Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah, Allah masih memanjangkan umurku...
kini, hampir genap sebulan aku mengajar, pelbagai pengalaman, kemahiran, kerenah pelajar, dan macam-macam yang kulalui sepanjang menjadi "ustajah".
Adakalanya, memang aku rasa tension, geram, penat dan sebagainya....
Ada ketika pula, aku rasa seronok, gembira, terhibur bila bersama-sama dengan pelajar2 ni...
Well...aku dah lama tak ada adik kecik..bila masuk sekolah rendah ni..macam terasa ada adik lagi.
Naqibahku, Kak Nazirahpesan, segalanya yang kita nak buat, mulai dengan CINTA...
Bilamana kita ada perasaan CINTA, mudah untuk kita laksanakan sesuatu tu dengan CEMERLANG.
Sedikit sebanyak wujud rasa KASIH-SAYANG pada pelajar2ku...
Aku dapat sikit sebanyak moral of the story...
untuk para ibubapa, didiklah anak-anak dengan DIDIKAN AGAMA...sememangnya memang di saat inilah untuk mencorakkan mereka menjadi kain yang macam mana kalian impikan di masa hadapan...
Aku agak bersimpati dan terkilan dengan segelintir pelajarku yang kurang mendapat didikan agama...
Aku lihat di wajah mereka, dan kutafsir isi hati mereka, mereka inginkan pengajian agama...mereka nak menghafal ayat2 Quran, dan tatkala aku mengajak solat, mereka tak keberatan...Alhamdulillah..
Ada jugak yang dah darjah 4, tapi, tak pernah solat...tapi, tatkala berbicara soal agama, cerita2 syurga neraka, akhlak, banyak yang mereka bertanya...seronok menjawab...
I reaally impress with this students, always want to help me to bring my books and pencil box, and berebut-rebut nak salam dan cium tangan aku...Bahagia...Alhamdulillah.