6.09.2008

maafkanlah...


seseorang menegurku....masih ingatkah aku padanya??? ingin sahaja kujawab "x kenal,dan untuk apa saya kenal kamu??" namun, setelah kufikir2kan... tak ada manfaatnya untuk kuteruskan perasaan marah dan benci padanya...turunkanlah egomu agar Allah mengangkatmu ke darjat yang lebih tinggi.. maafkanlah, sesungguhnya nabi Muhammad s.a.w sendiri seorang yang pemaaf..sape aku untuk tidak memaafkan.lebih2 lagi...aku ni insan yang amat hina dan bertambah hinalah diriku jika aku berkelakuan sebegitu.. Allah...peliharalah diriku daripada mempunyai akhlak mazmumah sebegitu..bantulah daku mencontohi akhlak Rasulullah s.a.w..

Firman Allah:
" Dan berkatalah kepada sesama manusia itu dengan kata-kata yang baik." (al-Baqarah : 83)

sesungguhnya...Islam menganjur ke arah percakapan dan perkataan yang baik, mulia. yang mana semua manusia suka padanya.hati pasti damai bilamana mendengar kata2 sebegini. tiada siapa sebenarnya yang gemarkan kata2 celaan, hinaan, cemuhan, tohmahan dan yang sewaktu dengannya.semua ni pasti akan menyesakkan hati dan perasaan seseorang yang bergelar manusia.

"setiap perkataan anak Adam(manusia) adalah sia-sia* melainkan ia menyuruh berbuat ma'ruf(baik), melarang daripada munkar atau berzikir kepada Allah Taala." (Hadith Hasan Gharib- Ibn Majah) * maksudnya : menjadi sia-sia dan tidak bermanfaat padanya.
Tarmizi daripada Ibn Mas'ud daripada Rasulullah s.a.w : "Bukanlah sifat orang mukmin itu pencaci, tidak juga pelaknat, tidak juga(*1) dan tidak juga busuk mulut(*2).
*1 : maksudnya : mengeluarkan kata-kata lucah

*2 : maksudnya : mengeluarkan perkataan yang kotor seperti memaki orang, mencarut dan sebagainya.

dunia sekarang, kuperhatikan, mudah untuk mengeluarkan kata-kata kesat, celaan dan macam2 lagi. kadangkala perkataan2 tu menjadi sebati dengan mereka dan tidak merasa jijik atas kata2 yang dikeluarkan.mengapa begitu?? knp bukan zikrullah yang meniti di bibir mereka?? termasuk daku...renung2kanlah..

fi khulosotil kalam..diri ini maafkanmu wahai teman...kerana kau telah mengajarku suatu pengajaran besar yang membuatku sentiasa berjaga2 dan bersiap sedia dengan cabaran akan datang meskipun is amat pahit semasa ku mengalaminya..wallahua'alam...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...