10.14.2010

KUAT VS LEMAH

Imam Hanafi pernah ditanya, bilamana nak memilih pemimpin, manakah yang patut kita pilih??
a) seorang yang kuat ibadat tapi lemah fizikalnya dan mentalnya
b) seorang yang dari segi ibadat ni kureng sikit tapi punyai fizikal dan mental yang kuat dan sihat




































jawab Imam Hanafi, pilihlah (b)
Kerana apa???
1- ibadah itu hubungan persendirian dengan Tuhannya. buat atau tidak, akibatnya akan berbalik pada dirinya.
2- bilamana seseorang lemah, maka, pemerintahan akan lemah dan mengundang kecelakaan kepada orang lain.


di sini, ilmu Fiqh Awlawiyat memainkan peranan: pilih sama ada 
1- menghilangkan mudharat dan memberi manfaat
2- memberi manfaat yang lebih besar walaupun terdapat sedikit mudharat
3- menghilangkan mudharat yang lebih besar walaupun terpaksa meninggalkan manfaat


Namun begitu, pada waqi' Malaysia kini, demi kemaslahatan umat dan Islam, PAS mestilah menampilkan CALON-CALON yang MENJAGA AGAMA & SIHAT TUBUH BADAN & MENTAL.serta BERKALIBER. itulah sebaik-baiknya...
Mengambil contoh dari Uswatun hasanah, sebaik-baik contoh tauladan, Nabi Muhammad s.a.w, pemimpin terbaik.
Wallahua'lam.

~Graduan~

Bismillahirrahmanirrahim...Alhamdulillah,,Allah masih mengizinkanku menaip tatkala ini...
mungkin entri ku kali ni agak terlewat sedikit dengan isu yang inginku bawa...


Tatkala melihat ramai kakak-kakak dan abang-abang senior memakai jubah Konvo, bergambar bersama rakan-rakan dan keluarga tercinta,, menggambarkan betapa gembiranya mereka di saat ini, terbit di hatiku, apabila sampai masaku nanti, apakah yang akan kubawa keluar dari universiti ni?? pastinya kuharap berguni-guni ilmu yang berkat untuk kupraktikkan di luar sana...
Namun, kegusaran berlegar-legar di hatiku, hatta di saat ini, bagaiman untukku mengubah hatiku dan niatku bahawa belajar ini bukan semata-mata untuk peperiksaan, bukan sekadar mengejar kejayaan dan takutkan kegagalan, bahkan ILMU inilah yang bakal mendorongku mengenal lebih dekat siapa itu Tuhanku, Kekasih-Nya, menjadikan aku seorang Muslim yang berkualiti dan mempunyai matlamat untuk bersama-sama berjuang menegakkan Agama-Nya.
Kata seorang Ulama', bilamana:
" ILMU YANG KITA PELAJARI TIDAK MELAHIRKAN RASA TAQWA KEPADA ALLAH, MAKA ILMU ITU TAK MEMPUNYAI NILAI"


Satu fenomena yang kuperhatikan dalam kebanyakan kelasku, tatkala lecturer memberi tugasan untuk membuat presentation, sesetengahnya seakan-akan melepas batuk di tangga...apabila tiba masa presentation, pelajar tersebut hanya membaca isi-isi dalam slide, kurang eye-contact, dan kadang-kadang ( dapat ku analisa melalui cara penyampaiannya) si presenter ni sendiri tak faham apa yang dia sampaikan.
inginku bawakan 1 contoh yang kurasa agak berkesan, Ustaz Abdul Bari, lecturer Fiqh Mawarith, beliau akan betul2 perhatikan apa yang pelajar present dan meminta pelajar tersebut mendatangkan contoh supaya kawan-kawan yang lain lebih jelas. Sampaikan ustaz kata "kalau saya yang present, baik saya bagi markah kat saya", itu adalah kata-kata akibat pelajar tersebut tak betul-betul bersedia.


Akhir kalam, aku harap sangat buat diriku dan para bakal graduan sekalian, biarlah segulung ijazah yang bakal kita terima pada hari yang penuh bermakna nanti terkandung lautan ILMU YANG SANGAT2 BERHARGA untuk kita amalkan demi mencorak masyarakat di luar sana. itulah sebenarnya AMANAH seorang graduan.


Wallahua'lam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...