada hari raya kita tak dibenarkan berpuasa sekalipun puasa itu sendiri adalah ibadat. Tapi dalam persoalan ibadat, maka kita perlu mengerjakannya, kita tak boleh buat pandai-pandai.
Apabila Allah Ta'ala minta kita mengerjakan ibadat, maka kita perlu mengerjakannya mengikut cara dan masa yang telah ditentukan.

Begitu juga dalam kita berhari raya, tak boleh kita buat ikut pandai sendiri. Kita berseronok dalam lingkungan yang dikehendaki oleh Allah. Sebab itu kita tak boleh berhari raya dengan pakaian, pergaulan, makan minum dan hiburan yang terlarang dan berunsur maksiat.
Berapa ramai anak-anak mengalami putus jari tangan, buta mata, muka melecur dan sebagainya akibat bermain mercun tanpa kawalan pada setiap tahun.
Berapa ramai pula yang terlibat dengan kemalangan maut pada setiap musim perayaan akibat kelalaian dan tidak memperdulikan peraturan jalanraya sehingga mengorbankan ramai orang yang tidak bersalah.

Apabila hari raya, memang menjadi fitrah manusia suka berseronok. Tapi Islam mengajar kita mengikut peraturan tertentu supaya sambutan hari raya menjadi ibadat yang mendatangkan pahala. Antara jadual berhari raya, kita disunatkan mandi sebelum pergi ke masjid.
Kalau kita mandi biasa, tubuh kita saja yang bersih. Tapi apabila kita niat bahawa mandi sunat hari raya, bukan tubuh kita saja yang bersih dan berbau sedap bahkan kita dapat pahala.
Sesetengah orang tak berapa minat sangat nak cari pahala. Apa yang dia minat ialah cari duit dan harta saja. Kepada orang-orang sebegini, dia kena faham bahawa pahala adalah mata wang (currency) yang sangat berguna apabila kita masuk kubur. Apabila kita masuk kubur, kita tidak mati seratus peratus.

Yang mati dan hancur menjadi debu hanyalah jasad kita. Roh dan jasad kita akhirnya akan dibangkitkan kembali di akhirat nanti.
Sebagaimana jasad manusia di dunia ini berkehendak kepada makan minum. Untuk memenuhi keperluan fizikal di dunia ini, kita terpaksa gunakan wang untuk membeli makanan, minuman dan pelbagai keperluan lain.

Tapi apabila saja kita masuk ke dalam kubur, semua jenis mata wang dunia ini tidak laku lagi. Duit Amerika tak laku. Mas jongkong pun tak laku. Yang lakunya ialah pahala.
Pahala adalah aset dan mata wang yang kita sangat perlukan semasa berada di dalam kubur dan di Padang Mahsyar. Salah satu cara untuk kita mendapat pahala selain daripada berpuasa, bertadarus, bertarawikh ialah dengan kita berhari raya menurut cara yang telah ditunjukkan oleh Islam.

Kita diminta membayar zakat fitrah untuk membantu golongan fakir miskin. Tentunya oarng yang tidak berkemampuan tidak ramai.
Jadi, apabila semua orang yang berkemampuan membayar zakat fitrah, kita boleh fikir sendiri betapa banyaknya harta yang diberikan kepada fakir miskin yang membolehkan mereka tumpang berseronok sama.

Pada hari raya kita diminta memakai pakaian cantik, seboleh-bolehnya pakaian yang belum dipakai lagi. Kalau pakaian sudah dipakai pun tak apa, asalkan halal dan bersih. Kita tetap juga akan mendapat pahala.

Kita juga diminta membawa anak-anak ke masjid, ke surau, ke musalla untuk bertakbir mengagungkan Allah S.W.T dan seterusnya untuk mengerjakan sembahyang sunat hari raya demi untuk bersyukur di atas hidayah kurniaan Allah kepada kita dan juga untuk bertaqarrub kepada Allah 'Azza Wa Jalla.
Sembahyang sunat Aidilfitri ada bacaannya sepertimana yang dibacakan oleh Rasulullah S.A.W. Dalam sembahyang sunat Aidilfitri, Rasulullah S.A.W membaca Surah Qaaf dalam raka'at yang pertama dan Surah Al Qamar pada raka'at kedua. Kedua-dua Surah ini menyentuh tentang Kiamat.

Ketika umat Islam sedang berseronok, tiba-tiba Nabi kita membacakan Surah yang menceritakan tentang kedahsyatan huru-hara yang pasti akan berlaku pada Hari Kiamat nanti. Sekaligus ia bermaksud bahawa segala nikmat hidup di dunia ini pasti akan disoal dan akan dikenakan pembalasan.

Siapa pun yang hidupnya di dunia ini, apabila selaras dengan kehendak Al Quran akan
dimasukkan ke dalam syurga. Apabila tak selaras dengan kehendak Al Quran, baik dalam masalah politik, ekonomi, kebudayaan, pendidikan, rumah tangga dan sebagainya dia akan masuk neraka. Wallahua'alam._

8.30.2009

Kau kembali


Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah...aku masih diberi nafas dan sedar dalam Islam...
Aku termasuk dalam kalangann orang-orang yang dipilih untuk menjalani ibadah puasa...

Allah...Kau Maha Kuasa...Maha Penyayang...
Kau mengujiku sebelum kemelalui markaz Tarbiyah ni...agar aku lebih kuat dan kental serta lebih bersedia menghaadapinya dengan 'hati yang hidup'.
Aku kerap diuji dengan kesabaran dan keikhlasan...
sememangnya...itulah perkara-perkara asas yang mesti ada dalam konsep berjuang...
terkadang aku terjatuh...terkulai di tepi...seakannya aku sudah tak bermaya lagi melawan rintangan...
seketikanya pula...ruh semangat dan kekuatan kembali memenuhi ruang kalbuku...Alhamdulillah.
Allah...bantulah hamba-Mu ini dalam meniti hari-hari mendatang dalam ketetapan Iman.

Ustaz pernah berpesan...jadilah kamu hamba robbaniyyin...bukan hamba ramadhaniyyin..
yakni...kita melaksanakan ibadat berbakul-bakul dalam bulan Ramadhan ni...tapi, di bulan lainnya...kita tak Istiqomah.
Seringkalilah kita bermuhasabah...
"apakah di akhir bulan ini...aku tergolong dalam golongan hamba-Nya yang MUTTAQIN???"
"apakah layaknya aku bergelar serong JUARA di hari kemenangan nanti?"
MATLAMAT aku...
---------------------AKU NAK MENANG!!!!!!!!!-------------------
dalam maksudnya...renung-renungkan...Wallahua'lam...

Ramadhan atau Merdeka

Bismillahirrahmanirrahim..

betapa Allah acapkali menguji umat Islam di Malaysia dengan kesenangan dan kemudahan..
seperti tahun lepas juga...bulan Ramadhan dan hari kemerdekaan berada di tarikh yang dekat...dan tahun ni...hari kemerdekaan berada dalam bulan Ramadhan.

antara sambutan bulan ibadat dengan bulan kemerdekaan..manakah yang lebih meriah dan ditunggu-tunggu oleh rakyatnya terutama para belia negara ni???
yang mana satukah yang mendapat liputan lebih luas dan lebih panjang tempoh masanya???

ah, aku tahu...sememangnya...kemerdekaan itu merupakan satu nikmat...betapa bersusah payahnya para pejuang tanahair memperjuangkan kedaulatan negara ni...
namun, alangkah lebih indahnya andai kemerdekaan itu disambut seiring dengan menghidupkan bulan ibadah ni..
bukanlah dengan menyambut malam kemerdekaan, kita perlu meletakkan konsep 'bulan ibadah' ke tepi...

.:. sambutlah kenikmatan dengan kesyukuran..bukan dengan berpesta dan melupakan asal-usul kenikmatan dari siapa Pemberinya..
Wallahua'lam.

8.03.2009

Aku di sebelah

Bismillahirrahamnirrahim..




sakit leherku melihat persembahan dengan duduk di mengiring bersebelahan dengan pentas..
lantas aku menukar tempat duduk yang menghadap pentas...
Alhamdulillah..puas...meskipun aku pergi tanpa sahabat-sahabat di sisi...mereka masih setia di tempat duduk lama...ah...aku tak kisah...asalkan dapat saksikan konsert dengan selesa sudah mencukupi supaya hiburan dan pengajaran tu dapat kunikmati sebaik mungkin...

Kebetulan...aku duduk di sebelah adik ni....
aku ringankan mulut untuk bertanya
"mana ayah??"
-"tak ada"
"mak?"
-"semua tak ada"
"ooo...semua kat rumah ke??? datang dengan sape ni?"

Tiba-tiba, ada adik perempuan di sebelahnya mencelah, "dia anak yatim, saya pun anak yatim, dia baru lagi, saya dah lama dah."

Astaghfirullah...agak terpana aku mendengarnya...ya Allah...maafkan akak ye dik, bertanya soalan yang tak sepatutnya.

dalam pada itu,sambil-sambil menikmati hiburan, aku mengeluarkan keropok sira yang kubeli petang tadi...lantas, beberapa adik-adik anak yatim ni kali pandangan kepadaku....
terdetik di hatiku, mesti adik-adik ni nak....
kubuka bungkusan tersebut dan kuagih-agihkan kepada mereka...
namun, ada pihak yang kurang senang, yakni adik perempuan tadi....


aku hulurkan juga pada adik tu, namun, ditolak meskipun berkali-kali kuhulurkan. tak mengapalah...kelihatannya memang tak nak... aku mengembalikan pandanganku ke hiburan.

Seketika kemudian...kumerasakan persembahan utama daripada kumpulan nasyid yang kugemari akan muncul lambat sedikit...lantas kuambil keputusan untuk menunaikan solat isya' dulu...dan kupesan pada adik tu, "jagakan beg akak yerr", adik tu hanya menjawab dengan anggukan.

Usai menunaikan solat kukembali,...ah, aku dah terlepas beberap persembahan nasyid. tapi tak apa, kumpulan Soutul Harakah belum lagi.

Tiba-tiba adik perempuan tadi bertanya, "akak, pergi mana tadi?'' Aku menjawab, ''solat tadi'' dan kuhadiahkan senyuman padanya. Terdetik di hati ingin bertanya apakah dia tak ingin menunaikan solat, tetapi kusimpan shaja...entah kenapa.

Ada juga beberapa soalan kutujukan kepada adik lelaki di sebelah...

-dah mengaji? -ada ustaz yang ajar mengaji?

Tatkala di akhir persembahan, ramai orang menghadiahkan tepukan yang gemuruh kepada kumpulan nasyid tersebut. terus, adik perempuan tu bertanya padaku... ''kak, boleh ke tepuk tangan macam ni?'' dia menemukan kedua belah tapak tangannya.

kumenunjukkan cara tepukan yang sepatutnya, tahu-tahulah kot nah.

Apa yang kuperhatikan pada adik-adik ni, mereka kelihatan ingin mendekatiku, ingin mengenaliku. Alangkah seronoknya andai aku dapat berkhidmat untuk mereka, mengajar mereka kenal Agama...Allah...apa yang kulihat, mereka seperti kehausan kasih sayang dan ilmu...teringin sangat kudekati dan memahami mereka...

Wallahua'lam.

7.10.2009

~Rawatlah Hatimu~











7.07.2009

Bacalah!!! Mungkin ini Bisa Mengubah Hidup Anda

Luangkanlah waktu Anda sebentar untuk membaca beberapa kutipan kata-kata motivasi dari orang-orang terkenal berikut dan terapkanlah!! Hidup Anda akan lebih bergairah dan berbeda dari sebelum Anda membacanya.

Selamat membaca:

Albert Einstein
Imajinasi lebih penting daripada pengetahuan

Alexander Graham Bell
Konsentrasikan pikiran Anda pada sesuatu yang Anda lakukan Karena sinar matahari juga tidak dapat membakar sebelum difokuskan

Andrew Carnegie
Biasakanlah untuk berpikir bahwa sukses hanya tinggal selangkah lagi dan pasti akan diraih, niscaya masa depan yang cerah akan ada di depan Anda

Bhagavad Gita
Manusia dibentuk dari keyakinannya. Apa yang ia yakini, itulah dia

Bill Clinton
Tidak ada jaminan kesuksesan, namun tidak mencobanya adalah jaminan kegagalan

Charles Noble
Anda harus memiliki tujuan jangka panjang agar tidak frustasi terhadap kegagalan jangka pendek

Eleanor Roosevelt
Masa depan adalah milik mereka yang percaya pada indahnya mimpi-mimpi mereka

E.Nightingale
Orang yang paling beruntung di dunia adalah orang yang telah mengembangkan rasa syukur yang hampir konstan,dalam situasi apapun

Eugenio Barba
Kegagalan hanya situasi tak terduga yang menuntut transformasi dalam makna positif. Ingat, Amerika Serikat merupakan hasil dari kegagalan total sebab Columbus sebenarnya ingin mencari jalan ke Asia

George S. Patton
Kesalahan terbesar adalah tidak pernah membuat keputusan. Setiap perawan tua sepakat dengan saya

Henry Ford
Bila Anda berpikir Anda bisa,maka Anda benar. Bila Anda berpikir Anda tidak bisa, Anda pun benar… karena itu ketika seseorang berpikir tidak bisa, maka sesungguhnya dia telah membuang kesempatan untuk menjadi bisa

Henry Ford
Salah satu penemuan terbesar umat manusia adalah bahwa mereka bisa melakukan hal-hal yang sebelumnya mereka sangka tidak bisa dilakukan

Henry Ford
Apabila kita takut gagal,itu berarti kita telah membatasi kemampuan kita

Henry James
Anda takkan tahu apa yang tak dapat Anda lakukan, sampai Anda mencobanya

Jack Trout
Bekerja lebih keras tidak lebih efektif dari bekerja lebih pintar

Jack Trout
Tidak seorang pun akan mengikuti Anda jika Anda tidak tahu kemana harus melangkah

Mahatma Gandhi
Kita harus menjadi perubahan yang ingin kita lihat di dunia

Peter F. Drucker
Cara terbaik meramalkan masa depan Anda adalah dengan menciptakan masa depan itu sendiri

Peter F. Drucker
Dalam setiap kisah sukses, Anda akan menemukan seseorang yang telah mengambil keputusan dengan berani

Promod Brata
Jika Anda ingin berbahagia selama satu jam, silakan tidur siang. Jika Anda ingin berbahagia selama satu hari, pergilah berpiknik. Bila Anda ingin berbahagia seminggu, pergilah berlibur. Bila Anda ingin berbahagia selama sebulan, menikahlah. Bila Anda ingin berbahagia selama setahun, warisilah kekayaan. Jika Anda ingin berbahagia seumur hidup, cintailah pekerjaan Anda

Robert J.Lumsden
Standar terbaik untuk mengukur keberhasilan Anda dalam kehidupan adalah dengan menghitung jumlah orang yang telah Anda buat bahagia

Robyn Allan
Kegagalan terbesar adalah apabila kita tidak pernah mencoba

Thomas A.Edison
Banyak orang yang sebenarnya sudah sangat dekat dengan sukses tapi sayangnya, mereka kemudian menyerah

Thomas J.Watson
Jangan mencari kawan yang membuat Anda merasa nyaman,tetapi carilah kawan yang memaksa Anda terus berkembang

Thomas Stanley
Kebanyakan milyuner mendapat nilai B atau C di kampus. Mereka membangun kekayaan bukan dari IQ semata, melainkan kreativitas dan akal sehat

Walt Disney
Jika Anda dapat memimpikannya, Anda dapat melakukannya


Pepatah Cina Kuno

Perjalanan sejauh 1000mil dimulai dengan 1 langkah

********di copy paste d sini.********

6.12.2009

Currency Qubur

Bismillahirrahmanirrahim

nak ke Mesir perlu ada wang Geneh nyerr
nak ke Ireland kna tukar matawang ke Euro pulak
Nak ke Jepun pun ada wang Yen nya.
Nak ke Singapore yang jiran sebelah Malaysia ni pun kena tukar ke SGD
nak ke seluruh negara pun kena guna matawang negara tersebut...Kalau guna Ringgit Malaysia kat negara lain tak laku la...

Maka, sama juga keadaannya dengan matawang kubur... kena bawa matawang pahala..Wallahua'lam.

6.07.2009

Muaz dan 'Siti Khadijahnya'

Usai makan, umi ada mesyuarat kat stadium...kebetulan ada Malam Kebudayaan, yang sememangnya aku nak sangat pergi. Alhamdulillah, aku berkesempatan untuk menyaksikan hiburan Islam...yang mana menampilkan Muaz, Akil Hayy, Azhan Atan, dan beberapa penasyid lain.
Selepas persembahan habis, aku mengambil peluang untuk bergambar dengan Muaz al-Masar bersama-sama isteri dan anaknya...Dulu, aku nak sangat2 tengok isteri Muaz, Alhamdulillah Allah mengizinkannya...isterinya seorang yang peramah dan cantik. Perkahwinan mereka persis konsep perkahwinan Rasulullah s.a.w di saat mengahwini Saidatina Khadijah...faham2 la yer.

Tahniah pada Muaz...terfikir juga aku, alangkah bahagianya rumahtangga andai isteri seorang yang berbudi, berakhlak, memahami, mendamaikan, pandai melayan suami dan sebagainya yang menyerikan rumah-tangga meskipun tua beberapa tahun, berbanding berkahwin dengan isteri yang umurnya lebih muda,punyai paras rupa, tapi suasana rumah-tangga kucar-kacir dan menyesakkan dada...

Sepertimana yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w, yakni dikahwini wanita itu atas 4 perkara, kecantikan, keturunan, harta dan agama. Maka, pilihlah Agamanya, pasti akan beruntung.
Alhamdulillah...rumah-tangga Muaz, adalah contohnya.

Wallahua'lam.

Menyampah pada Media

Hari pertama berlangsungnya muktamar, aku bertugas sebagai protokol 'payung terjun'... entah apalah tugas yang perlu dilaksanakan...aku buat jelah apa yang ada kerja...tapi, penumpuanku pada hari tersebut pada pihak Media, menolong Kak Fitri di unit Perhubungan & Penerangan.
Tak tersangka, aku berpeluang melihat pihak media membuat kerja di belakang tabir, membuat liputan tentang Muktamar PAS yang sedang berlangsung...dan sempat menyibukkan diri bersama sidang media dengan Tok Guru Haji Hadi Awang pada sesi tengahari, manakala pada sesi petangnya bersama Dr.Hassan Ali.

Tapi, aku tersedar, selepas beberapa perwakilan berucap pada hari ke-2 Muktamar (hari Sabtu), menyentuh sedikit sebanyak tentang pihak media, yang mana mereka banyak memanipulasi tentang kenyataan pimpinan2 PAS.
Mereka tak nak sampaikan apa yang betul dari pihak kita, tapi nak cari apa yang mereka nak.. Menyampah akhirnya aku pada pihak Media ni, yang mana, di saat aku bekerja sedikit sebanyak membantu Kak Fitri menguruskan pihak Media ni, sarapan disediakan, dan hampir sepanjang hari makanan tersedia di bilik yang khusus untuk mereka...tak luak,asal nak dekat habis, diganti dengan makanan lain, tempat yang selesa untuk mereka duduk meletakkan laptop, dapat access internet lagi, siap minta extension lagi...sampai pihak urusetia kena membeli beberapa extension bagi kemudahan media ni...

tup tup...bila tengok berita yang keluar pada keesokan harinya (Sabtu)...huh, beritanya...jauh menyimpang...trukla media ni...aku betul2 tak puas hati...

Tapi, bak kata perwakilan daripada Pahang, katanya, "yang ada kat sini, semua baik2...yang buat berita begitu, ketua pengarang kalian...jadi, masukkanlah ke dalam berita apa yang saya sampaikan ni..." hehe...pandai ustaz tu.

Wallahua'lam.

~Muktamar PAS 55~

Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillah...Allah memberi kesempatan padaku untuk mengikuti Muktamar PAS kali yang ke-55 secara agak serius...sebab selalunya, pandanganku pada Muktamar sebelum2 ni, aku nampak gerai2 jualan jerr....tau nak shopping jer...
Tapi,kali ni, meskipun begitu, dalam masa yang sama aku agak serba salah...antara masuk dalam stadium untuk dengar atau jaga gerai Muslimat Kawasan Batu...
Tak apalah...Alhamdulillah, ada masanya aku jaga gerai..tapi masaku lebih lebih tertumpu untuk berada di dalam stadium untuk mendengar perbahasan dan ucapan2 perwakilan dan pimpinan.

Pandanganku pada Muktamar PAS kali ini, Alhamdulillah banyak perubahan dan kemajuan seiring dengan perkembangan masa sekarang. Mungkin, dulu orang memandang PAS selalu terkebelakang dari segi teknologi, kemudahan dan sebagainya... Kini, tidak lagi...lebih maju terutamanya dalam bidang IT... dan, aku melihat, para petugas PAS telah ditarbiyah untuk IKHLAS membuat kerja-kerja tanpa mengharapkan upah dan sebagainya...itu secara tidak langsung menjimatkan wang PAS dan boleh digunakan di bahagian yang lebih memerlukan.

Pada malam Jumaattersebut, Menteri Besar Selangor mengajak para perwakilan dan pimpinan PAS untuk makan malam di rumahnya.
Alhamdulillah, aku berpeluang untuk menikmati bersama...ikut umi la katakan...
Makan daging rusa...that is my 1st time. Alhamdulillah, MB Selangor amat2 meraikan kami dan begitu berbesar hati Muktamar kali ini, dibuat di negeri Selangor.
MB Selangor mencontohi akhlak Tok Guru Nik Aziz, yakni, tidak tinggal di rumah kediaman yang disediakan khas untuknya sebagai Menteri Besar...tetapi, tinggal di rumahnya sendiri.

Wallahua'lam.

6.04.2009

Menjahit dalam LRT???

Bismillahirrahmanirrahim...

apa perasaan andainya ternampak seorang wanita menjahit baju di dalam LRT???

Itulah aku...terpaksa menahan malu..dek kerana kekangan masa yang dihadapi kebelakangan ni...
Nak buat macam mana...itulah sahaja masa yang ku ada...
Baju yang dijahit tu, adalah pakaian seragam bagi Unit Bentara yang sememangnya kena pakai masa Muktamar Dewan muslimat PAS Pusat.

Para pengguna LRT tengok semacam je kat aku.... ada pulak yang sembang sesama sendiri...then tersenyum...faham-fahamla kita pon kan...
Tak apa...aku tak kisah...seronok pon ada..masaku yang ada tak terbuang begitu saja.
si Rhodhiyah ni pulak dok mengusik...kalau nak cari isteri kat LRT...mpa la orangnya...
cehh...banyakla.

inilah pengalaman pertama menjahit di public area di saat terdesak kerana tak ada masa lain dah...itulah aku...bertangguh dan tak pandai guna masa yang ada...

Semoga menjadi pengajaran untuk masa2 akan datang...
Wallahua'lam.

6.02.2009

Pergunakan Allah?


Bismillahirrahmanirrahim...

Bertimbun-timbun doa, sehari-harian beribadat pada Allah...semoga, segala yang diimpikan terlaksana, tercapai...
Ya Allah, berilah daku KEJAYAAN dalam hidup, pelajaran, MURAHKANLAH rezekiku, PERMUDAHKAN urusanku...amin...
Namun, apabila sudah ternyata segalanya???

Seolahnya, kita mempergunakan Allah untuk mendapatkan Dunia, harta, pangkat, kejayaan, dan sebagainya...

Tetapi, sepatutnya, PERGUNAKANLAH Dunia, harta, pangkat, kejayaan, dan sebagainya... untuk dekat dengan Allah, lebih kenal Allah, untuk mencari Allah..

Bukan mencari Allah untuk mendapatkan apa yang dipinta.

Tazkirah untuk diriku terutamanya yang sering alpa dan leka. Wallahua'lam.

~bercinta @ bersahabat??~



"Orang yang hidup di bawah naungan cinta dan ukhuwwah kerana Allah merasakan ketenangan dan kebahagiaan yang tidak pernah dirasai oleh orang yang berkumpul kerana urusan dunia."

"Sesungguhnya seorang muslim apabila dia berjalan di jalan dakwah, ia tidak berjalan dengan hatinya sahaja, bahkan dibawa bersama hati saudaranya.
Justeru, setiap pahala yang didapati sepanjang perjalanannya pasti akan terbias buat saudara seperjuangannya.."
~Mustafa Masyhur~

Aku mencintainya kerana-Mu ya Allah..
Syukur pada-Mu kerana mengurniakan kekasih ini padaku.
Alhamdulillah...Aku amat-amat beruntung, amat bertuah mendapat hatinya kerana-Mu...
seseorang yang bisa membuatku tenang di kala gelisah, menangis di kala alpa, gembira tika duka, dengannya aku berkongsi segala suka duka...dan seorang yang sentiasa menasihatiku dan memberikanku semangat di kala aku hampir tersungkur...

Syukran ya habibati...

~cHoisEs~

Bismillahirrahmanirrahim...
our Life is going to have many choices...and normally, we just can have only one in a time..

My weekend is being like that..
But, Alhamdulillah, i do the right choice..

antara senarai pilihan yang menungguku di hujung minggu lepas adalah:
~Masthura Sahamudin nak melawat aku di UIA
~Tok dan Izzah( adikku) dari Kedah nak balik umah, dan Izzah, akan balik ke Kedah 1hb jun
~Amal Athirah, sahabat baikku di SMKSP, ajak g ziarah sahabat2 di KUIS pada hari Jumaat
~Mesyuarat untuk Muktamar muslimat Pusat di Pejabat Agong,
~Madam NorAsiah Jusoh meminta beberapa volunteer untuk membantunya mengurus sebuah induksi di Shah Alam.

Then, i'm going to choose....the last choise..
that is....helping madam for the induction program..

Alhamdulillah, i got so many experiences, knowledge, motivation, feeling of loving, caring, sharing, and many others...
I feel so GREAT..

What I learn,
"What do you feel, you must share with others"
"what do you give, you will get more than you give"
"if anything you feel so hard, very burden yourself, just saying it out, make it out from yourself, get yourself freely from it..then, you will feel so comfortable and be more happy than before."

**********got to go***************

5.23.2009

Thankfull to Allah You are lucky!!


If you think you are unhappy, look at them.



If you think your salary is low, how about her?



If you think you don't have many friends...

When you feel like giving up, think of this man.


If you think you suffer in life, do you suffer as much as he does?


If you complain about your transport system, how about them?


If your society is unfair to you, how about her?


Enjoy life how it is and as it comes.Things are worse for others and we are most fortunate.
There are many things in your life that will catch your eye.
But only a few will catch your heart....pursue those...

5.22.2009

Motor, K.Nani, & Aku...

K.Nani, semoga Allah merahmatimu...
Semoga cepat sembuh..
sedihnya lihat K.Nani sakit sebegitu sekali...
Maafkan saya kak...
Apa sangat yang mampu saya buat untuk akak...
Hanya temankan pergi Hospital je...
Akak kena begini di saat nak hantar aku...siap hantar depan Mahallah lagi...
Kak, syukran jazilan atas kesudianmu mnghantarku dengan motormu...
Di saat leka berborak tentang pengajian ke Baitul Qura'..
Allah mentakdirkan kejadian ini berlaku...
Alhamdulillah Allah menghantar hamba-hamba-Nya yang begitu prihatin datang tolong kami...
Datang mengangkat motor, membantu K.Nani ke tepi, melihat lukanya...dan membalutnya... Tambah-tambah pulak memberikan kata-kata semangat... "sister, you are stronger...don't crying..everything will be OK"...
Mereka juga yang telefon Klinik UIA, supaya datang segera dengan ambulans...dan juga membelikan air mineral buat K.Nani...

Sesampainya di Klinik UIA, K.Nani mesti dibawa ke Hospital Kuala Lumpur...
Kak, biar saya temankan...
aku tahu... tak ada apa yang boleh aku bantu...hanya temankan je...di samping beri kata-kata semangat... Aku tahu...esok kelas pukul 8 pagi...
Tak apa kak, Syira ada... apa-apa, saya tanya kat dia je...

Sampai dalam pukul 12.15am gitu...
Allah...apa punya hospital...di kala sakit begini pun kena tunggu giliran lagi...
"Tikah...lambat lagi ke??? akak tak tahanla...sakit sangat ni"
Allah...apa aku nak buat ni???
aku pergi semula ke kaunter...merayu agar dipercepatkan giliran.

"jap2...adik tunggu, sekejap lagi kami panggil"
tak apa...aku percaya..namun, tak juga seperti yang digambarkan.
Lantas, aku menolak terus kerusi roda yang K.Nani duduk...masuk terus jumpa nurse yang merawat tanpa ambil peduli sudah dipangil giliran atau belum...
"Sakit sangat ni encik...

Alhamdulillah, nurse tu terus check K.Nani...
tapi, luka hanya dicuci dan dibalut semula, dan diberi suntikan...
"ok, tunggu kat luar..nanti dipanggil nama"

Di saat di panggil nama, semula lagi menunggu giliran untuk berjumpa dengan doctor...
di kala itu, jarum menunjukkan dalam 12.45am kot kalau tak silap.

Di saat itu juga...Alhamdulillah...K.Ti, K.G-Ah, K.Huda datang...
bersama-sama menunggu giliran... akhirnya dalam 1.30am baru tiba giliran...sian kat K.Nani..kena tahan sakit dari jam 11 lebih tadi..

Di dalam bilik doktor...ketika itu juga Alhamdulillah mak ayah K.Nani datang...setelah dihubungi K.Nani semasa tunggu giliran tadi...cadangnya tak nak bagi tahu lagi...tapi, rasa-rasanya, bagi tahu jelah kalau-kalau apa-apa yang berlaku nanti..

K.Nani kena buat x-ray, nak tengok andainya tulang juga atau mana-mana organ dalaman lain yang cedera...
Alhamdulillah tidak...hanya tisu yang koyak...AllahuRabbi...sakitnye aku tengok...

Dalam jam 2am ke 2.15am K.Nani dipanggil untuk masuk ke bilik jahitan...
Alhamdulillah...akhirnya...

Keluar-keluar...Alhamdulillah...K.Nani nampak lebih 'segar'
"kak, sakit tak???"
"ntahla Tikah...akak tak rasa apa-apa"

K.Nani pulang dengan mak ayahnya selepas semua urusan selesai...termasuk ambil ubat dan cuti sakit.

kata kak G-Ah( geram aku dengan akak ni...heheh...)
" Kami datang nak amik Tikah je la ni... huh.."
hehe...nampanya begitula..

Alhamdulillah...balik UIA ... bermakna aku tak perlu ponteng untuk ke kelas esoknya...sempatla jugak...

Seketikanya...Allah...aku terbawa balik handphone K.Nani la...alamak...sori sangat2 K.Nani...lupa...

Sampai dalam jam 3am lebih... Alhamdulillah..

~Kak...maafkan saya...semoga cepat sembuh...rindu kat K.Nani~

Duhai Pemandu Kereta...

Don’t switch on air condition once you start your car’s engine.

cid:image001.gif@01C9D7AB.C03AACA0

Bukalah tingkap terlebih dahulu sebaik memasuki kereta anda dan jangan sama sekali menghidupkan pendingin hawa. Berpandukan kepada kajian yang dijalankan, dashboard,
sofa, air freshener was produced Benzene, toxic which may caused cancer (carcinogen - ia dapat dikenalpasti melalui bau yang terhasil dari haba bahan plastik di dalam kereta). Disamping menyebabkan kanser, ia juga bertindak sebagai racun bagi tulang, menyebabkan anemia dan mengurangkan sel darah putih. Continuous exposure may caused Leukemia, meningkatkan risiko menghadapi kanser di samping punca keguguran.
cid:image002.gif@01C9D7AB.C03AACA0

Kadar pendedahan Benzene yang dibenarkan ialah 50 mg bagi setiap kaki persegi. Kereta jika diparkir di kawasan bebumbung dengan tingkap tertutup menghasilkan 400-800 mg Benzene. Jika dibiarkan dikawasan yang terdedah dengan tingkap yang tertutup pada suhu 60 darjah fahrenheit, tahap Benzene boleh meningkkat sehingga 2000-4000 mg, iaitu 40 kali dari tahap yang dibenarkan... dan penumpang di dalamnya akan menyedut toksik yang berlebih2an secara tidak sedar.

cid:image003.gif@01C9D7AB.C03AACA0

Cara yang dicadangkan untuk mengelakkan perkara ini dari berterusan ialah dengan membuka tingkap dan pintu terlebih dahulu untuk memberi udara di dalam beredar keluar. Benzene adalah sejenis toksik yang boleh mencemar buah pinggang dan hati, dan sukar pula bagi tubuh manusia untuk menyahkeluarkan toksik tersebut apabila.

"When someone shares something of value with you and you benefit from it, you have a moral obligation to share it with others".

5.20.2009

[John Foppe]


John Foppe is a great person, which is he has no arms and just using his feet in doing everything..
One day, during Creative Thinking class, Madam Nor Asiah jusoh, ask students to write their name by using feet..
Just try...what do you feel..???

********************************************
Why and when did you start speaking to groups?
My speaking mission was sparked, at the age of 16, when I had a life-changing encounter with an improvised, little boy in Haiti. Please read chapter 11 of my
book, What's Your Excuse?, for the full story.

What is the main point of your message?
It's not about doing things differently. It's all about being different - choosing to live powerfully.

What types of groups do you address?
I primarily speak to business, government, and human service organizations. Over the years, I've addressed florists, military generals, students, prisoners, rocket scientists, salespeople, and a pro football team.


How do others respond to your message?
People are surprised to learn that my message is more than an inspirational disability story. The one statement I consistently hear from audience members is, "You've taken away all of my excuses!"


Where are you from?
I am from Breese, Illinois - a small town located about 40 miles east of St. Louis, Missouri. I am the fourth of eight sons born to Ron and Carole Foppe.


How did you learn to use your feet?
I didn't receive any special training to use my feet. The human body simply has a tremendous capacity to adapt. Just like a blind person usually develops more acute hearing, I have developed motor skills in my feet.


Were you always a determined person? If not, what was the defining moment that made you decide to tackle your condition?
No. As young boy, I hated my life. I didn't understand why I had to be handicapped. I was filled with self-pity, a negative attitude, and low self-esteem. I was dependent on my family for help with routine tasks like getting dressed and using the restroom. At 10-years-old, I couldn't put on my own pants. The first turning point occurred when my parents practiced "tough love" on me. Please read chapters 1 and 4 of my
book, What's Your Excuse?, for more details.

What is the most physically difficult challenge you've overcome?
Learning how to snow ski.


Why don't you wear artificial arms?
I did use artificial arms when I was young. But, the prosthesis was hot, heavy, and cumbersome. They are made out of latex, plastic nylon, and aluminum. The apparatus weighed about 12 lbs. Also, the movements of the limbs were limited. Since I can use my feet to accomplish most routine tasks, I decided, when I was about 17, not wear the artificial arms.

What are your goals for the future?
I am working on my second book tentatively titled; Make It Happen, How to Translate Big Visions into Big Outcomes. Since writing my first
book, I have learned a great deal more about how and why we make excuses. I see how victim mindsets are crippling businesses. I continually hear business leaders complain about how difficult it is to get things done in today's fast changing competitive environment. Leaders, managers, and workers are all exasperated. The feelings and behaviors of exasperation are encrypting visions and stopping them from translating into outcomes. I have a way to close the translation gap and make initiatives happen.

In addition, I am expanding my work with international clients.

~Guru~


(mungkin agak terlambat..tapi, aku nak jugak post)

Aku mengagumi mereka.. tanpa mereka..siapalah aku di dunia... aku pastinya menjadi insan yang tak berguna andainya mereka tidak wujud dalam kamus kehidupanku...

Bermula saat kelahiranku... sehingga saat aku menghirup dan menghembus nafas ketika ini... hidupku diterangi Ilmu yg diajarkan oleh guru-guru ini...


Sungguh...menjadi guru amat2 payah...
memang menguji kesabaran..
Kadang-kala aku sendiri menjadi letih melihat susah payah guru-guru ini dalam mengajar anak muridnya hatta untuk mengenal 1 huruf sekalipun.


Aku yang seketika cuma pernah menjadi guru...mengajar anak-anak kecil mengaji, membetulkan andai ada yang tersalah...cukup2 menguji kesabaranku... ada yang merengek... ada pulak yang asyik2 bertanya itu ini..rimas jadinya... ada pulak yang tak betul-betul bacaannya...
Masya-Allah...inilah sebenarnya tugas guru... besar yang amat pahalanya andai ilmu yang diajarkan itu benar dan diamalkan oleh anak murid...
dan itulah juga yang menjadi salah satu bekalan yang sentiasa berjalan apabila guru tersebut sudah tiada di dunia ini.

Teringat aku pada di zaman sekolah rendah...ketika darjah 5-darjah 6...

Asifah..aku tidak berapa ingat nama ustazah apa..tapi, Ustazah ini, amat-amat aku terhutang budi padanya dalam mengajarku Bahasa Arab...aku pernah di cubit dengan agak kuat oleh ustazah tatkala tersalah tasmi' hukum2 nahu...fi'il dan sebagainya...

Dan Ustazah memang agak strict kalau ada pelajar-pelajarnya yang buat kesalahan.


Alhamdulillah, hasilnya... meskipun aku menyambung persekolahan menengah ku di sekolah menengah biasa, Subjek Bahasa Arab mudah untukku faham dan score.( bukan nak berlagak...just nak berkongsi)


Sehingga...hatta tatkala menyambung pengajian di UIA, yang mana pada awal-awalnya, aku merasakan begitu rendah diri kerana aku bakal bercampur dengan budak-budak sekolah Arab.. tapi, tekaanku meleset... Alhamdulillah, berkat daripada Allah, aku tidak ketinggalan dalam subjek Arab ni.
Syukran Ustazah.

Itu hanya satu perkongsian pengalaman dalam menimba Ilmu.. Ramai lagi guru-guru yang kuterhutang budi pada mereka.

Teringat aku pada pesanan kak Sylati padaku,
  • dalam kelas, duduk barisan depan...supaya berkat guru tu sampai kat kita dulu... dan kita akan mudah untuk faham
  • tengok je muka guru tu bila dia mengajar... supaya dia akan ingat muka kita ni yang bagi perhatian masa dalam kelas.
  • Hormati guru, meskipun, kadang-kala ada guru yang buat perangai...
*** Berkat daripada Guru, salah satu PUNCA KEJAYAAN kita dalam hidup ini.*** Wallahua'lam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...