3.30.2012

Jarak & Rindu

Bismillah...ada orang post ni kat fb...saja nak share kat sini...

♥ Jika RINDUKAN SESEORANG , PEJAMKANLAH MATA dan UCAPKANLAH :

" Ya Allah Aku rindukannya keranaMu Ya Allah , Jauhkanlah daku dari perkara yang membuatkan aku lupa kepadaMu . Aku semakin mengerti, ‘JARAK’ ini bukan untuk menghukumku..tetapi ‘JARAK’ ini untuk MENJAGA aku dan dia..

✿~ Dengan ‘JARAK’ ini aku dan dia berjanji untuk BERUBAH menjadi yang lebih baik..
✿~ Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MEMPERBAIKI cinta kepada Ilahi..
✿~ Dengan jarak ini aku dan dia berjanji untuk MENCINTAI Pencipta kami lebih dari segalanya..
✿~ Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MENDALAMI Islam hingga ke akar umbi..
✿~ Dan Dengan JARAK ini jua aku dan dia yakin andai tiba saatnya nanti, aku dan dia akan LEBIH BERSEDIA untuk melayari semua ini dengan jalan yang diredhai..

p/s : Terima kasih ya Allah kerana memberi PELUANG kepadaku melalui jalanMu ini..terima kasih kerana memberikan JARAK itu kepada aku dan dia..♥♥"


~RINDU LA DENGAN RASULULLAH S.A.W...RINDU SANGAT...~ 



3.29.2012

nikmat ILMU


Alhamdulillah,  SYUKUR kepada Allah atas nikmat manisnya ilmu…sambil2 makan nasi, aku ambil kesempatan membelek kitab al-wajiz fi usulil fiqh karangan dr. abd Karim Zaidan…Barokallahufih… 

subhanallah, kita yang cukup hebat, menyampaikannya dengan bahasa yang mudah difahami dan jelas atur susunnya… Alhamdulillah atas nikmat kefahaman ilmu agama yang sangat cetek pada hamba kerdil ini… kenikmatan yang besar apabila membaca kitab Arab, dapat difahami maknanya… Alhamdulillah..sangat2 kubersyukur…

Jom, aku nak berkongsi sikit sebanyak apa yang telah kudapat meskipun beberapa helaian muqaddimah mengenai tajuknya…

Kugunakan kitab ni untuk 2 subjek yang sangat kugemari…
1-      Mabahith Hukum
2-      Mabahith Turuq

Kebetulan, aku mengambil kedua-dua subjek ini secara serentak pada sem ni…kedua-duanya saling berkait dengan hukum dan cara mengistinbat hukum..

Dalam kitab al-Wajiz ni, syeikh membahagikannya kepada 2 bahagian, iaitu seperti yang kunyatakan di atas… bahagian pertama tentang hukum-hukum Islam yakni Hukum Taklifi (Wajib, Sunat, Harus, Haram, Makruh) serta rukhsah dan `azimah, Hukum Wadh’I (sabab, mani’, syarat) dan ada beberapa pecahan lagi  dan sumber-sumbernya.

Manakala, pada bahagian ke-2 pulak, aku nak tulis dlm arab sikit..(boleh yer) harapnya faham..=)



طرق الاستنباط وقواعده، تقوم على :
-          العلم بالقواعد الأصولية اللغوية
-          مقاصد التشريع العامة
-          كيفية رفع التعارض بين الأدلة وترجيح بعضها على بعض
-          معرفة الناسخ والمنسوخ

Terasa cam nak wat peta minda je lukis kat sini…sebab best arr blaja…
susah x susah nya nak menjadi seorang mujtahid dalam nak mengistinbat sesuatu hukum,( antara ilmu2 yang mesti dikuasainya ialah 4 ilmu di atas yang kutulis dalam Tulisan Arab tu…setiap tu pulak, ada cabang-cabang ilmu yang lain..) sehingga Allah akan mengurniakannya 1 pahala meskipun salah dalam ijtihadnya berbanding dengan seorang mujtahid yang berijtihad dan ijtihadnya betul, maka baginya 2 pahala…

okey, setakat ni dulu… sungguh, niatku menulis entri ini bukan ingin berlagak pandai dalam bidang ilmu agama ni…(malah itulah kelemahanku yang inginku perbaiki) tetapi niatku ingin berkongsi ilmu bersama-sama sahabat2 surfer sekalian… andai ada kesilapan, mohon diperbetulkan dan dimaafkan… syukran.

3.26.2012

HARAMAIN yang diRINDUI


Tidak tahu bagaimana inginku gambarkan perasaan tatkala sampai ke Madinah. 

tatkala melalui bandarnya, di kala itu, kedengaran sayup2 azan subuh dari Masjid Nabawi..
dan kulihat manusia berbondong2 melalui jalan itu… mataku tercari2 d manakah Masjid Nabawi itu?? 
Di mana masjid yg menjadi masjid Nabi tercinta?? 
Lalu, Allah mendorongkan lirikan mataku terlihat suatu binaan yang tak tergambar dek mataku tentang keindahannya… 
subhanallah. Aku takjub… inikah masjidnya?? 
Ma sya Allah…sungguh bercahaya…sungguh menyinari alam…
diri ini tidak mampu melepaskan mataku daripada memandangnya. Allah..nikmat yang amat…

tidak dapat kugambarkan betapa riangnya hati ini berbaur sayu dan sedih mengenangkan Rasulullah s.a.w…. 

sungguh, perasaan rindu pd Rasulullah s.a.w tidak dapat kubendung… teringin sangat aku menziarahi makammu ya Habiballah…teringin yang amat daku menjejaki taman Raudhahmu… 

ohhh....bertuahnya insan2 yg berbondong-bondong itu pergi ke Masjid Nabawi ini, menunaikan Solat Subuh berjemaah… 
sungguh, aku sudah tidak sabar untuk menunggu saat masa pergi ke sana… 

ya Allah, pintaku Kau redhailah dan rahmatilah kami sepanjang keberadaan kami di sini… tambahkanlah dan kembangkanlah serta luakkanlah perasaan cinta kami pada-Mu ya Allah serta kekasih-Mu Nabi Muhammad s.a.w.

~bersambung~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...