3.30.2012

Jarak & Rindu

Bismillah...ada orang post ni kat fb...saja nak share kat sini...

♥ Jika RINDUKAN SESEORANG , PEJAMKANLAH MATA dan UCAPKANLAH :

" Ya Allah Aku rindukannya keranaMu Ya Allah , Jauhkanlah daku dari perkara yang membuatkan aku lupa kepadaMu . Aku semakin mengerti, ‘JARAK’ ini bukan untuk menghukumku..tetapi ‘JARAK’ ini untuk MENJAGA aku dan dia..

✿~ Dengan ‘JARAK’ ini aku dan dia berjanji untuk BERUBAH menjadi yang lebih baik..
✿~ Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MEMPERBAIKI cinta kepada Ilahi..
✿~ Dengan jarak ini aku dan dia berjanji untuk MENCINTAI Pencipta kami lebih dari segalanya..
✿~ Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MENDALAMI Islam hingga ke akar umbi..
✿~ Dan Dengan JARAK ini jua aku dan dia yakin andai tiba saatnya nanti, aku dan dia akan LEBIH BERSEDIA untuk melayari semua ini dengan jalan yang diredhai..

p/s : Terima kasih ya Allah kerana memberi PELUANG kepadaku melalui jalanMu ini..terima kasih kerana memberikan JARAK itu kepada aku dan dia..♥♥"


~RINDU LA DENGAN RASULULLAH S.A.W...RINDU SANGAT...~ 



3.29.2012

nikmat ILMU


Alhamdulillah,  SYUKUR kepada Allah atas nikmat manisnya ilmu…sambil2 makan nasi, aku ambil kesempatan membelek kitab al-wajiz fi usulil fiqh karangan dr. abd Karim Zaidan…Barokallahufih… 

subhanallah, kita yang cukup hebat, menyampaikannya dengan bahasa yang mudah difahami dan jelas atur susunnya… Alhamdulillah atas nikmat kefahaman ilmu agama yang sangat cetek pada hamba kerdil ini… kenikmatan yang besar apabila membaca kitab Arab, dapat difahami maknanya… Alhamdulillah..sangat2 kubersyukur…

Jom, aku nak berkongsi sikit sebanyak apa yang telah kudapat meskipun beberapa helaian muqaddimah mengenai tajuknya…

Kugunakan kitab ni untuk 2 subjek yang sangat kugemari…
1-      Mabahith Hukum
2-      Mabahith Turuq

Kebetulan, aku mengambil kedua-dua subjek ini secara serentak pada sem ni…kedua-duanya saling berkait dengan hukum dan cara mengistinbat hukum..

Dalam kitab al-Wajiz ni, syeikh membahagikannya kepada 2 bahagian, iaitu seperti yang kunyatakan di atas… bahagian pertama tentang hukum-hukum Islam yakni Hukum Taklifi (Wajib, Sunat, Harus, Haram, Makruh) serta rukhsah dan `azimah, Hukum Wadh’I (sabab, mani’, syarat) dan ada beberapa pecahan lagi  dan sumber-sumbernya.

Manakala, pada bahagian ke-2 pulak, aku nak tulis dlm arab sikit..(boleh yer) harapnya faham..=)



طرق الاستنباط وقواعده، تقوم على :
-          العلم بالقواعد الأصولية اللغوية
-          مقاصد التشريع العامة
-          كيفية رفع التعارض بين الأدلة وترجيح بعضها على بعض
-          معرفة الناسخ والمنسوخ

Terasa cam nak wat peta minda je lukis kat sini…sebab best arr blaja…
susah x susah nya nak menjadi seorang mujtahid dalam nak mengistinbat sesuatu hukum,( antara ilmu2 yang mesti dikuasainya ialah 4 ilmu di atas yang kutulis dalam Tulisan Arab tu…setiap tu pulak, ada cabang-cabang ilmu yang lain..) sehingga Allah akan mengurniakannya 1 pahala meskipun salah dalam ijtihadnya berbanding dengan seorang mujtahid yang berijtihad dan ijtihadnya betul, maka baginya 2 pahala…

okey, setakat ni dulu… sungguh, niatku menulis entri ini bukan ingin berlagak pandai dalam bidang ilmu agama ni…(malah itulah kelemahanku yang inginku perbaiki) tetapi niatku ingin berkongsi ilmu bersama-sama sahabat2 surfer sekalian… andai ada kesilapan, mohon diperbetulkan dan dimaafkan… syukran.

3.26.2012

HARAMAIN yang diRINDUI


Tidak tahu bagaimana inginku gambarkan perasaan tatkala sampai ke Madinah. 

tatkala melalui bandarnya, di kala itu, kedengaran sayup2 azan subuh dari Masjid Nabawi..
dan kulihat manusia berbondong2 melalui jalan itu… mataku tercari2 d manakah Masjid Nabawi itu?? 
Di mana masjid yg menjadi masjid Nabi tercinta?? 
Lalu, Allah mendorongkan lirikan mataku terlihat suatu binaan yang tak tergambar dek mataku tentang keindahannya… 
subhanallah. Aku takjub… inikah masjidnya?? 
Ma sya Allah…sungguh bercahaya…sungguh menyinari alam…
diri ini tidak mampu melepaskan mataku daripada memandangnya. Allah..nikmat yang amat…

tidak dapat kugambarkan betapa riangnya hati ini berbaur sayu dan sedih mengenangkan Rasulullah s.a.w…. 

sungguh, perasaan rindu pd Rasulullah s.a.w tidak dapat kubendung… teringin sangat aku menziarahi makammu ya Habiballah…teringin yang amat daku menjejaki taman Raudhahmu… 

ohhh....bertuahnya insan2 yg berbondong-bondong itu pergi ke Masjid Nabawi ini, menunaikan Solat Subuh berjemaah… 
sungguh, aku sudah tidak sabar untuk menunggu saat masa pergi ke sana… 

ya Allah, pintaku Kau redhailah dan rahmatilah kami sepanjang keberadaan kami di sini… tambahkanlah dan kembangkanlah serta luakkanlah perasaan cinta kami pada-Mu ya Allah serta kekasih-Mu Nabi Muhammad s.a.w.

~bersambung~

8.19.2011

apa guna~

✿ Apa guna jadi lelaki kacAK, kalau baca Quran pun merangkak-rangkAK,
✿ Apa guna jadi perempuan cantIK, kalau Pukul 12 t.hari pun tak celik-celIK
✿ Apa guna umur besar panjANG, kalau Fardhu ain asas pun lintang pukANG
✿ Apa guna Allah bagi hidaYAH, kalau nak solat pun sikit punya paYAH
✿ Apa guna jadi manusIA, kalau umur Allah bagi kita sia-sIA
✿ Apa guna harta melimPAH..kalau nak hulur kepada yg memerlukan pun suSAH
✿ Apa guna pangkat beSAR..kubur dah dekat pun masih tak seDAR

hati, tenanglah..


Duhai hati...
Mengapa perlu engkau bersedih?
Mengapa perlu engkau tangisi sesuatu yang sudah bukan lagi milikmu?
Mengapa engkau selalu memikirkan tentang sesuatu yang bukan merupakan hal ehwal urusanmu?
Mengapa engkau selalu mahu menyalahi takdir?
Mengapa engkau selalu sukar menerima hakikat realiti?
Mengapa engkau sukar mengerti dan memahami apa yang sedang berlaku?
Wahai sang hati...
Andai engkau mengetahui betapa hebat aturan-Nya,
Pasti engkau akan sabar pada pukulan pertama di atas badai yang melanda dirimu,
Pasti engkau akan redha di atas setiap percaturan-Nya,
Pasti engkau akan yakin dan percaya akan setiap tindakan-Nya ke atasmu hamba yang lemah lagi hina.
Kadangkala kita terlalu inginkan sesuatu,
Tetapi Dia lebih mengetahui,
Kerana barangkali apa yang engkau suka itu tidak baik bagimu,
Dan barangkali sesuatu yang engkau tidak suka itu baik bagimu,
Hebatnya perancangan Rabbul Izzati.
Aduhai kalbu...
Nalurimu meraung-raung sekuat hati demi menggapai secebis keinginanmu,
Dan apabila kau berjaya untuk mendapatkannya,
Kau jadi lupa kepada yang memberikanmu nikmat itu,
Maka kau layari bahtera yang terumbang-ambing itu demi kepuasan dirimu,
Malangnya tiba suatu masa,
Engkau tersungkur di persada jalanan dek kerana terlalu ghairah mengejar duniawi,
Tatkala itu barulah engkau mula mengenal sang Pencipta.
Jatuh tersungkur itu bukan buat selama-lamanya,
Namun itulah api yang menyemarakkan nyalaan obor hatimu,
Itulah perisai diri yang mula untuk memagari dirimu,
Tatkala itu pasti engkau terkedu seketika,
Betapa pintu pengampunan-Nya masih terbuka luas buatmu.

8.18.2011

mencari LAILATUL QADR

Sabda Nabi s.a.w mafhumnya, 


3 SOLAT yang MESTI DIJAGA, nescaya kamu akan mendapat LAILATUL QADR, iaitu 


solat MAGHRIB, ISYA' & SUBUH SECARA BERJEMAAH dari AWAL hingga AKHIR RAMADHAN.


antara amalan2 sunat yang dilakukan :


1- I'tikaf di Masjid
2- Menghidupkan malam dengan mendirikan solat2 sunat
3- Tadarus al-Quran
4- Berzikir




~selamat MEMBURU LAILATUL QADR~ ::malam yg lbh baik drpd 1000 bulan::

duhai PENCINTA MANUSIA~


"Mendapat seorang isteri yg solehah seolah-olah kita telah mendapat separuh dari agama dan ia membahagiakan seluruh alam ini. Dia jg akan melahirkan generasi anak2 yg soleh & solehah dan akan menjadi ketua bidadari di Syurga nanti."



Bila kamu diuji dgn perasaan terasa rindu dan cintakan seseorg,
maka berwaspadalah..selaku manusia yg punyai fitrah, tundukkanlah hatimu dan Berdoalah mgharapkan keredhaanNya..
"Ya Allah,jika perempuan/lelaki itu adalah pasangan hidupku, maka Kau permudahkanlah hubgan kami. namun,jika dia bkn ditakdirkan sbg psangan hdupku, maka jgnlah Kau rosakkan hatiku dgn perasaan ini..ssguhnya aku hanyalah mgharapkan RedhaMu semata2.."




~*•.Sebelum Engkau Halal BagiKu.•*~
♥Assalamu'alaikum Warahmatullahi wabarakatuh♥
Mencintai Sseorang itu adalah hak kita,namun memiliki sseorang yg kita cintai tanpa ikatan resmi itu bukan hak kita,Jgn pernah takut melepaskan ssuatu yg blm brhak kita miliki,Dia pasti akan kembali,andainya Allah mnjadikan ia untuk kau miliki,atau Allah akan mngganti,dgn yg jauh lebih baik dari yg sekarang kita cintai,Jgn pernah takut khilangan ssuatu yg BUKAN menjadi hak kita,jgn kau tangisi apa yg bukan milikmu♥

oh Allah!

‎____________1§§¶¶_______________________
_________1¶¶¶¶¶§¶¶1_____________________
________¶¶¶¶§§§§§¶¶§____________________
_______¶¶§§§§§§§§§¶¶§___________________
_______1¶¶§§§§§§§§§¶¶1~Ya Allah…
________¶¶§§§§§§§§§§¶¶¶~~ Ampunilah daku dan sahabatku
_________¶¶§§§§§§§§§§¶1~~dan masukkanlah kami kedalam
__________¶¶§§§§§§§§¶¶§~~rahmatMu dan Engkau adalah Tuhan
___________¶¶§§§§§§§¶¶¶~yang maha penyayang...
____________¶§§§§§§¶¶~ Ya Allah… Lindunglah sahabat2ku
____________¶§§§§§§¶_________________¶1_
_________1¶¶§§§§§§§¶§_______________§¶¶_
________§¶¶¶§§§§§§§¶¶_____________¶¶¶¶1_=AMIN......
_______¶¶§§§§§§§§§§§¶¶__________1¶¶¶¶___
______¶¶§§§§§§§§§§§§§¶1______§¶¶¶¶¶¶____=AMIN......
_____1¶§§§§§§§§§§§§§§¶§_____¶¶¶§¶§¶1____
_____¶¶§§§§§§§§§§§§§§§¶¶§1§¶¶§§§§¶§_____=AMIN......
_____¶¶§§§§§§§§§§§§§§§§§¶¶¶§§§§¶¶§______
_____¶¶§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§¶¶¶1_______=AMIN......
_____¶¶§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§¶¶1________
_____¶¶§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§¶¶¶__________=AMIN......
_____¶¶§§§§§§§§§§§§§§§§¶¶¶¶¶1___________
_____¶¶§§§§§§§§§§§§§§§§§§¶§_____________=AMIN......
_____¶¶§§§§§§§§§§§§§§§¶1________________
_____¶§§§§§§§§§§§§§§§§§¶________________=AMIN......
_____¶§§§§§§§§§§§§§§§§§¶¶_______________
____1¶§§§§§§§§§§§§§§§§§§¶¶1_____________=AMIN......
____§¶¶§§§§§§§§§§§§§§§§§§¶¶¶¶1__________
____1¶§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§¶¶¶¶¶1_______=AMIN......
_____¶¶§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§¶¶¶¶¶1____
______¶¶§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§¶¶¶¶¶1_=AMIN......
_____1¶§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§¶¶¶1
____¶¶¶¶§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§¶¶
___¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶§¶§§§§§§§§§§§¶§
_1¶1_____________11111111§§§§§§§§§§§§§1_
¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦
¦................AMIN YA ROBAL ALAMIN.................¦

________¶¶¶¶¶¶¶
______¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
_____¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
____¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
__.¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
__.¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶___(¯`♥´¯) ─────────█─█
_¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶____`•.¸.•´-████──█──█─█
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶______¶¶¨¨¨¨ █──█──█──█─█
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶_________¶¶¶¨¨¨¨ ████──█──█─█
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶________¶¶¶¶¨¨¨¨ ───███████─█
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶_____¶¶¶¶¶
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶___¶¶¶¶¶¨¨ Yaa ALLAH ..
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¨¨ Sesungguhnya aku lemah
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¨¨ tanpa petunjuk-MU
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¨¨ aku buta tanpa bimbingan-MU
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¨¨¨¨ aku cacat tanpa hidayah-MU
_¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¨¨¨ aku hina tanpa Rahmat-MU
__¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
__¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
__¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
___¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
____¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
_____¶¶__¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
___¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
○°ºoº° °ºoº° °ºoº° °ºoº° °ºoº° °ºoº° °ºoº°
¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯• ‘♥_♥’..
♥q✿r♫m•*¨*•.¸¸❤ LURVE ALLAH ✿♫•*¨*•.¸¸❤
♫•*¨*•.¸¸ﷲ♥.♥ﷲ¸¸.•*¨*•q♫r♫m•*¨*•.¸¸ﷲ♥.♥ﷲ¸¸.•*¨*•♫♫•*

║║♫═╦╦╦╔╗ Never say, OH ALLAH I have problems;
♫╚╣║║║║╔╣ But always say, OH problems, I've ALLAH! ♥
╚═╩═╩♫╩═╝Iman Itu Di Hati..

8.17.2011

RAMADHAN YANG DIRAIKAN! (cute cartoon)

Agak terlambat untuk saya upload gambar2 kartun ni memandangkan hari ni pun dah 17 Ramadhan...tapi tak apa, kita boleh amalkan AKHLAK2 & AMALAN2 yang dianjurkan dlm kartun ni pada setiap hari..^_^


8.05.2011

RAMADHAN KAREEM

Bismillahirrahmanirrahim...
lama yang amat tidak kucoretkan kata hati dalam blog ni..~

Ramadhan, ia datang lagi, bulan yang penuh BAROKAH, KEAMPUNAN, JANJI ALLAH MELEPASKAN HAMBA-HAMBANYA YANG TERPILIH DARIPADA SEKSA API NERAKA.

semoga kita tergolong dalam golongan tersebut..

Sangatlah rugi orang yang mana Ramadhan telah datang kepadanya, namun, ia keluar tanpa diampunkan dosa sedikitpun...

Jom kita bersama-sama doa
اللهم إنك عفو كريم تحب العفو فاعف عني


beberapa hal yang kuperhatikan dalam bulan Ramadhan ni..
1- dalam tv, budak2, org dewasa, remaja, dok bagi pesanan: " puasa tau, kalau x puasa, BERDOSA..." Alhamdulillah, mereka tahu HUKUMnya..tapi, yang aku pelik, kenapa mereka tak tutup aurat???
ada yang buat dialog camni :


Ali : Awak puasa?
Minah : Yela..
Ali : Kenapa awak puasa?
Minah : Bodohnya awak..kan ALLAH suruh puasa, saya puasa la..
Ali : Kenapa tak tutup aurat?
Minah : Eh, suka hati sayala..hak masing2..
Ali : Owh..tp kan ALLAH yg suruh kita tutup aurat
''Janganlah menjadi hamba kpd PUASA semata-mata, tetapi jadilah hamba kepada ALLAH SWT. Semoga kita terpilih mnjadi slh seorg hamba yg mendapat hidayah di bulan tarbiah yg penuh berkat & rahmat"
~copy from Maher Zain Fan Club FB





2- di soff muslimat, ketika solat, SOFF TIDAK DIRAPATKAN....makcik2 tak nak mengalah, ada beberapa andaian kubuat, mungkin nak sujud kat sejadah dia, @ selesa dok di tempat tu, @ nak space besaq ble duduk tahiyyat akhir nanti...(andainya mereka tahu, SOF YANG LURUS & RAPAT TU MENYEMPURNAKAN SOLAT)


3-  Adik-adik yang bertugas menyiapkan juadah berbuka puasa untuk para jemaah masjid, ketika para jemaah sedang solat maghrib, mereka sibuk mengemas & menyediakan juadah...kenapa itu yang lebih diutamakan??? kenapa x solat berjemaah sekali dik??? aku sangat solute kat dorang, banyak pahala buat amal macam ni...tapi, solat tu jangan dilengah-lengahkan...~


4- Masih ada lagi insan-insan yang mengejar-ngejar kepelbagaian juadah berbuka...sehingga perbelanjaan mengalahkan bulan tak puasa...walhal, bagi aku, pada bulan ni lah paling berjimat perbelanjaan...


5- aku jugak hairan, manusia sanggup bangun bersahur, namun meninggalkan QIAMULLAIL..walhal waktu itulah antara waktu MUSTAJAB DOA...


6- masih ada lagi orang yang berkira-kira nak menambahkan amal ibadat dalam bulan ibadah ni...


~semua tu ditujukan PERTAMA-TAMANYA UNTUK AKU!...dan semoga menjadi teguran bersama...sama2 muhasabah~



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...