9.11.2008

kak... semoga ALLAH merahmatimu...



كل النفس ذاءقة الموت. ال-عمران: 185



esok tarikh yang perlu kuhantar 'خطة' yakni proposal..untuk buat kajian.. tajuk pilihan kami sekumpulan.. 'استعداد الموت لدى الشباب.' sedang ayik sibuk menaip..dalam terangkak-rangkak mencari huruf-huruf arab ni... sahabatku talifon... wah..sape yang nak talifon aku ni?? dapat gak dengar ringtone h/p ni..huhu...
dengar bunyi suaranya.. aku menjadi hairan... kutanya..kenapa gembira semacam ni??
jawab sahabat tu..tengah sedih la....ha??? sedih?? mungkin ada masalah yg ingini dia luahkan.. lantas aku bangkit dari kerusi pergi ke tempat yang xde orang sangat..

lantaran..kutanya sebabnya... jawabnya... yg aku x leh percaya dan agak sukar untukku terima... " k.hajar dah pergi". pergi?? sememangnya perkara ni memang bukan main2.. aku tahu... ini pasti cerita benar.. tapi, mana mungkin..terasa sedetik lepas baru kubersamanya... Allah... baru aku teringat..k.hajar sakit. tapi... begitu sekali terukkah sampai menyebabkan dia meninggalkan kami??

tanpa dipaksa-paksa... hatiku menangis seiring dengan air mata.. dialah naqibah ku di uia ni...memperkenalkan aku dengan perjuangan sebenar di bumi cfs iium ni..
di saat aku ditaklif dengan 1 amanah yang berat..kak hajar la yang memelukku memberi kata-kata semangat..memberi peransang.. aku mampu membawanya...teresak-esak aku tika itu..merasa begitu diberi sepenuh kepercayaan dalam hal ni..

dalam pada tu jugak.. di saat aku mengadu pada k.hajar bahawa aku merasakan sudah tidak larat untuk meneruskan perjalanan ini yang aku campur-adukkan dengan pelbagai benda...dengan pelajaran yang agak terabai... lantas k.hajar menelefonku menasihatiku..memberi aku sekali lagi kata2 semangat.

Allah..begitu sayangnya Kau pada kakak ku ni... sedih tetap sedih...namun taqdir telah menetapkan. seiring dengan apa yang aku belajar dlm kelas `aqidah tadi, percaya pd qadha' dan qadar.dan perlu disertakan dengan rasa redha.

bertepatan pula dengan tajuk proposal ku.. "persediaan menghadapi mati di kalangan remaja"..memang, kadang-kala aku tak merasakan pun bahawa mati itu sering memanggil2 diri ini... namun, peristiwa ni memberiku seribu 1 makna..pengajaran.. ya..kita PASTI akan mati.. kita yakin kita akan mati... tapi, adakah benar2 kita merasakannya??? adakah benar2 hidup kita diisi untuk menghadapinya???
wallahua'lam.

9.07.2008

~DOA-DOA di bulan RAMADHAN~

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:"Sampaikanlah PesanKu Biarpun Satu Ayat..."

Hari Pertama
"Ya Allah, jadikanlah puasaku, puasa orang benar-benar berpuasa. Dan ibadah malamku, ibadah orang benar-benar mengerjakan ibadah. Dan jagalah aku dari tidurnya orang yang lalai. Hapuskanlah dosaku wahai Tuhan sekalian alam. Dan Ampunilah aku wahai Tuhan maha pengampun daripada segala dosa."

Hari Kedua
"Ya Allah, dekatkan aku kepada keredaan Mu dan jauhkan aku daripada kemurkaan serta balasan Mu. Berilah aku kemampuan membaca ayat-ayat Mu dengan rahmat Mu, wahai Tuhan Maha Pengasih"

Hari Ketiga
"Ya Allah limpahkan aku dengan kecerdikan fikiran dan kewaspadaan serta jauhkan aku daripada kebodohan dan kesesatan. Sediakan bahagian ku daripada kebaikan yang kau turunkan., demi kemurahan Mu, wahai Tuhan Maha Pemurah daripada segala dermawan.

"Hari Keempat
"Ya Allah berilah kekuatan kepada ku untuk melaksanakan perintah Mu dan berilah aku kemanisan berzikir. Berilah aku kekuatan melahirkan kesyukuran dengan kemuliaan Mu. Dan jagalah aku dengan jagaan dan perlindungan Mu, wahai Tuhan Maha Melihat."

Hari Kelima
"Ya Allah, tempatkan aku di kalangan orang yang sentiasa memohon keampunan. Jadikanlah aku hamba Mu yang saleh serta jadikanlah aku di kalangan auliya (orang yang mendapat keutamaan Mu) yang hampir di sisiMu dengan kelembutan Mu, wahai Tuhan yang Maha pengasih daripada segala pengasih"

Hari Keenam
"Ya Allah, janganlah aku dihina kerana perbuatan maksiat ku kepada Mu dan janganlah menyeksa ku dengan balasan Mu. Jauhkan aku daripada sesuatu yang boleh mendatangkan kemurkaan Mu, dengan anugerah dan bantuan Mu, wahai kemuncak keinginan orang yang berkeinginan."

Hari Ketujuh
"Ya Allah bantulah aku untuk mengerjakan puasa dan ibadah malamnya. Jauhkanlah aku daripada dosa-dosanya. Dan berilah aku zikir untuk mengingati Mu secara berterusan, dengan taufik (petunjuk) Mu wahai pemberi petunjuk kepada orang yang sesat."

Hari Kelapan
"Ya Allah, berilah aku rezeki berupa kasih sayang kepada anak-anak yatim, pemberi makanan, penyebar salam dan bergaul dengan mulia, dengan kemuliaan Mu tempat berlindung orang yang berharap."

Hari Kesembilan
"Ya Allah, sediakan bagi ku sebahagian daripada keluasan rahmat Mu. Berilah aku petunjuk dengan ajaran-ajaran Mu. Bimbinglah aku menuju keredaan Mu yang penuh dengan kecintaan Mu, wahai harapan orang yang merindu."

Hari Kesepuluh
"Ya Allah, jadikan aku di antara orang bertawakal kepada Mu dan jadikan aku di kalangan orang yang menang di sisi Mu. Ya Allah, jadikan aku di kalangan orang yang dekat di sisi Mu. Dengan ihsan Mu wahai tempat tuju orang yang memohon."

Hari Kesebelas
"Ya Allah, tanamkan dalam diri ku kecintaan melakukan kebaikan dan kebencian melakukan perbuatan maksiat serta fasik. Ya Allah jauhkan ku daripada kemurkaan Mu dan seksaan api neraka, dengan pertolongan Mu wahai Tuhan yang menolong orang memerlukan pertolongan."

Hari Kedua Belas
"Ya Allah, hiasilah diri ku dengan penutup dan kesucian. Tutuplah diri ku dengan pakaian kesederhanaan dan kerelaan. Tempatkan aku di jalan keadilan dan keikhlasan. Amankan diri ku daripada setiap perkara yang aku takut, dengan penjagaan Mu, wahai penjaga orang yang takut."

Hari Ketiga Belas
"Ya Allah, bersihkan diri ku daripada kekotoran dan kehinaan. Berilah kesabaran kepada ku untuk menerima segala ketentuan. Berilah kemampuan kepada ku untuk bertakwa dan bergaul dengan orang baik, dengan bantuan Mu wahai pengharap orang yang miskin."

Hari Keempat Belas
"Ya Allah, jangan aku dihukum disebabkan kekeliruan yang ku lakukan. Ampunkan aku daripada kesalahan dan kebodohan. Janganlah kau jadikan diri ku sasaran bala dan malapetaka, dengan kemuliaan Mu wahai kemuliaan kaum Muslimin."

Hari Kelima Belas
"Ya Allah limpahkan rezeki kepada ku berupa ketaatan orang yang khusyuk. Lapangkan dada ku dengan taubat orang yang menyesal, dengan keamanan Mu wahai keamanan orang yang takut."

Hari Keenam Belas
"Ya Allah, berilah kemampuan kepada ku untuk menjalani kehidupan seperti mana kehidupan orang baik. Jauhkan bagi ku kehidupan orang yang melakukan kejahatan. Lindungilah aku dengan rahmat Mu hingga ke alam akhirat, demi ketuhanan Mu wahai Tuhan sekalian alam."

Hari Ketujuh Belas
"Ya Allah, tunjukkan bagi ku amal kebajikan dan penuhilah hajat serta cita-cita ku, wahai Tuhan yang Maha Mengetahui segala keperluan tanpa ungkapan permohonan. Wahai yang Maha Mengetahui segala yang ada dalam hati sekalian makhluk. Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad dan keluarga baginda yang suci."

Hari Kelapan Belas
"Ya Allah, sedarkan aku untuk mencari keberkatan. Terangkan hati ku secerah cahaya dan bimbinglah aku serta anggota ku untuk mengikuti segala ajaran Mu, dengan cahaya Mu wahai penerang hati orang yang bijak."

Hari Kesembilan Belas
"Ya Allah, penuhkan bahagian ku dengan keberkatan dan mudahkan bagi ku menuju ke arah kebaikan. Jangan kau jauhkan aku daripada ketenteraman kebaikan, wahai pemberi petunjuk kepada kebenaran."

Hari Kedua Puluh
"Ya Allah, bukakan bagi ku pintu-pintu syurga dan tutupkan bagiku pintu-pintu neraka. Berilah kemampuan kepada ku untuk membaca ayat-ayat suci al-Quran, wahai pemberi ketenangan dalam hati orang beriman."

Hari Kedua Puluh Satu
"Ya Allah, berilah aku petunjuk untuk mendapat keredaan Mu. Janganlah engkau biarkan syaitan menguasai diri ku. Jadikan syurga tempat tinggal dan berehat bagi ku, wahai pelaksana keperluan orang meminta."

Hari Kedua Puluh Dua
"Ya Allah, bukakan bagi ku pintu kelebihan dan turunkan bagi ku keberkatan mu. Berilah kepada ku untuk melakukan sesuatu yang mendatangkan keredaan Mu dan tempatkan aku dalam syurga Mu yang luas, wahai penjawab doa orang dalam kesempitan."

Hari Kedua Puluh Tiga
"Ya Allah bersihkan aku daripada segala dosa dan jauhkan diri ku daripada keaiban serta tanamkan ketakwaan dalam hati ku, wahai pengampun kesalahan orang yang berdosa."

Hari Kedua Puluh Empat
"Ya Allah, aku bermohon kepada Mu perkara yang mendatangkan keredaan Mu. Aku berlindung dengan Mu daripada perkara yang mendatangkan kemarahan Mu dan aku bermohon kepada Mu kemampuan untuk mentaati Mu serta menghindari kemaksiatan terhadap Mu, wahai pemberi kepada yang meminta."

Hari Kedua Puluh Lima"
Ya Allah, jadikan aku orang yang menyintai auliya Mu dan memusuhi musuh Mu. Jadikan aku pengikut sunnah nabi Mu, wahai penjaga hati para Nabi."

Hari Kedua Puluh Enam:
"Ya Allah, jadikan usaha ku sebagai usaha yang sentiasa disyukuri, dosa-dosa ku sebagai dosa yang diampuni, kebaikan ku sebagai kebaikan yang diterima dan keaiban ku sebagai keaiban yang ditutupi, wahai Tuhan Maha Mendengar daripada semua pendengar."

Hari Kedua Puluh Tujuh
"Ya Allah, berilah rezeki berbentuk ganjaran Lailatul Qadar kepada ku, ubahkan perkara sulit menjadi mudah, makbulkan permintaan maaf ku dan hapuskan dosa serta kesalahan ku, wahai Tuhan Maha Penyayang kepada hamba soleh."

Hari Kedua Puluh Lapan
"Ya Allah, penuhkan hidup ku dengan amalan sunnah dan muliakan aku dengan diterimanya semua permintaan, wahai Tuhan yang tidak disibukkan oleh permintaan orang meminta."

Hari Kedua Puluh Sembilan
"Ya Allah, hiasilah aku dengan rahmat Mu dan berikanlah aku petunjuk serta penjagaan Mu. Bersihkan hati ku dengan fitnah, wahai pengasih kepada hamba yang beriman. "

8.25.2008

solat Jumaat




bismillahirrahmanirrahim..


Assalamu'alaikum w.b.t




sejuk hati memandang pabila melihatkan umat Islam yani kaum adam berpusu-pusu ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat...alangkah imarahnya masjid..alangkah indahnya suasana ini apabila hari tersebut dihidupkan dengan amal ibadah, seolah-olah syiarIslam itu begitu terpancar sinarnya..Subhanallah.




tapi, aku pelik...aku hairan, masih ada lagi umat Islam yang tidak mengambil pandang akan kepentingan solat ini.. yang mana antara syarat-syaratnya ialah mesti dilakukan di masjid, berjemaah, di waktu zohor dan yang pastinya hanya pada hari Jumaat.. aku memerhatikan suasana pada ketika itu..bukan bermaksud ingin cuci mata..tetapi ingin menghayati hikmah disbalik pensyariatan solat Jumaat..dalam ketika itu..aku melihatkan ada beberapa lelaki yang baru sampai ke masjid di kala saat imam sudah hampir memberi salam..ada yang apabila tak sempat, dengan agak selambanya, dan mungkin terselit sedikit rasa hampa..Wallahua'alam, menjejakkan kaki pulang... namun, ada juga yang terkocoh-kocoh berlari-lari anak ingin mengejar imam.. ntah sempat atau tidak..doaku semoga mereka sempat berimam..


dalam pada tu jugak, aku melihat seorang pak guard menaiki motorsikalnya..ntah baru pulang dari mana..tapi, orang masjid tak habis solat lagi..ya, hal ini acap kali aku lihat apabila berada di luar, ramai polis seenak-enaknya menjamu selera di kala orang ramai berpusu-pusu menuju masjid. ada pulak polis yang 'baik hati' menjaga lalu lintas..huh...ntahla...




aku merasa malu dengan kaum adam yang begini...di kala orang umat Islam menunaikan solat Jumaat, mereka terang benderang menunjukkan yang mereka tidak solat Jumaat..apa tidak ada sekelumit rasa MALUkah di hati?? mereka bukan lelaki kah?? cacat 3 anggota deria ke??


mungkin ini kerana hati itu sudah mati..wallahua'lam.


ada lagi yang kuperhatikan.. sehabis sahaja imam habis memberi salam.. kaum adam ini kebanyakannya meninggalkan imam berzikir dan berdoa keseorangan bersama makmum-makmumnya yang cintakan zikir dan doa bersama-sama imam.. kenapa ye begitu?? aku ingin mencari jawapannya.. apakah mereka begitu kesuntukan masa?? apakah mereka punyai hal yang lebih penting berbanding mengaminkan doa yang dibaca oleh imam?? aku cuba untuk husnuzzon..tapi, bagiku, berdoa sebentar, mengaminkan doa imam, bukanlah mengambil masa yang panjang..malah bagi diriku, aku suka angat nak mengaminkan doa imam. itu saat-saat yang ditunggu... asyik baca doa sendiri jerr selalunya... doa orang lain pastinya mendoakan perkara yang lain juga..




wallahua'alam... itu hanya luahan hati yang kurang berpuas hati dengan keadaan yang berlaku di depan mata..




8.18.2008

pondok al-Jenderami



















bismillahirrahmanirrahim..

pertama kali kumenjejakkan kaki ke tempat ini...hati ku lapang..sejuk melihatnya...Subanalah...tidak kusangka akan kewujudan tempat ini di bumi Sepang ini..

kanak-kanak dan para syabab yang berjubah putih, berserta serban putih...
si anak-anak gadis yang solehah, bertudung labuh putih dipadankan dengan jubah putih..
pokoknya...pakaian seragam di sini ialah bertemakan putih yang melambangkan kemurnian, kebersihan penghuninya..

boleh dikatakan ini adalah pondok moden,dalam masa yang sama masih mengekalkan konsep pempelajaran, iaitu belajar menggunakan kitab kuning... menurut makluman kenalan baruku di sana,Nani, orang luar juga ramai yang datang belajar. tidak terhad hanya pada pelajar pondok sahaja.

aku memang teringin nak belajar pondok selama ni.. insyaAllah, ada rezeki, aku ingin lagi menjejakkan kaki ke sana lagi..mungkin sebagai pelajar..atau mungkin sebagai petugs..Wallahua'alam.

8.08.2008

KUASA..

"kanda..kanda..., dinda tanya 1 soalan pasal undang-undang negara boleh tak??"
"ehh..boleh..kanda kan penggubal undang2..tanyala"
"erm..apa hukumnye seorang lelaki datang ke rumah seorang wanita yang suaminya tiada di rumah??"
" ehh...tu kesalahan besar tu.."
"jadi..kanda ni pun dikira bersalah la ni.."
" hehe..agak la...tapi..xperr..kan kanda yang buat undang2 tu..."

lebih kurang begitu la dialog antara menantu sultan(perempuan) dengan seorang seorang pembesar negara. dipetik daripada cerita Musang Berjanggut.

daripada kisah ni..P.Ramlee sudah tonjolkan awal2 lagi...bahawa pemerintah tu...dia boleh buat sesuka hatinya hatta dari segi undang2 dan hukuman...kerana dia punyai KUASA..

kini..kita tengokla permainan politik negara kita. xlepas macam cerita dalam tv. pelbagai pemainan yang sedang bergolek-golek di tikar Malaysia ni...

ntahla..itu sebabnya Islam perlukan KUASA..agar tertegaknya ia semula..terutamanya di tanah bumi Malaysia ni.

ayuh sahabat...bersama2 kita perkasakan diri dengan ilmu politik Islam..

wallahua'alam.

8.05.2008

sejarah Muhammad al-Fateh

HADIS RASULLAH SAW TENTANG PEMBEBASAN CONSTANTINOPLE
Sabda Rasulullah s.a.w. ketika menggali Parit Khandaq; “..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……”
(Hadis riwayat Imam Ahmad)
Di bawah ini adalah satu artikel yang dikirimkan kepada saya oleh seorang rakan. Disiarkan semula di sini untuk tatapan pembaca. Ditambah beberapa keping gambar yang diambil dari Turki untuk dikongsikan.


_________________________________________________________
Umat Islam berlumba-lumba membebaskan Constantinople untuk mendapatkan penghormatan yang dijanjikan oleh Allah swt di dalam Hadis tersebut. Walau bagaimanapun, kesemua kempen yang dilancarkan menemui kegagalan. Di antaranya, 5 kempen di zaman Kerajaan Umayyah, 1 kempen di zaman Kerajaan Abbasiyah dan 2 kempen di zaman Kerajaan Usmaniyah.
Di dalam salah sebuah kempen semasa zaman Kerajaan Umayyah, seorang sahabat besar Nabi saw iaitu Abu Ayyub Al Ansary ra telah syahid dan dimakamkan di bawah dinding kubu Kota Constantinople di atas wasiatnya sendiri. Apabila ditanya kenapa beliau ingin dimakamkan di situ maka beliau menjawab, “Kerana aku ingin mendengar derapan tapak kaki kuda sebaik-baik raja yang akan mengetuai sebaik-baik tentera semasa mereka membebaskan Constantinople”. Begitulah teguhnya iman seorang sahabat besar Nabi saw.
Hadis Nabi saw ini direalisasikan hampir 800 tahun kemudiannya oleh Sultan Muhammad Al Fatih, khalifah ke-7 Kerajaan Usmaniyyah dan 150,000 orang tenteranya.
Siapakah Sultan Muhammad Al Fatih? Apakah kehebatan Baginda dan tentera-tenteranya sehingga disebut “sebaik-baik raja” dan “sebaik-baik tentera” di dalam hadis tersebut.





PENGENALAN
Baginda dilahirkan pada 29 Mac 1432 Masihi di Adrianapolis (sempadan Turki - Bulgaria). Walau bagaimanapun, sejarah hidup Baginda sebenarnya telah bermula hampir 800 tahun sebelum kelahirannya kerana telah disebut sebagai “sebaik-baik raja” di dalam Hadis tadi. Baginda juga dikenali dengan gelaran Muhammad Al Fatih kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.
Baginda menaiki takhta ketika berusia 19 tahun dan memerintah selama 30 tahun (1451 - 1481). Baginda merupakan seorang negarawan ulung dan panglima tentera agung yang memimpin sendiri 25 kempen peperangan. Baginda mangkat pada 3 Mei 1481 kerana sakit gout. Ada ahli sejarah berpendapat Baginda mangkat diracun.




PENDIDIKAN
Baginda menerima pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu. Di dalam bidang keagamaan, gurunya adalah Syeikh Shamsuddin Al Wali dikatakan dari keturunan Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq ra. Di dalam ilmu peperangan pula, Baginda diajar tentang tektik peperangan, memanah dan menunggang kuda oleh panglima-panglima tentera.

Di dalam bidang akademik pula, Baginda adalah seorang cendekiawan ulung di zamannya yang fasih bertutur dalam 7 bahasa iaitu Bahasa Arab, Latin, Greek, Serbia, Turki, Parsi dan Hebrew. Di dalam bidang Ilmu Pemerintahan pula, ayahanda Baginda , Sultan Murad II, dengan tujuan mendidik, semasa pergi bersuluk ke Pulau Magnesia, telah melantik Baginda yang baru berusia 12 tahun memangku jawatan Khalifah. Dalam usia semuda ini Baginda telah matang menangani tipu helah musuh.




KEPERIBADIAN
Baginda sentiasa bersifat tawadhu’ dan rendah diri . Semasa membina Benteng Rumeli Hissari, Baginda membuka baju dan serbannya, mengangkat batu dan pasir hingga ulamak-ulamak dan menteri-menteri terpaksa ikut sama bekerja
Baginda seorang yang sentiasa tenang, pendiam, berani, sabar, tegas dan kuat menyimpan rahsia pemerintahan. Baginda sangat cintakan ulamak dan selalu berbincang dengan mereka tentang permasalahan negara.
PERSIAPAN AWAL MEMBEBASKAN CONSTANTINOPLE
Selama 2 tahun selepas menaiki takhta, Baginda mengkaji pelan Kota Costantinople setiap malam bagi mengenal pasti titik kelemahannya. Baginda juga mengkaji sebab-sebab kegagalan kempen-kempen terdahulu serta berbincang dengan panglima-panglima perangnya tentang tentang strategi yang sesuai untuk digunakan.
Baginda mengarahkan dibina peralatan perang termoden seperti meriam besar yang boleh menembak bom 300 kg sejauh 1 batu. Benteng Rumeli Hissari dibina di tebing sebelah Eropah, lebih kurang 5 batu dari Kota Constantinople di mana Selat Bosphorus adalah yang paling sempit. Ia dibina bertentangan dengan Benteng Anadolu Hisar di tebing sebelah Asia yang telah dibina oleh Sultan Bayazid Yildirim dahulu. Benteng ini mengawal rapi kapal-kapal yang melintasi Selat Bosphorus. Perjanjian damai dibuat dengan pihak Wallachia, Serbia dan Hungary untuk memencilkan Constantinople apabila diserang nanti.
Baginda membawa bersama para ulamak dan pakar motivasi ke medan perang bagi membakar semangat jihad tenteranya. Sebaik sahaja menghampiri dinding kubu Kota Constantinople, Baginda mengarahkan dilaungkan Azan dan solat berjemaah. Tentera Byzantine gentar melihat 150,000 tentera Islam bersolat di belakang pemimpin mereka dengan laungan suara takbir memecah kesunyian alam.




MELANCARKAN SERANGAN KE ATAS CONSTANTINOPLE


Setelah segala persiapan lengkap diatur, Baginda menghantar utusan kepada Raja Bizantin meminta beliau menyerah. Keengganan beliau mengakibatkan kota tersebut dikepung. Pada 19 April 1453, serangan dimulakan. Kota tersebut hujani peluru meriam selama 48 hari. Setengah dinding luarnya rosak tetapi dinding tengahnya masih teguh.
Menara Bergerak
Seterusnya Baginda mengarahkan penggunaan menara bergerak yang lebih tinggi dari dinding kubu Byzantine dan memuatkan ratusan tentera. Tentera Byzantin berjaya memusnahkan menara tersebut setelah ianya menembusi dinding tengah kubu mereka.
Bantuan Dari Pope Vatican

Pope di Rome menghantar bantuan 5 buah armada yang dipenuhi dengan senjata dan tentera. Perairan Teluk Golden Horn direntang dengan rantai besi untuk menghalang kemaraan armada Usmaniyah. Ini menaikkan semula semangat tentera Bizantin.



Melancarkan Kapal Perang Dari Puncak Gunung
Kegembiraan mereka tidak lama. Keesokan paginya, mereka dikejutkan dengan kehadiran 72 buah kapal perang Usmaniyah di perairan Teluk Golden Horn. Ini adalah hasil kebijaksanaan Baginda mengangkut kapal-kapal ke atas gunung dan kemudian diluncurkan semula ke perairan Teluk Golden Horn. Tektik ini diakui sebagai antara tektik peperangan (warfare strategy) yang terbaik di dunia oleh para sejarawan Barat sendiri. Kapal-kapal itu kemudiannya membedil dinding pertahanan belakang kota.

Kapal-kapal perang tentera Byzantin habis terbakar kerana bedilan meriam Usmaniyah. Pertahanan Byzantin menjadi semakin lemah. Baginda mengambil kesempatan pada malamnya dengan memberikan semangat kepada tenteranya serta mengingatkan mereka kepada Hadis Rasulullah saw dan bersama-sama berdoa kepada Allah swt.
Memanjat dan Melastik Dinding Kota
Keesokan paginya tentera Usmaniyah cuba memanjat dinding dalam kubu dengan tangga dan cuba merobohkannya dengan lastik besar. Tentangan sengit pihak Byzantin menyebabkan ramai yang syahid. Baginda memerintahkan tenteranya berundur dan bedilan meriam diteruskan sehingga tengahari.
Karisma Seorang Pemimpin

Pengepungan selama 53 hari tanpa sebarang tanda-tanda kejayaan telah menimbulkan rasa bosan dan menghilangkan keyakinan tentera Baginda. Pada saat yang genting ini Baginda berucap menaikkan semangat tenteranya, “Wahai tenteraku, aku bersedia untuk mati di jalan Allah. Sesiapa yang mahu syahid ikutlah aku!”.
Mendengarkan itu, Hasan Ulubate, salah seorang tentera Baginda mengetuai sekumpulan kecil 30 tentera membuka dan melompat masuk ke dalam kubu musuh lantas memacak bendera Islam di situ. Mereka kesemuanya gugur syahid setelah dihujani anak panah musuh. Kemudian tentera-tentera Islam menyerbu bertali arus menembusi barisan pertahanan Byzantin sambil melaungkan kalimah Allahu Akbar.
Penawanan Constantinople
Pada 29 Mei 1453, Kota Constantinople jatuh ke tangan Islam. Baginda menukar namanya kepada Islambol (Islam keseluruhan) . Gereja Besar St Sophies ditukar kepada Masjid Aya Sofiya. Baginda dengan tawadhuknya melumurkan tanah ke dahinya lalu melakukan sujud syukur. Semenjak peristiwa inilah Baginda diberi gelaran “Al Fatih” iaitu yang menang kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.






SEBAIK-BAIK RAJA DAN SEBAIK-BAIK TENTERA
Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam. Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya bangun lantas bertanya, “Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk!”. Tiada seorang pun yang duduk, kerana tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.
Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!”. Sebahagian daripada tenteranya duduk.
Kemudian Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!”. Kali ini semuanya duduk, kecuali Sultan Muhammad Al-Fatih sendiri. Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajjud sejak baligh . Inilah dia anak didikan Syeikh Shamsuddin Al Wali. Bagindalah sebaik-baik raja yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah saw di dalam Hadisnya itu.


from :

http://satuperkongsian.wordpress.com/2007/06/26/sultan-muhammad-al-fateh-dan-pembukaan-costantinople/

7.31.2008

exam...




"otak kak cik dah tepu la...malas nak belajar dah" itu kata2 yang terkeluar daripada mulut seorang anak yang bakal menduduki exam petang esok.

"kak cik...jangan keluarkan ayat macam tu...boleh jadi apa kalau kata-kata tu yang keluar??"

"doa banyak-banyak kat Allah..hanya Allah je yang boleh bantu buat masa sekarang... ingat Allah".. lantas hati yang kini tertekan, terasa lepas daripada bebanan lantaran setitik demi setitik air mata mengalir. " betapa selama ini aku terlupa bahawa Allah itu sentiasa bersama-sama hamba-hambaNya yang perlukannya.aku begitu alpa dalam mengingatiMu ya Allah...

"pergi relax jap... jangan asyik terlalu baca buku.."

si anak jawab.. " relax je yang banyak... belajar x banyak pun... tension la umi.."

tatkala itu, jarum jam sedang menuju ke jam 1..

"kak cik pergi tidur dulu, bangun awal esok pagi, tahajjud, doa pada Allah.. lepas tu baca buku awal2 pagi... k, pergi tidur dulu.."

subhanallah...Alhamdulillah...aku yakin padaMu Allah... syukran jazilan kepada umi yang tersayang...dikau amat memahami... siapa lagi yang akan meniupkan semangat tatkala semangat si anak sedang merudum jatuh..kalau bukan si ibu yang mengandungkan 9 bulan..yang melahirkan.. 

terfikir di hati dan benak fikiran... " anak apakah aku ni...pasti terluka hati umi abah seandainya tahu aku begini..malas nak belajar, kurang berusaha... untuk apa kau berada di sini kalau bukan untuk belajar?? balaslah jasa ibu bapa mu... hargai mereka sementara mereka masih ada... Allah...ampuni dosa-dosa mereka dan kasihani mereka sebagaimana mereka mengasihaniku sejak dari kecil." amin ya rabbal 'alamin...

wassalam

abah?? atau abang??

bismillahirrahmanirrahim...

seperti biasa..kelas tafsir... kami x kan kering gusi..ustaz selalu buat lawak...dalam masa yang sama, terselit banyak nasihat seiring dengan kami sebagai remaja dan pelajar pengajian Islam.

ustaz menimbulkan satu isu.."mak kamu panggil ayah kamu apa kat rumah??"

aku adalah orang pertama yg disoal..hmm...segan nak jawab..tapi, tak perla..jawab je..."hm..abang"

respon ustaz .." bagus2"

tanya kawan sebelah pulak.. dia x ingat maknye panggil apa ayahnya..klaka betul..

dan survey yg dibuat...semua mak kawan2 ku panggil ayah mereka dengan "ayah" , "abang", "awak"....

terfikir.apa rasionalnya ustaz tanya...

kemudian ustaz cakap...kat brothers yg hanya seramai 4 orang(ramai ponteng sebab exam petang tu..ni gabung 2 kelas ni)

(lebih kurang beginila mafhumnya daripada apa yang ustaz cakap)  kamu nanti, bila dah kahwin, jangan biar isteri panggil macam tu...bagi panggilan yang hormati kamu... kalau panggil ayah, tu, untuk ayah si isteri..

dan ayat terakhir yang amat menggerunkan ku... " derhaka dalam ketaatan"

na'uzubillahi min zalik...

wallahua'lam

7.30.2008

scholarship

bismillahirrahmanirrahim..

setelah hampir sebulan kami student cfs iium mengamalkan kais pagi, makan pagi, kais petang makan petang, Alhmadulillah, biasiswa akhirnya menjenguk juga ke dalam akaun Bank Muamalat kami...

lantaran itu, ramailah yang telah merancang-rancang..."bila biasiswa dah masuk ni, aku nak beli baju, beli stok makanan, nak beli kasut baru, nak tukar h/p.. n so on..."

suka kutujukan soalan ini pada kawan2... " awak nak beli apa nanti dengan duit biasiswa tu??"
ada sesetengahnya akan memberi jawapan seperti di atas... tapi, ada beberapa orang yang memberi jawapan yang telah menyedarkan ku tentang kegunaan sebenar duit biasiswa ni...

antara jawapannya :
- " nak bayar hutang orang"
- " nak bayar yuran"
- " nak beli kamus " -- jawapan ni yang amat ku kagumi...

Alhamdulillah, hari ni, sebahagian duit biasiswa ku telah selamat dilaburkan untuk tujuan yang amat memberi manfaat...meskipun agak berat pada awalnya..namun, demi kemudahan pembelajaran, dan untuk mengecap kejayaan, ujar abah, xperla...lagipun memang dah ada duit...huhu~ duit aku.... umi pulak, menimbang tara...apakah perlu??kan dah ada banyak kamus.. namun kupujuk jua umi, umi pun, bab2 belajar ni, on jerr...ok..dengan restu umi abah, dan demi sumbangan pada jalan Allah, insyaAllah....Alhamdulillah...telah selamat ku membeli mu'jam 'arabiyah...Nazri Johani duta nyerr.. at least, ada 1 kepuasan dalam diri ini, telah membeli sesuatu yang bermanfaat dan berharga...

bagaimana dengan sahabat2 pelayar blog sekalian???
rancang nak beli apa??
buka minda dan mata kalian...duit tu jangan dibazirkan camtu jerr.... berjasa la untuk diri sendiri sekurang2nya lebih2 lagi dalam tujuan pembelajaran ni...

wallahua'lam...sebarang kesilapan harap dimaafkan.

** nak ceritanya kat sini... hari 1st duit biasiswa masuk..dan2 tu jugak aku kena compound....huh...nasib badan**

7.24.2008

solat DHUHA

"Dari Muaz bin Anas al Juhani ra berkata bahawa Rasulullah saw telah bersabda; ‘Barangsiapa yang tetap duduk di tempat solatnya sesudah solat Suboh sedangkan dia tidak berkata apa-apa kecuali kebaikan, kemudian dia mengerjakan 2 rakaat solat Dhuha, maka dosanya diampunkan walaupun lebih banyak dari buih dilautan.’

(hari Abu Daud, bab solat Dhuha, hn 1287)



Dari Hasan bin Ali ra berkata, ‘Aku mendengar Rasulullah saw bersabda; ‘Barangsiapa telah selesai mengerjakan solat Suboh lalu dia berzikir kepada Allah ‘azzawajalla hingga matahari terbit, kemudian dia mengerjakan 2 rakaat atau 4 rakaat (solat Dhuha), nescaya api neraka tidak akan menyentuh kulitnya.’ (hari Baihaqi dalam Syu’bul Iman, iii/420)



Dari Anas bin Malik ra berkata, Rasulullah saw bersabda;‘Barangsiapa selesai mengerjakan solat Suboh berjemaah, lalu dia duduk sambil berzikir kepada Allah hingga terbit matahari kemudian dia mengerjakan solat 2 rakaat (solat Dhuha), maka dia memperolehi pahala seperti haji & umrah.’Anas ra melanjutkan bahawa Rasulullah saw bersabda;‘(Haji & umrah) Yang sempurna, Yang sempurna, Yang sempurna.’ (hari Tirmizi, katanya hadis ini hasan gharib, hn 586)



Dari Abu Darda ra, sesungguhnya Rasulullah saw bersabda;‘Sesungghhnya Allah ‘azzawajalla berfirman, “Wahai anak Adam! Janganlah kamu malas mengerjakan 4 rakaat solat pada permulaan hari (solat Dhuha), nescaya Aku akan mencukupkan (semua keperluan) mu hingga akhir hari itu.” ’(hari riwayat Ahmad & perawinya adalah tsiqat, Majmauz Zawaid, ii/492)



Dari Abu Hurairah ra berkata, ‘Rasulullah saw mengirim satu jemaah & dalam tempoh yang singkat mereka kembali dengan membawa ghanimah (harta rampasan perang) yang banyak. Seorang lelaki berkata; ‘Wahai Rasulullah, kami belum pernah melihat satu jemaah pun yang kembali begitu cepat sambil membawa ghanimah yang begitu banyak selain dari jemaah ini.’ Rasulullah saw bersabda; ‘Mahukah aku beritahu kepada kamu tentang seorang yang memperolehi ghanimah dengan waktu yang lebih singkat? Iaitu seorang yang berwuduk dengan sempurna di rumahnya lalu pergi ke masjid untuk mengerjakan solat Suboh, kemudian (setelah terbit matahari) dia mengerjakan solat Dhuha. Sesungguhnya dialah orang yang lebih banyak memperolehi ghanimah dalam waktu yang lebih singkat.’ (hari riwayat Abu Ya’lah & perawinya adalah sohih, Majmul Zawaid, ii/491)







sungguh, kurasai pengaruh solat Dhuha dalam hidupku..andainya, hari ini kutunaikannya, aku pasti akan merasakan kelapangan, rezeki ku luas...



tapi, pabila ku tidak dirikannya, pelbagai kesempitan kurasa...masa yang begitu panjang, kurasakan teramat singkat, wang yang jumlahnya kukira boleh kubelanjakan untuk 2,3 hari, habis dalam masa beberapa minit...sungguh pembazir diri ini..

sama2 kita tunaikannya...x boleh setiap hari, seminggu sekali, xleh smggu skali, sebulan sekali..
bukannya susah sgt nak buat.. 2 rakaat jerr..
sombongnya manusia bila fikir bahawa dirinya tidak perlu meminta-minta pd Allah.

teringat pada surah ar-Rahman...
" maka nikmat Tuhan kamu yg manakah kamu dustakan??"

jangankan nak balas segala kurniaan Allah(dengan beribadah w/pun mustahil untuk membayarnya), bersyukur pun tidak..

Astaghfirullah...kami hamba2 Mu yang amat2 hina, snts alpa...bimbinglah kami ya Allah..menuju redhaMu..amin.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...