1.17.2009

SYAHID!!!

Begitu bersemangat tatkala mendengar ceramah daripada wakil Hamas yakni SYED SEYAM, Menteri dalam Negeri, di Markaz Tarbyah PAS Taman melewar yang diterjemahkann oleh ust.Nasaruddin mat Isa beberapa tahun lalu.. beliau menceritakan tentang keadaan rakyat dan para pejuang Palestin di sana. dan harapan beliau kepada umat islam seluruhnya. antara isi-isi ceramahnya yang aku ingat, bunyi bom tu dah biasa sangat dorang dengar,dan tiada apa yang ditunggu oleh anak-anak muda di sana selain ingin MATI SYAHID. SubhanAllah.. besarnya MATLAMAT dan SEMANGAT mereka. Berbanding dengan remaja2 dan rakyat di Malaysia ni khususnya... jangankan nak g berjuang..hatta nak pergi demo pun takut2...

tapi.. tu bukan my main point.. my focus here is... wakil HAMAS yang kunyatakan di atas yakni Syed Seyam sudah MATI SYAHID!!! pada tanggal 16 Jan 2009. TAKBIR!!!

di sini kukepilkan bersama berita yang di'copy paste'kan dari www.palestinkini.com


Terkini : Menteri Dalam Negeri, Said Seyam terbunuh semalam.

Written by admin from on January 16th, 2009 | 1 Comment

Jumaat ,16/01/2009 - Said Seyam, salah seorang pemimpin Hamas dan Menteri Dalam Negeri yang dilantik kerajaan Ismail Haneyya, terbunuh pada petang Khamis semalam bersama dengan anak lelaki beliau , abangnya dan isteri abang beliau dalam satu serangan udara Israel di sebuah rumah dalam kawasan Yarmouk di pusat bandar raya Gaza.

Sumber-sumber Hamas berkata , Seyam terbunuh apabila jet pejuang Israel mengebom rumah Sheikh Eyad Seyam, abang kepada Said Seyam semasa lawatan beliau ke rumah abangnya. Pengawal peribadi Said Seyam turut terbunuh.

Said Seyam dilahirkan pada 22 Julai 1959 di kem pelarian Shati’ barat bandar Gaza setelah keluarga beliau diusir pada tahun 1948 daripada kampung Jura berdekatan bandar raya Askalan.

Beliau menamatkan pengajian di Maktab Perguruan di Ramallah pada 1980 dengan mendapat diploma mengajar sains dan matematik. Beliau memperolehi ijazah dalam Pengajian Islam daripada Jerusalem Open University pada 2000.

Beliau mengajar pada sekolah-sekolah UNRWA di Gaza daripada 1980 sehingga 2003. Akibat tekanan oleh majikan kerana keterlibatan beliau di dalam politik, beliau terpaksa berhenti mengajar. Beliau merupakan bapa enam orang anak.

************************************************


As-Syahid Syaikh Said Shiam, 50 tahun berjuang melindungi rakyat Palestin.

Written by admin from on January 16th, 2009 | 5 Comments

Jumaat ,16/01/2009 - Menteri Dalam negeri Palestin, pimpinan Ismael Haneya, Syaikh Said Shiam syahid bersama anak dan enam saudaranya digempur F16 Israel petang semalam (15/1). Ketika itu, beliau sedang berada di rumah saudaranya di Yarmuk Gaza City. Paling kurang tiga sanak saudara dan 30 yang lain meninggal dalam peristiwa tersebut.

Setengah Abad Berjuang dan Berkorban

50 tahun beliau berjuang dalam ketaatan pada Allah. Hidupnya dipenuhi pengabdian dan pengorbanan, berjihad dan berjuang serta membela nasib rakyat Palestin.

Syaikh Shiam lahir pada 22/7/1959 di kem tentera Shati Gaza, bahagian barat kota Gaza. Silsilah keluarganya berasal dari marga Jaurah dekat Eskelon, wilayah Palestin jajahan 48. Beliau merupakan lulusan diploma matematik dari Darul Mualimin Ramallah pada tahun 1980. Kemudian melanjutkan pelajarann di peringkat ijazah dalam bidang pendidikan Islam dari Universiti Al-Quds(tahun 2000).

Seorang Guru yang Soleh

As-Syahid pernah bekerja sebagai pengajar di beberapa sekolah dan badan bantuan sosial antarabangsa di Gaza dari tahun 1980 hingga tahun 2003. Kemudian beliau keluar dari badan tersebut kerana desakan akibat keterlibatanya dengan gerakan Hamas. Lalu beliau menjadi imam dan khatib sukarela di masjid Yarmuk Kota Gaza. BeliaU juga berperanan menjadi penasihat dan khatib di beberapa masjid di Semenanjung Gaza.

Syaikh Shiam bergabung dengan Jawatankuasa Rekonsiliasi yang dibentuk Syaikh As-Syahid Ahmad Yasin untuk menyelesaikan pertentangan antara pelbagai kumpulan pejuang Palestin sejak intifadhah pertama yang dikenal dengan “Intifadhah Masjid”. Beliau berkahwin pada tahun itu dan mempunyai enam orang putera.

Jawatan yang Pernah Disandang As-Syahid

Sepanjang hidupnya Asy-Syahid memegang banyak jawatan penting. Di antaranya sebagai ketua Jawatankuasa Guru di Gaza. Ahli Persatuan Pegawai Arab di perwakilan pertubuhan sosial antarabangsa. Pegawai pengurus hubungan luar negeri dalam Gerakan Pejuang Hamas, anggota pimpinan politik Hamas di Gaza. Beliau juga menyandang jawatan anggota Dewan Sekretariat Jenderal Universiti Isam di Gaza, Anggota Dewan Pendiri Center Research Future. Pada tahun 1980 As-Syahid memegang jawatan anggota Persatuan Mahasiswa, Darul Maualimin di Ramallah. Pada tahun 2006 beliau menjawat jawatan sebagai menteri dalam negeri dan urusan sivil.

sumber : COMES
penterjemah : osman


####### semoga beliau ditempatkan bersama-sama dengan para mujahid...amin#######

1.14.2009

USAHA KITA : PILIHLAH

USAHA KITA : PILIHLAH

Natijahnya, pilihlah salah satu atau lebih dari satu dari tindakan di bawah untuk membantu saudara kita di Palestin yang dijajah dan Palestin yang sedang cuba dijajah.

1) Bantuan tenaga dan diri ; Pergilah ke medan di Palestin, jika anda ada cara, kemampuan dan keikhlasan. Sama ada untuk membantu menghantar bantuan kemanusian, perubatan, psikologi atau yang lebih dahsyat dari itu dari segi fizikalnya..

2) Bantuan Harta : Bagi yang tidak mampu pergi ; sumbanglah bantaun kewangan atau pakaian dan lainnya kepada badan yang dipercayai lagi berwibawa di tempat anda. Agar bantuan tersebut boleh sampai kepada rakyat Palestin yang sedang menderita. Cuaca sejuk kini tidak menentu, di UK kami ditimpa cuaca sejuk luar biasa sehingga (negatif 10) atau -10 darjah celcius. Palestin juga berada dalam cuaca sejuk, sekitar di bawah 10 celcius di sebelah malam

3) Bantuan Doa ; Bagi yang tidak mampu memberi kedua-dua bantuan di atas, atau termasuk juga merkea yang mampu, teruskan berdoa untuk keselamatan rakyat Palestin, Iraq dan umat Islam, doakan bala bagi Yahudi, pemimpin Amerika dan rakyatnya yang menyokong, pemimpin Mesir dan sekutunya-sekutu mereka yang membuka jalan dan menyokong serangan pengganas Yahudi ini. Doa anda boleh bacanya sebagai :- a- Qunut Nazilah dalam setiap solat fardhu anda, anda dibenarkan untuk memegang kertas doa semasa qunut tersebut kerana tentunya sukar untuk menghafalnya. Itu tidak membatalkan solat dalam semua mazhab termasuk mazhab Syafie kerana andatidak bergerak besar berturut-turt sebanyak tiga kali. Hanya angkat sekali kertas doa, berhenti sebenar kerana membaca, kemduain terus turun sujud, tiada berturut-turut. b- Doa semasa sujud dalam setiap solat. Ia lebih maqbul berdasarkan nas yang sohih. c- Khatib bacalah doa untuk Palestin di hujung khutbah Jumaat. d- Dan banyak lagi waktu doa maqbul.

4) Solat Hajat ; Bagi mereka yang berpegang kepada bolehnya dilakukan solat hajat sama ada secara individu atau berjemaah. Anda turut boleh meneruskannya.

5) Menyertai Demonstrasi Aman : Sertailah ia dengan aman dan makmurkannya, namun jangan lupa juga memakmurkan masjid di kala Subuh dan waktu-waktu lain.

6) Menulis ; Tulislah di blog, web, forum anda, ruangan akhbar, majalah yahoogroup dan lainnya, buatkanlah kajian ringkas dan permudahkan penyampaian info kepada orang ramai berkenaan kezaliman Yahudi terhadap Palestin dan sekutu-sekutu mereka.

7) Ceramah ; anda mampu ceramah? berikanlah ceramah berkaitan isu ini atau hadirkanlah diri ke ceramah berkaitannya di tempat anda.Anda tidak semestinya seorang ustaz/ah untuk ceramah dalam bab ini, wartawan pun boleh.

8) Boikot : perkukuhkan boikot barangan Yahudi dan Amerika di ketika ini. Hantarlah surat dan bantahan, petition, memorandum kepada kedutaan Amerika, Mesir dan sekutu jahat mereka. Pelajar Al-Azhar, kami mendambakan tindakan dan usaha anda terhadap kerajaan Mesir.

TINGKATKAN KEPEDULIAN Tingkatkan kepedulian kita terhadap nasib saudara kita umat Islam. Jangan dirasakan usaha kita sangat kerdil, tidak mampu memberi sebarang kesan. Yakinilah bantuan Allah, sangka baiklah dengan Allah, nescaya Allah bersama hambaNya yang bersangka baik dan taatinya. Sebagai sebuah hadis qudsi ertinya: Allah menyebut : aku berada
di atas sangkaan hamba-hambaKu,

http://www.zaharuddin.net/content/view/789/72/
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...