6.28.2008

Ujian yang menimpa




Bismillahirrahmanirrahim
Allahumma soli `ala saiyyidina Muhammad
Assalamu'alaikum w.b.t

Ujian yang menimpa, meskipun berat, namun, ku kurang merasakan terbeban dengannya..

Hari itu, aku diuji dengan 2 kehilangan...satu, duit tercicir..x tau kat mana...sedihh...tula duit aku yang ada...huhuhu...tapi, ntah..aku meredhoi kehilangannya...sedeqah jela..meskipun jumlahnya agak banyak..(bagi aku la..x taula korang camne)
Then...kad matrik pulak hilang...ni yang buat aku risau..ada ic skali dengan kad matrik tu...rasa takut sangat...camne nk g kelas nnti...kena tahan kang dengan mak guard...then, kena buat baru...hasilnya kena la keluar duit..bayar...
Yang i.c pulak...kena g balai polis..jenuh la nak buat lain..kna kluar duit lagi...ish3...banyak nye nak kena guna duit...dah la duit dah hilang..

Dalam pada tu, aku mohon sangat2 ya Allah..temukan kedu2nya sekali...atau gantikan ku dengan yang lebih baik...murahkan rezeki ku ya Allah...

Dalam solat...terasa Allah tu amat dekat dengan diri ini...Allah bagaikan memegang bahuku memberiku pengharapan dan sokongan..Kaulah ya Allah tempat pergantunganku...Maha Pengasihnya Allah...menimpakan ujian pada hamba-hambaNya kerana rindu mendengarkan rintihan hamba-hambaNya..
Teringat kat lirik nasyid Mestica..Rahmat Ujian..

Harus ada rasa bersyukur,
Tiap kali ujian melanda,
Itu tanda membuktikan,
Allah mengasihimu setiap masa..
( camtu kot...ingat x ingat nasyid ni )


Kadangkala aku rindu untuk diuji...tapi, takut jugak...camne bentuk ujian tu...
Walaubagaimanapun...manusia tu sering diuji..diuji dengan hasutan nafsunya..mengajak ke arah kemungkaran.lihat sama ada dia dapat lawan ke x
Diuji dalam study...diuji susah nak bangun subuh...nak lihat pada usahanya... dan sebagainya...wallahua’alam..Allah lebih mengetahui..

Sedang aku bersedih2...mengenangkan kad matrikku yang hilang...seorang sahabat masuk ke dalam bilikku mencari2 diriku...nasib la aku menjengukkan kepala...kalau x dia dah nak kluar dah tengok aku macam xderr.. ” haa...ni pun awak..awak ada hilang apa2 x??”
Aku bermonolog... ’of course..perkara pertama aku teringat..my MONEYY... tapi, agak mustahil..aku x bagi tahu sape2 sgt tentang duit aku yang hilang tu...x lain dan x bukan mesti kad matrik’
”Ada2..kad matrik..”..then, kawan tu pun tunjuk depan ku...owh...my matrik card...katanya dia terjumpa kat blok B...(time tu aku tengah tunggu teksi kt situ).. aku lantas ucapkan trima kasih x terhingga...
Alhamdulillah...syukur pada-Mu ya Allah...syukur sangat2...

Itulah..banyak2 kan berdo’a...sesungguhnya, Allah tidak saja2 menguji hamba2Nya... pasti akan ada hikmah di sebaliknya..
**hikmah daripada ujian yang aku hadapi ni...memberi ku peringatan supaya...jaga barang tu hati2...jangan lalai...simpan elok2...

Alhamdulillah...Wallahua’alam..wassalam.

kegagalanku sebagai seorang DA`IE




Assalamu'alaikum

sebuah kata-kata ulama' masyhur :

"man qola LA ILAHA ILLALLAH fa huwa da'ie"
= barangsiapa yang mengucapkan " lailahaillallah" maka dia adalah seorang pendakwah.

daripada apa yang difahami daripada hadith di atas, smua umat Islam adalah seorang pendakwah. namun, drpd pemerhatian kasar kita sekarang, apakah itu yang terjadi?? jangankan jadi pendakwah tapi ada yang sesetengah menjadi penentang dan agen perosak kepada Islam tu sendiri meskipun dirinya bergelar seorang Muslim..

Umat Islam zaman sekarang teramat ramai berbanding dengan umat Islam pada zaman Rasulullah s.a.w. namun, jauh sekali beza kualiti kita dengan mereka..meskipun kita ramai.

bak kata Rasulullah s.a.w. umat Islam pada akhir zaman ni umpama buih di lautan.
itu yang dirisauan, tingi pada kuantitinya, tetapi kualiti di sebaliknya.

Bagaiman pula dengan diriku?? adakah diriku sudah berjaya sebagai seorang pendakwah?? beberapa persoalan berlegar-legar di benak fikiranku, adakah aku telah melaksanakan tugasku sebagai seorang pendakwah? apakah perkara yang telah kulakukan sebagai satu dakwah?? dan yang sebenar-benarnya, apakah diriku ni pantas dipanggil sebagai seorang pendakwah??

kadangkala, hatiku pilu melihatkan kawan-kawan di sekitarku yang hatinya ( wallahua'lam), tapi pada pemerhatianku, mereka kurang condong pada pengamalan ajaran Islam. sama ada dari segi pemakaian, gaya hidup, pergaulan dan sebagainya.
adakah hati ini hanya mampu berasa pilu? sedih? namun tiada apa-apa tindakan yang dilaksanakan??
itulah yang kukecewa dengan diriku. aku punya banyak fursoh (peluang) untuk melaksanakan dakwah. namun, ketidak yakinanku pada kemampuanku(keyakinan diri, kepimpnan, ilmu, dan sebagainya ) menyebabkan keinginanku untuk berdakwah terbenam.

ya Allah...apakah aku sedar bahawa tugas berdakwah itu adalh WAJIB??
Allah, hatiku kadangkala meronta, merintih kerana kegagalanku dalam melaksanakan amanah ini. ampuni hambaMu ini ya Allah.

segala-galanya pasti akan dipersoalkan tentang apa yang kulakukan dan apakah usaha ku dalam mengajak manusia ke jalanMu.

kurenungi, aku lebih selesa buat baik sorang-sorang atau bersama-sama sahabat-sahabat yang memang sudah faham, namun aku x berani nak ajak kawan-kawan yang kurang pengamatan ajaran islam dalam hidupnya.
mind set ku,pasti ajakanku akan ditolak, aku akan rasa malu, dan itu akan menambahkan jurang antara kami, kerana rasa kekok pulak lepas tu. tapi, apakah itu yang akan berlaku?? Wallahua'lam.
aku telah mengadili sebelum melaksanakannya. itulah masalahnya..

aku cemburu melihat sahabat-sahabat sefahaman denganku rapat dengan kawan2 yang kelihatan biasa2, ho-ha2,sosial, n so on.. tu adalah salah 1 lgkah dakwah. mereka boleh masuk dngan kwn2 tu, knp x aku??aku yang telah mencipta jurang dengan mereka. aku nak mendekati mereka namun aku tak mampu, x brani, x yakin, x tau nak cakap apa, nak mula camne...takut2 mereka tidak menerima kehadiranku.
tapi, sebenarnya, metod dakwah ni pelbagai, bergantung pada kemampuan dan kekreatifan seseorang.

wallahua'lam...ni sekadar luahan rasa yang terpendam...meskipun begitu, insyaAllah, akanku berusaha mengislahkan diri ini menjadi da'ie yang sebaik mungkin ntuk kucapai...
Allah...bantu hambaMu..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...