4.21.2008
short sem..
begitu kah daku di kala short sem ni???lantaran kerana kurang pentarbiyahan diri ketika musim cuti yang lebih kurang sebulan...
sesungguhnya...aku ni, hamba yang amat-amat kerdil...hina..namun, mengapa jarang untuk kurasakan begitu meskipun ku tahu hakikatnya, bahawa mati itu PASTI..
hatiku amat-amat kotor.. bantulah daku Ya Allah...
time cuti short sem lepas, Nisa' Wilayah ada menganjurkan sambutan Maulidur Rasul di KLCC.tajuknya, "JEJAK RASUL : KURINDUI SUNNAHMU "
peceramah jemputannya ialah ustaz Azhar Yaakub.
apa yang menarik perhatian ana dalam ceramahnya, ustaz tu cakap, ramai ibu bapa yang datang berjumpa dengannya, mengadu anak mereka macam x taat pada mereka.jadinya mereka minta ustaz bacakan doa pada air untuk anaknya minum, untuk jadikan anak mereka anak yang soleh...
satu pendekatan yang terbaik yang ust tu cakap, untuk mengislahkan anak tersebut, kaedah yang cepat dan berkesan, iaitu, dengan membawa anak tu pergi ke kubur, tengah2 malam, macm dalam pukul 3, 4 pagi...ikat dia kat kubur...esok pagi ambil dia balik...sah2, insyaAllah, jadi anak yang mendengar kata. tak berani nak melawan dah...ayat-ayat tu adalah ana tokok tambah skit...
selain tu jugak, bagi seorang muslim, yang ingin memberi kesan kepada hatinya mengenai rasa kehambaan, kehinaan, rasa ingin bertaubat dengan perasaan yang sebenar-benarnya, eloklah mengambil langkah ni...yakni, g kubur tengah2 pagi, lihat, bahawa dulu, orang-orang di kubur ni, pada dahulunya, ramai kawan. tapi, apabila sudah meninggal dnia, siapa yang temankan mereka.begitulah jugak pada akan datangnya.
tapi, ana rasa, ana masih x mampu lagi nak buat macam ni.
buatlah semampu mu...
wallahua'alam.
4.20.2008
filem FITNA
filem FITNA yang menarik reaksi ramai umat islam di seluruh dunia yang amat tidak berpuas hati dengan Geert Wilders yang membikin filem ni. namun begitu, ada pelbagai reaksi yang dapat diperhatikan memandangkan hati sama lain, cara pemikiran sama lain. antara reaksi-reaksinya :
- Hakikatnya kita lupa, bahawa Belanda hari ini bukan Belanda yang itu. Belanda hari ini mempunyai sekurang-kurangnya sejuta penduduk Muslim. Siapakah Muslim itu? Saudara kita sendiri. Hatta jika tiada Muslim di Belanda sekali pun, di manakah rasionalnya untuk rakyat Belanda dihukum atas perbuatan sebiji pisang busuk dalam setandan pisang itu?
Malah ia seakan-akan sikap jahiliyyah Arab yang menyerang seluruh qabilah atas jenayah seorang ahli keluarga berkenaan!--- dipetik dari www.saifulislam.blogspot.com
---- daripada pemahaman saya, bila mana kita memboikot barangan Belanda, umpamanya kita sedang menganiayai saudara-saudara muslim kita sendiri walhal yang melakukannya hanyalah seorang yang tidak bertanggungjawab.dan sebenarnya dia telah berjaya memecah belahkan umat Islam.adakah kita ingin ini yang berlaku? ada hadis yang mafhumnya, apabila seseorang melakukan salah/penganiyaaan dengan tangannya, maka balasan yang dikenakan juga mesti kepada tangannya atau yang setimpal dengannya. maaf, kalau ana tersalah. kalau ada yang pakar2 hadith tu, bolehla bagi sanad dan matan hadith tu skali.syukran. maknanya kat sini, bilamana diterbitkan suatu filem, maka mestilah ada di kalangan kita sebagai umat Islam yang `arif dalam bab2 pembikinan filem ni ambil inisiatif untuk buat filem..membuktikan bahawa Islam itu jauh sekali daripada apa yang ditayangkan dalam filem Fitna tu. Wallahua'lam.sebarang komen atau teguran ana amat2 alu-alukan.
- manakala reaksi kedua pula, ana ada bertanya seorang kenalan ana, mengapa kita memboikot barangan Belanda?? kerana, apabila kita bertindak sedemikian, biar negara itu, atau kerajaan Belanda tu rasa bahawa jangan sewenang-wenangnya menghina Islam. Ajar rakyat mereka agar tahu menghormati agama lain. bila mana juga dilakukan sekatan ekonomi begini, mereka akan rasa terdesak lantas akan mengambil tindakan ke atas Geert Wilders.dan dengan begini, negara lain akan turut mengambil pengajaran daripada hal ni dan berfikir sebelum bertindak.ikut contoh negara Indonesia, mereka melarang, atau dengan kata yang lagi enak, mereka MENGHARAMKAN Geert Wilders menjejakkan kaki ke bumi Indonesia.
ana ada mendengar satu ceramah time demonstrasi, kata ustaz tu, Geert Wilders ada bercakap " seandainya Muhammad ( rasulullah s.a.w ) masih hidup dan tinggal di negara Bwlanda, aku akan halau dia! "
tidakkah kita merasa panas dan sakit hati apabila mendengar kata-kata ni???Wallahua'lam. tepuk dada tanya IMAN. ana ni hamba yang sedang belajar menambah ilmu.
sebenarnya, filem2 Malaysia sendiri banyak menghina Islam.cuma kita yang x prasan.